My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, December 18, 2008

18 Disember 2008

Jika mampu saya istiharkan hari ini sebagai hari hampeh sedunia....ingin sahaja saya jadikan hari 18 Disember ini sebagai hari cuti am.
Saya mulakan aktiviti utama hari ini dengan mendapatkan rawatan di sebuah Poliklinik. Semalam saya dinasihatkan oleh seorang doktor untuk mengadakan ujian darah kerana dikhuatiri mengidap penyakit denggi. Saya demam sejak petang kelmarin dan semalam saya bekerja seperti biasa kerana saya sangka saya sudah sembuh. Malangnya saya berasa sakit-sakit di seluruh sendi badan dan saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran office dan doktor di situ memberitahu bahawa suhu badan saya = 38.1.
Awalnya saya hanya ketawa kerana saya tidak rasa yang saya demam. Saya hanya sakit badan, kepala dan rasa mual. Beliau memberikan saya ubat dan MC bagi hari ini serta meminta saya membuat blood test di mana-mana klinik atau hospital pada hari ini sekiranya saya masih sakit.
Alkisah.... saya di poliklinik pada pagi tadi...
Nombor giliran adalah 121 dan saya mendapat rawatan di bilik nombor 5. Penolong Pegawai Perubatan - MA (lelaki muda) yang memeriksa saya pagi tadi. Beliau bertanya penyakit saya dan saya menjawab demam. Tanpa sempat saya bercerita tentang masalah saya....mulut saya disumbat dengan jangka suhu oleh seorang Jururawat (atas arahan MA tadi). Mak ai...cuba la dengar dulu kan.....nampak macam tak menghormati pesakit. Beliau kelihatan mengejar masa. Entah apa la yang dikejarnya sampai buat kerja macam sambil lewa.
"Suhu badan adalah 37.2.....tak demam", katanya.
"Ada sakit lain....selsema, batuk?" Soalnya. "
"Takde. Tapi saya sakit seluruh badan termasuk kepala dan tekak saya rasa loya. Saya demam kelmarin dan doktor yang saya jumpa semalam kata....." Saya cuba menceritakan keadaan saya sekali lagi. Malangnya ayat saya terus dipotong!
"Ada gastrik?" Soalnya lagi.
"Pernah ada tapi sekarang saya tidak rasa yang saya gastrik." Terang saya lagi.
"Semuanya kerana gastrik. Sakit badan tu sebab gastrik. Gastrik sebabkan bisa-bisa badan," cakap MA itu.
"So....sebenarnya saya ni takde masalahlah ye?" Tanya saya dengan nada menahan geram. Tak check kita betul2....alih-alih salahkan gastrik. Gastrik tu rasanya dah bertahun saya tak kena. Nak je saya jerit kat dia yang betapa sakitnya badan saya pada waktu tu dan betapa tak laratnya saya drive ke poliklinik tu pagi ini hanya kerana nak buat blood test.
Saya berasa geram padanya. Dia sibuk dok cerita tentang gastrik tu dan saya angkat kaki tanpa sempat dia habiskan cerita. Bila dia dan jururawat tu tanya nak time slip tak...saya jawab tak payah. Saya dah ada MC untuk hari ini.
Kat farmasi...saya diberikan ubat gastrik, paracetamol dan ubat sapu untuk sakit badan. Actually, saya bersyukur jika saya sebenarnya tidak sakit tetapi saya berasa geram dengan layanan MA itu tadi.
Kemudian saya pulang ke rumah makan ubat klinik semalam dan cuba berehat sambil menahan sakit. Sambil-sambil itu, saya minum air putih dan 100 plus banyak-banyak. Di dalam kesakitan itu juga, saya memasak sup ketam segera (maggi). Sahabat saya, Siti Hajar cakap sup ketam berkesan mengurangkan sakit-sakit sendi.
Trajedi hampeh di hari 18 Disember tidak berakhir di situ. 18 Disember 2008.....result peperiksaan semester lepas boleh disemak di student portal. So, lebih kurang jam 4 petang....saya cuba menyemak exam result saya. Oleh kerana ramai sangat yang access ke student portal...saya gagal menyemaknya. Pada waktu itu, ramai kawan-kawan sms yang mereka berasa kecewa dengan result pada semester ini.
Akhirnya lebih kurang jam 5.30 petang, saya berjaya melihat exam result saya. Aduh mak...teruknya result. CGPA saya juga jatuh. Rasa frust giler. Sakit badan tak hilang lagi...datang pulak sakit dihati. Macam tak percaya dengan result yang dipaparkan di skrin. Walaupun saya lulus semua subject tetapi clear paper sahaja tidak cukup. I should pass with flying colours!
Tetapi....saya berasa insaf. Jauh disudut hati, saya redha dengan ketentuanNya. Sekadar meminjam kata-kata classmate saya, Siti Mursyidah...."Kita dah usaha, yang selebihnya adalah kerja Allah. Setiap satu yang berlaku, bukan satu hikmah tetapi ribuan hikmah disebaliknya."
Ya....hari ini memang hampeh tetapi pasti ada hikmah disebaliknya.
Untuk rekod, saya masih hidup hingga ke saat ini walaupun menahan sakit di serata bahagian badan.
Saya berserah kepada tuhan dan saya terima ujian dariNya untuk saya.

Saturday, December 6, 2008

Komen

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca blog saya ini. Terima kasih juga di atas segala komen yang korang berikan.

Ramai yang komen dan memberikan respond melalui sms dan email. Mereka mengadu gagal memberikan respond dan komen di ruangan komen kerana procedure blog saya yang agak rumit. Ramai juga yang telefon bertanya macam mana nak komen. Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dan korang bolehlah memberikan sebarang respond dan komen secara sesuke hati.

Actually, saya pun bukannya pandai sangat nak setting mende alah ni. Apapun saya akan try. Nanti korang try jelah komen, kalau gagal jugak, maknanya sahabat korang yang cantik, sihat dan bergaya ni tak berjaya ubah setting blog ini. Dan teruskanlah usaha komen korang melalui sms dan email itu. Di sini, saya juga ingin memohon maaf di atas kesulitan yang korang alami.

Ada juga kawan-kawan saya yang komen (emm....depa ni memang kuat komen...) saya tak selalu update blog. Saya kalau boleh nak update hari-hari tetapi celcom broadband saya ni hampeh sikit. Terutama apabila hari hujan. Network connected tapi tak boleh nak access internet. Bila call customer service, depa kata area Segambut OK. Ntah la....saya pun tak paham. Time rehat pukul 1 kat office, ingat nak update tetapi office gua strict beb....takleh access internet sebarangan. Hanya website yang ada kene mengena dengan kerja je yang boleh access.

Sekarang ni saya berada di kampung. Kat kampung ni, eloklah pulak celcom broadband. Tak kira hujan ke ribut ke....tetap OK. Tengoklah...jika masih bermasalah, saya ingat nak tukar service ke Maxis Broadband. Cuma...bila balik kampung, susah sikit nak access internet. Setakat ni pun saya terpaksa gunakan 2 lines telephone ( 1 maxis dan 1 celcom). Bila balik kampung, line maxis hanya dapat digunakan jika saya panjat pokok rambutan di depan rumah atau duduk di bawah ampaian kain di tepi rumah. Kalau nak betul-betul jelas, kena naik ke atas jalanraya utama.

Apapun kawan-kawan....saya akan usahakan.

Tanah Runtuh

Hari ini negara kita dikejutkan dengan berita 14 buah banglo musnah akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Buletin Utama malam ini melaporkan 4 orang telah didapati terkorban dan 2 orang lagi masih gagal ditemui.

Pada hari khamis yang lalu, ketika di dalam perjalanan pulang dari pejabat di Pusat Bandar Damansara melalui Jalan Semantan ke pusat bandar, saya dan seorang rakan melihat satu kejadian tanah runtuh di antara bangunan CIMB dan Amanah Raya yang turut mengemparkan penduduk ibu kota KL.

Waktu itu jam baru menunjukkan pukul 5.20 petang. Saya sedang memandu dan tiba-tiba kereta-kereta di hadapan break secara mengejut. Saya melihat ramai orang daripada bangunan yang berhampiran berlari ke arah bangunan CIMB. Mereka kelihatan memandang ke atas bangunan. Awalnya saya menyangka ada orang yang nak bunuh diri. Maklumlah sejak akhir-akhir ini banyak berita orang nak bunuh diri yang dok keluar kat dalam paper. Ketika kereta saya melalui tempat kejadian, barulah saya tahu ada kejadian tanah runtuh yang berlaku. Ngeri saya tengok tanah yang sedang menggelongsor jatuh dan kelihatan banyak kereta yang tertimbus.

Saya berharap tidak akan ada lagi kejadian yang tidak dingini berlaku. Lusa kita dah nak raya Aidiladha. Disebalik kemeriahan ibadah korban yang dijalankan, harap-harap tiada lagi berita rakyat Malaysia yang terkorban.

Monday, December 1, 2008

Meletup!!

Satu lagi episod yang mendebarkan berlaku dalam hidup saya. Suis komputer saya di office meletup!
Kisahnya begini....

Kira2 jam 4.30 petang tadi....tetibe je blackout. 2 kali plak tu. Selepas keadaan menjadi normal kembali, saya pun meneruskan kerja-kerja yang tertunggak. Kira2 pukul 4.40 petang, ketika berdiskusi dengan 4th Boss, lampu kelihatan berkelip-kelip macam nak padam. Selepas 10 minit, 4th Boss pun beredar ke biliknya dan tinggallah saya seorang diri di dalam bilik saya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi "Pop!" betul-betul di sebelah saya. Saya tergamam dan terperanjat. Sekali lagi kedengaran bunyi "Pop!" di bilik 2nd Boss. Lalu saya bingkas bangun dan keluar. Di dalam waktu yang sama saya terdengar bunyi yang sama datang dari bilik saya, 2nd Boss dan 1st Boss.

Saya, 2nd Boss, 3rd Boss dan 4th Boss sahaja yang ada pada ketika itu kerana kakitangan yang lain telahpun pulang. Di dalam suasana yang agak kalut itu, kedengaran lagi 2 bunyi letupan kecil dari arah bilik 1st Boss.

Kami memadamkan suis komputer. Dan saya pun mula mengemaskan barang2 untuk pulang. Bau hangit dapat dirasai di dalam bilik saya serta di dalam bilik 1st dan 2nd Boss. Kami berempat cuba meninjau-ninjau main suis yang ada tetapi kami tidak berani untuk berbuat apa-apa. Menurut kata 2nd Boss, dia hampir2 terkena electric shock semasa cuba memadamkan suis komputer di biliknya.

Dan tanpa diduga, 2 kali lagi letupan kecil kedengaran. Pada waktu itu, saya mencadangkan agar kami beredar sahaja kerana khuatir makin banyak letupan yang akan berlaku. Lagipun 2 Boss lelaki saya (2nd and 4th) tidak berani menutup main suis. Tanpa gagal....saya pun beredar terlebih dahulu. Boss2 yang lain juga mahu beredar pergi. Tetibe je teringat kejadian kebakaran tempoh hari.

Tetapi kami rasa laa...kejadian letupan kecil tadi tu adalah kerana tak cukup power supply. Lagipun kami baru sahaja berpindah ke blok itu. Sebelum ini, kami berada di blok yang lain. Dan kerja-kerja wiring tambahan juga baru semalam siap dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Ntah apalah status komputer yang suisnya meletup tu. Kalau ada effect, alamatnya....masaklah saya kena buatkan semula senarai 115 pemaju yang telahpun saya siapkan sejurus sebelum letupan berlaku. Itu adalah hasil kerja saya sejak hari Rabu minggu lepas. Esok saya akan tahu statusnya.

Ternyata....esok adalah hari yang mendebarkan.....

Tuesday, November 25, 2008


I S L A M
Islam is peace, Islam is ease.
Islam is not danger or disease.
Islam is love and prosperity.
Islam is not hatred or adversity.
Islam is salvation through repentance.
Islam has love for all in abundance.
Islam means no harm or affliction.
Islam implores you with affection.
Islam is neither maze nor craze.
Islam is giving Allah all praise.
Islam is acing through the race.
Islam will be on everyone's face.
Islam is worshipping only the Creator.
Islam is not mere numbers on a calculator.
Islam gives you power when you surrender.
Islam is not a terrorist or for a pretender.
Islam is patience and perseverance.
Islam eases your vengeance through tolerance.
Islam is life for all eternity.
Islam gives you respect, moreover dignity.
Islam is winning hearts through honesty.
Islam is giving openly in charity.
Islam makes you wholesome and trustworthy.
Islam is in wealth as well as in poverty.
Islam is your shield against all evil.
Islam is for your soul's retrieval.
Islam is not fundamentalism or fanaticism.
Islam is not nationalism or racism.
THE MUSLIM STUDENT ASSOCIATION
COMMUNITY COLLEGE OF RHODE ISLAND

Monday, November 24, 2008

Isu sensitif

Saya mengikuti sebuah bengkel yang diadakan di PD selama 3 hari 2 malam. Saya ditempatkan di sebuah apartment bersama-sama seorang non-Muslim. Tinggal bersama non-Muslim bukanlah satu masalah bagi diri saya. Saya selesa tinggal bersama bersama-sama sesiapa sekalipun, asalkan dia segender dengan saya.
Kita diselubungi pelbagai isu politik, bangsa dan agama yang panas sejak akhir-akhir ini. Dan saat yang paling tak ingin saya hadapi adalah ketika bersama-sama dengannya menonton Buletin Utama. Berbagai isu termasuk Ba Alif Ba Ya yang dipaparkan. Saya berdoa di dalam hati agar dia tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang kerana pastinya saya juga akan kurang senang dengan reaksi tersebut. Bila tiba ke segmen berita tentang Ba Alif Ba Ya.....saya mengalihkan pandangannya dengan berbicara tentang perkara lain. Nasib baik....dia juga tampak mengelak dengan membicarakan tentang perkara lain.
Tetapi apabila keluar isu Yoga, dia bertanya,"Kenapa You all tak boleh beryoga?" Emm...saya pun mencari ayat yang sesuai untuk dijelaskan kepada seorang yang tidak memahami Islam. Saya terangkan bahawa kita (yang beragama Islam) dilarang mengamalkan amalan Yoga yang keterlaluan seperti Mantera dan aktiviti lain yang seakan amalan agama Hindu. Namun amalan senaman Yoga yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan. Dia menunjukkan reaksi kurang senang dan berkata" I tak pernah jumpa pun amalan Mantera itu". Untuk mengelakkan suasana panas, saya jelaskan bahawa hanya orang Islam yang dilarang, Non-Muslim tak perlu risau kerana ia tak membawa apa-apa effect kepada mereka. Saya sendiri pernah mengamalkan senaman Yoga. Memang tiada amalan Mantera dan sebagainya namun sebagai seorang Muslim, saya menerima pandangan Majlis Fatwa. Kalau amalkan senaman tiada masalah (walaupun tidak digalakkan) tetapi janganlah pula sesetengah daripada kita seolah-olah memperlekehkan fatwa yang dikeluarkan.
Macam gelagat seorang artis yang membuat satu kenyataan di dalam akhbar pada hari ini. Janganlah nampak sangat kelaku kita ini. Dia kata takkanlah dia jahil sangat sampai nak buat sesuatu tindakan yang boleh sebabkan dia terkeluar daripada Islam. Betul....saya setuju tetapi kalau kamu tu tak jahil...kamu patut perhatikan diri kamu tu. Isu Yoga tu boleh close case. Tetapi macam mana dengan isu diri kamu yang berpakaian seksi? Tak jahil ke tu?
Kepada SIS pula.....memang la takde aduan orang Islam masuk Hindu. Tetapi tanpa sedar sesetengah orang boleh terkeluar daripada Islam tanpa dia sedari. Berhati-hatilah bila berkata-kata tu....kalau kurang arif bab agama...jangan cakap. Baik rujuk kepada ustaz ke ustazah (yang bertauliah) sebelum keluarkan sebarang kenyataan.
Bila bercakap isu-isu sensitif ni kena hati-hati. Syyyshh.....jangan cakap....sensitif!

Wednesday, November 19, 2008

Rumah Terbakar!

Kira-kira pukul 1.00 pagi tadi....saya terdengar suara perempuan menjerit, "Tolong!Tolong!" Saya tidak begitu pasti dari mana arahnya. Tapi nyata suara itu telah mengejutkan hampir semua penghuni di blok saya dan blok yang berhampiran.
Saya menjengah ke luar tingkap dan terdengar suara perempuan itu tersekat-sekat dan menyebut "Tingkat 3! Tingkat 3!" Beberapa orang mula keluar dan bergegas ke tingkat 3 which is.....rumah di atas saya! Saya agak ragu-ragu untuk keluar kerana kira-kira 3 bulan lepas telah berlaku satu kejadian samun di blok saya. Saya risau jika ianya adalah kejadian rompakan dan takut jika perompak itu masih ada. Jadi saya menelefon jiran sebelah rumah dan memaklumkan ada perempuan menjerit meminta tolong.
Kemudian saya terdengar suara berkata,"rumah terbakar!" Dan pada ketika itu juga saya terbau benda terbakar. Saya segera meminta housemate saya bersiap dan mengambil dokumen penting bersama. Saya keluar dan bergegas ke tingkat atas. Nyata! Rumah di atas rumah saya terbakar! Saya agak risau waktu itu. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran saya. Macam mana kalau kebakaran merebak dan terkena ke rumah saya? Barang apa yang patut saya selamatkan dulu? Saya melihat asap hitam pekat keluar daripada tingkap rumah. Suara perempuan tadi juga sudah tidak kedengaran lagi.
Beberapa orang lelaki telahpun sampai di hadapan rumah. Saya memberitahu mereka yang saya ada mendengar suara perempuan meminta tolong tadi dan suaranya sudah kedengaran semakin lemah. Mereka berteriak memanggil penghuni rumah itu tetapi tiada jawapan. Jadi mereka memecahkan grill dan pintu rumah. Saya dan penghuni lain hanya mampu memerhati dari tingkat 2. Kami khuatir untuk rapat sebab macam-macam boleh terjadi. Di dalam setiap rumah biasanya ada tong gas. Bila berlaku kebakaran, tong gas itu boleh meletup dan membahayakan ramai orang.
Setelah berjaya memecahkan pintu, tiada siapa yang berani masuk kerana asap terlalu tebal dan api kelihatan semakin marak sehingga memecahkan cermin tingkap. Kami hanya mampu menunggu sehingga pihak Bomba sampai.
Dukacita dimaklumkan.....Bomba sampai setelah hampir 20 minit kejadian dilaporkan sedangkan saya dimaklumkan bahawa Balai Bomba yang terdekat hanya 5 minit perjalanan ke taman perumahan saya.
Setelah Bomba sampai, kelihatan mereka mengeluarkan seorang mangsa keluar. Itulah perempuan yang menjerit meminta tolong tadi. Dia kelihatan lemah dan di bawa turun ke rumah tingkat bawah di blok bersebelahan.
Akhirnya beberapa ahli Bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh 15-20 minit sahaja. Saya difahamkan mangsa bersendirian masa kejadian berlaku. Dia sebenarnya tinggal bersama seorang adik perempuan. Adik perempuannya tiada di rumah dan keluar makan pada waktu kejadian itu berlaku.
Terdengar cakap-cakap yang menyatakan kejadian berpunca daripada laptop yang terbakar. Saya bertanya soalan cepu emas kepada salah seorang ahli bomba, "Rumah saya di tingkat bawah, takkan effect apa-apa kan?" Dia kata,"Tak....takkan apa-apa." Lega hati saya mendengarnya. Ahli Bomba itu juga menjelaskan yang dia tidak tahu punca kebakaran. Mereka menunggu pasukan penyiasat sampai untuk menyiasat. Mereka hanyalah tukang padam. Tukang siasat adalah orang lain. Ooo...baru saya tahu.
Saya kembali ke dalam rumah kira-kira pukul 2.00 pagi, mandi dan cuba tidur walaupun agak terganggu dengan bunyi bising (bunyi perabot dipatah dan dialihkan) pasukan penyiasat lakukan di tingkat atas.
Kejadian pagi tadi membawa pengajaran yang besar kepada saya.
  1. Simpan purse, beg tangan dan dokumen penting di tempat yang mudah untuk dicari.
  2. Pakai pakaian tidur yang sesuai dan memudahkan untuk melarikan diri di saat-saat kecemasan. (Jangan seksi sangat).
  3. Tutup suis elektrik setelah selesai menggunakan sesuatu peralatan elektrik.
  4. Bila berlaku kecemasan, menjeritlah meminta tolong dan nyatakan samada ianya kerana rompakan, kebakaran dan sebagainya supaya lebih mudah orang lain nak menolong anda.
  5. Sekiranya anda tinggal di flat, apartment atau condo seperti saya.....sila nyatakan tingkat berapa dan nombor rumah semasa menjerit meminta tolong.

Tuesday, November 18, 2008

Hooray! Exam dah abis! Merdeka!

Pagi tadi adalah last paper untuk exam semester ni, which is on AIS 510-Accounting Information System. Saya menerima dugaan yang hebat untuk paper hari ini. Saya hampir-hampir tak ambil exam gara-gara demam sejak kelmarin (just after habis paper FAR600-Accounting Theory). Saya lansung tidak mampu membaca pada hari kelmarin dan hanya mulakan study pada hari semalam di dalam keadaan yang separuh sembuh. Bila dah last minutes study, saya pun baca apa yang saya rasa patut sahaja. Dan nasib saya baik...kebanyakan soalan yang keluar adalah apa yang saya telah baca. Syukur kepada tuhan di atas kemudahan yang diberikanNya. Terima kasih juga kepada kawan-kawan di atas semangat yang diberikan dan berdoa supaya saya mampu ambil exam hari ini. TQ Ani, Zaidah, Shida, Nik, Shirin dan Zura.

Thursday, November 13, 2008

Dunia dah moden, zaman dah berubah

Terus-terang....saya adalah peminat sukan wrestling. Saya suka menonton wrestling sejak kecil lagi. Dulu ada WWF....kemudian jadi WWE. Jika menonton melalui Star World...boleh tengok TNA Wrestling. WWE saya akan tonton di TV3 setiap hari Khamis malam Jumaat. Malah semasa saya menulis blog ini, mata saya juga sedang melihat perlawanan di antara The Undertaker dengan The Great Kali.
Mengapa saya bercakap tentang wrestling malam ini? Kisahnya begini.....
Petang tadi saya melihat 2 orang kanak-kanak sedang bertumbuk di tepi blok, tempat saya tinggal. Ini adalah perlawanan di antara seorang budak Melayu dan seorang budak India. Tiba-tiba datang seorang lelaki India (dewasa) dan meminta mereka berdua berhenti bergaduh. Mereka berdua berkata....."kami main wrestling saje, bukan gaduh betul2". Lalu jawab lelaki itu...."Main takpe, jangan bergaduh". Saya hanya mampu memandang gelagat mereka dari jauh.
Kuatnya pengaruh wrestling kepada kanak-kanak lelaki. Saya kurang faham kelaku kaum Adam ini. Mungkin sudah naturenya begitu...mereka suka main lawan2.
Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Bagi saya main gaduh2 sampai bertumbuk itu tak patut sebab boleh mengundang berlakunya pergaduhan sebenar, so baik jangan main. Bagi lelaki India itu tadi....takpe main, asalkan jangan gaduh betul2.
Begitulah juga dengan tayangan sajak kematian oleh guru kepada budak sekolah rendah. Dulu, masa saya berada di darjah 1....sekolah ada membuat satu pentomen bertajuk "Sakarratul Maut". Saya masih ingat dengan sajak tentang OKB di dalam pentomen itu. Memang takut giler masa tu dan meninggalkan kesan ke atas diri saya sehingga sekarang. Saya juga pernah membantu kakak saya mengajar kanak-kanak di tadikanya berlakon. Kami membuat persembahan ala-ala Sakarratul Maut. Ramai yang memuji persembahan kami.
Bagi saya tidak mengapa mempersembahkan tayangan sajak kematian itu. Memanglah, lain kanak-kanak, lain penerimaannya tetapi daripada dedahkan mereka dengan cerita-cerita hantu (yang menyebabkan mereka lebih takutkan hantu daripada tuhan), rancangan-rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia, DVD/VCD yang mempunyai unsur-unsur lucah, lebih baik tunjukkan kanak-kanak ini dengan tayangan seperti sajak kematian.
Ibubapa pun janganlah melatah sangat. Ke anda takut....dengan bayang-bayang sendiri? Maklumlah ada juga pengajaran disebalik sajak kematian itu, terkena ke batang hidung sendiri. Saya lihat cara ibu bapa sekarang mengajar anak tidak sama dengan cara orang2 tua dulu2. Saya masih bujang....tetapi saya faham tentang perpatah orang tua2...."sayang anak, tangan-tangankan".
Semasa kecil, saya sering ingin melarikan diri daripada rumah dan ingin cepat2 menjadi dewasa setelah dimarahi atau dipukul oleh mak dan abah. Waktu itu saya rasa tidak disayangi dan saya tidak faham kenapa setiap perlakuan saya dianggap salah. Waktu itu juga rasa susahnya...jadi kanak-kanak. Akhirnya, setelah dewasa, saya bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada kedua ibubapa saya....kerana pengalaman itu menjadikan saya seorang MANUSIA (dalam erti kata yang sebenarnya).
Ibubapa sekarang terlebih sayangkan anak. Nak marah anak pun tak sampai hati, inikan pula nak tangan-tangankan. Sekarang ni macam-macam.....pukul lebih...kena saman. Cikgu marah....pelajar pi pukul cikgu. Bila nak merotan...hak asasi manusia tercalar. Sebab tu la budak-budak sekarang ramai yang kurang ajar. Melawan cakap bila ditegur dan tak reti nak hormat orang lain. Emm...dunia dah moden, zaman dah berubah.

Saturday, November 8, 2008

Jamuan Perpisahan

Semalam saya menghadiri Jamuan Perpisahan yang diadakan untuk saya dan 2 orang lagi kakitangan yang bertukar keluar dari BPAD.
Seronok dapat jumpa kawan-kawan baik saya di sana. Emm...kira OK la. Makanannya Indian food bersempena dengan Deepavali. Ada birthday cakes bagi yang menyambut harijadi. Saya dapat hadiah lagi daripada kawan-kawan. Thanks to Liza, Zura, Fiza, Yuyu, Jue dan Nor. Terima kasih jugak kepada Zuriah, Ina (Zalina), Ita, Zila, Ina (Mazlina), Cik Bani dan Cik Lin yang telah berikan saya hadiah yang istimewa on the last day tempohari. Kelab pun ada bagi tupperware.
SURAT TERBUKA BUAT KAWAN-KAWAN DI BPAD
Kepada kawan-kawan,
Walau apapun yang korang bagi.....orang akan sentiasa menghargai korang. Kalau korang tak bagi apa-apa pun....orang tetap akan ingat kat korang sampai bila2.
Thank you so much for all your supports, loves and cares.
Orang sedih tinggalkan korang. Yelah...dah takde dah kawan-kawan untuk dibuli, diusik, dikutuk dan dibelasah. Dah takde dah kawan2 orang yang temankan orang kat sofa bila orang period pain (teman konon...sebenarnya depa dok tido kat sofa tu. Aku yang sakit, depa pulak yang tido).
Dah takde dah kawan2 yang nak masakkan orang laksa dan puding caramel. Dah takde dah makan2 sampai tercekik tulang.(Ina....Ina. Cube makan tu bawak bersabar sikit...)
Dah tak dapat dah orang merasa lepak2 kat atas sofa bila hari Jumaat sambil merapu membincangkan masalah rumahtangga dan negara. Turut dibincangkan adalah isu-isu semasa berkaitan dengan "Yang Mana Satu Pilihan Kalbu - Mr K vs Mr E vs Mr H" oleh Zila, kursus "asas perkahwinan" oleh Ina (Mazlina), "aku dibuli dan akan buli balik" dan "Bosmu, Bosku jua" oleh Ita, "Dia gadis pilihan Malaya" oleh Ina (Zalina). Baru2 ini.....ada jugak sessi "Nenek Kebayan" oleh Nor. Takleh lupa kat sofa tu la tempat makan, tempat tido, tempat lepak, tempat meeting, tempat kena Hafizi kena kantoi! Tempat Ita bergayut! Tempat yang pengarah suruh Cik Bani dan Cik Lin jaga daripada segala anasir-anasir di atas. (Emmm...kalau la "dia" tahu).
Orang akan sentiasa sedih bila teringatkan korang...terutama bila hari Jumaat. Sedih benor bila terpaksa mengenangkan korang yang hanya mampu duduk kat sofa tu sambil mengadap bangunan MECD dan pasar tani.....sedangkan orang tengah seronok shopping kat Sogo dan Jalan TAR. He..he..he...(Sabar ye....sabar itu separuh daripada iman).
Kepada geng-geng futsal.....I'll be back! Hafiz nampak gembira sebab budak lelaki kat BPAD dah bertambah. Dapat la dia geng futsal baru. Jangan hang lupa si Fadzil tu...asyik kena tinggal je. Kita akan pastikan dia ada sama. Jangan sampai hilang motor lagi....sudah.
Akhir kata orang minta maaf sekiranya ada :
TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja, TERpukul kat mana-mana, TERpekik di telinga, TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda, TERmoody tak semena-mena, TERumpat bila-bila
TERusik yang sengaja dan lain-lain lagi.....
So..geng....akhir kata...orang India kata "An unil Kadel rilkirin"....orang asli kate...."Ngok Hek!" Korang pikir la sendiri...tapi itulah kata-kata terakhir dari orang di surat ini. Sekian....
Yang benar,
Sahabat korang yang cantik, sihat dan bergaya.

Friday, October 31, 2008

Last Day

Hari ini last day saya di sini. Seronok....diraikan oleh kawan2. Terima kasih dan selamat tinggal.....moga-moga kita dapat bertemu lagi.

Perasaan sedih tu memang terasa. Tapi...apa boleh buat kan...

Tuesday, October 28, 2008

Dugaan...

Tinggal 2 hari lagi untuk saya menduduki 1st paper final exam pada semester ini. Paper kali ni adalah CRG 530 (Company Secretarial Practice). 3 hari cuti am, saya gunakan untuk study. Hampir 90% chapter yang ada telahpun saya baca. Tapi ntah la....tak boleh nak ingat sangat. Dan perkara yang paling menakutkan saya adalah....diri saya macam tak kisah je, bila tak ingat. Aduh! Masalah besar ni.


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Wednesday, October 22, 2008

Final Exam

Saya akan menduduki final exam bagi semester ini pada 30/10, 6/11, 16/11 dan 18/11 yang akan datang. Satu apa pun tak baca lagi. Saya berjanji pada diri sendiri untuk berjaya. Oleh itu saya mesti kuatkan semangat dan terus berusaha. Where there is a will, there is a way!
Tiap kali saya patah semangat....saya akan teringat kata-kata seorang sahabat lama (zaman sekolah dulu).
Jika terdapat 100 orang yang dapat Pangkat 1 (SPM) di dalam
sekolah ini. Salah seorang daripadanya mesti aku.
Jika terdapat 10 orang yang dapat Pangkat 1 (SPM) di dalam
sekolah ini. Salah seorang daripadanya mesti aku.
Jika hanya terdapat seorang sahaja yang dapat Pangkat 1 (SPM)
di dalam sekolah ini. Orang itu mestilah aku.

Tuesday, October 21, 2008

Fitnah Yang Lawak

Saya memang susah nak percaya sesuatu cakap-cakap tentang apa-apa pun kalau jelas di mata saya...ianya tidak benar.
Hari ini saya terdengar seorang staff di pejabat ini yang berkata lebih kurang begini, "Nak tau...jalan ke rumah Najib kat Pekan (Pahang) tu tak elok. Ni dah jadi Menteri Kewangan, sure lepas ni elok." Tiba-tiba hati saya tersentap. Bukan sebab Najib, tapi sebab perkataan "jalan ke rumah Najib tu tak elok".
Saya ni orang Pekan. Yang bersuara tadi tu bukan orang Pekan pun. Pergi ke Pekan pun maybe 2, 3, 4 tahun sekali. Bagi saya jalan ke rumah Najib kat Pekan tu lebih elok dari jalan kat Segambut yang saya duduk sekarang. OK je jalan tu. Rumah dia pun di tepi jalan je. Semua orang Pekan tahu di mana rumah dia. Kalau laluan Pekan-Kuantan tu memang la tengah under construction sejak tahun lepas lagi. Kalau nak buat cerita pun agak-agak la kan. Kan dah kantoi dengan orang Pekan. Tu la...lain kali, cakap siang pandang-pandang...
Tapi kan kenapa la nak buat cerita macam tu? Apa la motif orang yang suka buat cerita ni?
Lagi satu iklan Raya Petronas tahun ni...saya tak berapa berkenan dan faham. Si anak mention yang keretanya kotor sebab baru balik dari Pahang. Penulis script iklan ni orang mana? Teruk sangat ke Pahang ni? Pi la Pahang dulu...pi cuti-cuti malaysia kat situ. Orang tua-tua ada berkata...kalau tak reti (pandai), bertanya! Ni la bodoh sombong namanya. Bila balik raya hari tu, ramai orang kampung yang tak berpuas hati dengan iklan tu. Asalnya kami ingat iklan tu iklan telefon sebab dok kata yang kat kampung tu telefon selalu rosak dan tak dapat access ke internet. Ntah la...seteruk-teruk kampung kami, ramai yang pakai streamix dan broadband. Kampung mana la gamaknya tu. Kampung penulis script tu kot...!
Lagi satu...iklan Petronas selalunya menarik, menyentuh perasaan dan sarat dengan mesej. Bila menjelang raya atau apa-apa pun perayaan, semua orang dok tunggu iklan Petronas. Saya percaya itu adalah hasil karya Yasmin Ahmad sebelum ini. Tapi sejak ada si polan lain yang dapat projek ni...nampak tak menarik...menyakitkan hati lagi ada. Saya pun ada belajar subject marketing. Macam mana nak market barang Petronas kalau iklannya menyakitkan hati sesetengah pihak?

Tuesday, October 14, 2008

Renungan Pagi Selasa

Tentang tulisan Tun (Che Det) di dalam blognya. Beliau ada menulis....tentang isu:
NOT PRAYING TOGETHER
A commentator on my blog remarked that I did not sit together with Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi and Dato Seri Najib Tun Razak at Friday prayers in the National Mosque just before the end of Ramadhan.
I must explain that since I became Minister of Education in 1974 I had always prayed outside the main prayer hall. When I became Prime Minister the ushers led me towards the place just behind the Imam. I declined because I still preferred praying outside. Even today I have been praying outside.Only for Hari Raya prayers when the Agong would be present I would show respect for him by praying in the same row with him.

So that Friday I took my usual place outside. After prayers I was kept behind by some people who wanted to shake my hand and to wish me Selamat Hari Raya. I in turn wished them the same.I did not see Najib or Abdullah who I heard later was in the main prayer hall reciting his doa.I was not being a bad Muslim when I prayed outside in my usual place. It would look odd if I were to suddenly decide to pray inside.
For those interested I had shaken the PM's hand at a buka puasa at the Istana Negara.
Saya percayakannya. Seorang professor yang mengajar International Accounting (bekas CEO Petronas) pernah bercerita pada semester lepas tentang Tun yang akan solat Jumaat di luar main prayer hall sejak dulu lagi.
Emmm.....soal solat pun dah jadi isu sekarang ni. Lebih baik tenung dan renung diri sendiri dulu sebelum dok sibuk hal orang. Renung-renungkan....dan selamat beramal.....

Monday, October 13, 2008

Restoran Ezzah Aziz

Setelah hampir 2 bulan mencari...akhirnya lokasi restoran ini berjaya dijumpai. Kepada semua kawan-kawan (Ita, Zila, Zuriah, Ina Kedah dan Ina Melaka) before effective date of my tranfer order pada 16 November ini, kita akan pi makan kat sini...

Kedai Kopi Kawan beroperasi di 26A, Jalan 3/69, Fasa 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor. (dekat dengan umah Ezzah di Seksyen 3, Bandar Baru bangi)

Korang boleh tengok suasana restoran ni di SajiOnline - Ezzah buka Kopitiam KAWAN

Pertangguhan Pertukaran

Semalam aku menerima surat pertangguhan pertukaran daripada 16 Oktober kepada 16 November. Okey la...tu.

Thursday, October 9, 2008

Wajah member-member yang sedang kekenyangan di Jamuan Hari Raya hari ini.

Jamuan Hari Raya

Hari ini office saya mengadakan jamuan Hari Raya. Pelbagai juadah disediakan. Main course adalah kambing bakar. Terus-terang, saya bukanlah dikalangan orang-orang yang sukakan kambing. Jadi acara makan kambing ni is not a big deal for me. Makan la....selagi larat.

Apa yang menariknya hari ini....semua orang happy. Saya pun happy. Makanannya ok..sedap. Saya makan semuanya kecuali.....kambing.

Apapun, semoga raya kali ini membawa kebahagiaan kepada semua orang.

Monday, October 6, 2008

Hari Raya Aidilfitri

Celebrating this year Hari Raya was a great moment that cherish forever. It brings another 'sonata' history to my family.

Every siblings were there except for Abang Ha who went back to Rompin, Pahang (to his wife's kampung).The first day Hari Raya, (after the Solat Aidilfitri) everybody were busy asking for forgiveness and expressing their regret on any past misunderstood, unmind speaking and any other mistakes done.

And of course.....Duit Raya flew away from my pocket to my lovely 15 nieces, nephews and so do the 4 cucu's pockets.

On the second day, as usual my orang kampung went to visit the kubur area. Everybody will perform Tahlil together. And another duit raya were given to children who came to that kubur.

After a few visit to the nearby orang kampung houses, my family went to Sungai Pahang for "Etak's catching session". My...my...my...it was the most fun and hilarious moment ever. We went there by Kide's lorry. Everybody were excited taking pictures and videos to record the moment on the lorry.

We manage to catch almost 1/4 basket of Etak. It's not about the quantity but the memories of catching it is counted. Amir, my elder cucu cannot pronounce the word "Etak" properly. He called it "Laptop". He also by mistake had free some of the Etak back to Sungai Pahang.
I am a village girl. I can't help myself from remembering my childhood memories. Sungai Pahang is one of those memories. So being there on that day bring me back to the past. Bathing with my siblings...mum and dad, catching Etak and other untold stories.
My dad died on the 1st year of my Diploma study while my mum past away when I was in the 3rd year. I also lost one of my lovely sister on 03.01.2006. I am the youngest in my family, so every happy moment without them is a big cry in my heart.
On the 3rd day of Hari Raya, I was entertaining every visitors who came to my house. My job was to fill up kuih raya, make drinks and washing dishes. I was also appointed as the Treasury who will distribute duit raya to all the children who came to our house.
The fourth Hari Raya, my family and I make another trip to Sungai Pahang. We catched another 1/4 basket Etak. I boiled the Etak with some ginger and daun kunyit. Sedap...gile! Everybody love it. Actually I heard some people say that Etak is good to cure Asma. But I don't know whether it is true or not.
The fifth Hari Raya, I am going back to KL. My sister, Ina tapau me with Daging Masak Satay, Nasi Impit, Kuah Kacang, Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Serunding Daging and some kuih raya. Thanks to her. She is my favourite sister forever! I started my journey at 6.15 am after Subuh and I drive my car alone. I don't mind of being alone. Some of my relatives keep attacking me with an unavoidable question...."Bila lagi ni...kamu ni nak kawen...". Well....I got no answer for that. But still...I don't mind of being alone....for now.

Monday, September 22, 2008

Salam Aidilfitri


Semangat bekerja hari ini seolah-olah telahpun pulang ke kampung dan dah beraya! Maka tinggallah jasad yang masih menunggu menjelang tibanya hari Jumaat untuk pulang ke kampung.



Rata-rata kawan-kawan mula bercerita tentang betapa meriahnya Hari Raya. Saya pun sama! Sampai rasa malas nak bekerja dan pergi kelas. Apapun...di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan terutama Ani, Hajar, Nadia, Zam, Zaidah, Syida, Shirin, Nik, Agent, Sue, Ita, Zila, Zuriah, Ina Kedah, Ina Melaka, Kak Zaidah, Kak Don, Edie, Rin, Kak Yati, CC Aya, Ijan, Za, Kak Jehan, Kak Shani, Kak Asnor, Kak Zie, Mama Ros, Kak Ha, Kak Lah, Adizilawati, Ayu dan lain-lain lagi yang tak mampu saya tulis semuanya.

Saya ingin memohon maaf dia atas segala kesilapan sekiranya ada. Moga korang gembira dan bahagia di Hari Raya kali ini.

Shopping Raya

Hari Sabtu lepas, saya pergi ke Sogo untuk shopping baju raya (kiriman dari kampung). Jam 9.25 pagi, saya telah sampai ke Sogo. Saje datang awal untuk dapatkan parking di belakang KWSP.
Tiba di Sogo....Mak! Ai...ramainya orang berkumpul di luar Sogo walaupun pintu masih belum dibuka lagi (Sogo start beroperasi jam 10 pagi). Menjelang jam 10 pagi....makin ramai orang yang berkumpul. Kedai-kedai di Jalan TAR juga dah penuh sesak dengan orang ramai. Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri.
Bila masuk ke dalam Sogo, masing-masing berasak-asak dan bergegas macam sedang menyertai pertandingan explorace. Lepas 1/2 jam orang ramai dah nampak macam semut. Saya cuba memilih baju secepat mungkin untuk mengelakkan Q panjang di kaunter.
Dalam ramai-ramai tu, tercuit hati saya bila mendengar perbualan sepasang suami isteri di hadapan kedai barangan Semporna. Kata si suami," Asyik-asyik beli sandal harga RM 10 di pasar malam. Kali ni belilah yang puas hati sikit." Maka si isteri dengan gerakan seakan lemah semangat memilih sandal Semporna untuk dirinya. Baiknya hati suami. Mungkin dia dapat bonus banyak kot tahun ni.

Transfer Order

Last Friday saya menerima surat pertukaran ke sebuah jabatan di Pusat Bandar Damansara, KL. Rasa macam tak percaya yang saya dapat tukar. Memang saya ada mengisi borang tukar 2..3 hari selepas kenaikan harga minyak yang lalu. Yelah...kos minyak meningkat kepada lebih RM 700 sebulan gara-gara perjalanan KL-Putrajaya-Shah Alam-KL yang saya lakukan pada setiap hari. Bila dapat tukar ni....dapatlah jimat lebih daripada 1/2 kos sedia ada. Harap-harap boleh disimpan untuk masa hadapan.
Saya bersyukur dengan berita ini walaupun berasa sedih kerana meninggalkan kawan-kawan di Putrajaya. Tapi KL-Putrajaya bukannya jauh. Hari minggu masih boleh digunakan untuk lepak bersama.
Apapun terima kasih kepada Big Boss yang sudi luluskan permohonan saya dan kawan-kawan yang memahami dan sentiasa memberikan sokongan.

Tuesday, September 16, 2008


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 23 orang terkorban apabila ribuan penduduk berasak dan berebut-rebut untuk mendapatkan zakat sebanyak 40,000 rupiah (RM14.90) daripada seorang kaya di sebuah bandar di Jawa Timur semalam. Dalam kejadian di Pasuruan, 800 kilometer ke timur Jakarta itu, lapan yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Ketua polis tempatan, Harry Sitompul, berkata beribu-ribu penduduk menunggu di luar rumah orang kaya berkenaan sejak awal pagi bagi mendapatkan zakat yang diagihkannya sempena Ramadan.

Rakaman televisyen menunjukkan wanita menjerit ketika ditolak ke pintu rumah yang penuh sesak dengan orang ramai. Kebanyakan yang meninggal dunia adalah wanita, kata Budi, seorang pekerja di rumah mayat.
Tiba-tiba sayu rasa hati saya apabila membaca artikel ini. Saya mendoakan Malaysia kekal aman, sejahtera dan maju. Harap-harap jangan ada generasi kita dan generasi anak cucu kita yang menerima nasib sebegini rupa. Amin.

Monday, September 8, 2008

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah...sudah lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.

Pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, sebuah kereta Wira berwarna silver semacam sengaja mencari pasal dengan beberapa kali menghimpit kereta saya. Saya masih mampu bertenang walaupun "diserang" sebanyak 3 kali. Saya lihat makhluk Allah ini adalah seorang berbangsa India! Kenapalah dia berbuat begitu? Mabukkah dia di pagi-pagi buta ini?

Sebagai seorang Muslim saya cuba bersabar dan tidak mempedulikannya. Bagi saya dia mungkin gila ataupun mempunyai masalah hormon! Selepas melepasi tol Putrajaya, sekali lagi dia "menyerang" dan kali ini saya hampir-hampir terlanggar sebuah kereta di sebelah gara-gara cuba mengelak daripadanya. Maka kesabaran saya pun nyata ada titik noktahnya. saya mengejar kereta itu dan apabila beriringan dengannya, saya menunjukkan buku penumbuk padanya. Dan dia tampak sangat marah. Tapi provokasi itu berakhir apabila dia menuju ke arah dengkil dan saya ke Putrajaya.

Dan sampai kini....saya tertanya-tanya kenapa la orang bangsa ini suka mencari pasal? Tak ada kerja gamaknya.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini banyak sangat luahan rasa yang saya bace dari blogger yang lain. Ada yang bercerita tentang 16 September. Ada yang bercakap tentang email layang, kuih raya, lies and lies and more fitnah. The thing that I want to highlight today is....nobody can get everything as according to his/her desires. Jadikanlah bulan ramadhan yang mulia ini satu percubaan dan seterusnya amalan untuk tidak bercakap bohong dan memanjangkan fitnah!
Hentikanlah segala propaganda politik yang tidak ada maknanya itu. Hentikanlah menikam anak bangsa sendiri daripada belakang. Hentikanlah memusuhi saudara sesama Islam.
There is no Word as gracious as Allah. No example as perfect as Rasulullah saw. No lesson as interesting as Islam. No Song as melodious as Azan. No charity as charitable as Zakat. No Encylopedia as complete as Al Qur'an. No Exercise as effective as Solat. No diet as healthy as Fasting. No Journey as wonderful as Haj. Islam...ever beautiful and perfect.
Live and respect Ramadhan al Mubarrak. May Allah shower his blessing on us all.

Friday, August 29, 2008

Di Dalam laman blog kegemaran saya : http://chedet.com/ ada satu comment daripada tokapi yang amat menarik perhatian saya. Di situ beliau memaparkan semula sumpah melayu sebagai mengenang jasa Dato' Onn sebagai pemimpin UMNO yang berjaya menyatukan umat MELAYU BERSATU dengan harapan mudah-mudahan kita semua memperingati Sumpah Melayu ini dan bangkit berjuang semula atas kebenaran demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSA.
Termaktub di Batu Pahat pada 8 Rabi’tul awal 1365 hb bersamaan 10 Februari 1946 Masihi..

Kami umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri. Kami berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. Kami juga akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami. Kami bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat. Kami umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :


Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
Mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera

Senyum

Pagi ini saya rasa tertarik apabila membaca satu article di Berita Harian berkaitan dengan senyuman. Ulasan terakhir article itu membuatkan saya tersenyum...
"Ada banyak jenis senyuman tetapi senyuman 'ikhlas', asli dan spontan menyaksikan mulut melebar dengan tenang dan mata bercahaya atau lembut, bergantung kepada konteks dan makna senyuman. Senyuman dibuat-buat cuma membabitkan bahagian mulut."
Dulu masa di sekolah menengah, saya dan kawan-kawan pernah membuat satu persembahan di perhimpunan bersempena dengan minggu bahasa Inggeris. Saya adalah penulis skrip bagi persembahan itu. Saya tak berapa ingat sangat ceritanya tapi yang pasti saya menggunakan lagu "Senyum" sebagai lagu tema. Ada versi lagu itu di dalam bahasa Inggeris tetapi saya cuma ingat versi bahasa Melayu sahaja.

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Tuesday, August 26, 2008

Bangga

Jalur Gemilang
(Pak Ngah / Siso Kopratasa)
Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang

Jalur Gemilang


Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandung 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan garis merah di sebelah atas dan berakhir dengan garis putih di sebelah bawah, melambangkan jumlah anggota dalam persekutuan iaitu 13 negeri -Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu serta Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu memuat gambar anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Merdeka

Tinggal kurang seminggu, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Di Putrajaya, kibaran bendera kelihatan agak meriah.

I'm proud to be Malaysian. Walaupun terdapat beberapa golongan minoriti yang tidak reti bersyukur dengan keamanan yang ada dan cuba untuk menimbulkan ketidakstabilan politik, saya boleh katakan.....Malaysia masih aman dan tidak tergugat. Saya berharap Malaysia masih tetap aman dan makmur.

Saya lebih suka memandang sesuatu isu sensitif dari sudut intelektual. Saya akan menganalisa setiap topic dan mengadaptasikan dengan apa yang telah saya pelajari di universiti. Nyata kini, ramai yang bercakap mengikut hati dan emosi. Mungkin mereka tidak pandai mengadaptasikan apa yang telah mereka pelajari.

Sayang....ramai anak muda berkelulusan tinggi tetapi asas ekonomi pun tidak dapat difahami. Asas ekonomi yang mudah itupun tidak reti dan tak ingat, apatah lagi mata pelajaran sejarah Malaysia di sekolah menengah!

Thursday, August 21, 2008

Lagu - Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Wednesday, August 20, 2008

Bendera

Hari ini saya terbaca satu blog yang mengajak rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik bagi menyatakan protes kepada kerajaan. Saya tidak suke bercakap bahasa kasar tapi bagi kes ini saya terpaksa melafazkannya demi menyatakan protes kepada orang bodoh macam mereka ini yang berperangai macam budak sekolah!

Wahai...Sheikh and whoever support the stupid idea....
Apa ke bangang nyer kamu orang ini. Our flag represent our country. Kalau tak suke sangat, pi duduk kat Bangladesh!

Monday, August 18, 2008

Dah lama saya tidak menyentuh blog ini. Agak busy dengan kerja di pejabat. Harap-harap blog ini tidak akan menjadi satu projek 'gajah putih'.

Hari ini ada 2 audit report yang belum siap. Dan sekarang ini sepatutnya saya menghadiri satu pra taklimat yang bermula jam 3.30 petang. Macam tak jadi aje....sebab ada 1 mesyuarat lain yang sedang berlansung.

Penantian adalah satu penyeksaan. Lagi seksa bila terkenang 'kerja sekolah' yang tak siap lagi. This Saturday ada test Accounting Theory. Monday pula ada test Accounting Information System. On 26th ada test Company Secretary and then on the 29th ada test Corporate Finance.

Susah kerja sambil belajar ni. But I have to be strong because nothing is impossible to a willing heart.

Diam tak diam, saya dah pun berada di final year. Insya Allah, saya akan habis belajar next year.

Thursday, July 31, 2008

Berita Sedih Buat Orang Melayu

Hari ini saya senang bercerita tentang keadaan politik tanah air. Entah mengapa saya berasa agak sedih dan terkilan apabila Pas tidak jadi bergabung dengan Umno. Persoalannya, bilakah orang melayu ingin bersatu? Sampai bila kita perlu berpecah?

Wednesday, July 23, 2008

Salam perkenalan...



Secara tak rasminya, hari ini bermulalah catatan saya di Jumir-Myspace. Blog ini masih belum begitu sempurna kerana ia masih di dalam proses pembikinan. Ia masih under construction kerana saya bukanlah budak IT yang pandai meng'edit', setting dan kemaskan layout blog ini. But I'll try my best sebab lepas ni ada member yang nak joint the club.

Emm...kena tanya member IT jugak ni....

Tuesday, July 15, 2008

Friends


This is a question which must have crossed every person's mind quite a number of times. Friendship is something which connects people through mutual knowledge, esteem and affection. It revolves around loyalty, empathy , genuine affection for each other and the ability to understand others.
We often think whether our friend really cares and feels for us in the same way that we do. If they indeed do , then you are one of the fortunate people in the world . Today's world, has become very fast and artificial. What looks apparent from outside may not be the same from inside. People try to take advantage of one another, all in the name of friendship. Friendship somewhere down the line has lost its significance.
Friendship at one time meant lots of sacrifice and doing anything for one another come what may .In today's world it also means hanging around coffee shops, movies, discos and having a good time together . People these days have taken friendships to be a kind of recreation and a medium of spending free and leisure time. It has lost its luster and meaning today because our views regarding what we expect from life and relationships have changed .
We sometimes view friendships as a stepping stone to success , At times we become manipulative and try to take advantage of our friends because of the influence they yield in certain social circles . Friends are people whom you would really like to count upon and trust them for anything. Wouldn't you raise a smile in the middle of your boring day if a friend suddenly drops by to say a simple Hello. It feels good to know that somebody thinks about you and cares for your feelings. But it also equally important to reciprocate their feelings. A one sided friendship doesn't last for long.
First you need to realize how important is a Friend for us . We need to ask ourselves we if can give something to them without expecting anything in return. A friend who sticks to you through thick and thin is a 'True Friend'. They love you for what you are and really don't care about how you look or how you behave. They feel the closest to you and are able to share their inner most thoughts and feelings with you.
In hard times when they don't have anyone to stand by them , They stick with you and try to make things smother for you . Saying "Friends in need is a friend indeed" doesn't mean anything , it has to be implemented in real life. Friends don't mean only being there in one another's good times but also in the bad times as well.
A true friend does not try to change you according to their preferences but accepts you as you are. Such friendships are precious possessions and should be valued by those who have it. True and good friends are really hard to find, so if you have some, don't let them go and try to hang on really tight with them. They would be then Friends for a lifetime.. Life will be more enjoyable and the world may seem to be a much better place to live if you have got true Friends who love you and respect you .
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK