My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, July 26, 2012

40 Tahun Lagi....?

Arini...aku n MsTips mengambil satu langkah yang penting dalam hidup kami. Syukur Alhamdulilah....! Arini...kami berjaya pi daftar haji setelah asyik tertangguh sejak beberapa bulan lepas.Tahun Peruntukan kami berdua adalah 1472 Hijrah / 2051 Masihi. Hahahaha.....terkedu jap bila tengok tarikh tu...punyalah lama. Lagi 40 tahun tu...! Inilah akibatnya bila daftar lambat.

Tapi kata orang Tabung Haji, jika kami dah cukup duit nak pi haji, kami boleh buat rayuan untuk pi lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki, kami akan dapat pi lebih awal.

MsTips berposing dengan slip daftar haji kami.

Gambo....aku n MsTips yang gumbira
bila dapat daftar haji dengan jayanya.


Monday, July 16, 2012

Kuching...Day 1

Aku ke Kuching arini......naik flight Air Asia AK5202 8.30am n tibe 10.05 am. Awal 10 minit...kate Incik Pilot

MsTips....ceria dah sampe.

Bile sampe...cam biasa pi kaunter Imigresen n pi ambik baggage. Nak jadi cerita....beg aku plak...tak muncul2....dan membuatkan kami nak tergelak...."Ada orang ambik ke?" Sebab....kat situ ada sebuah beg yang tidak dituntut oleh sesape. Incik Bos MsTips membuat andaian...."Sah...ada orang lain yang ambik". Aku plak....tak berani nak meneka. Incik Baggage Service Air Asia plak teka.....beg aku ada di next flight AK5204 yang akan tibe kul 12.15 pm.

Aku yang menanti beg bertuah aku tu tibe. Kot2...
berada di flight seterusnya @ sasape mai pulang
beg kat aku.

Pukul 12.30 pm....aku dapat beg aku balik. Macam mana Air Asia nih?!!! (Rasa tak puas hati!!)

Tak mau cerita lebih2...aku begerak ke Harbour View Hotel. Check in...n masuk bilik. Masuk je bilik....terus perasaan tak puas hati mai...

Aku mintak bilik 2 single bed n bukannya 1 queen size bed...aku kan kongsi dengan MsTips. Dah kena turun balik n mintak tukar bilik. Nampak sangat permulaan cuti2 Malaysia aku ke Kuching ni...dah kurenggg...gitu.

Lepas tu...tetibe terasa nak makan Laksa Sarawak. Maka aku memulakan Ops Laksa dengan segera dan dengan harapan.....semua yang kurenggg...itu mampu diubati oleh Laksa Sarawak.

Selepas berjalan menyusuri sungai....aku tengok takdak satu pun gerai yang buka kecuali gerai burger. Sape nak makan burger kan....aku nak makan Laksa Sarawak. Takat burger......baik aku balik umah...makan burger depan umah aku. Anyway...bukan salah Pakcik burger tu...kesian dia....bukan rezeki dia arini...sebab aku betul2 nak makan Laksa Sarawak.

Aku teropong seberang sungai....ada 2 gerai yang buka cuma....takdak orang la plak. Last2...aku nampak Parkson. Hehehe...sure ada food court kat dalam tu.

Sekali...hampeh. Ramalanku tak benar belaka.
Takdak food court. Last2...
aku makan KFC dengan perasaan yang kureng selera
n terbayang-bayang Laksa Sarawak.

Ini la rupa paras KFC yang aku makan
dengan KURENG SELERA. Kalu berselera...
aku tak tau la rupa parasnya macammana. Hehe...

Sesi petang...after MsTips abis keje...kami merayap sambil jalan2 cari makan n menikmati pemandangan Kuching.



Ntah macam mana....depan hotel kami...ada meriam ni.
Menarik...

Siew San Teng Temple ini menghadap air n gunung.
Dipercayai oleh masyarakat Cina sebagai boleh membawa
feng shui yang baik bagi penganutnya.
Wujud di Kuching sejak 1770 dan telah diubahsuai banyak kali.


Ada plak live performance cenggini....jadi meriah plak.

Pantang! Pantang jumpa ice cream!

Kami tengah usha.....perahu/bot yang akan kami gunakan
untuk ke seberang sungai.

Ini bangunan DUN. Last aku pi Kuching
dulu...bangunan ni baru nak siap.

Kami menikmati suasana sunset....

Yeah.....kami naik bot. Bayar RM0.50 je. MsTips nak bayar
lebih....pakcik bot tu...tak mau.

Aku yang agak gembira sebab
kat seberang ni...aku boleh makan Laksa Sarawak
dengan jayanya.

Kami berdua sempat membuat tempahan
di Kek Lapis Mira.

MsTips....sabo menanti bot
untuk balik ke seberang.

Maka...berahirnya.....hari pertama kami. Moga2 hari kedua...lebih menarik.



Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK