My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

I walk for Children....and I walk for my health

Aku baru jer sampe umah & mandi-manda....lepas joint aktiviti Walk For Children anjuran ISKL di Padang Merbok, KL. Memang best....n thanks to Mr R for inviting me, MsTips n Kak H joint program tu. Macam biasa...aku lebih suka bercerita dengan gambo. Tengok ye..

Sampe je kat Padang Merbok...kami terus pi daftar,
ambik t-shirt n nombor.

Wajah-wajah ceria.....yang confident
akan jadi juara.

Aku, Kak H n MsTips.....

Kak H yang sampe di Padang Merbok sebelum 6.45 pagi
dari Putrajaya. Aku...6.45...baru pakai baju kat umah. Hehehe...

Aku dah tak sabo nak start nih...tapi aku tau aku takkan
menang. I walk for charity n for my health.

Before walkhaton bermula....sume orang warm up dulu.
Instructor adalah dari Celebrity Fitness.


Warm up....jangan tak warm up.

Tetibe tengah warm up tu.......kasut aku pecah.
Aiyak....! Macammana ni?
Takkan nak tarik diri kot...

Bile start jer....lebih kurang kul 8.30 am...aku pun berjalan
dengan sopan-santunnya....
sebab kasut aku dah pecah.
Tambah teruk bile laluan rumput kat padang tu....
dah macam kat tepi sawah.
Makin pecah...kasut aku.

Kasut pecah ke....tak pecah ke..
aku tetap jalan jugak. MsTips n Kak H dah jauh di depan.
Depa champion....

Laluan kami...mudah....n tak menyusahkan trafik.
Ini yang buat aku suka joint program ISKL ni.
Ini jalan tepi Bank Negara...menuju
Stesen Komuter Bank Negara dan belok ke
Memorial Tun Hussien Onn.

Incik Polis komited menjaga trafik n keselamatan kami.

Incik St John Ambulance pun sama...
sentiasa round berhampiran kami terutama aku.
Nape yek....? Muka aku ada cam muka
orang nak pengsan ke?

Pit Stop! Minum Susu time...!

Dari KKR...kami membelok ke arah Jalan Parlimen
dan kembali ke Padang Merbok.
Bangga giler...bile dah berjaya sampe.
Mr R sampe kul 40 minit selepas start.
Kak H sampe 5 minit awal dari MsTips. MsTips sampe
pukul 9.25. Aku plak....10 minit after MsTips.
Macam soalan mathematik la plak.
Haa....kul brape aku sampe?

Sampe jer....terus ambik goody bag n sijil penyertaan.
Pastu kami round tengok aktiviti kat sini.
Kat sini ada macam2 aktiviti.
Ada yang main tebar2 khemah....
Aku kurang paham konsep permainan ini...
tapi ramai yang joint.

Ada jugak pemeriksaan kesihatan percuma.
Cuba tengok....Mr R tu....diperiksa
oleh Cik Dr tu ke atau....dia
yang tengah interview Cik Dr tu?

Ada aktiviti conteng2 muka....lukis2 mask.
Mr R nak buat jugak...dia kata nak guna kaler hitam.
Mesti gempak...katanya.
Aku bukan nak mengata...tapi tak sesuai
Mr R oiii....awak tu...putih sangat!

Tetibe ada special guest sampe.
Apa lagi.....teruja la si MsTips...Kak H n Mr R.
Aku biasa2 jer....sebab aku idak la minat tahap gaban cam depa.

Mr R...MsTips n...their idiol....Datuk Astronaut..
Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

MsTips...Datuk Sheikh Muszaphar n Kak H.

Mr R n Datuk Sheikh Muszaphar.
Lepas bergambo tu...Mr R komen...
Datuk SM tu....tak hemsem sangat.
Dalam tv hensem...katanya.
Ala....Mr R...awak tu...luar tv ke...dalam tv ke...
lagi la tak berapa nak...dot...dot...dot.
Mengata orang...pandai!

Ada plak sesi sign autograf.
Hmmm....berasak2 la Kak H n MsTips
mendapatkannya.

Bangga giler...depa dapat autograf Datuk SM.
Kesian kat penyanyi band kat belakang tu...
depa ni sikit pun tak ambik perhatian masa
dia tengah menyanyi.

Jangan salah paham...MsTips....bukan juara/No. 1
Walkathon kali ni. Dia pinjam hamper budak yang
menang kategori 3km.

Aku....hepi arini. Lepas ni..aku akan joint
next event...yang akan diaturkan
oleh Mr R.

Saturday, January 14, 2012

Tips Penjagaan Baju Renang

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini ada tips untuk diamalkan :

1) Lepas guna, bilas dan terus sidai. Cara sidai plak......

Tak bole sidai begini....

Begini pun.....tidak bole jugak.

Dekat cahaya matahari pun....tak boleh.

Begini.....boleh...(terlipat dua dan tidak terdedah
kepada cahaya matahari). Mengapa begini?
Rationalnya terlipat dua adalah supaya
baju tersebut tidak jadi memanjang.
Ngapa aku tau? Sebab ada budak Parkson yang jual
baju renang tu yang pesan.
Nape tak bole sidai bawah terik matahari?
Supaya tak cepat rosak.

2) Jangan cuci baju renang dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain.

3) Jangan cuci dengan mesin basuh.

4) Jangan rendam.

5) Jangan perah atau spin.

6) Jangan iron.

Sumber : berenang-renang.blogspot.com

TQ kepada pemilik sume gambo2 di atas iaitu : www.visualphotos.com, tszuji.co.uk, the national.ae dan pagihari.solarstreak.com



TQ kepada Kak H yang bawak aku n MsTips blaja renang arini. Seronok!! Minggu depan....before balik kampung....nak pi lagi.

Saturday, May 21, 2011

Bile tkde mood....

Alkisahnya....hari ni, aku ada tournament bowling. Tiap kali aku ada tournament bowling.....aku akan pastikan diri aku hepi before game tu bermula sebab kalu aku rase tak hepi......maka akan terjejaslah gaya permainan bowling aku tu. Aku tak tau la nape, kalu games lain takpe.....tapi tidak pada bowling. Aku ni bukanlah selalu sangat moody tapi ada masa2nya....aku rase memang takde mood. Hidup ni memang susah nak diramalkan.....elok2 jer hepi....tetibe ada jer faktor2 luaran dan alam sekitar yang menggangu rase seronok tu. Yelah.....kalu takde angin....masakan pokok bole bergoyang kan?

Toksah citer banyak.................kat sini aku nak minta maap kat team aku kerana tak mampu membantu team untuk menang. Walaupun hakikatnya arini sume orang termasuk aku.......bermain dengan hampehnya....tapi aku tetap rase bersalah. Sori......!

Hanya Mahirah jer yang sentiasa ceria dan cuba menghidupkan
suasana........

Ni sume peserta yang kat sebelah kanan aku.
Belah kiri tak sempat ambik.

**TQ kpd Az yang menceriakan kembali idup aku arini.

Thursday, May 19, 2011

Yea.....menang!


Sabtu lepas, aku pi tournament volleyball inter-dept kat Stadium PKNS, Kelana Jaya. Team aku tu....tak sempat training pun. Sampe2....terus main n tetibe termenang la plak. Main pun gelak2......n tak aim pun nak menang pada awalnya. Tapi kemenangan tu...kire macam best la jugak sebab department aku takat ni...cuma johan takraw...pastu johan volleyball pompuan n futsal lelaki dapat nombor 2. Badminton, volleyball lelaki n futsal pompuan....kami kalah. Lepas ni...ada ping pong n bowling. Kami akan bangkit balik n cuba menang sume games yang lain tu.

Ni la....team kami yang best tu...

Ni tengah berkumpul.....bukan memasang strategi pun...
saje borak2 kosong n merapu.

Ni masa lawan team JLN.

Walaupun dipsycho dengan macam2 ayat n perbuatan
oleh penyokong team lawan....kami buat bodoh jer.
Dari ketinggalan 27 - 16. Kami kejar n
menang 30-27. Hehehe....psycho lagi....lain kali ye...
Incik2 penyokong....

Dah menang....mesti salam....

En. Din cuba memberikan khidmat nasihat. Tapi depa plak
busy bergambo. Memang tak makan dek saman
depa ni.

Ni En Din kami.....ni mase dia jadi umpire.

Ni sesi pemilihan pemain utama secara rawak oleh En. Din.
Kami...ikut jer.

Nampak tak nombor 12 tu......haa....tu la aku.

Hehehe...sume orang suke lawan team ni...sebab before main
depa bagi souvenir kat sume pemain. Kami excited
nak dapat hadiah....bukan excited
nak lawan depa pun. Anyway, TQ ye....

Haaa........ni adalah pemain utama team kami.


Kak Lang sedang memberikan pertolongan tak berapa nak cemas
kepada Siti.

Ni team pink yang kami dapat kalahkan.
Comel2 depa ni...macam kami jugak. Hahaha....

Inilah team department kami.

Yang lelaki...kalu bergambo...tegak jer.
Yang pompuan plak....tak penah nak dok diam.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK