My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, July 26, 2009

Peristiwa 18 Julai.....

Hari ini 26 Julai 2009. Tiada yang istimewa berlaku pada hari ini. Yang menarik perhatian pun...berita pengebumian Yasmin Ahmad. Emm...beliau meninggal di usia 51 tahun....agak muda.
Tetapi hari ini, saya ingin bercerita tentang 18 Julai....
Arwah ayah aku meninggal pada 18 Julai, 1999. Waktu itu, aku masih belajar di UiTM Pahang. Aku masih ingat pada petang 17 Julai....aku menelefon ke rumah dan kakakku menyatakan yang arwah ayah masuk CCU, Hospital Kuantan. Aku mahu pulang tetapi kakakku kata..."Tak perlu....Abah OK". Hari pun agak petang...jadi aku pendamkan saje hasrat untuk pulang menziarah ayah. Lagipun, masa tu aku dah kehabisan duit belanja.
Subuh esoknya...18 Julai, 1999.....aku bermimpi...mak aku menangis. Masa tu...aku rasa tak sedap hati. Tengahari 18 Julai...aku dapat pesanan yang ayah aku tenat di Hospital Kuantan. Aku bergegas untuk keluar dari kampus dan setiba di pintu utama kampus terdapat seorang Pak Guard yang bertugas. Aku merayu memintanya membenarkan aku keluar dan pulang tetapi dia tidak benarkan dengan alasan tiada resident staff yang menandatangani kad keluar aku. Aku telah jelaskan keadaan aku dan memang resident staff tiada di rumah sebelum aku bergerak ke pintu utama. Hampir 45 minit aku merayu Pak Guard yang tidak bertimbang rasa itu. Dia ingat aku menipu. Akhirnya.....aku melutut di hadapannya dan meminta dia benarkan aku keluar. Melihat kedaaan aku, dia menelefon seorang pegawai UiTM dan meminta kebenaran untuk membenarkan aku keluar.
Setelah keluar, aku menunggu teksi di luar UiTM untuk ke bus station. Setelah hampir 15 minit, aku pun menaiki teksi menuju ke arah bus station. Duit yang ada di tangan aku cuma RM80.00....pemberian kawan baikku, Liza. Itu aje yang aku ada. Di bus station, aku cuba bertanya waktu perjalanan bas kepada orang ramai di situ...tetapi aku terlalu sebak. Aku berlari ke tandas. Selepas bertenang, aku bertanya lagi...dan kata mereka...lagi 1 jam bas baru ada. Jadi aku pun pergi ke arah kaunter teksi. Yang sedihnya...dalam keadaan kecemasan itupun, pemandu teksi masih tidak mahu mengurangkan harga sewa teksi. Proses tawar menawar itu pun mengambil masa hampir 10 minit. Tanpa berlengah, aku bersetuju dengan harga sewa teksi sebanyak RM 60 untuk ke Hospital Kuantan.
Aku telah meminta pemandu teksi memandu dengan laju...kerana aku perlu segera sampai di hospital. Tetapi pemandu itu tetap membawa teksinya dalam kelajuan yang biasa. Aku terpaksa bersabar. Setiba di pintu masuk hospital...tiba-tiba sebuah ambulan keluar. Kami seiring, teksi yang aku naiki masuk dan ambulan itu pula sedang keluar. Aku ke pintu utama hospital dan beritahu seorang makcik guard hospital yang ayah aku sakit tenat. Makcik guard itupun mengiringi aku ke wad CCU. Di situ, aku diminta untuk memakai pakaian khas sebelum masuk. Apabila masuk...aku cuma nampak 2 orang pesakit dan 2 orang doktor perempuan. Aku bertanya...."Mana ayah saya...Junid bin Mohd Tahar?" 2 dorang doktor itu terpaku melihat aku. aku bertanya berkali-kali dan 2 orang doktor itu macam sedang tergamam dan tak tahu nak jawab apa. Kemudian, salah seorang doktor itu berkata..."Adik...ayah adik, Junid bin Mohd Tahar....dah meninggal dunia." Bila aku mendengar ayat terakhir itu....aku berlari ke luar dan makcik guard tadi menanti aku di luar. Bila aku katakan yang ayah aku dah meninggal....dia mengiringi aku ke bilik mayat. Setiba di bilik mayat...pegawai yang bertugas berkata....."Jenazah ayah adik dah di bawa ambulan kira-kira 20 minit yang lalu. Mereka menuju ke rumah adik." Terus terlintas gambaran di kepala aku tentang ambulan yang aku nampak ketika di pintu masuk hospital.
Aku berlari ke arah sekumpulan pemandu teksi di dalam kawasan hospital. Aku katakan yang aku cuma ada duit tak sampai RM20 dan aku perlu balik ke kampung....ayah aku telah meninggal dunia. Seorang pemandu teksi memandu aku pulang. Sepanjang perjalanan, aku asyik terbayang wajah ayah. Aku juga asyik teringat wajah guard yang bertugas di Pintu Utama UiTM. Aku tidak sempat berjumpa ayah dan aku rasa macam nak tumbuk muka guard UiTM tadi.
Setiba di pintu pagar rumah...kelihatan ramai orang berkumpul. Pemandu teksi itu tidak mahu menerima sebarang bayaran....katanya, dia kenal arwah ayah. Aku berlari dan semua orang memandang ke arah aku. Suasana sedih sangat jelas kelihatan. Aku menangis sepuas hati dan berkata..."Orang tak sempat...orang tak sempat" Ya...aku tak sempat berjumpa arwah. Lebih menyedihkan apabila kakak-kakakku berkata yang ayah selalu menyebut namaku. Aku kan anak bongsunya.
Ya...hari 18 Julai...adalah hari yang menyedihkan aku pada setiap tahun kerana aku asyik terkenang peristiwa itu. Sampai ke hari ini aku tidak dapat memaafkan Pak Guard UiTM yang aku ceritakan tadi. Jika dia benarkan aku keluar cepat...mungkin...aku sempat bertemu ayah. Jika pemandu teksi yang membawa aku dari Jengka ke Kuantan memandu dengan laju...mungkin juga aku sempat bertemu ayah. Aku terima ketentuan Ilahi. Mungkin itu...telah tertulis untuk aku.

Wednesday, July 22, 2009

Doa....

Saya sedang berhajatkan sesuatu....sesuatu yang insya Allah akan memajukan hidup saya. Saya mohon doa kawan-kawan....moga2 hajat saya termakbul dan dimurahkan rezeki. Amin.

Sunday, July 5, 2009

Ya...kawan-kawanku....aku dah tamat blaja.

Ada ramai kawan-kawan yang dok bertanya..."Hang dah habis blaja ke?" Ya...kawan-kawanku....aku dah habis blaja. Confirm! Kini aku sedang menanti masa untuk konvo sahaja.
Aku tidak menceritakan hal ini di blog ini kerana secara tidak rasminya pointer result aku yang sebenarnya masih belum confirm lagi. Actually gini.....aku ada buat re-checking bagi 1 subject kerana aku tidak berpuas hati dengan result tu. Aku rasa macam boleh dapat lebih tinggi lagi. Tetapi tengoklah...kalau ada rezeki....maka naiklah pointer aku. Kalau tak ada rezeki....turun sikit la pointer aku tu. Resultnya belum keluar.....maybe dalam 2 minggu lagi kot. Apapun....don't worry....aku tetap grad.
Ya....aku mengaku...aku banyak diam je lately ni.....bukan apa...sejak takde class ni....aktiviti malam aku bertukar. Kalau tak tengok tv....tv akan tengok aku. Aku selalu tidur awal. So, mana ada masa nak update blog. Hari cuti pun gitu....aku bukannya kerap keluar pun...cuma aku fully utilised waktu rehat aku tu ke tahap maksima. Bila kerja....aku kerja sungguh-sungguh sampai tak ingat lapar dan rehat. Jadi bila cuti hujung minggu....aku rehat sungguh-sungguh la.
Tengoklah...jika aku ada masa...aku update blog ni...ok.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK