My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Happy Birthday MsTips.....

Tengahari tadi....aku bawa MsTips lunch di Restoran Saba, Setiawangsa. Zah, Khuzailah, Raha, Ayie, Amani dan Irfan pun joint sekali. Ini semua adalah bagi meraikan birthday MsTips......

The cake....vanila strawberry....

The one who can't wait to eat the cake...

The birthday girl.....MsTips and....
the one who can't wait to eat the cake....Amani.

Mandi Kambing regular.....kegemaran aku. Pegghhhh!!!!

Kebab....sape order ni ye? Irfan punya rasanya.

Chicken Chop....untuk The one who can't wait to eat the cake
Amani laaa....sape lagi.

Kabsah Kambing.....Large.
Ni Zah dan MsTips yang order.

Akhirnya...cake dipotong.

Apa laaa....Siwo Ani tu...lambat betul potong cake.

Amani dah tertekan tu....dia nak cake tu.

Lambatnya Siwo ni....

MsTips dan Zah.....terima kasih laa pada Zah sebab datang.
Dekat jer dengan umah....katanya.

Amani yang comel.

Khuzailah, MsTips dan Zah.
Khuzailah dari Ipoh...terus mai sini untuk
raikan birthday MsTips.

Dari kiri belakang...Aku, Zah, Khuzailah dan MsTips.
Dari kiri depan....Amani, Raha dan Irfan.

Kami yang kekenyangan.........


Tu dia....dari kanan....kecik....beso.....kecik...beso...
hehehehe....

Kepada MsTips....kami ucapkan happy birthday....
semoga kehidupan diberkati di dunia dan akhirat...
dimakburkan segala doa....
dimurahkan rezeki...
dipermudahkan segala urusan...

Sunday, January 20, 2013

Hepi Birthday To You.....MsTips

Pehhh!!! Lama giler aku tak sentuh blog aku nih. Special event yang berlaku arini membuatkan aku kembali meluangkan masa...yang tak berapa nak ada ni...untuk dedicate my special wishes to my best friend...MsTips.

Arini birthday MsTips. Sebagai event planner n manager, maka aku telah berpakat dengan beberapa kengkawan untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena birthday beliau.

Pagi 19.01.2013.....kami adakan acara berenang-renang di tepian kolam di sebuah kelab di Subang.

Oleh kerana aksi berenang tu terlalu ganas dan tidak sesuai dengan
pandangan mata kanak-kanak seperti Amani yang akan
membaca blog ini....maka gambo tersebut ditukar
dengan gamo aksi MsTips bermain skipping yang kelihatan
lebih mesra alam. Aksi ni dirakam aku masa nunggu
Ms H sampai.   

Tengahari, kami semua bergerak ke Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur untuk sesi makan2 Hi Tea di situ.

Pehhh...suasananya cantik dan makanan yang ada sungguh
sedappp.....memang pilihan yang tepat buat kat sini!
Sape la gamaknya Event Manager tu kan... bijak
sungguh beliau....n mesti dia seorang yang cantik, sihat dan
bergaya kan...! Ehem!

Aku memulakan sesi ini dengan nasi goreng tomyam
dengan rendang ayam, daging n kambing.
Nasi goreng tu....memang best n terasa macam nasi goreng yang
arwah mak aku masak...dimasak dengan penuh kasih sayang.
Tetibe teringat kampung...arwah...etc. Sob...sob...!

MsCahaya (yang sebelah kiri) n adiknya memulakan sesi
ini dengan spaghetti carbonara. Best....aku curik rasa
depa punya.

Ms H....sedang menerangkan rasa mee kari yang beliau makan.
Aku rasa...memang best....TERBAIK!

Actually banyak lagi menu yang ada n best2 belaka. Ada asam laksa, nasi lemak, rojak, bubur nasi, kebab, spaghetti bolognese,  yong tau fu, nasi impit, apam balik, etc n dessert plak...ada macam2. Banyak giler. Kami plak makan dengan jayanya....sampai tak larat nak bangun. Tapi idak la aku ambil sume gambo makanan tu. Tak sempat.....


Ini adalah gabungan cheese tart, puding roti, cheese cake n
agar2 keladi.

Haaaa.....sate ni...aku bagi markah 9/10. Almost perfect...
cuma manis sikit.

Segala tok nenek dessert yang ada di sini n menyelerakan.

Ya.....antara wajah2 ceria yang hadir. Ada gak kawan2 yang tak
dapat hadir...macam Che Ta (Bukan....Rozita Che Wan). Kereta
Che Ta..tak berapa sihat.....maybe lain kali kita jumpa2
n makan2 ye....Che Ta.

Yea...hepi2.....

Kepada MsTips.....hepi birthday. Semoga dilimpahi rahmatNya
di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dimakburkan segala doa,
dipermudahkan urusan dan dilindungiNya dari segala bencana.

Huishhh....sudah pukul 2.18 (20.01.2013) pagi dah ni. Aku nak tido....pagi nanti kami nak pi taman.....bagi meneruskan aktiviti selanjutnya. Kepada MsTips, just enjoy the day...ok.

Sunday, March 4, 2012

Ya...Allah...selamatkan dia....

Pagi tadi....aku dapat call dari Ms N...katanya Mr T kritikal di HKL. Aku bergegas balik dari opis...ambik MsTips n terus ke Bilik Bedah Saraf, HKL. Sebak rasa....bile pikirkan Mr T sebab dia seorang kawan yang baik dan aku anggap dia macam seorang abang. So, susah aku nak terima berita macam ni.

Aku memang bercadang nak pi umah dia arini.........lepas pi opis. Dan semalam.....MsTips n aku bercadang nak ajak dia pi makan durian Musang King kat Chow Kit. Tak sangka....begini jadinya. Tapi semua ini adalah ketentuanNya.

Kata kakak (wife Mr T)...dia baru balik dari Mid Valley (bertugas rasmi). Dia habis bertugas dalam pukul 9-10 mlm. Ntah apa yang berlaku.....dalam pukul 11-12 mlm....tak tau apa yang berlaku terlebih dahulu....sama ada dia kena attact (high blood pressure) atau terbabas dekat Plaza Damas, Hartamas. Jalan tu...memang tak banyak kereta lalu. Kalau adapun....tiada sesiapa yang perasan apa yang berlaku padanya. Kata kakak....biasanya anak dia akan lalu kat situ tapi semalam....anaknya tak lalu kat area tu. Tapi pukul 4 pagi tadi pihak polis menjumpainya berada di dalam kereta di kawasan itu dalam keadaan kereta......terbabas sedikit (seolah2 membuat u-turn).

Bayangkan.....dia bertahan dari jam 11-12 malam hingga dijumpai pada pukul 4 pagi. He such a strong man. Doktor kata....dia mengalami pendarahan di dalam kepala...ada darah beku, so kena operate pada pukul 9 pagi tadi. 

Masa aku, bos2 n kawan2 lain sampai...dia masih di dewan bedah. Selepas beberapa jam...Pakar Bedah yang berjumpa dengan familynya kata....salur darahnya ada yang rosak dan mereka masih belum menutup luka pembedahan  sebaliknya menutup kepalanya dengan gel. Esok...mereka perlu scan dan result...akan diketahui pada petang esok.

MsTips....Mr R...Miss Moli n Ms Ng.
Kami...sabar menanti.
Masing2.....berborak macam biasa
tapi aku percaya...mereka pun macam aku.
Berdebar2 menanti result.

Moli...Ms Ng n Pn Siti.

Aku n MsTips menunggu dia keluar dari bilik bedah sampai hampir pukul 3 petang. Bila kami pulang...anaknya sms yang Mr T telah dipindahkan ke ICU.

Doa aku....hanya satu....moga tuhan selamatkan Mr T dan keluarkan dia dari status kritikal. Gangster kampung dusun (aku...) tak boleh mengganas tanpa gangster Hong Kong (Mr T...). Sape nak bawak aku n MsTips pi makan Musang King nanti....kami taknak pi dengan orang lain....kami nak pi dengan Mr T.

Monday, January 30, 2012

Party..!!!!Party!!! Party...!!

Hmmm....aku n MsTips....tak habis2 dengan party dan makan2. Semalam...Kak S host a birthday party untuk MsTips n Kak Z. Tetamu jemputan hanya kami2 ajer....semua ada 5 orang. Bile dah borak2....tetibe rase macam reunion ITM/UiTM la plak....takpun...macam perjumpaan senior n junior. Hahaha...it was fun! And the food are super delicious! TQ to the Master Chef Kak S n Master Chef Kak Su.

Jamuan tu start lepas Maghrib....bile start.....tetibe ada bunyi berdentam-dentum bunyi mercun....yang macam meraikan party tu aje. Lepas 1st round sesi makan.........kami tengok Juara Lagu. Macam sesuai jer....aturcara majlis malam tadi.

Makanan yang ada atas meja....

Siap ada steamboat.....ala2 Tupai2 gitu...

Ini meja untuk dessert.....

Lepas penat bagi komen2 ala2.....juri awam tak berapa nak bertauliah di atas setiap persembahan....n penat memikirkan apakah relevannya Faizal Tahir bubuh api kat piano dengan lagu Karmanya itu......kami memulakan sesi makan round ke2 sambil2 dengar lagu2 tribute utk Arwah Sudirman. Kenyang giler.....! Tu la sebabnya aku tak letak gambo masa kami makan........sebab kurang enak bile dilihat orang. Hahaha....

Makan2...lepak2 cenggitu memang seronok....lebih2 lagi...bile bersama orang2 yang satu kepala. Malam tadi memang best....cuma yang kurang best bile tengok lagu Karma dapat nombor 3 AJL. Yelah...aku ni kan.....juri yang tak berapa nak bertauliah....tapi rasanya ada lagi lagu lain yang lebih layak rasanya.

Dah la....malas nak mengata lelebih. Congrat la pada Hafiz...3 trio beribu sesalan n Alyah. Bagi aku....patutnya lagu Alyah dapat nombor 3. Sekian.

Saturday, January 21, 2012

Happy Birthday....MsTips.

Semalam....kami kawan2 meraikan birthday....MsTips....yang ke....hmmmm.....susah nak kire! Kalu pi tolak...campur... bahagi...darab pun...tak dapat jawapannya. Hanya orang yang genius jer....yang mampu bagi jawapan yang betul.

Sambil diringi lagu birthday oleh musician....
waiter membawa kek kepada
birthday girl....yang nampak tergezut...gitu.

MsTips.....tgh malu2....n Incik2 musician
masih belum habis nyanyi lagi.

Amani yang comel....sedang
memakan kek birthday MsTips
dengan jayanya.
Aku tak bole lupa bapaknya bercerita
yang dia dan Amani makan nasi n sup kambing
semangkuk beso kat China.
Ala....bapak Amani....berapa suap la si Amani
tu mampu makan. Kabo je la...kamu yang makan.


Semua yang hadir......adalah termasuk photographer...
Ada yang tak dapat hadir...last minutes..
macam Mr. T n family sebab Mr. T lambat
sampe dari meeting kat Ipoh.
Pastu Kak S yang berada di Batu Pahat
n Mr. Tam yang.....ada hal.
Sorang lagi adalah Mr. H yang.....setakat ni attendance
sangat tidak memuaskan.
Tapi....Kak S kata.....dia akan belanja aku n
MsTips kemudian.....
Kepada MsTips....hepi birthday 2 u. Moga kamu dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dunia dan akhirat dan semoga segala doa dan harapan dimakbulkan olehNya. Amin....

Tuesday, November 8, 2011

Selamat tinggal.....opis cantek....


Gambo pemandangan tepi opis aku.

Jumaat lepas adalah last day aku kat opis ni. Arini aku dah keje kat opis baru. Akhirnya.....pusing sana...pusing sini....last2 aku pi jugak opis baru. VBB (Very Big Boss) kata dia akan usaha tarik aku keje kat opis ni balik. Aku tau...itu misi mustahil, tapi aku lebih suka pikir positif..............aku akan keje bersungguh-sungguh walau kat mana pun aku kena keje. Macam hero aku selalu kabo...."Jadilah benih yang baik, campak ke mana pun biar menjadi pohon yang rimbun dan berbuah. Hatta ke laut sekalipun....biarlah menjadi pulau."

Jumaat tu depa buat farewell party.....walaupun tak ramai yang ada sebab dah balik kampung....tapi suasana masih meriah. Time tu....depa suruh bagi ucapan....heheheh.....buat pertama kalinya aku tak mampu nak bercakap sebab tetibe sebak. Tapi aku cover dengan buat lawak bodoh....tak macho la kalu depa tengok aku sedey! Ini Jumir la....gangster Kampung Pisang....bekas terrorist (bukti gamba ada kat Rocky) berkawan plak dengan gangster Hong Kong macam Abang Talib....huish...malu la kalu sedey!

Tapi ya....aku sedey....titik! Tak mau citer dah. Kite citer pasal gambo plak ye.

Kawan2 di opis lama buat party perpisahan untuk aku. Siap ada kek
n yang paling special kek yang Haza n Izan buat. Time kasih semua.

Bacaan doa oleh Rostam. Hmmm....bile bab doa
sume nak mengelat. Camne nak jadi pemuda harapan bangsa?

Ni time depa cuba untuk membuat aku bagi ucapan n
menangis. Tapi aku kan macho.

Kak Lang yang suke buat muka comel.

Yang berdiri tu....bakal mak mentua tak berapa nak menjadi (BMMTBNM) aku.
Aku tau dia sedih. Eceh.....!

Tengok tu......depa ni memang pemakan orangnya.

Ayu je bergambo ye......kecuali Bavani yang
nampak ganas.

Aku dah agak dah....belum sejuk kerusi opis aku
tinggalkan.....Haza dah mengempit bakal mak mentua
tak berapa nak jadi (BMMTBNM) aku.
Yang BMMTBNM tu plak.....pantang sorang calon
bertuko....dia akan cari calon baru.

Kek Perpisahan......

Tak dan (sempat) Kak Ani nak suap food...
camera girl dah kacau.

Ntah apa la....yang depa (CC n Kak Tipah) dok rapat2...
gelak2....tu.

Ni 2 orang staff aku yang selalu bertekak ntah apa2 ntah.
Ada je modal depa....tapi bukan la bertekak sungguh2..
depa main2 jer....marah2 sayang gitu.
My VBB....Mr J pun joint the party.

Kak Lang mesti tengah pikir....nak makan yang kat tangan dia tu
ke...nak makan nasi kukus macam Pn. Jazmin.

Time terima hadiah.....time kasih semua orang.


Inilah orang2 cawangan aku.....cuma Bavani yang takde sebab dia balik awal.
Kami ni nampak je sikit tapi banyak benda yang dah kami buat.
Time kasih semua n mintak maap banyak2 kalu ada silap n salah.

Haa....ni Hj Razak. Bab jalan short cut....
bole tanya dia.

Ayu..n babynya. Kim salam kat Yati tau. Kim salam
kat En. Din jugak.

Kak Haniza......orang Jawa Selangor.
Bile dia cakap Jawa....aku teringat MsTips.

Bab gulai n kari......dia pakar.
Aku masih ingat rase gulai n kari yang dia masak.

Ni....Cik Mek PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Bila cuti selalu
report duty kat Johor.

Ni Kak Ani....kakak yang sentiasa ready untuk bersukan.
Cakap jer main apa....sure dia joint.

Kak Lang yang comel.

Puan Ros.....jiran tak berapa nak setaman dengan aku.
Kami ada date 13hb ni.....jangan lupa ye Puan.

Kepada BMMTBNM.....jangan lupakan saya...
jangan cari calon lain....
muktamadkanlah keputusan calon menantu terbaik tu.
Anugerah Skrin pun pandai bagi award CC oiii...
CC bile lagi?

Mr. T.....gangter Hong Kong yang selalu bersengkongkol
dengan gangster Kampung Pisang cam aku.
Udah2 laa....buat muka pengganas tu bang oii...
tapi dalam muka gangster tu....dalam hati dia
ada taman....banyak bunga plak tu.

Ni la.....SBB aku yang tak reti2 nak dok diam.
Aku selalu usik dia....kalu dia cuti aku bahagia. Hahaha...
Tapi dia boss yang sporting, memahami n pro-active.
Aku suka keje dengan boss yang pro-active cam dia.
Bagi aku...kalu nak jadi bagus....kite kena keje dengan org2
yang bagus.

Ni boss aku yang sorang lagi. Dia cool jer tak mudah panic.

Haaa...ni la staf aku yang pandai buat keje.
Aku harap dia akan lebih matang n lebih pandai buat keje.
Dalam ramai2 staf lelaki yang aku pernah ada.....dia yang nombor
dua yang aku sentiasa ringan hati nak bagi markah tinggi.
Ni...dah puji melambung2 ni.....tak reti2 nak belanja?!

Ni.....camne bole sesat gamba ni? He3....jangan marah ye Moli..
Dia budak cawangan sebelah.....
Sempena perpindahan saya ni....moh la kite
sama2 berazam untuk menguruskan perbadanan kite ini.
Sekian.

Ni staf aku yang paling murah rezeki. Tapi aku malas
nak tegur...kang keluar plak sorang lagi. He3...
take care n may all success will be yours.

Ni staf aku yang pandai buat magic macam David Coperfield.
Takkan aku lupa time dia bole hilang disebalik kusyen kete aku.
Tolong la...Rewa....jangan bagi sape2 panic lagi.
Keep it up....u have changed from zero to hero.

Haza....yang memang ada niat nak jadi calon menantu CC.
He3...kalu tunang dia dengor ni...mahu bergegar
Kuala Kangsar!
Time kasih ye....bagi kek tu...
ni laa....staf aku yang rajin menceriakan aku.
Saling tak tumpah dengan 2 orang staf aku kat
opis lama dulu (Eadie n Rin).
Biarlah kita menjadi orang yang selalu bole diharap
n teruskan menjadi orang yang baik2...

Ni la drama king kat opis aku. Kisah dia dah macam tele-novela
dah aku tengok. Ada jer.....cerita dia.
Kalu dicalon kat Anugerah Skrin...sah dia menang.
Bulan sebelum2 ni....accident...bulan lepas hilang motor...
bulan ni....aku tak tau la apa nak jadi denga mamat ni.
Apapun macam aku penah kabo kat dia before ni...
sume tu dugaan. Sesungguhnya dugaan tu akan mematangkan
diri kite.

.....Charlie2.....kat cawangan aku....
selamat ke orang2 cawangan aku
dijaga oleh depa berdua ni? Hmmm...ntah ler.

VBB.....it's such an honour n a pleasure 4
me to work with u sir.
Macam yang aku kate kat atas...
kalu nak jadi bagus....kite kena keje dengan orang yang bagus2.
Tadi aku ada sms minta maap kat dia n dia balas balik
suruh aku kawen! Hmmm...

Kepada sume orang.....termasuk yang tiada dalam gambo ni....saya minta maap banyak2...dan terima kasih atas segala kerjasama....halalkan makan, minum dan duit raya yang dah diberi. Selamat tinggal opis cantik n orang2 yang berhati cantik yang berada di dalamnya.

P/S : Arini....kat opis baru....my first day...memang adventure sebab banyak kedai yang aku nak kena masuk kat dalam The Mall ni. Hehehe....


Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK