My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Showing posts with label Bulan Pose. Show all posts
Showing posts with label Bulan Pose. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan



Hari ni first puasa. Sahur minum air je. Aku jarang makan beriya time sahur ni. Kadang2 nak bangun pun payah. Nasiblah ada housemate yang prihatin.....yang akan hulurkan air untuk diminum kat katil aku. Cuma pagi ni....aku bangun sendiri.

Alhamdulillah semalam berjaya bertarawikh untuk malam pertama. Walaupun hajat aku nak bertarawikh kat Masjid Wilayah (hajat yang aku buat pada setiap tahun) masih tak kesampaian, aku masih berjaya buat kat umah.

Insya-Allah, aku akan gandakan usaha menguatkan diri dan mengatasi halangan untuk mencapai hasrat aku tu.

Kepada semua....Selamat Menyambut Ramadhan.






Monday, September 8, 2008

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah...sudah lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.

Pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, sebuah kereta Wira berwarna silver semacam sengaja mencari pasal dengan beberapa kali menghimpit kereta saya. Saya masih mampu bertenang walaupun "diserang" sebanyak 3 kali. Saya lihat makhluk Allah ini adalah seorang berbangsa India! Kenapalah dia berbuat begitu? Mabukkah dia di pagi-pagi buta ini?

Sebagai seorang Muslim saya cuba bersabar dan tidak mempedulikannya. Bagi saya dia mungkin gila ataupun mempunyai masalah hormon! Selepas melepasi tol Putrajaya, sekali lagi dia "menyerang" dan kali ini saya hampir-hampir terlanggar sebuah kereta di sebelah gara-gara cuba mengelak daripadanya. Maka kesabaran saya pun nyata ada titik noktahnya. saya mengejar kereta itu dan apabila beriringan dengannya, saya menunjukkan buku penumbuk padanya. Dan dia tampak sangat marah. Tapi provokasi itu berakhir apabila dia menuju ke arah dengkil dan saya ke Putrajaya.

Dan sampai kini....saya tertanya-tanya kenapa la orang bangsa ini suka mencari pasal? Tak ada kerja gamaknya.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini banyak sangat luahan rasa yang saya bace dari blogger yang lain. Ada yang bercerita tentang 16 September. Ada yang bercakap tentang email layang, kuih raya, lies and lies and more fitnah. The thing that I want to highlight today is....nobody can get everything as according to his/her desires. Jadikanlah bulan ramadhan yang mulia ini satu percubaan dan seterusnya amalan untuk tidak bercakap bohong dan memanjangkan fitnah!
Hentikanlah segala propaganda politik yang tidak ada maknanya itu. Hentikanlah menikam anak bangsa sendiri daripada belakang. Hentikanlah memusuhi saudara sesama Islam.
There is no Word as gracious as Allah. No example as perfect as Rasulullah saw. No lesson as interesting as Islam. No Song as melodious as Azan. No charity as charitable as Zakat. No Encylopedia as complete as Al Qur'an. No Exercise as effective as Solat. No diet as healthy as Fasting. No Journey as wonderful as Haj. Islam...ever beautiful and perfect.
Live and respect Ramadhan al Mubarrak. May Allah shower his blessing on us all.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK