My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Wednesday, November 24, 2010

STOP Child Abuse!

Emm....di atas tanggungjawab sosial, aku pikir...aku HARUS buat entry tentang Stop Child Abuse ni. Alaa...aku bukannya nak menang sangat kamera tu....tapi kalu dapat, takkan aku nak pi buang plak kan. Tak baik membajir!

Penderaan kanak-kanak ditafsirkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai satu pencabulan atau pelanggaran hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, penderaan fizikal adalah kecederaan dari segi fizikal yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan emosi pula adalah dicederakan secara emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental dan tingkah-laku, kemurungan dan perkembangan lambat. Penderaan seksual pula adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Emmmm.....masa aku taip semua definisi ni rasa semacam satu perasaan tanggungjawab yang besar terbuku di hati aku sekarang ni. Asalnya aku nak buat entry ni jadi lawak2.....tapi sekarang aku dah jadi betul2 serius! Dan...tak menang kamera pun takpelah. Aku cuma nak kongsi info ni saje.

Aku paling tak sanggup nak tengok penderaan seperti yang berlaku pada arwah adik Syafiah Humairah Saari, 3 tahun yang meninggal dunia kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Berita kematiannya menggemparkan negara pada Februari 2010 yang lalu. Adik Syafiah disahkan meninggal dunia akibat daripada pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang. Dalam tempoh berita kematiannya disiarkan di Buletin Utama....aku telah menitiskan airmata dan sangat bersimpati dengan nasib dirinya. Aku ada buat entry tentang arwah di sini. Pada September 2010, teman lelaki ibunya itu (Mohd Fazli Azri jamil) telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Baguslah digantung. Bagi aku.....jika pelaku penderaan ini hanya dipenjara atau disebat, ia memang tidak setimpal dengan penderitaan yang telah ditanggung oleh mangsa penderaan seperti adik Syafiah. Perginya adik Syafiah tidak akan ada galang gantinya. Namun kesan emosi ke atas keluarganya takkan ada penghujungnya. Cuma mungkin ibunya, Siti Nurhanim Aziz sahaja yang masih buta hati....kerana masih menyayangi kekasihnya walaupun kekasihnya itu telah meragut nyawa adik Syafiah.

Cukupkah jika hanya dipenjara dan disebat?




Di Malaysia....selain talian 999...kita juga boleh melaporkan sebarang kejadian penderaaan kanak-kanak di Talian Nur (15999) di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Kepada Ms Tips....sorry, this is a very serius issue....I can't hoping for a gift to win. If we don't win anything, it doesn't mean that we lost everything. We actually a winner if we could win the heart of Malaysian who read about this child abuse. I believe that every Malaysian should aware about child abuse. The awareness could come from others but we are the one who should stand still and fight to STOP CHILD ABUSE!
Sila klik kat bawah sebagai tanda korang SOKONG!

unicef

7 comments:

MsZura said...

Why comment I tk keluar?

Jumir said...

Ye ke? U comment ape td Ms?

Unknown said...

atok memang suko pembunuh adik Syafiah tu di hukum gantung. Patut eh gantung omak eh tu sekali

blog-tips-kurus said...

well done!

Jumir said...

Atok...kalu camni...nampok benor...hang syg kat anak cucu hang. Baguish....Atok mithali....Atok sejati....

MsZura said...

Kalau menang...u nak bg kt sape hadiah tu?

Jumir said...

MsZura....susah nak jawab soalan u tu. Sebab macam tak bole menang jer. He3.......

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK