My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, November 13, 2008

Dunia dah moden, zaman dah berubah

Terus-terang....saya adalah peminat sukan wrestling. Saya suka menonton wrestling sejak kecil lagi. Dulu ada WWF....kemudian jadi WWE. Jika menonton melalui Star World...boleh tengok TNA Wrestling. WWE saya akan tonton di TV3 setiap hari Khamis malam Jumaat. Malah semasa saya menulis blog ini, mata saya juga sedang melihat perlawanan di antara The Undertaker dengan The Great Kali.
Mengapa saya bercakap tentang wrestling malam ini? Kisahnya begini.....
Petang tadi saya melihat 2 orang kanak-kanak sedang bertumbuk di tepi blok, tempat saya tinggal. Ini adalah perlawanan di antara seorang budak Melayu dan seorang budak India. Tiba-tiba datang seorang lelaki India (dewasa) dan meminta mereka berdua berhenti bergaduh. Mereka berdua berkata....."kami main wrestling saje, bukan gaduh betul2". Lalu jawab lelaki itu...."Main takpe, jangan bergaduh". Saya hanya mampu memandang gelagat mereka dari jauh.
Kuatnya pengaruh wrestling kepada kanak-kanak lelaki. Saya kurang faham kelaku kaum Adam ini. Mungkin sudah naturenya begitu...mereka suka main lawan2.
Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Bagi saya main gaduh2 sampai bertumbuk itu tak patut sebab boleh mengundang berlakunya pergaduhan sebenar, so baik jangan main. Bagi lelaki India itu tadi....takpe main, asalkan jangan gaduh betul2.
Begitulah juga dengan tayangan sajak kematian oleh guru kepada budak sekolah rendah. Dulu, masa saya berada di darjah 1....sekolah ada membuat satu pentomen bertajuk "Sakarratul Maut". Saya masih ingat dengan sajak tentang OKB di dalam pentomen itu. Memang takut giler masa tu dan meninggalkan kesan ke atas diri saya sehingga sekarang. Saya juga pernah membantu kakak saya mengajar kanak-kanak di tadikanya berlakon. Kami membuat persembahan ala-ala Sakarratul Maut. Ramai yang memuji persembahan kami.
Bagi saya tidak mengapa mempersembahkan tayangan sajak kematian itu. Memanglah, lain kanak-kanak, lain penerimaannya tetapi daripada dedahkan mereka dengan cerita-cerita hantu (yang menyebabkan mereka lebih takutkan hantu daripada tuhan), rancangan-rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia, DVD/VCD yang mempunyai unsur-unsur lucah, lebih baik tunjukkan kanak-kanak ini dengan tayangan seperti sajak kematian.
Ibubapa pun janganlah melatah sangat. Ke anda takut....dengan bayang-bayang sendiri? Maklumlah ada juga pengajaran disebalik sajak kematian itu, terkena ke batang hidung sendiri. Saya lihat cara ibu bapa sekarang mengajar anak tidak sama dengan cara orang2 tua dulu2. Saya masih bujang....tetapi saya faham tentang perpatah orang tua2...."sayang anak, tangan-tangankan".
Semasa kecil, saya sering ingin melarikan diri daripada rumah dan ingin cepat2 menjadi dewasa setelah dimarahi atau dipukul oleh mak dan abah. Waktu itu saya rasa tidak disayangi dan saya tidak faham kenapa setiap perlakuan saya dianggap salah. Waktu itu juga rasa susahnya...jadi kanak-kanak. Akhirnya, setelah dewasa, saya bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada kedua ibubapa saya....kerana pengalaman itu menjadikan saya seorang MANUSIA (dalam erti kata yang sebenarnya).
Ibubapa sekarang terlebih sayangkan anak. Nak marah anak pun tak sampai hati, inikan pula nak tangan-tangankan. Sekarang ni macam-macam.....pukul lebih...kena saman. Cikgu marah....pelajar pi pukul cikgu. Bila nak merotan...hak asasi manusia tercalar. Sebab tu la budak-budak sekarang ramai yang kurang ajar. Melawan cakap bila ditegur dan tak reti nak hormat orang lain. Emm...dunia dah moden, zaman dah berubah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK