My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Wednesday, February 25, 2009

Penangan Spa Q

Anda tengok Spa Q? Spa Q bukan sahaja hebat dengan isu pelakon-pelakonnya yang overrrr....gitu. Tetapi ia juga mempunyai jalan cerita yang bestttt....giler! Jika tidak berpeluang menonton siarannya pada 6.30 petang - 7.30 mlm (Isnin-Khamis), saya akan menontonnya secara online di http://www.tv3.com.my/. Semakin hari menontonnya, semakin sakit hati dengan jalan ceritanya itu. Apapun, itu bermakna....lakonan dan skrip cerita Spa Q bagus dan meninggalkan kesan di hati penonton.
Tetapi...awas! Semakin hari...ceritanya semakin panas. Si jahat seperti Julia, Datin Sofiera, Elyana dan Norell menjadi semakin jahat. Si Bodoh seperti Dafi juga boleh buat kita tak sedap duduk. Si***@#$%!! macam Julia tu patutnya dilempang je! Dan yang sakit hatinya....sampai rasa nak campak je tv tu...adalah Qistina....semakin hari semakin lemah kena buli dek Julia. Lemahnya dia dengan anak-anaknya. Kalau anak aku, dah lama aku belasah! Anak-anaknya tu pulak.....patut dihalau je...sekor-sekor! Marlia pun satu....kata...wanita korporat...tegas....tapi bila masuk je bab laki dia....lemah je....tak mampu nak lawan.
Kadang-kadang emosi menguasai diri.....selepas tengok Spa Q. Hari ini saya menjadi mangsa housemate yang geram dengan cerita ini. Dia kata, boleh naik blood pressure bila tengok cerita ini. Agaknya....perkara terbaik selepas tengok Spa Q adalah ambil air sembahyang dan sembahyang maghrib terus. Jangan tunggu dan buat ulasan pulak selepas cerita itu....sebab anda boleh menjadi mangsa penonton yang tidak berpuas hati.
Seorang kawan ada mengadu.....sejurus dia sampai ke rumah dari tempat kerja....isterinya akan bercerita tentang Spa Q. Dia tak payah tengok pun cerita tu. Emosi dan gaya cerita si isteri dah cukup buat dia rasa geram! Geram....sebab terpaksa dengar cerita macam tu disaat-saat dia penat (baru balik kerja). Geram....sebab makan malam tidak disediakan lagi gara-gara tengok Spa Q. Dan geram.....kenapa la...ada cerita macam tu kat tv sekarang ni.
Disebalik segala isu yang timbul.......ramai orang terkena penangan Spa Q. Baik dari segi kontroversinya.....mahupun jalan ceritanya.
Nasihat percuma daripada saya.....jauhi penonton Spa Q, selepas cerita Spa Q disiarkan....jauhi mereka.....termasuk saya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK