My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, February 21, 2009

Kawan Dan Multi Level Marketing (MLM)

Saya nak tanya satu soalan kepada korang semua. Kenapa agaknya kawan lama yang dah lama tak contact kita dan hubungan pun dah jadi suam-suam kuku.....tiba-tiba je contact kita? Segala-galanya tiba-tiba.....tiba-tiba tanya khabar....tiba-tiba ambil berat....tiba-tiba je jadi mesra alam...tiba-tiba je ajak keluar makan dan tiba-tiba sanggup ambil kita walau di manapun kita berada.....dan kalau kita tak free untuk keluar, tiba-tiba je nak datang umah?

Inilah yang berlaku 2 hari lepas. Asalnya housemate saya kata kawan kami ni nak datang last week tapi ada family emergency so tak dapat datang. Pastu last 2 day nak datang la pulak...ke rumah kami. Saya ni, bukan tak suka kawan datang umah.....datang le....saya sanggup masak dan raikan kawan yang nak datang. Tapi kawan kami yang sorang ni nampak beriya-iya sangat nak datang umah. Saya pun rasa pelik la kan? Bukan hujung minggu pun nak melepak. Yelah....pi umah orang malam-malam....esok kan keje?

Alkisahnya....setelah dia sampai....dengan membawa seorang rakan yang ramah-tamah semacam (terlebih peramah), saya pun mula rasa curiga. Ni sah ada sesuatu yang tidak gemar saya nak layan. Saya dan housemate melayan mereka seadanya. Borak punya borak.....depa tanya kami sekarang kerja kat mana....kami pun cerita la, kami ni kerja gomen. Mereka kata mereka pun kerja gomen. Pastu masuk plak bab " pernah tak pakai ******?" Housemate saya kata tak pernah. Pastu keluarlah pulak soalan "pernah tak dengar tentang product ******?" Housemate saya kata dah ramai orang approach dia untuk joint product tu tapi hati dia masih belum terbuka. (Itu ayat lembutnya....ayat sebenarnya..."Aku tak minat dan taknak joint!".

Saya ketika itu (agak asyik dengan laptop sambil berborak-borak dengan mereka sejak awal mereka datang) memilih untuk lebih concerntrate kepada berita-berita terkini yang tersiar di akhbar online. Saya buat-buat muka macam tengah busy chatting....tapi sebenarnya nak mengelak menjawab soalan daripada mereka berdua. Dan....yang malangnya adalah housemate saya.....terpaksa layan depa.

Teknik marketing mereka hebat....kononnya mereka tidak suka memaksa. Sepanjang tempoh perbualan itu, saya kira dah lebih 17 kali housemate saya cakap yang dia tak berminat nak joint product tu. Dalam diam....mereka mencucuk jarum....orang ni dah joint...orang tu baru joint. Saya perasan setiap kali housemate saya cuba untuk menoktahkan pendirian bahawa dia tak minat.....mereka akan tambahkan cerita yang seseorang baru joint mereka dan dah berjaya. Mereka juga dalam nada yang lemah lembut dan ayat yang tersusun mendedahkan yang mereka juga dah dapat banyak keuntungan....dah tukar kereta idaman....dapat pi Korea....hutang pinjaman nak joint product tu dah settle....duit pinjaman PTPTN dah settle....beli umah RM 1 juta......dan satu ayat yang membuatkan saya rasa nak terbakar saat itu adalah.....kalau kerja gomen....berapalah duit yang kita dapat....ayatnya lebih kurang, kalau kerja gomen, kita takkan dapat meningkatkan diri....!

Ya, betul....salah satu sumber rezeki adalah perniagaan. Dan ya! Dengan pendapatan sekarang kita lambat kaya. Tetapi....! Tetapi...kawan-kawan, kalau dah kerja gomen ni tak dapat bagi rezeki yang banyak........kenapa kerja gomen lagi?!! (Mereka masih kerja gomen!) Berhenti la.....!!Kata kereta dah dapat kereta idaman. Hutang lansung takde. Rumah harga RM 1 juta. Buat apa kerja gomen? Ramai lagi orang tengah dok cari kerja sekarang ni. Dan ramai orang Malaysia (kerja private sector) yang dah diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Orang kaya-raya sangat macam ni patutnya bagi peluang kat orang lain yang nak kerja gomen. Berhenti la...! Kata dah kaya...kan...?

Saya bukan tak percaya yang mereka boleh capai ke tahap kaya-raya macam tu....memang dah ada bukti mereka boleh buat. Tapi janganlah menghina orang yang kerja gomen. Bagi saya ini adalah isu besar. Saya bangga saya kerja gomen. Dulu ramai kawan-kawan yang kerja private kata...ala...berapa sen la dapat kalau kerja gomen. Tak...saya tak peduli apa mereka kata. Saya tetap nak kerja gomen. Saya sikit pun tak bersungut dan saya puas hati dengan gaji saya sekarang. Walaupun saya cuma ada kereta Iswara Aeroback (bukan tak mampu tukar kereta lain, tapi harga jualannya....akan merugikan saya gara-gara kejatuhan market value kereta proton beberapa tahun yang lalu). Dan walaupun harga rumah yang saya beli cuma RM130,000, saving accounts and other investment walaupun tak mencecah beribu-ribu lemon, namun saya bersyukur....saya berjaya dengan kerja gomen! Hakikatnya....bagaimana cara kita nak menyimpan duit dan berbelanja adalah kunci kejayaan kita walau apapun kerja kita. Syukurilah nikmat yang ada.

Saya bukannya anti orang yang buat MLM ni, jangan salah faham. Bagus jika kita berusaha macam joint multi level marketing untuk memajukan dan menkayakan diri kita TETAPI jangan memperkecilkan orang lain. Bukan semua orang sama dari segi cara hidup.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK