Hanya terdapat beberapa siri yang terselamat. Sedih....kerana komik-komik itu adalah sebahagian daripada kenangan zaman remaja saya. Dulu, sesetengah kawan saya tak paham kenapa saya suka baca Dewata Raya dan Alam Perwira. Bagi mereka, semua tu membazir sahaja. Emm...semua orang mempunyai minat dan citarasa yang berbeza-beza.
Sejak bulan lepas, saya telah membeli satu lagi komik baru iaitu Pendekar Misteri hasil tulisan/lukisan Tony Wong. Actually, Tony juga adalah penulis/pelukis Dewata Raya dan Alam Perwira. Komik ini baru saje diterbitkan dan baru sampai Siri/Isu 2. Harga macam biasa....RM 3.50.
Bukan saya nak kata yang saya tak minat buat cup cake atau menjahit. Semua tu saya suka juga......tetapi kita perlu berfikiran terbuka bila ada orang lain mempunyai minat atau kegemaran yang agak berbeza daripada diri kita. Bila saya melihat komik-komik ni, saya tak dapat menahan diri dari membacanya. Susah nak diterangkan.....tapi itulah saya. Saya akan terus membeli dan membacanya. Biarlah apa orang nak kata.
Yang pasti...komik-komik ni ada nilainya. Beberapa kali saya melihat di e-BAY. Komik ini cuba dijual dengan harga RM 5 ke atas. Ok la kan....kalau dulu harganya cuma RM 2.00 - 2.50 sahaja.
Yang pasti...komik-komik ni ada nilainya. Beberapa kali saya melihat di e-BAY. Komik ini cuba dijual dengan harga RM 5 ke atas. Ok la kan....kalau dulu harganya cuma RM 2.00 - 2.50 sahaja.
No comments:
Post a Comment