My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, August 19, 2010

Shopping Sakan Di Rantau Panjang & Wakaf Che Yeh

Aku mmg ada keje kat Kota Bharu. Kalu boss aku terbaca catatan ni....aku nak kabo awal2...betul boss I buat keje...cuma mase yang terluang tu....I pi shopping. Tapi boss...keje yang boss suruh buat, dah siap time tu. Percayalah....boss.

Yeah....alang2 dah mari sini...takkan tak beli se ape pun. Oleh kerana dasar keperluan, dasar membantu ekonomi negara yang dah naik 9.5 % KDNKnya....aku pun membantu rakyat Kota Bharu menjana pendapatan. Niat aku baik ape. Lagipun aku tidak berada di tahap keberhutangan yang serius macam Cik tips.kurus dok nasihat.

Aku tak beli banyak.....takut tak muat kete. Aku beli ni jer....

Blanket cute ni.....RM15 je.

Kain pelikat ni untuk abang aku kat kampung. Harganya RM25 je. Benang 9000.

Yang ni....serunding. Tak dapat kurang dah harganya...dapat RM40 sekilo. Aku beli untuk kampung 2 kilo dan Ani 1 kilo.

Bantal kekabu ni 2 biji cuma RM10 je. Hish....murah giler. Kampung aku jual sebiji RM20. Kena kabo kat orang kampung nih!

Jersi Liverpool tanpa lambang Carsberg akhirnya dijumpai. Harga RM38. Jersi ni juga untuk abang aku kat kampung. Bertuah dia dapat adik macam aku. Cuma aku je yang tak berapa bertuah dapat abang macam dia.

Kain batik ni....murah je. Tak berapa ingat tapi rasanya....RM10 je sehelai.

Lagi se jersi untuk main bola tampar juga khas dibeli untuk abang aku. Aku ingat laa...dia pukau aku dari jauh kot, yang aku asyik pi beli baju untuk dia ni. Harga RM28.

Haa...Toto ni...harganya RM30. Aku beli kat Rantau Panjang. Tapi kat Wakaf Che Yeh...cuma RM29. Cish! Nasib baik beza sehinggit je.

Haa...ni...aku borong 3. Harga satu set cadar + comforter ni RM42 je. Aku penah jumpe kat Pasar Shah Alam last year RM40 je tapi takde corak yang aku nak. Sume corak untuk orang dah kawen.

Sebenarnya, ada lagi barang yang aku beli cuma aku taknak disclose kat sini. Aku bukan nak menunjuk-nunjuk beb. Aku cuma nak maklumkan kat sini......barang2 kat sana memang murah dan berbaloi pi shopping kat sana.



1 comment:

MNG said...

Demo gi brapo sore jo ko?

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK