My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, February 14, 2009

Al-Fatihah Buat Kak Zaimun Binti Othman....

Sebelum Subuh tadi kawan saya (Zuriah Irdawati) sms :
Salam...Pn. Zaimun Binti Othman telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.00 pagi ini.
Al-Fatihah.
Kak Zaimun adalah rakan sepejabat di sebuah jabatan di Putrajaya. Saya baru mengenali arwah tetapi sempatlah berborak-borak tentang beberapa perkara tertentu dan bermain ping pong dengannya.
Bagi saya arwah adalah seorang yang aktif berdasarkan ketangkasannya bermain ping pong. Malah, tidak salah jika saya katakan yang arwah amat bagus bagi wanita seusianya. Tak sangka pula arwah mengidap breast cancer tahap 4!
Actually, saya bercadang untuk menziarahi arwah semalam tetapi niat itu terpaksa dibatalkan kerana perlu siapkan satu tugas penting. Apa boleh buat....
Tetapi kejadian ini menimbulkan keinsafan kepada ramai orang. Betapa pentingnya membuat medical check up bagi mengesan sebarang masalah kesihatan lebih awal. Kepada semua kawan-kawan marilah kita semua membuat full medical check up.
Antara laman web yang boleh kita layari untuk mengetahui tentang breast cancer adalah :

Monday, February 9, 2009

Kucing

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.

Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Dulu, family saya pernah mempunyai 2 ekor kucing. 1 ekor ketika saya berumur 6 tahun (bernama Jantan) dan 1 ekor lagi ketika saya belajar di kolej (bernama Peceng). Namun kini kedua-duanya telah tiada.
Mengapa saya bercerita tentang kucing?

Kucing sentiasa dekat di hati setiap manusia kerana kecomelannya. Saya pula bukanlah kategori manusia yang terlalu obses dengan kucing. Cukup jika saya katakan yang saya hanya sukakan Jantan dan Peceng.....yang lain.....saya setakat suka lihat sahaja.

Pagi ini, ketika dalam perjalanan membeli-belah di kedai runcit berhampiran rumah, kelihatan seekor kucing Parsi yang cantek....giler! Tiba-tiba lalu seorang budak lelaki yang berumur kira-kira 15-16 tahun....menghampirinya dan menyepak kucing tersebut ke tepi jalan. Mak aii...! Rasa nak menjerit bila tengok insiden itu. Apa tujuan budak itu? Apa salah kucing yang comel itu? Di mana perginya sifat kemanusiaan? Jika seekor binatang yang comel diperlakukan sebegitu.....bagaimana dengan hubungan sesama manusia? Adakah manusia semakin hilang rasa simpati, sifat waras dan nilai kemanusiaan?

Bila mengenangkan situasi semasa......Fatah vs Hamas......Syiah vs Sunnah.....Melayu vs Melayu....Islam vs Islam. Saya terfikir....di manakah letaknya kewarasan fikiran? Mengapa tidak berfikir sebelum bertindak?

Fikir-fikirkanlah......

Sunday, February 8, 2009

Hari Keluarga

Staff lama di sebuah kementerian telefon malam tadi. Dia kata plan mereka untuk mengadakan Hari Keluarga (saya dijemput hadir) dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Actually, saya agak sedih plan tersebut tak jadi. Yelah...dah lama saya tidak bertemu mereka. Saya bertugas di situ selama 5 tahun dan mereka memang sentiasa dekat dihati saya (macam TV9 punya tag line). Dulu...unit saya bertugas itu sentiasa sibuk bekerja. Yelah...tugas kami ketika itu perlu disiapkan mengikut tarikh-tarikh tertentu setiap bulan. Ada masa-masa tertentu, kami tidak boleh bercuti. Kami juga terpaksa selalu bekerja 7 hari seminggu dan pernah juga terpaksa tidur di office. Jadi sebagai Ketua Unit, saya perlu bertegas agar kerja siap on time. Dengan kata lain kena jadi garang sikit. Tetapi saya hanya strict tentang kerja sahaja. Saya rapat dengan mereka. Kerja mesti siap....yang lain boleh kaw tim!
Oleh keadaan kerja yang stress, ada masanya saya akan cuba menceriakan mereka dengan belanja mereka makan, raikan harijadi mereka dan sebagainya. Kami juga selalu adakan jamuan makan....masing-masing bawa food dan makan sama-sama. Kami juga pernah adakan sessi makan durian yang diimport dari Pahang!

Kerja kami tu memang stress tetapi kami sentiasa cuba menceriakan suasana kerja kami. Pada 04 - 05 Ogos 2007 kami mengadakan Hari Keluarga unit kami di Bagan Lalang. Perbelanjaan semuanya kami cover sendiri. Dengan bajet yang tak seberapa, kami berjaya juga memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti, makanan, hadiah dan cenderamata. Itu adalah antara saat-saat yang sukar untuk saya lupakan. Melihat mereka ceria dan gembira adalah double happiness for me.

Saya harap kami dapat teruskan plan tersebut ditempat lain walaupun plan asal tersebut tak jadi. Kata saya kena nyanyi karaoke. Saya dah praktis tau! Sampai hati korang! Bukan senang saya nak menyanyi....tak pernah lagi saya tunaikan permintaan sesape yang suruh saya menyanyi. Siap nak bawa back up singer lagi....! Tapi kan...yang herannya...nape back up singer yang over excited? Yang singer ni kira cool lagi...

Saturday, February 7, 2009

PROJEK BARU????

Saya ada suarakan sebelum ini tentang Projek Baru yang ingin saya laksanakan selepas masalah internet connection saya diselesaikan (tukar Celcom Broadband kepada Streamix). Sorry Celcom....itulah hakikat yang perlu diterima.
Kembali kepada Projek Baru tu.....saya mempunyai satu hasrat yang besar. Yelah....walaupun saya sendiri kurang pasti dengan penyudah bagi hasrat saya tu.....saya bertekad untuk teruskan. Saya melihat senario semasa, betapa bangsa Melayu seolah-olah diperkotak-katikkan. Beberapa hak kita juga sudah mula dipersoalkan. Ada kawan-kawan yang gagal mendapat pekerjaan gara-gara bangsa kita adalah Melayu yang tidak reti berbahasa Mandarin (Alasan...!). Ada juga kawan-kawan yang dibuli di pejabat, gara-gara bangsa kita adalah Melayu sedangkan bangsa lain tidak diperlaku sebegitu. Oleh itu, saya terpanggil untuk menolong bangsa saya (Melayu). Saya sedar siapalah saya namun....saya percaya saya mampu memberikan sumbangan.
Oleh itu, saya ingin membuat satu column khas bagi memaparkan informasi tentang kedai runcit, pasaraya, pusat servis kereta, bengkel, restoran, saloon, kedai gunting rambut, gerai makan (walaupun gerai jual goreng pisang di tepi jalan) dan lain-lain yang menjadi milik orang-orang Melayu. Besarlah harapan saya sekiranya kawan-kawan yang membaca blog ini dapat menyumbangkan maklumat tentang Jenis Perniagaan, Nama Perniagaan, Nama Pemilik, Alamat, Nombor Telefon, Nombor Fax, e-Mel, Blog, Website (sekiranya ada) dan kalau boleh gambar premis perniagaan tersebut. Maklumat lain seperti harga dan komen tentang harga dan servis juga diperlukan.
Harapan saya adalah column khas itu menjadi rujukan kepada kita sebelum kita melakukan sesuatu seperti servis kereta, makan, gunting rambut dan sebagainya. Kita selalu kata, "Belilah kat kedai orang Melayu." Tetapi kita tak tahu kat mana kedai orang Melayu tu. Betul tak?
Saya tahu kawan-kawan yang membaca blog saya ini tak sampai 20 orang pun. Oleh itu, column itu tidak akan mendapat sambutan daripada ramai orang. Namun, saya percaya.....sekiranya 20 orang pertama ini dapat membantu sekurang-kurangnya 5 orang ahli perniagaan Melayu, itu dah cukup memadai bagi saya. Sekurang-kurangnya, kita telah membantu bangsa kita sendiri.
So...jika ada sebarang maklumat.....silalah forwardkan ke malaybizz@gmail.com
Saya nak kumpulkan maklumat dulu...baru saya buat column tu. Harap-harap semua kawan-kawan dapat bantu saya. Jika ada sebarang cadangan atau komen berkaitan hasrat saya ni...amatlah saya alu-alukan. Kalau tak pandai nak guna ruangan komen tu....macam biasa...saya terima sms dan email daripada you all. Ajak borak-borak sambil minum kopi o ais pun....saya setuju.
Lagi satu....kalau nak promote business sendiri pun takpe.

DEWATA RAYA, ALAM PERWIRA, PENDEKAR MISTERI

Dulu....sejak saya berada di sekolah menengah...saya gemar membaca komik. Antara komik yang saya suka baca adalah Dewata Raya dan Alam Perwira. Saya mempunyai hampir kesemua siri Dewata Raya dan Alam Perwira. Tetapi malang tidak berbau....hampir kesemua koleksi saya itu telah musnah dek banjir besar Tahun 2008 yang melanda kampung saya.

Hanya terdapat beberapa siri yang terselamat. Sedih....kerana komik-komik itu adalah sebahagian daripada kenangan zaman remaja saya. Dulu, sesetengah kawan saya tak paham kenapa saya suka baca Dewata Raya dan Alam Perwira. Bagi mereka, semua tu membazir sahaja. Emm...semua orang mempunyai minat dan citarasa yang berbeza-beza.

Sejak bulan lepas, saya telah membeli satu lagi komik baru iaitu Pendekar Misteri hasil tulisan/lukisan Tony Wong. Actually, Tony juga adalah penulis/pelukis Dewata Raya dan Alam Perwira. Komik ini baru saje diterbitkan dan baru sampai Siri/Isu 2. Harga macam biasa....RM 3.50. Bila saya ceritakan kepada kawan-kawan seusia. Komen mereka...."Ko ni macam budak-budak..." Bagi mereka, saya patut baca buku-buku jahitan ke...buku cara-cara buat cup cake ke...macam wanita matang yang lain. Emmm.....kenapa la mereka ni taknak faham. Sesuatu minat atau kegemaran itu datang dengan sendirinya.....ianya bukan dibuat-buat. Saya takkan buat mende-mende yang saya tak minat.
Bukan saya nak kata yang saya tak minat buat cup cake atau menjahit. Semua tu saya suka juga......tetapi kita perlu berfikiran terbuka bila ada orang lain mempunyai minat atau kegemaran yang agak berbeza daripada diri kita. Bila saya melihat komik-komik ni, saya tak dapat menahan diri dari membacanya. Susah nak diterangkan.....tapi itulah saya. Saya akan terus membeli dan membacanya. Biarlah apa orang nak kata.

Yang pasti...komik-komik ni ada nilainya. Beberapa kali saya melihat di e-BAY. Komik ini cuba dijual dengan harga RM 5 ke atas. Ok la kan....kalau dulu harganya cuma RM 2.00 - 2.50 sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK