My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, June 18, 2010

Impiana Resort, Cherating, Kuantan

Isnin - Rabu yang lalu...aku ada kursus di resort ni. Alkisah....time riadah petang...aku dan kengkawan teringin nak pi mandi kolam kat situ. Tapi hasrat kami terbantut apabila kami ditegur oleh seorang pekerja kat kolam tu. Dia kata...."Tak boleh pakai tudung kak, kalau nak mandi kat sini." Aku dan kawan aku pun argue la, awatnya tak boleh pakai tudung. Lagipun kita ni kat Malaysia bukannya kat Belanda. Dia jawab, "Ini arahan manager kak sebab taknak lemas".
Walaupun, kami tak puas hati....kami tak boleh buat apa, sebab dia tak bagi jugak. Dan dia disokong oleh sorang supervisor kat Kolam tu. Cuma supervisor tu bagi kelonggaran kepada kami untuk masuk ke dalam kolam tu sekiranya kami cabut tudung dan pakai anak tudung je. Mana boleh...!!!
Tak patut betul. Bagi aku tak masuk akal kalau sesape boleh lemas akibat pakai tudung. So, aku cadang...boikot je resort ni. Aku dan kawan aku mencadangkan kepada pihak Kementerian kami agar tidak mengadakan sebarang aktiviti di resort ini. Bagi aku, ini adalah satu diskriminasi terhadap wanita yang memakai tudung.
Selain daripada isu tersebut...ada isu lain yang buat aku tak berkenan kat resort ni. Service kat sini memang lembap. Ada sorang customer kat bilik sebelah aku yang order room service food. Lepas makan, dia letak kat luar bilik. Dari tengahari Selasa sampai aku check out tengahari Rabu.....food tu masih tersadai kat tepi bilik orang tu. Aku yang lalu lalang kat situ...rasa tak selera bila melihat sisa makanan yang ada.
Sebelum tu....setiba aku di kafe Resort jam 7.45 petang hari Isnin, food untuk dinner dah habis. Pekerja-pekerja kafe tu...tidak la pi tambah ke apa. Senasib dengan aku adalah satu Chinese Family yang baru nak makan. Lepas sessi kursus malam tu @ 10.00 pm, aku dan member aku pun keluar makan kat sebuah kedai makan kat Cherating tu. Lapa giler beb. Tu nasib baik aku bawak kete, kalau tak....ntah la.
Alkisah...esoknya, time break kursus pagi. Kuih-muih dan air yang dihidangkan habis! Walaupun waktu tu....kami 5 minit terlewat sebab pi toilet, takkan dah habis. Dah tu... pekerja2 kat situ, tak reti2 nak tambah ke?
Sayang....resort ni...lawa. Tapi apa gunanya lawa kalau service macam lawak. Walaupun aku ni orang Pahang, kalau service/barangan kat Pahang ni tak OK.....aku takkan rekomen kat sesape hatta kedai makan kakak aku pun, aku takkan promosi kat sesape. (Nasib baik...kakak aku takdak kedai makan....he3).

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK