Jadi jika perlu memilih di antara your darling and your favourite things.....apa agaknya yang akan korang pilih? Situasinya begini.....jika korang menyayangi seseorang / kucing dan the darling tu telah merosakkan / hilangkan your favourite things macam kereta / handphone, apakah yang akan korang lakukan? Adakah korang akan marah dan putuskan hubungan atau korang akan biarkan perkara itu begitu sahaja? Siapa / apakah yang akan korang pilih....your darling or your favourite things?
Saturday, February 28, 2009
Darling vs Our Favourite Things
Wednesday, February 25, 2009
Penangan Spa Q
Saturday, February 21, 2009
Kawan Dan Multi Level Marketing (MLM)
Inilah yang berlaku 2 hari lepas. Asalnya housemate saya kata kawan kami ni nak datang last week tapi ada family emergency so tak dapat datang. Pastu last 2 day nak datang la pulak...ke rumah kami. Saya ni, bukan tak suka kawan datang umah.....datang le....saya sanggup masak dan raikan kawan yang nak datang. Tapi kawan kami yang sorang ni nampak beriya-iya sangat nak datang umah. Saya pun rasa pelik la kan? Bukan hujung minggu pun nak melepak. Yelah....pi umah orang malam-malam....esok kan keje?
Alkisahnya....setelah dia sampai....dengan membawa seorang rakan yang ramah-tamah semacam (terlebih peramah), saya pun mula rasa curiga. Ni sah ada sesuatu yang tidak gemar saya nak layan. Saya dan housemate melayan mereka seadanya. Borak punya borak.....depa tanya kami sekarang kerja kat mana....kami pun cerita la, kami ni kerja gomen. Mereka kata mereka pun kerja gomen. Pastu masuk plak bab " pernah tak pakai ******?" Housemate saya kata tak pernah. Pastu keluarlah pulak soalan "pernah tak dengar tentang product ******?" Housemate saya kata dah ramai orang approach dia untuk joint product tu tapi hati dia masih belum terbuka. (Itu ayat lembutnya....ayat sebenarnya..."Aku tak minat dan taknak joint!".
Saya ketika itu (agak asyik dengan laptop sambil berborak-borak dengan mereka sejak awal mereka datang) memilih untuk lebih concerntrate kepada berita-berita terkini yang tersiar di akhbar online. Saya buat-buat muka macam tengah busy chatting....tapi sebenarnya nak mengelak menjawab soalan daripada mereka berdua. Dan....yang malangnya adalah housemate saya.....terpaksa layan depa.
Teknik marketing mereka hebat....kononnya mereka tidak suka memaksa. Sepanjang tempoh perbualan itu, saya kira dah lebih 17 kali housemate saya cakap yang dia tak berminat nak joint product tu. Dalam diam....mereka mencucuk jarum....orang ni dah joint...orang tu baru joint. Saya perasan setiap kali housemate saya cuba untuk menoktahkan pendirian bahawa dia tak minat.....mereka akan tambahkan cerita yang seseorang baru joint mereka dan dah berjaya. Mereka juga dalam nada yang lemah lembut dan ayat yang tersusun mendedahkan yang mereka juga dah dapat banyak keuntungan....dah tukar kereta idaman....dapat pi Korea....hutang pinjaman nak joint product tu dah settle....duit pinjaman PTPTN dah settle....beli umah RM 1 juta......dan satu ayat yang membuatkan saya rasa nak terbakar saat itu adalah.....kalau kerja gomen....berapalah duit yang kita dapat....ayatnya lebih kurang, kalau kerja gomen, kita takkan dapat meningkatkan diri....!
Ya, betul....salah satu sumber rezeki adalah perniagaan. Dan ya! Dengan pendapatan sekarang kita lambat kaya. Tetapi....! Tetapi...kawan-kawan, kalau dah kerja gomen ni tak dapat bagi rezeki yang banyak........kenapa kerja gomen lagi?!! (Mereka masih kerja gomen!) Berhenti la.....!!Kata kereta dah dapat kereta idaman. Hutang lansung takde. Rumah harga RM 1 juta. Buat apa kerja gomen? Ramai lagi orang tengah dok cari kerja sekarang ni. Dan ramai orang Malaysia (kerja private sector) yang dah diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Orang kaya-raya sangat macam ni patutnya bagi peluang kat orang lain yang nak kerja gomen. Berhenti la...! Kata dah kaya...kan...?
Saya bukan tak percaya yang mereka boleh capai ke tahap kaya-raya macam tu....memang dah ada bukti mereka boleh buat. Tapi janganlah menghina orang yang kerja gomen. Bagi saya ini adalah isu besar. Saya bangga saya kerja gomen. Dulu ramai kawan-kawan yang kerja private kata...ala...berapa sen la dapat kalau kerja gomen. Tak...saya tak peduli apa mereka kata. Saya tetap nak kerja gomen. Saya sikit pun tak bersungut dan saya puas hati dengan gaji saya sekarang. Walaupun saya cuma ada kereta Iswara Aeroback (bukan tak mampu tukar kereta lain, tapi harga jualannya....akan merugikan saya gara-gara kejatuhan market value kereta proton beberapa tahun yang lalu). Dan walaupun harga rumah yang saya beli cuma RM130,000, saving accounts and other investment walaupun tak mencecah beribu-ribu lemon, namun saya bersyukur....saya berjaya dengan kerja gomen! Hakikatnya....bagaimana cara kita nak menyimpan duit dan berbelanja adalah kunci kejayaan kita walau apapun kerja kita. Syukurilah nikmat yang ada.
Saya bukannya anti orang yang buat MLM ni, jangan salah faham. Bagus jika kita berusaha macam joint multi level marketing untuk memajukan dan menkayakan diri kita TETAPI jangan memperkecilkan orang lain. Bukan semua orang sama dari segi cara hidup.
Thursday, February 19, 2009
Orang Melayu dan Bahasa Melayu
Wednesday, February 18, 2009
Update Blog....?
Saturday, February 14, 2009
6 Penyakit Bukan Barah Payu Dara
6 PENYAKIT BUKAN BARAH PAYU DARA MEMPUNYAI CIRI-CIRI HAMPIR SAMA DENGAN BARAH PAYU DARA
Dr Komathy Thiagarajan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) menjelaskan bahawa tidak dinafikan barah payu dara adalah barah yang menduduki carta teratas sebagai pembunuh wanita.
“Pada 2003 misalnya, daripada 100,000 wanita, 39.5 adalah pesakit barah payu dara manakala 16.5 peratus pesakit barah servik. Tetapi bukan semua penyakit pada payu dara itu barah,” katanya.
Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko barah payu dara. Pemeriksaan sendiri misalnya mengambil masa kurang lima minit dan dilakukan sebulan sekali.
“Kekerapan membuat pemeriksaan sendiri mengikut jadual membolehkan wanita itu biasa dengan payu daranya dan jika berlaku keganjilan dia akan tahu ada yang tidak kena,” katanya. Komathy berkata, amat penting bagi seseorang yang tidak pasti dengan keadaan payu daranya membuat pemeriksaan. Apatah lagi jika tergolong dalam kumpulan berisiko (adik beradik atau saudara terdekat yang meninggal dunia atau didiagnos dengan barah).
Selalunya wanita di dalam kumpulan begini diberi lebih perhatian kerana risiko barah payu dara yang tinggi berbanding wanita lain.
MENGENALI ENAM JENIS PENYAKIT BUKAN BARAH
Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.
Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.
Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.
Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.
Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.
“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6.”
Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.
Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.
Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.
3. Nekrosis lemak
Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.
Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.
4. Radang payu dara(mastitis)
Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah. Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.
5. Galaktorea
Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.
Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).
Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.
6. Ektasia duktus (duct ectasia)
Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.
Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.
Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.
Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.
Al-Fatihah Buat Kak Zaimun Binti Othman....
Monday, February 9, 2009
Kucing
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Fikir-fikirkanlah......
Sunday, February 8, 2009
Hari Keluarga
Actually, saya agak sedih plan tersebut tak jadi. Yelah...dah lama saya tidak bertemu mereka. Saya bertugas di situ selama 5 tahun dan mereka memang sentiasa dekat dihati saya (macam TV9 punya tag line). Dulu...unit saya bertugas itu sentiasa sibuk bekerja. Yelah...tugas kami ketika itu perlu disiapkan mengikut tarikh-tarikh tertentu setiap bulan. Ada masa-masa tertentu, kami tidak boleh bercuti. Kami juga terpaksa selalu bekerja 7 hari seminggu dan pernah juga terpaksa tidur di office. Jadi sebagai Ketua Unit, saya perlu bertegas agar kerja siap on time. Dengan kata lain kena jadi garang sikit. Tetapi saya hanya strict tentang kerja sahaja. Saya rapat dengan mereka. Kerja mesti siap....yang lain boleh kaw tim!
Kerja kami tu memang stress tetapi kami sentiasa cuba menceriakan suasana kerja kami. Pada 04 - 05 Ogos 2007 kami mengadakan Hari Keluarga unit kami di Bagan Lalang. Perbelanjaan semuanya kami cover sendiri. Dengan bajet yang tak seberapa, kami berjaya juga memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti, makanan, hadiah dan cenderamata. Itu adalah antara saat-saat yang sukar untuk saya lupakan. Melihat mereka ceria dan gembira adalah double happiness for me.
Saturday, February 7, 2009
PROJEK BARU????
DEWATA RAYA, ALAM PERWIRA, PENDEKAR MISTERI
Hanya terdapat beberapa siri yang terselamat. Sedih....kerana komik-komik itu adalah sebahagian daripada kenangan zaman remaja saya. Dulu, sesetengah kawan saya tak paham kenapa saya suka baca Dewata Raya dan Alam Perwira. Bagi mereka, semua tu membazir sahaja. Emm...semua orang mempunyai minat dan citarasa yang berbeza-beza.
Sejak bulan lepas, saya telah membeli satu lagi komik baru iaitu Pendekar Misteri hasil tulisan/lukisan Tony Wong. Actually, Tony juga adalah penulis/pelukis Dewata Raya dan Alam Perwira. Komik ini baru saje diterbitkan dan baru sampai Siri/Isu 2. Harga macam biasa....RM 3.50. Bila saya ceritakan kepada kawan-kawan seusia. Komen mereka...."Ko ni macam budak-budak..." Bagi mereka, saya patut baca buku-buku jahitan ke...buku cara-cara buat cup cake ke...macam wanita matang yang lain. Emmm.....kenapa la mereka ni taknak faham. Sesuatu minat atau kegemaran itu datang dengan sendirinya.....ianya bukan dibuat-buat. Saya takkan buat mende-mende yang saya tak minat.
Yang pasti...komik-komik ni ada nilainya. Beberapa kali saya melihat di e-BAY. Komik ini cuba dijual dengan harga RM 5 ke atas. Ok la kan....kalau dulu harganya cuma RM 2.00 - 2.50 sahaja.