My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, January 26, 2012

Seal dan Heidi Klum Akhirnya.....Berpisah

Sebelum ni...aku kagum dengan Heidi sebab boleh
bersama dengan Seal. Tapi....itulah....
kalau takde jodoh....berpisah jugak.


AMERIKA SYARIKAT, 25 JAN, 2012: Setelah lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti antarabangsa Heidi Klum, 38 dan Seal,48 mengambil keputusan untuk berpisah. Dalam laporan US Weekly, penyanyi soul dan R&B, Seal atau nama sebenarnya, Seal Henry Olusegun Olumide Adeola Samuel, menyatakan mereka berpisah secara baik kerana masih menyayangi antara satu sama lain.

"Saya akui kami melalui rumah tangga yang sangat bahagia dan saling sayang-menyayangi. Tetapi selepas menyelami jiwa masing-masing, kami membuat keputusan untuk berpisah.

"Namun cinta kami sangat mendalam dan kami saling hormat menghormati. Saya tidak rasa kami boleh menghapuskan rasa sayang dengan begitu sahaja," katanya.

Pasangan popular ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga orang anak. Sebelum ini pelbagai laporan media telah menyiarkan berita pada hujung minggu lalu mengenai keputusan Klum untuk memfailkan perceraian dengan Seal di Mahkamah Daerah Los Angeles .

Sumber : murai.com

8 comments:

Mar Yanie said...

seee..cinta tak mengenal rupa..tp at last putus jugak. ni la dinamakan jodoh. klu xde, camne pun putus jugak. ye dok? hee

Jang said...

Takdak jodoh, tak boleh buat apa. Aku rasa Heidi nak cari jodoh yg handsome sikit agaknya.

Jumir said...

Mar yanie....betui...tu. Betui..betui...betui (800 x).

Jumir said...

Pandai la ko Jang. Aku pun rase Heidi ada orang lain.

MsZura said...

Korang....bab bergossip, kalah channel E!· Ada pula masa si Jang tu sekarang ni. Bila call, busy aje.

Jumir said...

Alah...bukan selalu MissZura oii...gossip2 manja.

Jang said...

Aikk...gossip ttg aku ye??

Jumir said...

Hehehe...

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK