Aku amat sibuk dengan tugas2 kewangan akhir dan awal tahun. Aku pasti kawan2 "W" yang lain pun sama. Arini settle keje ikut dateline yang ditetapkan....Alhamdulillah. Maka arini....aku berpeluang bersantai dan baca paper time rehat (yang biasanya aku gunakan untuk bekerja). Tapi tetibe....terbaca artikel page 1-4 column Mega, Utusan Malaysia yang buat hati aku rase sedih.
Kisah kesusahan Puan Farah Mohd Nor dan 8 orang anak beliau. Ini adalah salah sebuah keluarga yang menjadi mangsa kemiskinan bandar. |
Sedang kanak-kanak lain yang sebaya sibuk menelaah pelajaran dan berpeluang mencuba pakaian sekolah setiap kali memasuki tahun baru, dua beradik ini, Mohd. Firdaus, 15, dan Mohd. Fadhil, 14, hanya akan ‘meronda’ di kawasan sekitar untuk mencari apa sahaja yang dirasakan dapat ‘dijadikan’ duit.
Mereka bukannya tidak mempunyai ibu dan bapa, malah di bawah mereka terdapat enam lagi adik-adik lain, Mohd. Faroq, 13, Nor Atiqah, 11, Mohd. Fikri, 10, Nur Faizah, 7, Nur Shafiqah, 4, dan Mohd. Faris, 8 bulan.
Bagaimanapun empat lagi adik mereka berpeluang ke sekolah biarpun kehadiran mereka ke sekolah amat minimum. Apa yang menyedihkan, biarpun ke sekolah, keempat-empat mereka masih tidak boleh membaca dan menulis, manakala dua lagi adik mereka yang masih kecil disahkan doktor mengalami kekurangan zat nutrisi.
Menurut ibu mereka, Farah Mohd. Nor, 31, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, bukanlah niatnya untuk membesarkan anak-anak dalam kehidupan daif seperti itu. Kenyataan hidup yang perlu dihadapi mereka menyebabkan jalan susah itu terpaksa dipikul oleh dua anak remajanya dan adik-adik mereka yang lain. ‘‘Bukanlah niat kami (suami dan isteri) untuk tidak menyekolahkan anak-anak, saya tahu ini salah kami.
‘‘Pada waktu itu kami baru sedar, kedua-duanya lahir tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kami juga tidak berpelajaran dan tiada pengetahuan. Kedua-dua anak kami itu hanya baru-baru ini mempunyai sijil lahir setelah dibantu oleh salah seorang ahli keluarga,” katanya sebak.
‘‘Saya nak sekolahkan anak-anak saya yang dua orang itu (merujuk kepada Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil). Saya nak masukkan mereka ke kelas tambahan tapi saya tak mampu, nak ajar sendiri pun saya tak mampu. ‘‘Pernah kami anak-beranak tak makan atau hanya makan sekali sehari kerana tiada duit untuk beli makanan."
‘‘Kami pun tak hendak perkara seperti ini terjadi. Kami tak mampu. Suami saya pun tak kuat sangat nak bekerja sekarang selepas berlaku kemalangan menyebabkan tulang bahunya patah. Saya pula tidak bekerja. ‘‘Suami saya sekarang hanya bekerja kontrak mengikut rakan-rakannya, selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sejak bulan Julai lalu. Ada kerja adalah gaji... dapatlah RM100 atau RM200...,” katanya lemah.
Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012
APAPUN, pujian sepatutnya diberikan kepada wanita ini, Adura Kamaruzaman, 30, yang begitu prihatin dengan nasib keluarga lapan beradik ini. ''Kisah saya (Adura Kamaruzaman) bertemu Mohd. Firdaus dan adik-adiknya adalah secara tidak sengaja. "Selepas saya menghantar anak saya ke sekolah pada bulan Julai lalu, dalam laluan pulang saya ternampak empat beradik ini (Mohd. Firdaus, Mohd. Fadhil, Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri) sedang mencari besi buruk di sebuah kawasan perumahan di sekitar Kampung Pandan.
''Atas rasa ingin tahu saya mengekori dan mengambil gambar mereka dari jauh. Selepas itu saya turun dari kereta dan bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak pergi ke sekolah," katanya.
Kata Adura, adik-beradik itu memberitahu, keluarga mereka sedang susah ketika itu, ibu mereka sedang sarat hendak bersalin, ayah mereka pula diberhentikan kerja dan mereka perlu mencari duit untuk menampung perbelanjaan.
Kebetulan pula Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri belajar di sekolah sama dan sebagai YDP PIBG sekolah, Adura terpanggil untuk menunaikan tanggungjawabnya.
Apa yang dilakukannya kini ialah meminta sesiapa sahaja yang boleh membantu memberikan kelas tambahan membaca dan menulis kepada anak-anak ini agar mereka boleh mendapat kemahiran asas.
''Saya rasa biarlah masyarakat sekeliling yang prihatin turut membantu kehidupan malang anak-anak ini agar masa depan mereka tidak terus diperjudikan."
''Anak remaja seperti Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil ini perlukan panduan daripada orang dewasa yang berakal agar masa depan mereka terurus.
''Kita tidak mahu kehidupan mereka yang sebegini akan menjadikan mereka 'sampah' kepada masyarakat satu hari nanti," katanya.
Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mahu menempatkan anak-anak ini di sebuah asrama yang lengkap dengan kemudahan asas kemahiran menulis dan membaca atau membantu keluarga Farah bolehlah menghubungi Adura di talian 013-3569567.
Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012.
Maka di sini.....saya ingin menyeru sesape yang membaca tentang perkara ini.....marilah kita sama-sama membantu Adura membantu keluarga ini. Tolong bantu mereka. Fikir2kanlah.....pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan bagi membantu mereka.
2 comments:
Allah bagi rezeki anak ramai..
MsTips, jom bantu setakat yg kite mampu. Semlm org sms Pn Adura. Dia ada bg no akaun BSN Pn Farah binti Mohd Nor: 1419129000068191.
Post a Comment