My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Wednesday, March 4, 2009

Orang kita cepat lupa.....

Orang kita cepat lupa.
Saya melihat ramai orang kembali menjamah makanan-makanan segera yang dibayangi oleh topeng-topeng Israel. Ramai orang kita yang kembali meminum kopi-kopi yang berbau darah Palestin. Bagi saya setiap tegukkan kopi itu....umpama meneguk darah anak-anak Palestin! Saya juga berasa geram...bila melihat barangan yang menyumbang kepada kedajalan Israel.....dicampak masuk ke dalam troli di shopping mall. Butakah hati kita? Tulikah telinga kita? Susah sangatkah nak bersatu dan boikot?!!
Awal-awal dulu....semua orang marah...semua orang nak berarak...berconcert....bersajak. Semua nak boikot malah menderma demi simpati kepada bumi Palestin. Tetapi kini....keadaan sudah suam-suam kuku. Mana simpati?! Mana boikot?!! Mana amarah orang-orang kita?! Saya bukan bercakap tentang orang-orang bukan Islam. Saya faham....mereka mempunyai rasa simpati yang berbeza dengan kita. Saya persoalkan sikap orang-orang kita....orang-orang Islam.
Saya tidak lagi memakan Maggi dan menggantikannya dengan Mamee walaupun rasanya tidak sedap. Saya tidak lagi memakan Mc D.....tetapi saya makan burger Ramly. Saya tidak lagi berahikan KFC....kerana saya gantikan keinginan saya itu kepada Ayam Bob (Pasar Malam Jalan Kuching - setiap Khamis). Saya juga tidak pakai Colgate sebab saya ada Darlie. Saya lebih rela buat pizza sendiri daripada memakan pizza di Pizza Hut. Tak perlu lagi Deli Wing kerana kepak ayam bakar pasar malam lagi best dan lagi murah. Jika nak minum kopi....saya beli di gerai mamak dekat office.
Fikirlah sejenak....tak matinya jika anda semua tak makan burger Mc D, ayam KFC, pizza di Pizza Hut dan minum kopi di Starbucks. Tak bernanahnya gigi anda kalau tak gosok guna Colgate. Pilihlah barangan yang ingin dibeli. Teliti dulu.....barang itu buatan mana dan di bawah syarikat apa.
Sampai bila kita nak lupa. Lupa nak ajar anak-anak supaya boikot barangan yang memberikan sumbangan kepada Israel. Lupa akan kezaliman kaum ini terhadap saudara seIslam kita. Lupa akan derita rakyat Palestin.
Saya merayu kepada yang membaca coretan ini. Fahamilah bahawa sesungguhnya Umat Islam di dunia ini mempunyai kekuatan. Dan tunjang kekuatan kita itu terletak di otak kita. Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK