My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year And A Very Happy New ME...!

Muahahahahaha.....suka dengan message di WhatsApp yang Cik Ta (Rozita Izman....bukan Rozita Che Wan ye...) bagi kat aku menjelang new year semalam. Walaupun maybe dia copy n paste....but still aku suka dengan message tu. Dia kabo...."Aku ceraikan kau "2013" dengan talaq "3" dan aku terima nikahnya "2014" dengan hantaran "365" hari beserta dengan "12" bulan "8760" jam "525600" minit tunai....."

Macam marah betul dengan 2013 ye...? Hahaha...macam2 la message yang aku dapat dan surely korangpun dapat kan?

Semalam...macam yang aku plan...aku n MsTips lepak dan sambut new year di Publika. Lepas Isyak, kami pi Publika yang hanya 5 minutes drive dari umah aku dan.....kami memulakan sesi lepak kami dengan makan minum di Chawan. Hmmm....asal pi Publika....pi Chawan. Pi Chawan....pi Publika.

Balik jer keje petang semalam.....MsTips kata dia lapo. So, aku pun buat pizza. Untuk dia satu n untuk aku satu.....kononnya supaya tak lapo sangat nanti...bila pi Publika. Kononnya laaaa.....


Di Chawan....aku makan roti bako n Tanjung Malim Blended Coffee. Ms Tips order Frappe Ipoh mali....

Pastu....ntah sape ntah...hantu mana yang datang merasuk aku.....tetibe aku order nasi lemak plak.
Salah aku ke tu? Aku tak paham kalu masih ada orang yang nak salahkan aku
yang dah makan sekeping pizza, pastu roti bakar..........dirasuk untuk memakan
nasi lemak. Aku memang tak paham. Tak patut betul...jika masih ada yang nak salahkan aku.(Hehehehe...)

Pastu di Chawan....kami round2 Publika....buat macam tak penah pi situ. Hehehe...sambil tu mencari2 tempat baik untuk merakam lensa kami....yang tidak seberapa ini.

Nape la mamat ni obses dengan aku ni? Hishhs.....

Aku layan je la.....Encik Panjang ini.


View tak cantik dengan suasana mereka yang sedang "minum".....hmmm...
bukan jiwa aku.

So...kami pi naik atas....dapat view mengadap stage dan dapat tengok performance dengan
lebih baik.........tapi aku heran betul dengan sorang mamat tu.
Dia over acting sangat. Mulanya aku ingat dia MC. Maybe ada yang suka tapi dia nampak spoil event orang je.
Kesian, Floor Manager nak kena control dia. Mabuk kot.



MsTips yang baru baik demam....bersungguh-sungguh teman aku
malam tadi...semata2 nak tengok bunga api. Kalu ikut rutin standard
dia......time ni, dia dah tido dah.

Macam2 perangai crowd malam tadi.

Ada yang bawa family......bersantai.

Keadaan di sini meriah dengan kerlipan lampu2....
sekali-sekala layan keadaan cenggini....ok juga.

Honey Madu.....rasanya MC tu. Dia tengah bagi hadiah lucky draw.


Budak2 menari.....comel.

Persembahan Aswara.....

Ramai giler orang....

Persembahan Indian Musician.....

MsTips yang dah mengantuk dan cuba untuk bertahan.....TQ MsTips.

Di ambang......new year 2014.


Encik2 Polis yang mengawal keselamatan. TQ Encik2 Polis...

Makin hampir jam 12 malam....makin ramai yang datang.

Aku punya la berusaha mencelahkan badan...di celah orang ramai tu untuk dapatkan view yang cantik masa sesi bunga api nanti. Siap ada sorang Minah Asia Barat yang dok nyendeng aku....konon nak dok sebelah aku....dengan camera dan lens dia yang jauh lebih best dari aku.


Bile count down jer.....sekali....MC kata....sila lihat di sebelah kiri.....untuk percikan bunga api....! Alaaa.....
Silap beso la...


Hahaha...nampak sepihan sipi2 jer......silap spot la....

So, macam putus asa. Aku rasa kesian kat MsTips yang beriya menemani aku. So, kami bergegas balik....dan bile dah sampe kat bawah...sekali...tuah masih ada.

Yeay......dapat tengok bunga api....(kesian...kan....dah umur cenggini
masih beriya2 nak nengok bunga api...)

Aku snap jer gambo.....pakai teknik belasah...snap....belasah...snap...!

Cantik kan....

Tahun depan...2015....aku dah tau kat mana nak lepak tengok bunga api.

Suka....

Hahhaha...happy...happy...

Yeahhhh....

The last one....

So...that's it. Aku happy...walaupun tahun 2013...banyak cabaran dan dugaan....aku bersyukur di atas segala nikmat yang diberi. Walaupun pencapaian aku tidak la seberapa......tapi aku sangat menghargainya. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kengkawan yang berada di sisi ketika susah dan senang. 

Terima kasih MsTips kerana sanggup menjadi saksi kepada jatuh...bangunnya.....orang yang bernama Jumaiyah ini. Terima kasih kepada kawan2 lain yang selalu memberikan semangat dan nasihat. Selamat tinggal 2013......aku dah ceraikan ko...talak 3 pulak tu.....so, kita move forward la yek. 

Happy new year kepada semua dan semoga tahun baru ini melimpahkan rezeki dan memberikan kebahagiaan kepada semua.



Tuesday, December 31, 2013

Catatan di suatu petang....sebelum 2014


Malam ni...dapat kot aku tengok bunga api....
31.12.2013 dah tinggal beberapa jam dah. Pastu dah masuk tahun 2014. Macam2 orang ramai nak buat malam new year ni. Aku harap mereka jangan buat yang bukan2. Buatlah benda yang baik2....dan hargailah keamanan yang ada.

Aku malam ni...kalu MsTips tu...dah OK demamnya, kami berdua akan ke Publika. Lepak2...borak2...makan2....dan tengok gelagat orang. Kalu sempat....maybe tengok bunga api. Jika dia masih demam, aku akan melepakkan diri aku dengan main games dan tengok tv sambil makan maggi! Hahahaha...

Esok plak....aku akan ke pejabat.....keje! Itulah keje aku...saat orang lain tengah tido atau bersantai dengan family...aku plak tengah busy check peruntukan, check claim, check baucar, buat report itu....buat report ini sempena closing account 2013. 

Tu laaa....sape suruh zaman sekolah dulu....pi kutuk budak akaun kat kelas sebelah. Elok2...zaman sekolah dok kat kelas sains...masa universiti....aku terjun ke accounting course. Dah......keje cenggini. Di saat orang lain bershopping dan bercuti sakan..................................aku..............keje! Padan muka aku!

Sekian.

Saturday, December 28, 2013

Shine bright like a diamond....


Diamond....lagu yang Amani suka.....itu cerita siwo MsTips pada aku. Bile aku beli perfume arini....aku pilih Versace Yellow Diamond. Ni...takde kena-mengena dengan anak angkat tak berapa nak jadi aku tu (Amani...la). Bile sekali test bau...terus jatuh hati.....macam cinta pandang pertama. Itu jarang-jarang berlaku pada aku. Biasanya dah naik pening kepala aku test sume perfume....baru la jumpa yang berkenan dihati. 

Ni kira set la....dapat EDT 90 ml, body lotion, shower gel dan miniature. 
Awal tahun ni...aku ada hadiahkan kakak aku Versace Crystal Bright. Aku suka bau perfume tu. Sebelum ni aku tak pernah pakai Versace. So, aku decided untuk tukar perfume dari POLO Sport 3 kepada Versace Yellow Diamond. Bila dah beli ni....mulalah terbawa-bawa rasa happy dan kepuasan bershopping dengan menyanyikan lagu Diamond. Balik2 lagu diamond....tapi aku nyanyi dalam hati je la....


Nak habis dah....! Sikit lagi...

Tapi kan...kuning lagi. Kebetulan kedua-duanya....colour hampir sama. So, tak sabar nak guna yang baru...tapi aku ni jenis yang akan habiskan yang lama dulu.....baru guna yang baru. Kalu start guna yang baru...sat lagi...yang lama tak habis2. Membazir la plak kan....! 


Friday, December 27, 2013

Bahayanya Wanita 26.12.2013

Aku baru jer balik dari istana aku.....penat giler rasa bila dah sampe umah. Eh! Macam tak kena je ayat tu...balik dari istana? Awat plak balik umah? Bukan duduk situ ke? Hehehe...

Aku memang baru balik dari IB...tengok teater Bahayanya Wanita.
Aku memang suka tengok benda-benda BAHAYA camni...sebab aku pun MERBAHAYA. Yelah, dah penat-penat bersilat kat opis tu....sesekali layan naskah yang cenggini...best apa. Lagipun pelakon-pelakonnya...hebat-hebat belaka.

Aku pi dengan dengan sorang lagi wanita yang MERBAHAYA iaitu MsTips dan sorang lelaki yang kurang merbahaya....hmmmm....maybe juga lansung tak mendatangkan bahaya iaitu Adib.

Haaa....before masuk tu..biasalah kami, sesi bergambo dengan segala benda baru yang ada kat IB tu. Macam cantik jer....macam comel jer......alat music kat belakang tu? Hehehe...(kecik hati...model yang kat depan tu...)

Eh..eh! Berebut-rebut depa ni nak bersalam dengan aku. Serba salah plak kalu aku tak layan...

Tengok aku...rileks jer....eceh!

Bila dah tengok teater ni....MsTips bagi 3 3/4 bintang daripada 5. Aku...bagi 4 1/2 bintang. Ceritanya best, pelakonnya boleh bawa watak dengan baik. Aku paling suka watak Isteri Pertama.....Sharifah Fatimah Maruka (Umie Aida) dan Suti (Erma Fatima). Mereka memang best.....! Watak Era pun ok. Nora Danish yang comel dan Zizan yang kelaka. Cuma bagi aku....Zizan tak perlu over sangat kot...dia ni kelaka orangnya, so tak perlu buat aksi keterlaluan.


Ni...pelakon-pelakon dari UiTM.
Pelakon-pelakon IB...

Pelakon kanak-kanak...

Janda-janda Kampung Janda Molek....hmmmm....patut la...Adib tak berkelip biji mata tengok depa ni.

Watak Wak apa ntah yang tergila-gilakan Suti. Sebelah tu...watak isteri dia.

Lana Nordin....arini dia jadi PA Syed Maadon (Zizan). Khabarnya...setiap Jumaat, dia ganti watak Nora Danish sebab Nora Danish kena jadi juri Maharaja Lawak Mega 2013. Tentang Lana ni kan....tadi aku nampak dia ditemuramah oleh Melodi. Pastu ada la peminat nak bergambo. Dia nampak sporting sangat dan peramah melayan peminat dia.
Nampak tak kekok dan mesra orangnya. Ms Tips pun rasa cenggitu juga.
Daripada tak berapa nak minat dia...tetibe rasa...OK la plak dia ni.

Ni Haliza Misbun.....kuruskan dia? Cayalah....

Haaa...ni bini Ustaz Jon....Syanie. Hmmm...comel!

Ustaz Jon...Johan Ashaari. Dia ni...aku no comment sikit.
Ntah la....korang pikir sendiri la. Malas aku nak mengata.

Best Friend Suti...Muti....lakonan Ziela Jalil. Orang lama...mestilah best.

Lakonan mantap...Erma Fatima....sebagai Janda yang berasal dari Indonesia.
Best tengok dia menari dan menyanyi. Lima Bintang untuk beliau.

Umie Aida....sebagai Sharifah Fatima Maruka yang macam singa. Dah banyak teater yang Umie lakonkan yang aku dah tengok. Dia memang hebat. Lima Bintang.

Si cantik....Era Fazira sebagai Kamelia, isteri kedua Syed Maadon.

Isteri ketiga yang comel and cekci.....Nora Danish sebagai Farhana. Sikit-sikit nak bunuh diri. Comel dan kelakar.

Hero......Syed Maadon.

Tu la dia barisan pelakon utama.....

So, kesimpulannya....cerita ni best...lawak giler....sangat mantap lakonannya, pelakon best dan kepada yang tak tengok lagi...pi la tengok. Tak rugi beli tiket mahal. Cuma kepada yang nak beli tiket seat harga RM103 (macam aku) yang belah kiri....rugi sikit....sebab tak berapa nampak babak Nora Danish nak gantung diri. Sebab babak tu....di sebelah kiri pentas. Sape dok seat belah kanan untung sebab banyak babak pelakon berada di kawasan penonton belah kanan.

Sekian.....pi tengok tau...! Berbaloi...







Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK