My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, December 27, 2013

Bahayanya Wanita 26.12.2013

Aku baru jer balik dari istana aku.....penat giler rasa bila dah sampe umah. Eh! Macam tak kena je ayat tu...balik dari istana? Awat plak balik umah? Bukan duduk situ ke? Hehehe...

Aku memang baru balik dari IB...tengok teater Bahayanya Wanita.
Aku memang suka tengok benda-benda BAHAYA camni...sebab aku pun MERBAHAYA. Yelah, dah penat-penat bersilat kat opis tu....sesekali layan naskah yang cenggini...best apa. Lagipun pelakon-pelakonnya...hebat-hebat belaka.

Aku pi dengan dengan sorang lagi wanita yang MERBAHAYA iaitu MsTips dan sorang lelaki yang kurang merbahaya....hmmmm....maybe juga lansung tak mendatangkan bahaya iaitu Adib.

Haaa....before masuk tu..biasalah kami, sesi bergambo dengan segala benda baru yang ada kat IB tu. Macam cantik jer....macam comel jer......alat music kat belakang tu? Hehehe...(kecik hati...model yang kat depan tu...)

Eh..eh! Berebut-rebut depa ni nak bersalam dengan aku. Serba salah plak kalu aku tak layan...

Tengok aku...rileks jer....eceh!

Bila dah tengok teater ni....MsTips bagi 3 3/4 bintang daripada 5. Aku...bagi 4 1/2 bintang. Ceritanya best, pelakonnya boleh bawa watak dengan baik. Aku paling suka watak Isteri Pertama.....Sharifah Fatimah Maruka (Umie Aida) dan Suti (Erma Fatima). Mereka memang best.....! Watak Era pun ok. Nora Danish yang comel dan Zizan yang kelaka. Cuma bagi aku....Zizan tak perlu over sangat kot...dia ni kelaka orangnya, so tak perlu buat aksi keterlaluan.


Ni...pelakon-pelakon dari UiTM.
Pelakon-pelakon IB...

Pelakon kanak-kanak...

Janda-janda Kampung Janda Molek....hmmmm....patut la...Adib tak berkelip biji mata tengok depa ni.

Watak Wak apa ntah yang tergila-gilakan Suti. Sebelah tu...watak isteri dia.

Lana Nordin....arini dia jadi PA Syed Maadon (Zizan). Khabarnya...setiap Jumaat, dia ganti watak Nora Danish sebab Nora Danish kena jadi juri Maharaja Lawak Mega 2013. Tentang Lana ni kan....tadi aku nampak dia ditemuramah oleh Melodi. Pastu ada la peminat nak bergambo. Dia nampak sporting sangat dan peramah melayan peminat dia.
Nampak tak kekok dan mesra orangnya. Ms Tips pun rasa cenggitu juga.
Daripada tak berapa nak minat dia...tetibe rasa...OK la plak dia ni.

Ni Haliza Misbun.....kuruskan dia? Cayalah....

Haaa...ni bini Ustaz Jon....Syanie. Hmmm...comel!

Ustaz Jon...Johan Ashaari. Dia ni...aku no comment sikit.
Ntah la....korang pikir sendiri la. Malas aku nak mengata.

Best Friend Suti...Muti....lakonan Ziela Jalil. Orang lama...mestilah best.

Lakonan mantap...Erma Fatima....sebagai Janda yang berasal dari Indonesia.
Best tengok dia menari dan menyanyi. Lima Bintang untuk beliau.

Umie Aida....sebagai Sharifah Fatima Maruka yang macam singa. Dah banyak teater yang Umie lakonkan yang aku dah tengok. Dia memang hebat. Lima Bintang.

Si cantik....Era Fazira sebagai Kamelia, isteri kedua Syed Maadon.

Isteri ketiga yang comel and cekci.....Nora Danish sebagai Farhana. Sikit-sikit nak bunuh diri. Comel dan kelakar.

Hero......Syed Maadon.

Tu la dia barisan pelakon utama.....

So, kesimpulannya....cerita ni best...lawak giler....sangat mantap lakonannya, pelakon best dan kepada yang tak tengok lagi...pi la tengok. Tak rugi beli tiket mahal. Cuma kepada yang nak beli tiket seat harga RM103 (macam aku) yang belah kiri....rugi sikit....sebab tak berapa nampak babak Nora Danish nak gantung diri. Sebab babak tu....di sebelah kiri pentas. Sape dok seat belah kanan untung sebab banyak babak pelakon berada di kawasan penonton belah kanan.

Sekian.....pi tengok tau...! Berbaloi...







2 comments:

blog-tips-kurus said...

merci beaucoup!!

mahal tiket tu, nanti belanje lagi yek! :-)

Jumir said...

Boleh...takdak masalah...aku memang kaya (berkata-kata sambil tersenyum senget...). Mana idaknya...hobi aku...cop duit. Hahahaha...

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK