My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, December 19, 2011

From Broga With Love....

Disebabkan oleh cabaran yang bertalu2 daripada Rostam, maka aku setuju ikut dia n d' geng (Khai, Haza n Izan) panjat Bukit Broga Sabtu lepas. Eleh....konon....plan naik sesudah Subuh.....last2 aku n MsTips yang naik dulu....Rostam n d' geng time aku nak turun......baru depa naik. Tapi kan...masa panjat bukit tu.....dalam hati aku memang nak marah dekat si Rostam tu.......ngape la dia ajak aku pi naik bukit ni....hampir separuh mati aku menahan diri untuk sampe kat atas tu. Kesian kat MsTips.....dia laju tapi aku agak 'kureng laju' n hampir2 nak muntah.

Kami mula mendaki kul 6.20 am gitu...

Oleh kerana tak tau jalan....kami ikut jer depa ni.

Ni....bile dah cerah......bile nampak macam nak sampe..
rupa2nya tak sampe2 lagi. Lama gak kami naik.
Dalam 50 minit gak.


Bile sampe area sini....rase lega sebab macam dah nak sampe.
Tetapi rupa2nya....belum. Lepas 1st peak yang kat atas tu
ada 2 peaks lagi yang perlu diredah. Hmmmm...

Untuk naik ke 1st peak....kena berpaut pada tali yang disediakan.
Aku wakilkan MsTips saje. Bukan apa...aku kesian tengok
tali tu...lagipun ramai sangat yang sedang memanjat.
Dah la tanah tu agak licin. Kalu aku jatuh...sape yang susah?
Orang2 yang berada di bawah aku jugak yang susah.


Sementara tunggu MsTips....aku menikmati pemandangan.
Masa tu...cuaca masih berkabus.

Dah cerah2 cenggini.....masih ramai yang berduyun2
sampe.

Hmmmm.....kalu takat bergambo berlatarbelakangkan
lalang, baik bergambo dalam semak dekat
umah aku kat kampung nun.

Yeahhhh.....tu dia....MsTips sudah turun.
Bangga aku dengan semangatnya.

Dia kabo kaki dia menggeletar.....sebab susah
naik ke 1st peak. Aku cuma mampu
bagi semangat.
Masa separuh jalan turun....tetibe
jumpa budak cute ni. Umurnya baru 2 tahun.
Aku yang dah umur 18 tahun cenggini...baru blaja naik Broga.
18 tahun?????!!! Itu selepas ditolak sume cuti2 sekolah...
cuti2 semester, cuti umum dan cuti rehat.

La....ada beberapa lorong la plak. Naik ikut mana ni?
MsTips sedang cuba menggunakan firasatnya.
Hmmmm.....

Jalan punya jalan...tetibe jumpa dengan Mek2 berdua ni.
Kate depa...takat tu je depa berdua nak naik.


Sebagai duta ubat nyamuk....beliau sentiasa
menjalankan tugas2 keDUTAannya.
Pantang tengok nyamuk....beliau akan sedaya
upaya membunuh mereka.

Yeahhhhh!!! Juara yang tewas.
Selepas muntah...dia bangun dan berjalan dengan
cerianya.

Haza, Khai n Rostam. Haza bertindak sebagai KURUSETIA.
Khai sebagai AJK pengangkutan dan Rostam sebagai
AJK keSESATan.
Syabas di atas penganjuran mendaki Bukit Broga
pada kali ini.

Tetibe...nampak orang jual2. Macam2 gerai ada.

Yaaa...ini adalah toilet ye tuan2 dan puan2.

Dan akhirnya....sume orang menerpa ke kereta masing2.
Kayo tuan punya ladang ni. Sekali parking...depa
charge RM2. Aritu....punyalah banyak pengunjung
sampe nak parking pun susah.

Nota kaki/tgn: Citer BBQ lepas pi Broga...akan aku ceritakan di lain masa ye...

Sunday, December 4, 2011

Wahai Cik Mata.....tolong la tido malam ni...

Orang dewasa perlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak perlukan masa tidur yang lebih panjang, golongan warga usia emas pula perlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. SUMBER : Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia.

 
Malam tadi...aku minum 3 air ni dan aku tak dapat tido sampai pg.
Lepas solat Subuh dalam 6.30 pg......baru aku dapat tido.
Dan....aku bangun @ 9.00 pg dan sampai sekarang
sikit pun aku tak rasa mengantuk.

Harap2 malam ni aku dapat tido dengan jayanya. Aku ni keje jaga kewangan...so selalu busy keje spashly akhir tahun cenggini n bila bermulanya awal tahun Januari nanti busy aku akan sambung-menyambung macam kilat. Sebagai tanda komitmen pada keje....aku takkan bercuti sepanjang Disember ni dan maybe Januari tahun depan pun.....aku bekukan cuti untuk diri sendiri. Februari 2012 nanti.....aku nak pi bercuti seminggu n maybe habiskan masa dengan tido lama2 sikit tanpa rasa stress n rasa bersalah.

Friday, December 2, 2011

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor

Bila aku dengar Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 2011 malam ni......terus aku terSUKA kat lagu nih. Bukan aku tak suka Anuar Zain tapi aku rasa.....Jac nyanyi lagi best.




Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Friday, November 18, 2011

Arini 18 November ye...tuan2 n puan2...

Sejak pagi...arini agak saspen bagi aku n MsTips. Mane taknya....kami nak pi dinner malam ni. Berkobar2...kami memilih baju n memastikan kami balik awal semata2 nak pi dinner tu. Almaklumlah...majlis beso....jumpa pun org2 beso.....! MsTips pun dengan rajinnya....telah menggosok beberapa baju dia n tudung aku untuk dipakai pada malam ini. Tangan kami pun dok  gatal jer....macam nak dapat hadiah beso jer malam ni. Ialah.....kot2 ada lucky draw....!

Sekali bile kul 6.30 ptg gitu.....tetibe terasa nak tanya urusetia event tu....pakaian kena formal @ smart casual? Aku pun tepon la depa...untuk bertanya. Urusetia jawab dengan mesra...."Pakaian formal. Tapi event tu bukan malam ni.....arini kan 18 November....event tu...18 Disember." Kah....kah..kah...kui...kui..kui...!

Tu laaa....bace surat kabo....sekerat jer. Sape suruh tak baca habis! Hahahaha....event yang aku maksudkan adalah event untuk orang2 kampung aku....(tempat bersekolahnya aku n MsTips).
Pecah perut kami gelak. Nasib baik tak kenal urusetia tu n dia pun tak kenal kami. Hahahahaha.......! Tobat aku kabo....masa aku tulis n3 ni pun...aku masih gelak lagi.

Wednesday, November 16, 2011

Aku masuk statistik!

Hmmm...lately ni banyak citer tentang obesiti spashly lepas kuar surat kabo yang Malaysia No. 1 di kalangan negara-negara ASEAN dan ke-6 di rantau Asia Pasifik yang ada masalah obesiti di kalangan penduduk.

Aku idok la membaca surat kabo 2, 3 hari ni sebab busy tahap gaban. Tapi penyampai berita terkini aku iaitu MsTips pot pet...pot pet menyampaikan berita itu since isu tersebut ada kaitan dengan aku. Arini pun dia ulang tayang isu yang sama kepada aku terutama bile nengok aku makan chocolate eclairs yang best giler kat Auntie Anne's semalam.

Mmmmmmm......bestnya bile makan panas2....
harganya hanya RM3.90.

Ya...aku mengaku aku antara penyumbang statistik tu. Aku juga paham rasa hati MsTips yang begitu obses untuk melihat aku kembali kurus macam zaman kami sekolah dulu. Tapi....susah jugak aku nak kuruskan balik badan. Kalaulah aku ada masa untuk exercise....sure aku boleh kurus sikit. Tapi bile aku kabo cenggitu, sume orang akan kate...alaa...alasan jer tu....sure ada masa untuk exercise. Hmmmm....setiap orang tak sama jadual keje....perjalanan hidup....tapi kepada MsTips....percayalah....sahabatmu ini akan berusaha sedaya mungkin untuk kurus.

Langkah pertama yang aku patut buat....maybe bako booth Auntie Anne's yang jual chocolate eclairs dekat The Mall tu. Hehehe....aku gurau jer...kang tak pasal2.....datang pulok Incik Polis depan umah aku nih.

Sebagai permulaan...la ni aku nak tutup laptop n buat senaman mata. Esok nak keje!
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK