My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, December 19, 2011

From Broga With Love....

Disebabkan oleh cabaran yang bertalu2 daripada Rostam, maka aku setuju ikut dia n d' geng (Khai, Haza n Izan) panjat Bukit Broga Sabtu lepas. Eleh....konon....plan naik sesudah Subuh.....last2 aku n MsTips yang naik dulu....Rostam n d' geng time aku nak turun......baru depa naik. Tapi kan...masa panjat bukit tu.....dalam hati aku memang nak marah dekat si Rostam tu.......ngape la dia ajak aku pi naik bukit ni....hampir separuh mati aku menahan diri untuk sampe kat atas tu. Kesian kat MsTips.....dia laju tapi aku agak 'kureng laju' n hampir2 nak muntah.

Kami mula mendaki kul 6.20 am gitu...

Oleh kerana tak tau jalan....kami ikut jer depa ni.

Ni....bile dah cerah......bile nampak macam nak sampe..
rupa2nya tak sampe2 lagi. Lama gak kami naik.
Dalam 50 minit gak.


Bile sampe area sini....rase lega sebab macam dah nak sampe.
Tetapi rupa2nya....belum. Lepas 1st peak yang kat atas tu
ada 2 peaks lagi yang perlu diredah. Hmmmm...

Untuk naik ke 1st peak....kena berpaut pada tali yang disediakan.
Aku wakilkan MsTips saje. Bukan apa...aku kesian tengok
tali tu...lagipun ramai sangat yang sedang memanjat.
Dah la tanah tu agak licin. Kalu aku jatuh...sape yang susah?
Orang2 yang berada di bawah aku jugak yang susah.


Sementara tunggu MsTips....aku menikmati pemandangan.
Masa tu...cuaca masih berkabus.

Dah cerah2 cenggini.....masih ramai yang berduyun2
sampe.

Hmmmm.....kalu takat bergambo berlatarbelakangkan
lalang, baik bergambo dalam semak dekat
umah aku kat kampung nun.

Yeahhhh.....tu dia....MsTips sudah turun.
Bangga aku dengan semangatnya.

Dia kabo kaki dia menggeletar.....sebab susah
naik ke 1st peak. Aku cuma mampu
bagi semangat.
Masa separuh jalan turun....tetibe
jumpa budak cute ni. Umurnya baru 2 tahun.
Aku yang dah umur 18 tahun cenggini...baru blaja naik Broga.
18 tahun?????!!! Itu selepas ditolak sume cuti2 sekolah...
cuti2 semester, cuti umum dan cuti rehat.

La....ada beberapa lorong la plak. Naik ikut mana ni?
MsTips sedang cuba menggunakan firasatnya.
Hmmmm.....

Jalan punya jalan...tetibe jumpa dengan Mek2 berdua ni.
Kate depa...takat tu je depa berdua nak naik.


Sebagai duta ubat nyamuk....beliau sentiasa
menjalankan tugas2 keDUTAannya.
Pantang tengok nyamuk....beliau akan sedaya
upaya membunuh mereka.

Yeahhhhh!!! Juara yang tewas.
Selepas muntah...dia bangun dan berjalan dengan
cerianya.

Haza, Khai n Rostam. Haza bertindak sebagai KURUSETIA.
Khai sebagai AJK pengangkutan dan Rostam sebagai
AJK keSESATan.
Syabas di atas penganjuran mendaki Bukit Broga
pada kali ini.

Tetibe...nampak orang jual2. Macam2 gerai ada.

Yaaa...ini adalah toilet ye tuan2 dan puan2.

Dan akhirnya....sume orang menerpa ke kereta masing2.
Kayo tuan punya ladang ni. Sekali parking...depa
charge RM2. Aritu....punyalah banyak pengunjung
sampe nak parking pun susah.

Nota kaki/tgn: Citer BBQ lepas pi Broga...akan aku ceritakan di lain masa ye...

1 comment:

blog-tips-kurus said...

dia-orang itu (R,H & I) tak reti nak komen yek? hoho!

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK