My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, May 9, 2011

Ayak! Injured buku lali!

Aku memang suke main futsal. Tu je la yang aku bole kabo kat sape2 yang bantah aku main.

23hb lepas....aku ada tournament futsal inter-department. Nasib kurang baik mase 2nd game.....bile aku dalam keadaan melompat, telah berlaku miracle landing yang maha dasyat terhadap kaki kanan.......macam gambo kat bawah.

Sakitnya tuhan jer yang tau. Kawan2 terutamanya Mr F (Budak kidal yang kalah bowling dengan aku. Heheheh....gelak 800 kali) telah membantu menekap ais kat kaki aku. TQ ye kengkawan. Tapi kan....aku tak stop main pun mase tu.....aku pi sambung lagi main untuk game ke 3, 4 n 5. Petang tu plak aku pi dengan Mr T ke Sunway Piramid joint dengan Mr F n Mr Din pi training bowling walaupun kaki aku mase tu dah bengkak macam pau. Siap kalahkan Mr F n Mr T....hehehheh.....bukan riak ye cume saje bikin panas hati Mr F n Mr T bile membaca sume nih.
Buku lali aku yang bengkak. sakit wooo...!!

Esoknya aku pi berurut di Nuri Reflexology kat tingkat 2, Bangunan MARA. Memang best....aku suggest pi la sana berurut sambil membantu business OKU. Adik yang urut aku kabo...teruk injury aku tu...so aku kena pi lagi untuk beberapa sesi sampe aku tak rase sakit dah.
 
Adik yang urut aku aritu.
27hb tu...aku pi Hospital Sg. Buloh untuk scan kaki sebab masih bengkak walaupun lepas urut. Cik Dr kate....kaki aku tak retak/patah. Dia kate aku tak bleh berjalan sangat dalam 2 minggu ni n tak bleh main futsal selagi kaki masih tak OK.

5hb Mei.....aku pi berurut lagi......n arini aku bole rase sakit tu makin kurang. Dan....maybe aku bole joint balik training dengan kawan2 di Team Qwin. Hehehe....

Senyum dalam kesakitan

Tapi....aku janji pada depa yang membantah......bahawa aku akan careful n menjaga kaki aku tu semasa aku main.

**Aku akui aku degil.....tapi kadang2 minat terhadap sesuatu payah nak dilupakan.

Sunday, May 8, 2011

David Beckham.......accident!



David Beckham involved dalam satu kemalangan di sebuah jalan yang paling sibuk di LA (Southbound 405 Freeway). Kete Cadillac hitam Beckham berlanggar dengan sebuah Mitsubishi yang kebetulan rosak di jalan tu. Turut diKABOkan bahawa Beckham OK dan hanya driver yang satu lagi tu jer yang cedera sikit dan telah dibawa ke hospital. DiKABOkan juga bahawa masa tu Beckham sedang memandu bersama anaknya Brooklyn dan beliau adalah antara beberapa orang yang cuba mengelak kete yang rosak tu. Dengarnya.....hanya bumper Mitsubhisi tu yang remuk dalam accident tu.

Gambo Beckham n Cadillac hitam yang penah diambil sebelum ini.

Misteri kehilangan kasut....

Last month tetibe jer.....kasut futsal aku hilang! Hairan benor rasenya. Kalu takdak kat umah n kete....kat mane la plak kasut kesayangan aku tu. Oleh kerana satu malam tu ada training.....aku belasah jer main guna kasut badminton. Rase lain ooo....bile main tu....rase tak best!

Oleh kerana rase tak best tu....aku pun beli kasut baru. Kopak kejap rase mase hulur $$$ untuk bayo! Sampe hati orang yang kebas tu......bukannya best sangat jenama kasut aku tu.....murah jer. Itupun dia nak rembat. Actually, ini bukan kejadian pertama kes hilang kasut kat umah aku. MsTips pun penah hilang kasut sukan. Yang herannya kasut lain takdak plak hilang. Yang hilang hanya kasut sukan jer. Misteri.....misteri.....!

Rupa paras kasut aku. Pinjam gambo kat blog org Kuantan.
Kasut simpan kat kete....takut hilang lagi.

Hmmm.....ada orang tu kata nak belikan aku kasut sukan. Tapi aku dah beli dah sendiri. Apa kate....belikan benda lain. Heheheh.....ada bajet????

Kepada sape2 yang kebas kasut aku n MsTips.....bawak2 la bertaubat.

Saturday, May 7, 2011

Bile kejang....pakailah PERSKINDOL

La ni aku joint satu team futsal. Training setiap minggu tu beb....tapi aku baru mai sekali n joint friendly match 2 kali. Hahaha....akan aku tingkatkan kehadiran di minggu2 yang akan datang ye kengkawan.

Last month ada friendly match kat Subang. Oleh kerana sampe pun dah lambat...tak sempat nak stretching...terus main. Mase 2nd half tu....tetibe calf muscles aku kejang n sakit. Sakitnya tuhan jer yang tau. Nasib.....kengkawan aku sapu gel Perskindol (kaler biru).....baru lega sikit.

Aku nak buat iklan free nih....

PAKAILAH PERSKINDOL.....bile pakai cepat jer tindakbalasnya. Aku tak penah perasan product ni di pasaran sebelum ni. Aku cari yang kaler biru tapi jumpe yang kaler kuning jer kat Watson. Tapi aku rase sama jer kot biru n kuning punya effectiveness.


Info: Calf muscles adalah bahagian kaki seperti gambo di atas.

Friday, May 6, 2011

Aku vs MsTips

Heheheh......semalam MsTips belanja aku n sorang kawan dia makan kat satu restoran di Maju Junction. Aku ni first time la jumpe mamat tu (kawan MsTips). Orangnya OK n friendly. Nak jadi citer.....borak punya borak.....tetibe dia tanya umur aku sebaya tak dengan MsTips. Aku pun kabo la.....aku tua setahun. Then dia kabo......nampak macam MsTips lebih tua dari aku. Aku siap ulang soalan 2,3 kali macam tak percaya...n dia tetap kate MsTips lebih tua. Keh...Keh....Keh....(800 kali).

Tu je la aku nak kabo kat sini. Kepada MsTips.....bawak banyak2 bersabo ye.....

Ni la...mamat yang bercakap benar tu.
Saje aku tak mau tunjuk gambo penuh.
Separuh.....cukup la.


**Aku ni bukanlah suke sangat dipuji sebabnya apalah sangat puji-pujian di dunia ni. Yang pentingnya di akhirat.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK