My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, November 27, 2010

Pantang larang anak-anak raja


kami & ibu & Nene (dalam perut)

Aku malas la nak bongkar rahsia....tapi kan idup ni ada pasang dan surutnya dan lambat-laun rahsia tu akan terbongkar jua. Cenggini...aku dan MsTips sebenarnya berketurunan diraja. Kalu ikutkan pantang-larang keluarga, kami boleh jadi lemah gemalai kalu tak menjejakkan kaki kami kat mana2 Istana dalam tempoh 3 bulan. Maknanya setiap 3 bulan sekali...kami mesti pi istana. Lagi satu.....makan pun ada pantang-larangnya jugak. Kalu kami dah rase tak bermaya.....lomah kepala lutut...kami kena pi makan benda2 yang berlandaskan an berunsurkan raja2. Ishhh......! Memang susah jadi anak raja ni.
So...lepas pakat2 dengan MsTips...kami pun terjah la satu Istana. Nak pi Istana Negara yang baru....tak siap lagi. Kalu ikutkan istana tak siap lagi kira macam kurang kedaulatannya...so pikir punya pikir....kami pun pi la Istana Budaya. Alang2 dah ada kat situ....tetibe jer semangat Melayu dan Islam kami menebal....maka harus rasenya keturunan raja macam kami ni pi tengok Teater Natrah.


MsTips beratur.....untuk membeli tiket. Walaupun kami ni keturunan raja, tapi kami memang berjiwa rakyat. Tak main la potong2 Q ni.

Aku yang begitu gumbira mendapat tiket di kalangan seat yang depan.


Remy Ishak dan Maya Karin yang begitu teruja nak bergamba dengan aku. Nak buat macammane kan....layan jelah.


Jangan jelesss....Fizz Fairuz dan aku saling berpegangan tangan.



Kesian...dah tua Umie Aida ni...tapi takpe, aku biarkan dia duduk dan aku berdiri. Seorang anak raja perlulah mendahulukan rakyatnya.


Setelah kepenatan melayan rakyat kami itu.....kepala lutut kami masih lemah. Kami tahu ada satu lagi perkara yang kami perlu buat iaitu makan makanan yang mempunyai unsur-unsur raja2. Maka kami pun mencari la...tempat ni...

Dengarnya...kat SOHO ada tempat makan tu....

Puas kami pusing kat SOHO KL, akhirnya.....berjumpa jua dengan kedainya.


Aku sedang usha.....sushi yang ada....

Akhirnya.....kami pilih yang 3 ni...


Aku makan dengan sopannya. Anak raja mane boleh makan bersepah! Anak bukan raja pun tak buat perangai cenggitu.

Lagi satu...anak raja ke bukan anak raja ke....sume tak bleh membajir! Makan mesti kasi habis.




Menu ni nampak menarik.....so kami pun try.


Tu dia.....dah mai dah....! Haa....apa lagi, kami pun makanlah sampai tak larat. Actually kalu kami makan yang 3 jenis tadi pun dah cukup dah. Sushi ni memang mengenyangkan.

Haa....lepas selesai sumenya. Kami pun pulang semula ke rumah kami. Kami memang taknak dok istana. Susah.....banyak protokol. So, kami dok kat umah biasa2 ajer.
p/s: Jang.....TQ so much kerana menaja tiket Natrah. Sebagai menghargai DUIT ko....kami beli tiket yang harga kedua paling mahal. Tapi takpe....ada contribution for charity. Badan amal mane...aku kurang pasti, tapi mamat yang jaga kaunter tiket yang cakap cenggitu. Kalu dia tipu....maka tipulah kami.
p/s : Tips kepada sesape yang nak beli tiket Natrah dan ingin beramal, sila beli tiket lebih dari RM100.
p/s : Kepada mane2 students....kena tunjuk ID n korang bleh dapat 20% discount. Tapi hanya untuk tiket2 yang bawah RM100 jer.

Thursday, November 25, 2010

Pehhh....bestnya ikan bakar ni...


Kalu kat kolumpo ni....banyak tempat makan yang ada. Antara menu peberet aku adalah ikan bakor. Sesekali pi pekene ikan bakor, syok tak terkata. Antara tempat yang aku suke pi adalah Kedai Ikan Bakar (Asli) Pak Din berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Kedai ni kul 11.00 pagi dah start berniaga dah....n dah bole makan pun time tu. Depa bakar biasa2 jer....cuma air asamnya yang membuatkan korang kalu makan....tak bole tido malam. Memang best....! Korang try la kat sini kalu tak percaya.

Tempat kejadian dari arah parking. Kalu makan bole dok kat dalam kedai atau korang bole makan kat luar jer.....banyak meja disediakan kat luar. Macam aku, aku tak kisah sangat luar ke dalam....janji makan.

Kalu nak ambi nasi dan lauk lain....sila ambik kat depan ye....anak2. Lauk2nya pun kira boleh tahan la jugak. Biasanya aku ambik nasi dan sayur kat depan........ikan bakar ambik kat tempat bakar kat belakang.

Ni...gambo ikan pari bakar dan sotong bakar yang dah separuh aku dan Ms Tips kijekan. Lihatlah rupa paras air asamnya....pehhhh....sedappp...haw liao....!

Gambo pinggan nasi aku yang dah tinggal separuh. Sepatutnya aku ambik masa before makan tapi bile nampak ikan bakar tu....tetibe jer aku lupe diri.

Ni laa....gambo tempat pembakaran ikan, pari dan sotong bakar. Pi jer kat depa dan cakap nak makan ape. Depa boleh anta atau korang pi jer ambik sendiri. So far...service depa ni cepas dan pantas, maybe sebab pekerjanya ramai kot.

Haa.....tertarik tak? Kalu nak try pi jer sana. Aku memang takde scandal dengan tokey dia (Pak Din)....aku cuma nak kongsi kebahagiaan aku bile makan dengan korang.

Wednesday, November 24, 2010

STOP Child Abuse!

Emm....di atas tanggungjawab sosial, aku pikir...aku HARUS buat entry tentang Stop Child Abuse ni. Alaa...aku bukannya nak menang sangat kamera tu....tapi kalu dapat, takkan aku nak pi buang plak kan. Tak baik membajir!

Penderaan kanak-kanak ditafsirkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai satu pencabulan atau pelanggaran hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan sebagai penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, penderaan fizikal adalah kecederaan dari segi fizikal yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan emosi pula adalah dicederakan secara emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental dan tingkah-laku, kemurungan dan perkembangan lambat. Penderaan seksual pula adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Emmmm.....masa aku taip semua definisi ni rasa semacam satu perasaan tanggungjawab yang besar terbuku di hati aku sekarang ni. Asalnya aku nak buat entry ni jadi lawak2.....tapi sekarang aku dah jadi betul2 serius! Dan...tak menang kamera pun takpelah. Aku cuma nak kongsi info ni saje.

Aku paling tak sanggup nak tengok penderaan seperti yang berlaku pada arwah adik Syafiah Humairah Saari, 3 tahun yang meninggal dunia kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Berita kematiannya menggemparkan negara pada Februari 2010 yang lalu. Adik Syafiah disahkan meninggal dunia akibat daripada pendarahan otak dan mengalami kerosakan buah pinggang akibat dihentak dan ditendang. Dalam tempoh berita kematiannya disiarkan di Buletin Utama....aku telah menitiskan airmata dan sangat bersimpati dengan nasib dirinya. Aku ada buat entry tentang arwah di sini. Pada September 2010, teman lelaki ibunya itu (Mohd Fazli Azri jamil) telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Baguslah digantung. Bagi aku.....jika pelaku penderaan ini hanya dipenjara atau disebat, ia memang tidak setimpal dengan penderitaan yang telah ditanggung oleh mangsa penderaan seperti adik Syafiah. Perginya adik Syafiah tidak akan ada galang gantinya. Namun kesan emosi ke atas keluarganya takkan ada penghujungnya. Cuma mungkin ibunya, Siti Nurhanim Aziz sahaja yang masih buta hati....kerana masih menyayangi kekasihnya walaupun kekasihnya itu telah meragut nyawa adik Syafiah.

Cukupkah jika hanya dipenjara dan disebat?




Di Malaysia....selain talian 999...kita juga boleh melaporkan sebarang kejadian penderaaan kanak-kanak di Talian Nur (15999) di bawah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Kepada Ms Tips....sorry, this is a very serius issue....I can't hoping for a gift to win. If we don't win anything, it doesn't mean that we lost everything. We actually a winner if we could win the heart of Malaysian who read about this child abuse. I believe that every Malaysian should aware about child abuse. The awareness could come from others but we are the one who should stand still and fight to STOP CHILD ABUSE!
Sila klik kat bawah sebagai tanda korang SOKONG!

unicef

Friday, November 19, 2010

Gambo kat Taman Seribu Bunga

Destinasi seterusnya adalah Taman Seribu Bunga. Kami ke sini.....sume gara2....pengaruh si Ibunya Amani. Macam biase....korang layan je gambo2nya. Aku tak nyempat nak crop ke edit ke....ada masa upload gambo pun dah cukup untung dah. Aku ni kan....busy tahap gaban.

Ni la....Taman Seribu Bunga yang terletak tak jauh dari.....emm...ada satu padang...selepas Taman Mini Malaysia, emmm....tak ingat dah apekenamanya. Harapkan Tips.....lagi hampeh.

Kolam ni....tak jauh dari pintu masuk taman.


Aku senyum jer....walaupun hakikatnya....panas giler.


Nampak tak landskap kat belakang tuh? Buat kat umah kat kampung ni bagus ni.


Huishhh....relaks jer dok kat sini. Buat aktiviti membaca buku syok ni.

Hang cari ape Tips? Cari duit ke? Haa...ko nak bayo upah ambik gambo ye....

Dah namanya Taman Seribu Bunga.....banyaklah bunga2 yang ada dan cantek2 belaka.


Wajah ayu Cik Tips kita........(suke la tuh...aku puji tu...!)

Pandangan tak berapa nak ayu....dari aku yang keletihan.


Tu dia.....gaya macam heroin hindustan.


Aku dan bunga......lagi.


Haa......cantek kan......pemandangan dari atas bukit.


Ni....menara tinjau yang aku panjat sampai takat tu je. Aku bukannya takut atau gayat....aku segan jer nak panjat....(Tips, ko jangan pecah lobang tau...!)

Time ni...aku sesat cari jalan keluar. Sesat kali pertama.

Ni.....langkah seribu yang aku buat bile sesat buat kali kedua.


Tetibe jumpa tempat ni.....


Emmmm.....langkah pergi mencari jalan setelah sesat buat kali ketiga.


Ni....pose dari Tips setelah menemui jalan yang benar.....


Kalu pi mana2 tempat terutama time matahari tegak kat atas kepala....sila bawa air dan tuala. Setau aku....itu tuala aku tuh. Nape dia jer yang asyik pakai?


Aku yang kepanasan dan keletihan.

Monday, November 15, 2010

Gambo Kat Taman Mini M'sia

He3....macam yang aku kabo sebelum ni (dalam entry tajuk "PENAT").....aku pi bercuti minggu ni (13/11-14/11). Mase aku dapat voucher percutian gara2 membeli Pesona tahun lepas.....macam2 tempat aku nak pi. Last2 aku pilih Melaka. Itupun setelah 3 kali ditunda tarikhnya. TQ to Efa (Sri Sutra Travel) yang sabo melayan aku yg busy ni. Bukan aku sengaja nak susahkan dia.....tapi bile aku kena outstation....aku terpaksa ubah tarikh.
Hari pertama.....aku dan tips memulakan trip kami ke Taman Mini Malaysia. Macam ni la...aku taknak citer banyak...biarkan gambo berbicara sendiri....so, layan....!

Walaupun kalu ada mase lapang, aku kije cop duit. Aku tetap berjiwa macam orang2 biase yang kurang kaya. Before gerak....kluo la duit dulu.

Walaupun pakai redah jer...kami sampe je ke Melaka.

Ni la destinasi pertama. Actually ini destinasi kedua. Yang pertama tu....Taman Rama2 tapi tak jadi singgah sebab rame sangat bebudak sekolah. Tapi kan....sini pun sama aje. Ish! Bukan kami tak suke budak sekolah, kami suke....cuma kami nak bagi depa ruang tengok rama2 tuh. Kami saje nak bagi depa mengenali rupa paras rerama tu.

Haa...ini umah Perlis.

Ni...namanya lesung ye anak2. Dulu2 mase aku kecik2....lesung ni digunakan untuk tumbuk beras, beras pulut n macam2 lagi. Aku juga gunakan batu lesung tu buat halau lembu. Time hyperactive dulu....aku gunakan batu lesung tu sebagai tongkat mase main "Nenek2 Si Bongkok Tiga".

Pantang tengok kedai....Tips akan masuk n membelek sume benda yang ada. Aku berbeza sikit. Aku tak belek lama. Agak2 berkenan...aku terus beli.

Tu dia.....antara barang2 yang dibeli.

Ni la.....umah Sabah. Ada pelantar yg dibuat daripada batang2 kayu.

Alamak! Camne boleh terserempak dengan Datuk Bendahara nih?


Umah Penang.......emmmm.....camtulah rupa paras umah Penang dolu2 ye anak2.



Ni...nama kukur kelapa. Ni first time aku nengok kukur yang bole lipat camni.



Ni batu giling. Bile nengok ni....teringat arwah Mak Long Limah yang dok belakang umah aku. Dulu2...mase kecik aku selalu pi umah dia dan nengok dia guna alat ni.


Tips di depan umah Penang.


Haa....nampak tak aku yang diapit oleh Hang Tuah, Tun Fatimah, Hang Jebat, Dang Anum, Hang Lekir dan sume dayang2 istana Melaka. Macam berada di tahun before 1411. Cuma kurang enak memandang kanak2 riang yang interframe depan aku tu. Tak nyempat2....tunggu turn depa sampe.


Aku, Hang Tuah dan Keris Taming Sari. Jangan jelessss ye....Tun Fatimah dan Dang Anum.



Lihatlah dunia....Tips gumbira di depan umah Sarawak.


Tangga umah Sarawak zaman dolu2.......


Tetibe...nampak kuda. Kalu nak naik kena bayo RM5 rasenya.



Kat situ juga disediakan satu pentas khas untuk sessi persembahan tradisional. Seronok gak tengok. Nampak tak aku yang kecik......tu?


Tarian ni begitu lemah gemalai......memang menarik.


Rame gak yang nengok show tu. Si Tips....bergaya ala2 Puteri Hang Li Po konon....
Kat sini la...ada sorang kakak tu approach aku dan cakap..."Cikgu duduk la kat bawah....". Aku......cikgu? Ada gaya cikgu ke? Aisey.....kak, salah la kak.


Tu dia.....Hang Tuah tadi. Nampaknya ko dah mencurangi aku ye Hang Tuah. Cis! Sampe hati ko Tuah.......!


Tamatnya show....



Ni sessi menari bersama penonton......rame yang sporting. Aku? Takyah lah. Aku kecik ati...si Tuah tu...curang.


Eh! Eh!.....menari Jingli Nona la plak.....


Emmm......Tips dan 2 budak sekolah yang hyperactive.


Haa.... ni kat dalam umah Pahang. Ni la....set gamelan.


Macam biase....Tips dan shopping memang tak bole dipisahkan. Oleh kerana dia suke sangat kat gelang merah tu.....aku pun belikanlah. Hadiah.......


Aku budak kampung jer.....dan aku bangga jadi anak Malaysia.


Ni umah Melaka. Tengok tangga pun dah tau kan?


Jangan harap la nak dapat ambik gamba dia ni in full......



Ni zaman bile punya ni.....ntah.



Peti harta karun...........


Mende alah ni...aku lupe ape namanya. Puas Pakcik ni terang kat aku. Yang aku ingat, barang ni diperbuat daripada tempurung kelapa. Zaman kecik2....pakcik ni guna mende alah tu sebagai bekas simpan umpan (bahagian tutupnya) dan simpan ikan (bahagian bodynya). Zaman dolu2, mana ada botol, tupperware ke......


Cantek umah ni.....kan? Ni la umah Negeri Sembilan.



Umah Negeri Sembilan dari depan.


Perasan tak kepala lembu kat atas tu? Orang dolu2 suke simpan hiasan camni.


Ni la....peminat2 aku. Macam mane la orang tak salah faham kate aku ni cikgu. Dah....rame budak sekolah dan cikgu2 yang berkeliaran di situ.


Pengisar padi.....


Bebudak sekolah lagi.....


Umah Selangor.....



Yea.....umah Perak.
Pehh....penat giler upload sume gambo nih. Takde mase aku nak crop atau bagi cantek sket gambo2 nih.....so korang terima jelah seadanya ye...

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK