My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Tuesday, August 10, 2010

Bengang......!!!!!!!!!!!

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri
Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku
Katamu......
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan......
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan aku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu
Tak mungkinku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan......
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku
Letih hatiku disaat pilu
Letih hatiku terikat janjimu
Ooooo....caramu

p/s : Guys.....don't ask aaaa. Layan je. Jangan gelak aku jiwang ke apa....especially u Jang. Aku pun manusia biasa jugak.

Saturday, August 7, 2010

Main Bowling Kat Wangsa Walk

Hari ni aku joint Zaidah main bowling kat Wangsa Walk. Ini first time aku main kat sini. Performance hari ni hampeh sikit. Tapi seronok gak.
Pastu jalan2 dalam Wangsa Walk tu....terbeli la pulak 2 sandal. Hmm...dah regenya murah, beli je la kan. Aku kalau bab shopping memang tak cerewet, agak2 suke, pastu ada plak duit....terus aku beli. Ada sorang member aku, Minah (bukan nama sebenar)....kalau bab beli kasut........dia akan survey sampe 10 kedai. Dah masuk 10 kedai tu....belum tentu dia akan beli. Bila aku comment katanya,"Bile beli barang, kenalah tengok betul2, baru puas ati". Emm...nak kate apa kan...aku terima je la.
Before shopping, kami makan kat Ayam Penyek Ria. Aku order nasi putih, ayampenyek dan sup dawon (sup daging). First time aku makan ayam penyek. Tak tau nak comment sedap ke tidak sebab.....macam kurang biase dengan konsep ayam penyek ni.
Malam ni aku setinggan kat umah Zaidah je. Esok pagi aku akan balik.

Friday, August 6, 2010

Bas.......

Weekend ni....aku tinggal sengsorang lagi. Mek tu (Housemate) balik kampung. Aku pi anta kat station bas je tadi. Bila dok tunggu dia tu.....teringat zaman dulu2, time naik bas balik kampung. Dah banyak tahun gak aku tak naik bas. Last naik bas....masa pi satu conference kat Johor tahun 2007. Itupun naik ramai2 dengan budak2 Audit Dalam. Sebelum tu pun...tak naik gak bas sebab aku lebih suke drive sendiri. Kalau naik bas...takut tertido....dan yang paling ngeri....takut terberdengkur. Almaklumlah.....aktiviti di luar sedar ni...selalunya berada di luar kawalan!
Bas yang aku paling suke naik dulu......Plusliner (Asalnya nama company tu....Parkmay). Aku selesa dengan Plusliner. Ada sorang member aku dulu....nama dia Hajar, dia suka naik Transnasional sebab dia kata kalau rosak, cepat je datang gantinya. Ani pulak...memang naik Metro Bus sebab itu je bas yang ada. Tadi pun dia naik Metro Bus.

Tadi Zura tanya aku, nape tak naik bas je balik raye nanti. Aku lebih prefer drive sendiri. Lagipun banyak kuih-muih dan barang2 raya yang aku perlu bawa balik nanti. Kalu naik bas, buat sesak je dengan barang2 aku.
Takpelah.....balik naik bas ke....kereta ke sama je....cuma maybe duit tiket bas lebih murah berbanding kos minyak + tol. Tak kisahlah....yang penting kite selamat sampai.

Thursday, August 5, 2010

Reunion Dip-Acc Batch Nov 1998 ITM/UiTM Jengka

Aku tak sabo nak jumpe kawan2 mase reunion Dip-Acc Nov 19998 ITM/UiTM Jengka yang sedang diarrange oleh Nik. Wei kengkawan...datang la, jangan tak datang plak. Mesti semua orang terperanjat melihat rupa paras kengkawan lain yang membesar dengan jayanya sekarang ni.
Aku percaya depa akan tergezut melihat aku yang................emmm..ini. Takpe la...sebab aku teka depa sama je. Liza dah janji taknak kuruskan badan untuk memastikan diri kami sesize bile berjumpa nanti.
Dulu aku dan Liza memang geng. Mana pi pun 2 orang. Tapi bile dah keje....kami ikut jalan sendiri dan aku percaya lepas ni...kami boleh jadi rapat balik. Semoga reunion ni menyatukan sume orang balik.
Nik...time kasih sebab sudi arrange. Kalau perlu bantuan, kabo...OK.

Tuesday, August 3, 2010

Matahariku

\

Aku suka lagu ni. Lagu lama tapi sebab ada kena-mengena dengan aku sekarang ni, maka inilah lagu yang aku dok dengar berulang-ulang kali.

Aku tau...sah korang akan sms aku esok tanya apa cerita. Macam ni la....ada masanya aku lebih suka berahsia. So, takyah la dok tanya ye. Kesian aku...kang aku sedih. Lagipun, korang takkan berjayanya membuat aku bercerita. Tak percaya? Ace cube, buang masa korang je.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK