My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, February 24, 2012

Bicara Minda Bersama Tun Mahathir 24 Feb 2012

Arini....aku pi satu program Bicara Minda Bersama Tun Mahathir......anjuran KBS di PWTC. Bagi aku program ni bagus sangat dan apabila mendengar cerita dan amanat Tun M............buat aku rasa bersemangat untuk mempertahankan Islam....Malaysia.....dan bangsaku.



Bile boss aku offer pi....aku terus setuju. Lagipun opis aku kat The Mall jer...sangat dekat untuk aku pi ke program tu. Ramai orang opis yang nak pi jugak, tapi tak dapat la nak hantar wakil ramai2....hanya 2 orang jer yang dibenarkan. Maybe next time....

Masa aku sampe tu...punya la ramai orang...nasib baik aku dapat seat dalam dewan utama.....so bole dengar live....berbanding tengok skrin di dewan sebelah. Aku rasa lebih 2000-3000 orang yang turut hadir. Sampai ada yang dok bersila nak dengar ucapan Tun M.

Aku pakai h/phone jer ambik gambo....so takat ni
jer gambo yg aku bole ambik.


Antara yang tak bole lupa bile Tun M kata.......pemimpin perlu tahu hala tuju yang ingin dibawa dan dikuti oleh pengikut2nya. Beliau juga menerangkan mengapa kite perlu pandang ke Timur (refer to Dasar Pandang Ke Timur) dan mengapa kite perlu mengimbangi Timur dan Barat. Beliau juga mengulas tentang tohmahan pihak tertentu tentang isu-isu Pasukan Kriket Israel.....Lawatan budak sekolah Israel....Kapal Dagangan Israel berlabuh kat perlabuhan kita.....jawapan surat Tun M kepada 2 PM Israel...... dan mengapa Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dan dagangan dengan Israel. Beliau turut bercerita tentang pisang kaki Israel. Semuanya dikupas dengan bahasa yang cukup mudah untuk difahami....tanpa perlu diputar-belitkan. Bagi aku orang2 yang cuba nak mengalihkan isu sebenar jer yang akan memutar-belitkan cerita. Tak main la....baling batu sembunyi tangan. Dan yang penting....kata Tun M...Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel...apatah lagi membela Israel....bagi Malaysia...Israel telah menzalimi Palestine dan kita sebagai orang Islam perlu mempertahankan Palestine. Bagi aku....hanya orang2 Malaysia tertentu yang ada agenda busuk jer yang membela Israel. Dah terang lagi bersuluh....apa celop!

Ini bukan lakonan....inilah yang berlaku kepada rakyat Palestine.

Tahukah anda terdapat beberapa jenama pisang kaki yang dijual di Malaysia....adalah dari Israel? Aku pun baru tahu arini...sebab Tun M cakap siang tadi. Beliau kata....Malaysia memang tak pernah adakan hubungan dagang dengan Israel....tapi....kite memang ada import pisang kaki dari Singapore dan tak sangka terdapat pisang kaki-pisang kaki tersebut telah diimport oleh Singapore dari Israel. Dan ini....di luar kawalan Malaysia.

Bagi aku nampak sangat Israel ni cuba masuk atau bertindak melalui proxy. Kita harus berjaga-jaga...lebih2 lagi sekarang ni...dah ada orang Malaysia yang jadi proxy Israel.

Berpusu-pusu sume orang menanti Tun M keluar
untuk ambik gambo dan bersalaman.

Gambo ni blur sebab kena tolak....
SR....kawan opis aku pun
kena tolak. Dia kate.....dah nyaris2...
dia dapat salam dengan Tun M.
Itulah penangan Tun M.

Aku nampak....semua orang teruja jumpa Tun M, tak kire lelaki atau pompuan....Melayu....Cina....India...tak kire budak IPT....atau belia kampung hatta kami yang dah bekerja pun sama juga.

6 comments:

Mia Liana said...

mia dok kat barisan depan... boleh lah kita kenal2 lepas ni... :)

p/s: hari ni baru balik jb..

Jumir said...

Ya...lepas ni...kalu ada lagi event cenggini...kite pi yek.

MsZura said...

Tun M is my idol. Jeles tau.

Jang said...

Wahhh...jumpa Tun.

Jumir said...

Zura...jgn jeles lebih2.

Jumir said...

Jang....jgn jeles cam Zura tau.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK