Pagi semalam tengah syok keje...tetibe ada sorang mamat ni tepon. Dia kate dia dapat TUKAR ke tempat aku! Ayak!!!! Tergezut aku dibuatnya. Lagi tergezut bile dia kate aku plak ditukarkan ke KL!!! Pastu nak bagi tambah lagi tergezut aku tu......tarikh kuatkuasa pertukaran tu adalah HARI INI!!!! Hahahahahaha....! Tapi aku tak pasti yang itu adalah satu kabo (berita) gumbira ke nestapa. Memang aku penah mintak tukor ke KL tapi aku ingatkan permohonan aku tu dah expired.....pastu kini aku tak kesah la plak kalu kije kat Putrajaya nih. Dulu pun beberapa tahun gak....aku kat Putrajaya. Hmmmm....
VBB (Very Big Boss) kate...BATALKAN! SBB (Second Big Boss) kate...kalu tak bleh batal.....TANGGUH SETAHUN! Sebagai penjawat awam.....aku tak penah dengor lagi....sape2 ditangguhkan setahun. Aku paham hasrat hati VBB n SBB.....tapi aku pun tak pasti nak stay ke nak pegi. Huhu....bingung kejap memikirkannya.
Bile aku tanya kawan2...sume bagi pandangan yg berbeza2. Tadi ada la gak aku pi baling2 duit syiling....5, 6 kali baling sume pilih pegi. Tapi hati aku....terasa berat.....lebih2 lagi bile tengok.....beban yang akan dihadapi oleh SBB n anak buah aku nanti. MsTips n Rozita suruh aku pikir tentang diri aku sendiri n suruh aku stop pikir pasal orang lain. Zura plak kate....tanya hati aku....apa yang aku mahu. Kalu hati kuat kate pegi....maka pegilah. Kalu hati kuat kate stay....lebih baik stay. Masalahnya....aku sendiri tak tau apa yang aku mahu. Hmmm.....nampak bebenor jap lagi kena buat solat Istikharah. Bile kite ragu2....seharusnya kita memohon petunjuk dariNya.
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas Maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Selepas memberi salam, baca doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).
Doa Solat Istikharah
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan........) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
4 comments:
semoga success walau di mana anda berada..
aminn..kemana sahaja kak pergi..
insyaallah akan ada hikmahnyer..
TQ MsTips.
Betul tu Apik. TQ ye...
Post a Comment