My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Tuesday, April 28, 2009

Call/SMS Palsu dan Call/SMS Gangguan

Hari ini saya mendapat satu panggilan daripada nombor 01300808888. Suara wanita berbangsa Cina berkata di dalam Bahasa Inggeris bahawa saya mempunyai hutang credit card Ambank sebanyak RM 4,800++. Suara itu adalah suara rakaman, jadi saya dibenarkan untuk mengulang pesanan itu sebanyak 3 kali. Saya tidak dapat menangkap keseluruhan kata-katanya kerana saya sangat terkejut kerana saya tiada memiliki credit card Ambank. Saya cuba menghubungi nombor itu kembali tetapi tidak dapat dihubungi.
Oleh itu, saya menghubungi Ambank yang kebetulan nombornya adalah 1300808888 (Takde 0 dihadapan). Saya bercakap dengan Customer Service Officer dan menerangkan apa yang berlaku. Dia check nombor I/C saya dan katanya saya memang tiada kad credit Ambank. Dia menasihatkan saya agar tidak mendedahkan apa-apa maklumat perbankan saya jika panggilan itu meminta saya berbuat demikian. Dia juga menasihatkan saya untuk membuat police report. Emmm...polis....? Emm...report.....? Emmm..lemahnya nak pi! Saya akan fikirkan.
Apa tujuan panggilan itu sebenarnya? Saya hairan betul la. kenapa la nombor saya ini selalu menjadi mangsa panggilan/sms palsu dan juga lucah. Walaupun saya mempunyai 1 lagi alternative number tetapi saya tidak mahu menukar nombor telefon yang ini kerana susah kalau kawan-kawan lama nak berhubung dengan saya.
Saya rasa kebocoran maklumat peribadi ini kepada pihak-pihak tertentu daripada pihak tertentu ini....sudah melampau!
Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak tetapi saya ingin memberikan beberapa contoh kejadian yang dialami sendiri oleh saya. Pada tahun 1998 dulu...saya ada membuat permohonan memasuki sebuah universiti melalui borang. Beberapa bulan kemudian saya menerima satu tawaran daripada sebuah kolej swasta di Langkawi. Siapa bagi maklumat saya kepada kolej tersebut?
Pada tahun 2000, saya ada membuka akaun di sebuah bank di Jengka, Pahang. Bank telah tersilap eja nama saya....instead of...XXMAIXXX....menjadi XXMIXXX. Saya tidak perasan kerana di buku bank...nama saya tertera dengan betul, hanya di sistem bank...nama saya disalah eja. Masalah ini berlanjutan sehingga sekarang walaupun telah 4 kali saya mengisi borang untuk membetulkan kembali ejaan nama saya di beberapa cawangan bank tersebut termasuklah cawangan Jengka, Pahang. Namun.....gara-gara kesilapan itulah maka saya tahu maklumat peribadi saya telah dibocorkan oleh bank tersebut.
Ceritanya begini....saya sering dihubungi oleh beberapa hotel.....agensi pelancongan....syarikat-syarikat yang menawarkan produk-produk keluaran mereka termasuklah insurance company. Mereka berhubung dengan saya dengan panggilan PN XXMIXXX. Nampak tak.....? Sah-sah bank tu yang punya angkara!
Kadang-kadang saya naik meradang dan bertanya "Mana awak dapat maklumat saya ni?" Pernah satu syarikat tu kata....dari tempat kolam memancing di Seksyen 14 di Shah Alam! Apa ke jadahnya saya pergi ke kolam memancing tu? Lagipun ada ke kolam tu? Lepas saya marah-marah....dia letak telefon.
Saya masih belum kemukakan sebarang aduan kepada bank tersebut. Tetapi satu hari nanti, saya akan laporkan juga kepada pihak yang berwajib. Mana boleh maklumat kita didedahkan begitu. Kita ada hak kita sendiri.
Dalam tahun 2006, saya juga pernah menerima sms daripada nombor dari Indonesia....yang mengatakan saya menang RM 20,000 daripada Petronas. Saya cuba menghubungi nombor tersebut kembali. Saje nak tahu apa kata mereka. Bila ditanya di mana office, katanya di KLCC. Saya minta alamat penuh....sebab saya kata saya nak datang. Yang jawab tu mula menggelabah. Yang kelakarnya...dia cuba nak cover slanga dia bercakap. Susah beb...nak hilang. Ko punya slang Indo tu pekat....! Yang sakit hati tu dia cakap kat saya....."Datang la...tapi pake skirt atas lutut tanpa sepatu." Aku jerit "Bodoh!" dan dia letak telefon.
Kemudian, aku meghubungi Petronas. Mereka kata sudah ramai yang membuat aduan. Petronas kata lain kali jangan call balik....sebab mereka seakan dapat untung (duit) jika kita call number tersebut. Emm...ada jugak orang yang macam tu.
Call/SMS Lucah pun satu hal. Saya menyimpan semua nombor telefon orang giler ni di phone book. Kita perlu simpan so that jika kita dihubungi, kita tahu mereka yang telefon/sms...dan kita tak perlulah jawab. Jika ikut rekod saya, terdapat 7 nombor orang gila yang saya simpan. Saya tidak pernah melayan sms mereka. Jika saya terjawab telefon waktu tengah mamai tidur...segera saya akan matikan telefon. Pernah sekali tu salah seorang daripada mereka ni kata....dia tunggu saya kat tempat parking kereta kat office. Dahlah...saya selalu balik lewat malam....memang suasana tu menakutkan saya.
Tapi persoalannya. Sape yang pi bagi nombor telefon kita tu? Jika dia main tembak secara rambang je....ada logiknya tetapi pernah sekali tu....housemate saya pun diganggu oleh nombor yang sama! Waktu gangguannya pun lebih kurang sama dan mesej pun hampir sama! Emmm....sape la kawan aku yang giler seks ni?!
Saya tau sekarang ni kerajaan sedang merancang satu akta melindungi maklumat peribadi ini. Saya ada terdengar berita itu pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini. Saya harap tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Saya tak faham....apa masalah orang-orang ni semua....baik yang cuba mengaut keuntungan secara mencuri maklumat peribadi mahupun mengganggu hidup orang lain dengan panggilan/ sms yang ntah apa-apa ntah.
Sebagai pengguna dan orang awam...kita berhak mempertahankan hak kita. Jangan biarkan mereka-mereka ni memperkotak-katikkan diri kita. Kepada kawan-kawan....sebelum memberikan nombor telefon kawan-kawan kita kepada sesiapa....mintalah kebenaran mereka terlebih dahulu melainkan atas urusan kecemasan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK