My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, January 14, 2011

Rusa Lompat Kereta




Oppocot.......!
ROLFSTORP - Seekor rusa melompat sebuah kereta dekat Rolfstorp, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam. Gambar haiwan itu melompat dirakamkan oleh seorang remaja berusia 15 tahun, Tove Sjohlm Mute semasa dia bersarapan pagi di rumahnya. Haiwan itu melompat selepas beberapa anaknya berjaya menyeberangi jalan raya itu dengan selamat. Ia melompat bagi mengelak tertinggal jauh daripada kumpulan anak-anaknya. Sumber : Kosmo.

Tengok.....rusa ni sanggup lompat kereta ni demi anak2nya. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Ni patut jadi teladan. Binatang pun sayangkan anaknya.

Monday, January 3, 2011

Picnic Di Sg Tekala

Sungai Tekala.....


Dah berapa hari aku tak update. Macam biase....kekawan aku yang suke comment kat SMS....asyik dok tanya, "Bile hang nak update?". Aiya....camne nak update beb....balik kije...aku tengok tv...dalam kul sepuluh setengah gitu...aku dah ngantuk. Hish sejak tahun baru ni....tahap ngantuk yang aku alami.....memang tahap gaban!

OK...sini aku nak kabo la kan....1.1.2011 hari tu....aku, MsTips n MsCahaya pi Sg. Terkala. Saje...picnic sambil2 meluangkan mase dengan kengkawan. Asalnya, acara picnic ni sepatutnya disertai oleh beberapa orang lagi....tapi ntah ler....penat sambut tahun baru kot.


Suasana jalan ke arah Sg. Tekala.


Udah sampe....gitu. Emmm...kat sini ada tapak perkhemahan. Hmmm...menarik.


Aku n MsCahaya memunggah bebarang.
Haa...ni la peta trek hutan Sg. Tekala.



Kat sini ada banyak pondok2 disediakan untuk sume pengunjung. Walaupun kena bayo 2 hinggit sorang....aku rase OK la tu. Cume toilet kat situ....patutnya diperbaiki sikit pintunya. Kalu diperbaiki banyak...lagi la terAMAT bagusnya.


Bile sampe sini.....rase cam balik kampung. Nampak hijau jer.
MsTips tengah usha air. Hmmm....kalu aku, aku masuk jer dalam air tu. Takyah nak rase sejuk ke idak.

MsCahaya ni pun sama. Cuit air jer....pastu naik semula. Hmmm....camne?

Sebelum mandi....sume makan dulu. Kami bawak food yang simple2 jer. Sebab tengahari tu....ada sessi makan2 kat umah CC Khozanah.
Tengok aku....macho je. Terus masuk dalam air (Jgn marah ye MsTips n MsCahaya).

Aku tengah enjoy...sengsorang diri. Yang 2 orang tu....tak sanggup masuk lagi. Sejuk! Kata mereka.



Sejuk? Mana ada...! Aku dah biase sejuk2 ni. Takat sejuk camni takkan menggangu keseronokkan yang ada.



Setelah dipujuk berulang kali....barulah mek ni masuk dalam air. Bile dah masuk...macam tak mau keluar.



Akhirnya....MsTips joint the club. Kan best...



Ni.....tarzan mane la plak ni?

Yeaaa......happy new year!



Aku n MsTips siap baring2 lagi.....rase tenang sangat.


Masa untuk pulang. Dah tak sabo dah mase tu nak pi umah CC Khozanah. Lapo......!
Kat luar area Sg. Tekala ada beberapa gerai yang jual food. Tapi....time tu aku tengah dok terbayang food kat umah CC Khozanah. Time tu...la kan...


Sempat lagi posing kat parking kat situ.



Sesungguhnya aktiviti picnic kali ni memang syok n best! Satu hari...aku nak ajak mek 2 orang tu n kengkawan lain yang tak dapat hadir ke situ datang lagi di lain kali n buat aktiviti makan2 BBQ plak. Uishh...tak sabo rasenya....

Thursday, December 30, 2010

PM Umum Cuti Hari Esok (Jumaat : 31 Disember 2010)

Yea........n yea...lagi....!!!
Kegembiraan berganda kepada rakyat Malaysia apabila PM kita mengumumkan esok cuti sempena kemenangan Piala Suzuki AFF 2010.
Apa nak buat ye esok? MsTips kate nak buat projek air soya.....he3.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010

Yea.......Yea.......Yea......Malaysia menang dengan aggregat 4-2. Hu.....huu.......! Walaupun aku target 4-3, tapi syukurlah......kite menang 4-2. Berdebar gak tengok asakan demi asakan daripada Indonesia tapi dah rezeki......kite kan. Asak la camne pun.....kite tetap MENANG!!!! Paling cantik gol Safee tadi....n aku suke dengan keeper kite Khairul Fahmi. Bagi aku patutnya Khairul Fahmi yang dapat best player. Tapi depa bagi ketua pasukan Indonesia. Takpe....rejeki dia.




Ni gambo.....tak brape jelas yang aku ambik dari depan tv aku. Tapi nampak kan pialanya.



"Waduh...waduh....kok kalah negara gue.....!" Dialog buatan bagi mamat ni. Kepada peminat bola Indonesia.....sabo je la, toksah dikenang sangat. Kok nya rejeki tidak sampe.


He3.....syabas Malaysia. Teringat zaman main hoki mase sekolah n INTEKMA serta KARISMA
dolu2. Aku pakai jersi nombor 12.

Yea........!!!!!!!

Yea....lagi.......!!!! Syabas pemain2 Malaysia. Ni yang buat aku suke balik nonton bola liga Malaysia nih. Tapi pasukan aku (Pahang...hampeh....)

Teater Siti Di Alam Fantasi lagi.....

He3....malam tadi....8.30pm, 28.12.2010.....aku n Ms Tips pi tengok Siti Di Alam Fantasi. Memula nak pi tu...punye la lebatnya hujan. Tapi takpe...hujan rahmat tu.
Sesampe jer...kat Istana kami tu (Istana Budaya).....hujan makin lebat. Sementara nunggu masuk, kami pun bergambo la sikit2. Jangan tak bergambo....kan...kang takdak la memori menarik yang nak dikenang oleh kami ber2 bile kami tua2 nanti. Mesti seronok bercerita dengan suami masing2 sambil ditemani oleh anak cucu.....ceih! Berangan! Korang layan je la gambo2 nih...

Kelebatan hujan yg turun.....mencabar kehebatan payung cap Celcom kami.

Area Istana Budaya.....yg dihias ala2....fantasi gitu.

Cantik kan....hiasan2 ni. Model tu plak.....I no comment.

Ms Tips......

Aku......

Aku n Ms Tips. TQ to Pn Syu yang sudi ambik gambo kami.

Barisan pelakon.....yang costume hitam merah tu....Labah2. Watak yang dimainkan oleh Vanida Imran.

Barisan watak2 katak. Umie Aida n Ziela Jalil jadi permaisuri katak.

Puteri Duyung n anak2nya yang seksi....gitu. Dalam adegan dalam air...(kononnya), siap ada pelakon yang diterbangkan untuk menggambarkan suasana ikan berenang dalam air.

Comel depa ni. Aku suke tengok rambut depa. Ini adalah penari2 semasa adegan Siti menyambut birthday kat umahnya yg beso tuh.

Lyana Jasmay n Fizo Omar. Lyana Jasmay....bagus lakonannya tapi Fizo....macam tak berapa la bagi aku. Lakonan teater tak sesuai untuk dia kot. Ini pendapat aku la kan....

Lebah2 yang comel ni......menarik perhatian ramai.

Gambo ramai2.....nampak cantek n menarik. Costume depa memang cantek.

Lakonan yang lawak dari Ebby Yus. Suke tengok dia.

Pokok dilakonkan oleh Johan Raja Lawak n watak Mamat dilakonkan oleh Ebby Yus. Kedua2 mereka menghidupkan dan menceriakan suasana.

Putera yang disumpah menjadi sesumpah oleh ahli sihir n bertukar kembali menjadi Putera

Cantek kan....

Dari kiri....selepas lebah yg dua ekor tu....itu ler ahli sihir.


Siti Di Alam Fantasi mengisahkan Siti anak orang kaya yang cantik n sombong tahap gaban menyambut birthday yang ke 12 tahun kat umah ayahnya yang kaya. Kat umah dia sebiji batu geliga besar telah dicuri oleh seekor lipan yang beso n panjang giler. Alkisahnya, setelah geliga tu dicuri....ayahnya dan penari2 di majlis birthdaynya telah menjadi keras dan kaku. Before that ayahnya sempat berpesan kepada Siti n Mamat (orang gaji) untuk mencari geliga tersebut.
Dalam pada itu.....depa berdua telah ditelan masuk ke dalam satu gua n bertemu dengan Incik Pokok. Maka bermulalah pengembaraan depa bertiga. Selebihnya....korang pi tengoklah sendiri. Bagi aku seronok gak citer ni. Tapi ada beberapa adegan yang bunyi music terlalu kuat dan menenggelamkan suara pelakon. Ada gak waktu...sume watak bercakap sampe...tak dengar bunyi lead actor/actress bercakap. Contohnya time adegan Siti bertemu lipas dan adegan Siti bertemu ulat bulu. Si ulat bulu yang pertama tu...terlalu gedik sampe tak tau dia cakap ape. Tapi aku puji set dan costumes teater ni.....memang cantik. So, dalam 5 bintang....aku bagi 3 bintang.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK