My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, January 4, 2009

Catatan 26 Disember Sehingga Menjelang Tahun 2009

26 Disember...
Pada hari itu saya menerima berita Abang Uda telah terlibat dengan kemalangan dengan seekor babi. Emm...kurang enak je bila harus menulis nama binatang itu. Pada jam 5.30 pagi beliau dan seorang rakan dalam perjalanan pulang daripada aktiviti memburu ayam hutan dan mereka bertembung dengan seekor babi yang telahpun mati. Rakan Abang Uda tidak memperbaharui lesen memandu dan motornya tidak mempunyai lampu break. Jadi untuk mengelak daripada bertembung dengan pihak JPJ, Abang Uda menunggang dan mengekori rakannya itu dari belakang dan melalui satu jalan kampung. Apabila bertembung dengan babi tersebut, rakannya mampu mengelak tetapi Abang Uda tidak sempat mengelak dan tubuhnya melambung lalu jatuh ke bahu jalan. Dia patah 3 jari kaki dan luka-luka di beberapa bahagian termasuk satu luka yang agak teruk di tapak kaki.
Setelah menerima berita tersebut pada jam 9.30 pagi, saya bergegas ke Emergency Unit di HTAA, Kuantan.
Abang saya dimasukkan ke Wad Sementara berhampiran dengan Emergency Unit sementara menunggu giliran untuk menjalani minor operation, masuk besi, jahit luka dan simen kaki. Sepanjang tempoh menunggu dari jam 1.30 petang itu, saya melihat pelbagai kes emergency, karenah manusia dan satu kematian yang agak mengharukan.
Saya sedih melihat betapa kita bakal menyambut tahun baru 1430H, ramai sekali anak muda melayu (Islam) yang seolah-olah terlupa betapa nyawa mereka begitu berharga kepada keluarga, bangsa dan negara. Ramai sekali dikalangan mereka ini yang dimasukkan ke Unit ini gara-gara accident selepas merempit! Ada yang patah kaki, patah tangan, luka yang parah di bahagian badan, putus telinga dan lain-lain lagi.
Pada waktu itu, terdapat 3 bersepupu accident gara-gara merempit. 2 orang daripada mereka berlumuran darah, patah kaki, tangan dan luka di beberapa bahagian badan. Kelihatan kulit di bahagian tangan dan kaki terkoyak. Manakala seorang lagi parah dan sedang berada di dalam wad kecemasan. Kira-kira jam 5.00 petang, setelah lama ahli keluarganya menanti, pemuda yang parah tadi telah disahkan meninggal dunia. Semua ahli keluarga menangis teresak-esak. Malah orang ramai yang turut menunggu di ruangan menunggu di wad tersebut turut menitiskan air mata. Ada seorang pakcik kelihatan kumat-kamit membaca doa, beliau kelihatan sebak dan seolah-olah bimbang anaknya turut menerima nasib yang sama. 2 pemuda yang cedera tadi menangis lebih kuat daripada ahli keluarga mereka yang lain.
Bagi saya tiada gunanya menyesal. Di dalam hati saya berasa simpati tetapi mereka harus belajar daripada kesilapan ini. Dari raut wajah mereka, mereka baru berusia 16-17 tahun. Perlukah mereka melalui detik-detik ini, baru mereka akan menyesal? Keluarga mereka juga seharusnya lebih tegas dalam mendidik anak-anak. Semua orang harus mengambil iktibar daripada peristiwa ini.
Begitu juga dengan abang saya. Walaupun mungkin rakannya itu harus bersikap lebih bertanggungjawab dengan memperbaharui lesen dan memasang lampu break serta tidak menyusahkan orang lain, abang saya juga seharusnya lebih berhati-hati.

27 Disember...
Abang Uda dimasukkan ke Wad Kiambang 5B (Ortopedik). Operation, masuk besi, jahit luka dan simen masih belum dijalankan. Nurse yang bertugas kata, "belum sampai turn. Hari ni buat." Jadi kami pun menunggu lagi...
Ketika di dalam wad tersebut, saya melihat pesakit yang berhampiran jauh lebih kritikal daripada abang saya. Di sebelah kanannya adalah seorang budak berusia 15 tahun. Dia patah kaki kerana merempit. Di hadapannya ada seorang budak lelaki berusia 16 tahun.....merempit juga. Di hadapan abang saya adalah seorang pakcik yang kelihatan seperti robocop kerana dipasangkan besi di bahagian kepala dan lehernya. Beliau accident kereta yang dipandu laju oleh anaknya. Di sebelah kiri Abang Uda adalah seorang lelaki Indonesia yang putus jarinya kerana terkena mesin pemotong di tempat kerja. Di hadapan beliau, terdapat seorang budak lelaki yang telahpun sebulan menghuni wad ini juga akibat merempit. Budak lelaki ini berusia 14 tahun, hancur tulang jari kaki, patah kaki, putus telinga dan bahu kanannya cedera parah. Besi di kakinya kelihatan seperti arial tv (yang macam tulang ikan dan diletakkan di atas bumbung rumah). Terdapat satu batu pemberat yang digantungkan di bahagian depan katil untuk tujuan menarik besi-besi tersebut. Yang menariknya, semua adik-beradiknya adalah perempuan dan bertudung labuh. Dari pemerhatian saya, budak ini sememangnya kurang ajar tidak seperti adik-beradiknya yang lain. Tengok raut wajahnya pun dah tau.....degil! Dia sering saja meraung kesakitan. Pada saya, biarkan dia rasa...sape suruh dia merempit.
28 Disember...
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H. Semoga tahun baru ini membawa seribu keberkatan kepada hidup saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya.
Pada hari itu, budak berusia 16 tahun telah pulang ke rumah. Ibunya mahu berubat secara batin. Emm....ntahlah.
Kemudian masuk pula 4 sahabat yang berusia 16 tahun, salah seorang daripada mereka ditempat dikatil yang dikosongkan tadi. Merekapun merempit tapi ibu budak tadi berkata mereka berkonvoi. Iyalah tu makcik. Budak ini pun sama, kaki masuk besi macam arial tv. Mukanya penuh dengan luka. Keluarganya datang...mak ai...macam nak buat kenduri bertunang. Memang la bagus melawat ahli keluarga tetapi janganlah bercakap kuat-kuat dan main tolak-tolak kerusi orang.
Saya kurang faham dengan keluarga ini. Sikap mereka seperti Israel yang gilakan sempadan Gaza. Saya menempatkan kerusi baring di ruang koridor di luar wad. Selamba je depa pi letak barang bawah kerusi saya dan tolak-tolak kerusi tu walaupun saya sedang duduk di atas kerusi tersebut. Awalnya saya hanya mendiamkan diri je bila diperlakukan begitu. Malas nak bergaduh. Sebenarnya mereka telahpun mengambil ruang yang luas dan meletakkan satu tikar besar di belakang kerusi saya. Hormatilah orang lain. Orang lain kelihatan begitu menghormati orang lain tetapi mereka ini kelihatan macam nak buat wad itu macam rumah sendiri. Tapi bukan nak mengata, mereka yang berasal dari negeri "tut" itu memang selalu begitu.
Untuk rekod.....hari ini Abang Uda masih tidak di bawa ke bilik operation. Doktor yang bertugas menjelaskan bahawa hanya ada seorang doktor dan 2 pakar bius di bilik operation. Doktor lain masih bercuti.
Pakcik Indonesia yang masuk ke HTAA lebih awal pun tak dibawa masuk ke bilik pembedahan lagi, inikan pula Abang Uda. Ntahlah...dulupun saya juga bekerja di Kementerian Kesihatan. Walaupun saya bekerja di Bahagian Akaun selama 5 tahun, tidak pula saya dengar HKL atau HPJ menjadi selembap ini. Contohnya bagi proses meluluskan baucar bayaran, jika saya bercuti...saya akan pastikan ada back up yang akan melakukan tugas saya agar tiada bayaran lewat. Inikan pula proses kerja yang melibatkan nyawa dan kecemasan, takkan tak disediakan back up? Hairan.
29 Disember...
Pada hari itu, saya mendengar beberapa ahli keluarga "Israel" itu berbual. Almaklumlah topik hangat hari ini adalah perlantikan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baru diistiharkan. Mereka ini kelihatan berumur sekitar 45 - 65 tahun.
Ketika itu, saya sedang duduk di atas kerusi "keramat" saya itu. Mereka memberikan komen tentang mengapalah bukan anak Tuanku Jaafar yang naik tahta. Tak kisahlah tentang komen mereka itu. Yang saya tak tahan dengar ialah tentang "Mengapa Melaka takde sultan? Bukan ke Melaka dulu ada sultan?" Yang bertanya tu adalah yang tua sekali. Yang muda sikit dalam umur 55 tahun kata, "Ntoh la ngape. Sultan Melaka pupus gitu je." Aduh...pokcik....takkan tok tau kot. Awok doh umur brape? Sejaroh Melayu pun tok reti? Macam mane la anok cucu nok blaja? Patutlah anok awok tu merempit.
Alkisah abang saya dimasukkan ke bilik pembedahan ortopedik. Lukanya dijahit. Kate doktor pakar, tak perlu masuk besi dan boleh balik tetapi kena tunggu doktor lain check dulu. Doktor lain tu pulak cakap tunggu doktor pakar. Emm...pastinya tiada doktor pakar hari ini. Doktor pakar hanya datang check pada waktu pagi sahaja. Itupun untuk memberi tunjuk ajar kepada doktor-doktor pelatih. Tunggu lagi....
30 Disember...
Doktor pakar sambil diringi oleh lebih kurang 12 orang doktor datang check dan berkata dengan angkuhnya bahawa kaki abang saya perlu dimasukkan besi. Beliau juga komen tentang kerja yang dilakukan oleh doktor yang merawat semua pesakit di situ. Beliau kata doktor tu buat tak betul. Beliau bersikap garang giler terhadap doktor-doktor pelatih tersebut. Apabila lewat x-ray pesakit dihulurkan, beliau mengetuk meja. Lambat jawapan bagi soalan yang diutarakan, beliau mencampakkan kotak sarung tangan. Beliau juga beberapa kali menengking doktor-doktor pelatih tersebut.
Takyahlah buat perangai gitu. Rata-rata keluarga pesakit yang melihat rasa kurang senang dengan gelagat doktor itu. Takyahlah nak tunjuk lagak.
Abang Uda dan saya tidak berpuas hati dengan sikap doktor-doktor ini. Sekejap pakar itu kata begini......pakar lain kata lain....kejap kena operate....kejap tidak. Kejap boleh keluar....kejap tak jadi. Saya bersemuka dengan doktor yang merawat, dia kata lain pakar, lain dia punya practice. Tak bolehlah begitu. Kena ada satu keputusan sahaja.
Hari tu bila jahit, abang saya cakap sakit sangat mungkin kerana biusnya separuh sahaja dan lukanya dalam sangat. Jika buat terus pada hari yang sama, sakitnya hanya perlu dirasai sekali sahaja. Ada seorang doktor lain cuba untuk menerangkan keadaan tentang lain pakar, lain pendapatnya. Saya malas nak layan. Sudah bermacam dolak-dalik yang saya dengar sejak beberapa hari ini. Mereka kena professional. Jangan buat pesakit keliru.
Doktor yang merawat membawa x-ray dan refer kembali kepada doktor pakar yang merawat sebelum ini. Doktor pakar itu kata tiada masalah, tak perlu masuk besi seperti yang dijelaskan sebelum ini dan kami boleh balik. Kami juga perlu datang kembali selepas 2 minggu untuk pemeriksaan lanjut di klinik tulang, HTAA. Nah! Kan dah ada satu keputusan. Susah sangat ke?
Setelah menunggu 5 jam untuk proses keluar hospital, kami pun pulang. Itupun setelah saya pergi ke meja nurse dan bertanya. Semuanya dah siap, cuma nurse yang bertugas sahaja yang lewat panggil. Aduh...lembap betul!
31 Disember...
Saya pergi ke Kuantan sambil ditemani oleh cucu saudara saya Amir (5 tahun) untuk membeli kerusi roda yang baru. Kerusi roda yang ada di rumah sudah agak rosak.
Seronok juga shopping dengan Amir ni. Dia keletah dan senang untuk dijaga.
Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya. Jalan juga jammed. Jalan ke arah bandar Kuantan juga sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu ke tempat menyambut tahun baru 2009.
Saya menyambut malam tahun baru dengan tidur sepuas-puasnya. Esoknya saya mahu pulang ke Kuala Lumpur dan saya akan habiskan cuti yang ada dengan berehat.
Selamat Tahun Baru 2009!

Thursday, December 18, 2008

18 Disember 2008

Jika mampu saya istiharkan hari ini sebagai hari hampeh sedunia....ingin sahaja saya jadikan hari 18 Disember ini sebagai hari cuti am.
Saya mulakan aktiviti utama hari ini dengan mendapatkan rawatan di sebuah Poliklinik. Semalam saya dinasihatkan oleh seorang doktor untuk mengadakan ujian darah kerana dikhuatiri mengidap penyakit denggi. Saya demam sejak petang kelmarin dan semalam saya bekerja seperti biasa kerana saya sangka saya sudah sembuh. Malangnya saya berasa sakit-sakit di seluruh sendi badan dan saya telah pergi ke sebuah klinik berhampiran office dan doktor di situ memberitahu bahawa suhu badan saya = 38.1.
Awalnya saya hanya ketawa kerana saya tidak rasa yang saya demam. Saya hanya sakit badan, kepala dan rasa mual. Beliau memberikan saya ubat dan MC bagi hari ini serta meminta saya membuat blood test di mana-mana klinik atau hospital pada hari ini sekiranya saya masih sakit.
Alkisah.... saya di poliklinik pada pagi tadi...
Nombor giliran adalah 121 dan saya mendapat rawatan di bilik nombor 5. Penolong Pegawai Perubatan - MA (lelaki muda) yang memeriksa saya pagi tadi. Beliau bertanya penyakit saya dan saya menjawab demam. Tanpa sempat saya bercerita tentang masalah saya....mulut saya disumbat dengan jangka suhu oleh seorang Jururawat (atas arahan MA tadi). Mak ai...cuba la dengar dulu kan.....nampak macam tak menghormati pesakit. Beliau kelihatan mengejar masa. Entah apa la yang dikejarnya sampai buat kerja macam sambil lewa.
"Suhu badan adalah 37.2.....tak demam", katanya.
"Ada sakit lain....selsema, batuk?" Soalnya. "
"Takde. Tapi saya sakit seluruh badan termasuk kepala dan tekak saya rasa loya. Saya demam kelmarin dan doktor yang saya jumpa semalam kata....." Saya cuba menceritakan keadaan saya sekali lagi. Malangnya ayat saya terus dipotong!
"Ada gastrik?" Soalnya lagi.
"Pernah ada tapi sekarang saya tidak rasa yang saya gastrik." Terang saya lagi.
"Semuanya kerana gastrik. Sakit badan tu sebab gastrik. Gastrik sebabkan bisa-bisa badan," cakap MA itu.
"So....sebenarnya saya ni takde masalahlah ye?" Tanya saya dengan nada menahan geram. Tak check kita betul2....alih-alih salahkan gastrik. Gastrik tu rasanya dah bertahun saya tak kena. Nak je saya jerit kat dia yang betapa sakitnya badan saya pada waktu tu dan betapa tak laratnya saya drive ke poliklinik tu pagi ini hanya kerana nak buat blood test.
Saya berasa geram padanya. Dia sibuk dok cerita tentang gastrik tu dan saya angkat kaki tanpa sempat dia habiskan cerita. Bila dia dan jururawat tu tanya nak time slip tak...saya jawab tak payah. Saya dah ada MC untuk hari ini.
Kat farmasi...saya diberikan ubat gastrik, paracetamol dan ubat sapu untuk sakit badan. Actually, saya bersyukur jika saya sebenarnya tidak sakit tetapi saya berasa geram dengan layanan MA itu tadi.
Kemudian saya pulang ke rumah makan ubat klinik semalam dan cuba berehat sambil menahan sakit. Sambil-sambil itu, saya minum air putih dan 100 plus banyak-banyak. Di dalam kesakitan itu juga, saya memasak sup ketam segera (maggi). Sahabat saya, Siti Hajar cakap sup ketam berkesan mengurangkan sakit-sakit sendi.
Trajedi hampeh di hari 18 Disember tidak berakhir di situ. 18 Disember 2008.....result peperiksaan semester lepas boleh disemak di student portal. So, lebih kurang jam 4 petang....saya cuba menyemak exam result saya. Oleh kerana ramai sangat yang access ke student portal...saya gagal menyemaknya. Pada waktu itu, ramai kawan-kawan sms yang mereka berasa kecewa dengan result pada semester ini.
Akhirnya lebih kurang jam 5.30 petang, saya berjaya melihat exam result saya. Aduh mak...teruknya result. CGPA saya juga jatuh. Rasa frust giler. Sakit badan tak hilang lagi...datang pulak sakit dihati. Macam tak percaya dengan result yang dipaparkan di skrin. Walaupun saya lulus semua subject tetapi clear paper sahaja tidak cukup. I should pass with flying colours!
Tetapi....saya berasa insaf. Jauh disudut hati, saya redha dengan ketentuanNya. Sekadar meminjam kata-kata classmate saya, Siti Mursyidah...."Kita dah usaha, yang selebihnya adalah kerja Allah. Setiap satu yang berlaku, bukan satu hikmah tetapi ribuan hikmah disebaliknya."
Ya....hari ini memang hampeh tetapi pasti ada hikmah disebaliknya.
Untuk rekod, saya masih hidup hingga ke saat ini walaupun menahan sakit di serata bahagian badan.
Saya berserah kepada tuhan dan saya terima ujian dariNya untuk saya.

Saturday, December 6, 2008

Komen

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca blog saya ini. Terima kasih juga di atas segala komen yang korang berikan.

Ramai yang komen dan memberikan respond melalui sms dan email. Mereka mengadu gagal memberikan respond dan komen di ruangan komen kerana procedure blog saya yang agak rumit. Ramai juga yang telefon bertanya macam mana nak komen. Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dan korang bolehlah memberikan sebarang respond dan komen secara sesuke hati.

Actually, saya pun bukannya pandai sangat nak setting mende alah ni. Apapun saya akan try. Nanti korang try jelah komen, kalau gagal jugak, maknanya sahabat korang yang cantik, sihat dan bergaya ni tak berjaya ubah setting blog ini. Dan teruskanlah usaha komen korang melalui sms dan email itu. Di sini, saya juga ingin memohon maaf di atas kesulitan yang korang alami.

Ada juga kawan-kawan saya yang komen (emm....depa ni memang kuat komen...) saya tak selalu update blog. Saya kalau boleh nak update hari-hari tetapi celcom broadband saya ni hampeh sikit. Terutama apabila hari hujan. Network connected tapi tak boleh nak access internet. Bila call customer service, depa kata area Segambut OK. Ntah la....saya pun tak paham. Time rehat pukul 1 kat office, ingat nak update tetapi office gua strict beb....takleh access internet sebarangan. Hanya website yang ada kene mengena dengan kerja je yang boleh access.

Sekarang ni saya berada di kampung. Kat kampung ni, eloklah pulak celcom broadband. Tak kira hujan ke ribut ke....tetap OK. Tengoklah...jika masih bermasalah, saya ingat nak tukar service ke Maxis Broadband. Cuma...bila balik kampung, susah sikit nak access internet. Setakat ni pun saya terpaksa gunakan 2 lines telephone ( 1 maxis dan 1 celcom). Bila balik kampung, line maxis hanya dapat digunakan jika saya panjat pokok rambutan di depan rumah atau duduk di bawah ampaian kain di tepi rumah. Kalau nak betul-betul jelas, kena naik ke atas jalanraya utama.

Apapun kawan-kawan....saya akan usahakan.

Tanah Runtuh

Hari ini negara kita dikejutkan dengan berita 14 buah banglo musnah akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Buletin Utama malam ini melaporkan 4 orang telah didapati terkorban dan 2 orang lagi masih gagal ditemui.

Pada hari khamis yang lalu, ketika di dalam perjalanan pulang dari pejabat di Pusat Bandar Damansara melalui Jalan Semantan ke pusat bandar, saya dan seorang rakan melihat satu kejadian tanah runtuh di antara bangunan CIMB dan Amanah Raya yang turut mengemparkan penduduk ibu kota KL.

Waktu itu jam baru menunjukkan pukul 5.20 petang. Saya sedang memandu dan tiba-tiba kereta-kereta di hadapan break secara mengejut. Saya melihat ramai orang daripada bangunan yang berhampiran berlari ke arah bangunan CIMB. Mereka kelihatan memandang ke atas bangunan. Awalnya saya menyangka ada orang yang nak bunuh diri. Maklumlah sejak akhir-akhir ini banyak berita orang nak bunuh diri yang dok keluar kat dalam paper. Ketika kereta saya melalui tempat kejadian, barulah saya tahu ada kejadian tanah runtuh yang berlaku. Ngeri saya tengok tanah yang sedang menggelongsor jatuh dan kelihatan banyak kereta yang tertimbus.

Saya berharap tidak akan ada lagi kejadian yang tidak dingini berlaku. Lusa kita dah nak raya Aidiladha. Disebalik kemeriahan ibadah korban yang dijalankan, harap-harap tiada lagi berita rakyat Malaysia yang terkorban.

Monday, December 1, 2008

Meletup!!

Satu lagi episod yang mendebarkan berlaku dalam hidup saya. Suis komputer saya di office meletup!
Kisahnya begini....

Kira2 jam 4.30 petang tadi....tetibe je blackout. 2 kali plak tu. Selepas keadaan menjadi normal kembali, saya pun meneruskan kerja-kerja yang tertunggak. Kira2 pukul 4.40 petang, ketika berdiskusi dengan 4th Boss, lampu kelihatan berkelip-kelip macam nak padam. Selepas 10 minit, 4th Boss pun beredar ke biliknya dan tinggallah saya seorang diri di dalam bilik saya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi "Pop!" betul-betul di sebelah saya. Saya tergamam dan terperanjat. Sekali lagi kedengaran bunyi "Pop!" di bilik 2nd Boss. Lalu saya bingkas bangun dan keluar. Di dalam waktu yang sama saya terdengar bunyi yang sama datang dari bilik saya, 2nd Boss dan 1st Boss.

Saya, 2nd Boss, 3rd Boss dan 4th Boss sahaja yang ada pada ketika itu kerana kakitangan yang lain telahpun pulang. Di dalam suasana yang agak kalut itu, kedengaran lagi 2 bunyi letupan kecil dari arah bilik 1st Boss.

Kami memadamkan suis komputer. Dan saya pun mula mengemaskan barang2 untuk pulang. Bau hangit dapat dirasai di dalam bilik saya serta di dalam bilik 1st dan 2nd Boss. Kami berempat cuba meninjau-ninjau main suis yang ada tetapi kami tidak berani untuk berbuat apa-apa. Menurut kata 2nd Boss, dia hampir2 terkena electric shock semasa cuba memadamkan suis komputer di biliknya.

Dan tanpa diduga, 2 kali lagi letupan kecil kedengaran. Pada waktu itu, saya mencadangkan agar kami beredar sahaja kerana khuatir makin banyak letupan yang akan berlaku. Lagipun 2 Boss lelaki saya (2nd and 4th) tidak berani menutup main suis. Tanpa gagal....saya pun beredar terlebih dahulu. Boss2 yang lain juga mahu beredar pergi. Tetibe je teringat kejadian kebakaran tempoh hari.

Tetapi kami rasa laa...kejadian letupan kecil tadi tu adalah kerana tak cukup power supply. Lagipun kami baru sahaja berpindah ke blok itu. Sebelum ini, kami berada di blok yang lain. Dan kerja-kerja wiring tambahan juga baru semalam siap dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Ntah apalah status komputer yang suisnya meletup tu. Kalau ada effect, alamatnya....masaklah saya kena buatkan semula senarai 115 pemaju yang telahpun saya siapkan sejurus sebelum letupan berlaku. Itu adalah hasil kerja saya sejak hari Rabu minggu lepas. Esok saya akan tahu statusnya.

Ternyata....esok adalah hari yang mendebarkan.....

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK