My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Tuesday, December 31, 2013

Catatan di suatu petang....sebelum 2014


Malam ni...dapat kot aku tengok bunga api....
31.12.2013 dah tinggal beberapa jam dah. Pastu dah masuk tahun 2014. Macam2 orang ramai nak buat malam new year ni. Aku harap mereka jangan buat yang bukan2. Buatlah benda yang baik2....dan hargailah keamanan yang ada.

Aku malam ni...kalu MsTips tu...dah OK demamnya, kami berdua akan ke Publika. Lepak2...borak2...makan2....dan tengok gelagat orang. Kalu sempat....maybe tengok bunga api. Jika dia masih demam, aku akan melepakkan diri aku dengan main games dan tengok tv sambil makan maggi! Hahahaha...

Esok plak....aku akan ke pejabat.....keje! Itulah keje aku...saat orang lain tengah tido atau bersantai dengan family...aku plak tengah busy check peruntukan, check claim, check baucar, buat report itu....buat report ini sempena closing account 2013. 

Tu laaa....sape suruh zaman sekolah dulu....pi kutuk budak akaun kat kelas sebelah. Elok2...zaman sekolah dok kat kelas sains...masa universiti....aku terjun ke accounting course. Dah......keje cenggini. Di saat orang lain bershopping dan bercuti sakan..................................aku..............keje! Padan muka aku!

Sekian.

Saturday, December 28, 2013

Shine bright like a diamond....


Diamond....lagu yang Amani suka.....itu cerita siwo MsTips pada aku. Bile aku beli perfume arini....aku pilih Versace Yellow Diamond. Ni...takde kena-mengena dengan anak angkat tak berapa nak jadi aku tu (Amani...la). Bile sekali test bau...terus jatuh hati.....macam cinta pandang pertama. Itu jarang-jarang berlaku pada aku. Biasanya dah naik pening kepala aku test sume perfume....baru la jumpa yang berkenan dihati. 

Ni kira set la....dapat EDT 90 ml, body lotion, shower gel dan miniature. 
Awal tahun ni...aku ada hadiahkan kakak aku Versace Crystal Bright. Aku suka bau perfume tu. Sebelum ni aku tak pernah pakai Versace. So, aku decided untuk tukar perfume dari POLO Sport 3 kepada Versace Yellow Diamond. Bila dah beli ni....mulalah terbawa-bawa rasa happy dan kepuasan bershopping dengan menyanyikan lagu Diamond. Balik2 lagu diamond....tapi aku nyanyi dalam hati je la....


Nak habis dah....! Sikit lagi...

Tapi kan...kuning lagi. Kebetulan kedua-duanya....colour hampir sama. So, tak sabar nak guna yang baru...tapi aku ni jenis yang akan habiskan yang lama dulu.....baru guna yang baru. Kalu start guna yang baru...sat lagi...yang lama tak habis2. Membazir la plak kan....! 


Friday, December 27, 2013

Bahayanya Wanita 26.12.2013

Aku baru jer balik dari istana aku.....penat giler rasa bila dah sampe umah. Eh! Macam tak kena je ayat tu...balik dari istana? Awat plak balik umah? Bukan duduk situ ke? Hehehe...

Aku memang baru balik dari IB...tengok teater Bahayanya Wanita.
Aku memang suka tengok benda-benda BAHAYA camni...sebab aku pun MERBAHAYA. Yelah, dah penat-penat bersilat kat opis tu....sesekali layan naskah yang cenggini...best apa. Lagipun pelakon-pelakonnya...hebat-hebat belaka.

Aku pi dengan dengan sorang lagi wanita yang MERBAHAYA iaitu MsTips dan sorang lelaki yang kurang merbahaya....hmmmm....maybe juga lansung tak mendatangkan bahaya iaitu Adib.

Haaa....before masuk tu..biasalah kami, sesi bergambo dengan segala benda baru yang ada kat IB tu. Macam cantik jer....macam comel jer......alat music kat belakang tu? Hehehe...(kecik hati...model yang kat depan tu...)

Eh..eh! Berebut-rebut depa ni nak bersalam dengan aku. Serba salah plak kalu aku tak layan...

Tengok aku...rileks jer....eceh!

Bila dah tengok teater ni....MsTips bagi 3 3/4 bintang daripada 5. Aku...bagi 4 1/2 bintang. Ceritanya best, pelakonnya boleh bawa watak dengan baik. Aku paling suka watak Isteri Pertama.....Sharifah Fatimah Maruka (Umie Aida) dan Suti (Erma Fatima). Mereka memang best.....! Watak Era pun ok. Nora Danish yang comel dan Zizan yang kelaka. Cuma bagi aku....Zizan tak perlu over sangat kot...dia ni kelaka orangnya, so tak perlu buat aksi keterlaluan.


Ni...pelakon-pelakon dari UiTM.
Pelakon-pelakon IB...

Pelakon kanak-kanak...

Janda-janda Kampung Janda Molek....hmmmm....patut la...Adib tak berkelip biji mata tengok depa ni.

Watak Wak apa ntah yang tergila-gilakan Suti. Sebelah tu...watak isteri dia.

Lana Nordin....arini dia jadi PA Syed Maadon (Zizan). Khabarnya...setiap Jumaat, dia ganti watak Nora Danish sebab Nora Danish kena jadi juri Maharaja Lawak Mega 2013. Tentang Lana ni kan....tadi aku nampak dia ditemuramah oleh Melodi. Pastu ada la peminat nak bergambo. Dia nampak sporting sangat dan peramah melayan peminat dia.
Nampak tak kekok dan mesra orangnya. Ms Tips pun rasa cenggitu juga.
Daripada tak berapa nak minat dia...tetibe rasa...OK la plak dia ni.

Ni Haliza Misbun.....kuruskan dia? Cayalah....

Haaa...ni bini Ustaz Jon....Syanie. Hmmm...comel!

Ustaz Jon...Johan Ashaari. Dia ni...aku no comment sikit.
Ntah la....korang pikir sendiri la. Malas aku nak mengata.

Best Friend Suti...Muti....lakonan Ziela Jalil. Orang lama...mestilah best.

Lakonan mantap...Erma Fatima....sebagai Janda yang berasal dari Indonesia.
Best tengok dia menari dan menyanyi. Lima Bintang untuk beliau.

Umie Aida....sebagai Sharifah Fatima Maruka yang macam singa. Dah banyak teater yang Umie lakonkan yang aku dah tengok. Dia memang hebat. Lima Bintang.

Si cantik....Era Fazira sebagai Kamelia, isteri kedua Syed Maadon.

Isteri ketiga yang comel and cekci.....Nora Danish sebagai Farhana. Sikit-sikit nak bunuh diri. Comel dan kelakar.

Hero......Syed Maadon.

Tu la dia barisan pelakon utama.....

So, kesimpulannya....cerita ni best...lawak giler....sangat mantap lakonannya, pelakon best dan kepada yang tak tengok lagi...pi la tengok. Tak rugi beli tiket mahal. Cuma kepada yang nak beli tiket seat harga RM103 (macam aku) yang belah kiri....rugi sikit....sebab tak berapa nampak babak Nora Danish nak gantung diri. Sebab babak tu....di sebelah kiri pentas. Sape dok seat belah kanan untung sebab banyak babak pelakon berada di kawasan penonton belah kanan.

Sekian.....pi tengok tau...! Berbaloi...







Wednesday, July 3, 2013

Gambo Nyonya n The Gang

Aku malas nak komen banyak tentang teater Nyonya n The Gang yang aku tengok pada hari pementasan pertama 14.06.2013. Hmmm....ntah la. Kalu aku komen....ada yang kecik hati nanti. Biarlah.....komen2 tu ku simpan di dalam hati sahaja. Cuma kat sini, aku nak cerita tentang gambo-gambo yang diambil pada hari kejadian.

Sha bergaya sakan. Tetiba....bertambah sorang lagi keponakan
(anak saudara perempuan) suami Nyonya.
 
Haa....ni aku dengan Hasnah. Macam sesuai jer aku bergambo
dengan Misha Omar, Amy Mastura n Fara Fauzana tu.. (heheh...perasan!)

Ni.....Nyonya n The Gangster!

Bukan main lagi Si Hasnah berposing.
Aku tetap macho.....pakai handbag tali kaler pink!

Aku n MsTips.....aku rasa mesti Anuar Zain bangga
dia dapat bergambo dengan kami. Eh???

Apa la yang digelakkan depa berdua ni....agaknya.

MsTips....tak mau bergambo. Aku yang candid.

Apa la...yang ko tengok tu...Ms Tips. Aku suka gambo ni.
MsTips Nampak terang n backgroundnya blur.
Aku bukannya pandai sangat ambik2 gambo ni....pakai belasah jer.
 
Hasnah....coverline dengan tiket masa bergambo dengan Anuar Zain.
Kalu dia solo.....maybe dia bergambo macam aku kat bawah ni kot.

Hahahahaha......kesian Anuar Zain.

Ni...lagi kesian.

Ms Tips, Hasnah n Sha....

Bile habis....ni gambo The Gang. Hmmm....

Kiah Propa...yeay...

Fara Fauzana......suke3..

Misha Omar....kelako dengan gaya tarian shuffle...

Huish...Misha Omar...

Amy Mastura yang cute...

Tai....sebagai Tuan.

Nyonya...

Satu persembahan yang tak tau la nak cakap cammana.

Walau bagaimanapun.....tahniah la kepada pelakon2.

Amy Mastura...memang cute.



Sekian.

Tuesday, June 11, 2013

Lagu Best...Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku – Hafiz

Aku bukan nak kata la kan....lagu-lagu Hafiz ni memang best. Ni....antara yang aku suka. Bukan ada apa2.....cuma suka.


Bahagiamu Deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Monday, April 1, 2013

Panasssss.....

Puas aku pusing2 ke kanan.....ke kiri....tak bole tido. Panas giler mlm ni...tahap gaban.

Ni dh kire makin ok...berbanding pukul 10.30 mlm tadi....yg suhunya mencecah 38.8 darjah celcius.

Huish.....rasa mcm nak mandi je.....! Ni dh 2 kipas dh dipasang ni....tapi bahang makin terasa. Nak kena pasang air-cond kat bilik aku kat kampung ni kot. Nasib baik esok aku tido kat hotel kat Kuantan....ada air-cond. Tapi kesian kat family aku kat kampung ni....takpe, akan aku usahakan supaya ada air-cond untuk depa.


Sunday, March 24, 2013

Free Wheelie Sundays At Publika Episode 1

Ms Tips di area C1 Publika

Pagi ini....aku n MsTips....beriadah di kawasan Publika, Solaris Dutamas. Acara riadah kami adalah berjalan beribu2 langkah di shopping area tu sambil mengunyah beratus2 kunyahan makanan di Restoran Chawan kat situ. Hahaha...

Actually, kami merancang nak main basikal free kat C1 Publika tapi dah hampir pukul 10 pagi. Depa nak tutup meja dah. Setiap Ahad, pukul 7.00 pg hingga 10 pg....depa ada anjur event Free Wheelie di area C1, Publika. Sape2 bole cycling di situ. Basikal dipinjamkan secara percuma, just tulis nama dalam satu Buku Daftar yg disediakan sahaja. Ada macam2 jenis basikal.....untuk kanak2 pun ada, 2 seaters pun ada.

Haa....macam seronok kan.

Next 2 week....kami akan dtg lagi. Next week....kami berdua akan berada di Pahang. So...Publika...see u in 2 weeks time.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK