My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, April 22, 2011

Mee Rebus Ramli, Ipoh Mali.....

Mase aku, Mr Taliban dan Messilina (nama baru Kak Lang sejak joint futsal) pi site visit kat Ipoh, Perak aritu, kami singgah makan mee rebus kat Mee Rebus Ramli. Pehhhhh....!!! Memang best tau mee rebus kat situ.

Haa.......ni la rupa paras mee rebus tu. Kalu tak percaya sedap....
Ce korang try.

Kat sini jugak ada menu lain dari yang lain iaitu....
Kopi O Aiskrim.

Ice blendednya pun menarik.

Uiisshhhh......best tu...


Hmmmmmphh.....bapak sape la ni....? Makan tak ingat!
Tuan2 n puan2 ye....ini la rupe paras model entry mee rebus
aku kali ni iaitu Mr Taliban.

Wednesday, April 20, 2011

Datuk dihukum 26 tahun penjara tipu dua Datuk



Gambar Hiasan....
KUALA LUMPUR 19 April - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dijatuhi hukuman penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen melibatkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan lima tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Datuk Paiman Shakimon, 52, diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun kerana menipu ahli perniagaan Datuk Rosidi Kamaruddin, 59, setelah mendorong mangsa menyerahkan lebih RM3.8 juta dalam skim pelaburan palsu dikenali sebagai ”Program Roll-Over”, yang kononnya diluluskan Bank Negara.

Paiman, dari Country Heights, Kajang, dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan serupa — sebagai ganti bagi tuduhan ketiga — melibatkan RM8 juta yang diterimanya daripada Datuk Liew Teck Keong, 56.

Mengenai kesalahan memalsukan dokumen berhubung tuduhan kedua dan keempat, Paiman dihukum penjara lima tahun kerana memperdayakan Rosidi, dan lapan tahun penjara berkaitan kes melibatkan Liew.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman bagi kesalahan pertama dan ketiga berjalan secara berturut-turut berkuatkuasa hari ini, manakala hukuman bagi kesalahan selebihnya berjalan secara serentak. - Bernama

Nasihat Percuma dari JUMIR : Jangan percaya sangat kat sape2....n jangan menipu.

Sunday, April 17, 2011

Dahaga....bukan sakit.

Aku selalu sakit2 belakang. Mula2nya aku ingat salah tidur yang sebabkan aku selalu sakit tapi lepas baca satu artikel kat majalah SIHAT, baru aku paham nape aku selalu sakit belakang.

Aku mmg selalu tak banyak minum air. Kadang2.....aku minum 2 gelas air kosong je air sehari. Artikel yang aku bace tu kabo...tubuh manusia ni terdiri daripada 75% air dan 25% jisim tubuh.Camtu gak dengan otak yang mengandungi 85% air dan sangat sensitif kepada dehidrasi @ kekurangan air. Air ni penting tau untuk tubuh kerana sume fungsi tubuh dikawal oleh air termasuk la....mengangkut oksigen, darah, hormon dan bahan buangan ke seluruh tubuh. Hmmm...macam supir la plak.

Apabila air tak cukup diedarkan ke seluruh tubuh dan singkirkan sisa toksin yang terhasil daripada aktiviti metabolisme tubuh secara berterusan, saraf di area yg terlibat akan sensitif pada peningkatan paras toksin. Ia akan mengeluarkan warning dan 'meminta' kita menghentikan apa-apa saja amalan yang boleh meningkatkan penghasilan bahan buangan toksin.

Tapi secara tak sengaja, kite tak sedar sume tu. Kesannya................tubuh kite berasa sakit dan bahagian tersebut tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Artikel tu kabo....contohnya, apabila otot jantung 'kekurangan air' tetapi pada masa sama terpaksa juga terus berdegup dan mengepam dengan pantas serta bertahan dengan apa juga aktiviti fizikal yang dilakukan. Akhirnya, kita akan berasa sakit. Masa tu.....rasa sakit bermakna tubuh kita dahagakan air. Malah, faktor kekurangan air juga didakwa menjadi punca pembentukan plak kolesterol.

Wajah2 Dehidrasi yang dikabo oleh artikel tersebut:

Artritis (suatu bentuk sakit sendi)
Pedih Ulu Hati
Sakit Belakang
Migrain
Kolitis (Radang usus besar seperti sembelit dan masalah penghadaman)
Fibromyalgia (rasa sakit pada otot dan sendi)
Angina (sakit dada)



Kita sume tau yang kite kena minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Kalau agak2 kurang tu...kena la....berubah ye tuan2 dan puan2....pastu....bile rase sakit tu....ce minum air kosong bebanyak.Camne nak tau kite cukup minum ke tak? Senang jer...mase buang air kecik tu...perati (perhatikan).....kalu warnanya kuning pekat...maknenya tubuh kite alami dehidrasi. Kalu warnanya kuning pucat atau hampir jernih....maknanya.....jumlah air dalam tubuh kite dalam situasi terbaekkkk la tu.

**TQ Majalah SIHAT.

Saturday, April 16, 2011

Hahaha....gelak...gelak...gelak...!


Ramai yang kenal rapat dengan aku tau yang aku suke bergelak ketawa. Time kije...aku kije sesungguh tapi time bergurau senda....aku akan hepikan diri aku n orang2 di sekeliling aku. Bagi yang tak kenal rapat dengan aku....mesti ingat aku ni....dalam hati ada batu. Hehehehh...batu pun batu la....aku tak kisah sebab depa tak kenal aku.

Hidup ni....mesti kena ada gelak ketawa....beb. Sesungguhnya kalu kite ketawa selama 10-15 minit, kite boleh bakar 50 kalori sehari. Kalu di hitung....congak....darab...bahagi...kalu kite berterusan gelak ketawa selama 10-15 minit sehari, kite boleh bakar 2 kilogram kalori setahun tau. Ni bukannya aku reka2 tau....info ni ada dalam Mastika Mei 2007.

Pastu kan....ketawa mampu keluarkan udara dalam paru2 selaju 60mph. Sape2 yang selalu ketawa miliki  risiko sakit jantung 40% LEBIH RENDAH berbanding dengan sesape yang selalu murung.


Haa.....lepas ni...sape2 yang agak malas nak gelak tu....belajar2 gelak bile orang lain buat joke. Tapi jangan plak gelak sengsorang diri....tu dah lain dah....jadinya tu.

Thursday, April 14, 2011

Tersembur....

Penah tak.....korang terkena semburan air liur sesape? Takpun penah tak.....kerana terover excited berborak.....korang tersembur kat sesape? Haa.....benda ni memang memalukan......tapi percayalah...kebarangkalian untuk tersembur dan disembur tu....pasti ada sebab bile sesape bercakap, kira2 purata 300 titis air liur akan keluar dalam tempoh seminit. Hmmm...kira2 2.5 titis air liur bagi satu perkataan. So.....bile bercakap tu....control diri.....ye tuan2 dan puan2 sekalian.

*Tidak suke menyembur dan disembur walaupun tersembur.

Friday, April 8, 2011

Auntie Numie n Anunie....

Last 2 days....aku out station ke Batu Gajah (Perak), Kulim n Alor Setar (Kedah). Aku drive sendiri n aku pi dengan boss aku. Lepas balik site visit projek kat Kulim, aku stay kat Hotel Palm Inn, Bukit Mertajam. Alang2 aku kat sana.....aku pun ajak la Rin n anak dia lepak kat hotel tu.

Suke sangat dapat jumpa Rin. Almaklumlah dah lama tak jumpa. Lagi seronok bile dapat jumpa anak dia...Ayuni. Last aku jumpa depa masa Ayuni masih baby. La ni...Ayuni dah pun 2 tahun.

Ayuni skrang dah 2 tahun lahhhhh.....

Bile mula2 jumpa tu......Ayuni panggil aku Auntie Numie.....cute sangat gaya sebutannya dan dia ulang2 sebut nama aku banyak kali. Bile ditanya sape nama? Dia jawab, "Anunie...". Cutenya la dia.


Rin, Azrul n Anunie belanja aku makan kat area ikan bakar selepas jambatan P. Pinang.

Rin tengah report kedatangan aku kat Dieana di Putrajaya.
Saje...bikin Dieana panas....(jeles!). Aku plak...
untuk bako lagi kepanasan tu....aku sms gambo Anunie
pada Dieana n MsTips.

Azrul...Rin n Anunie.

Haaa....ni gambaq Anunie before tido.

Ni....gambaq exsklusive Anunie yang baru
bangun tido. Bangun jer...terus dia senyum kat aku.

He3.....tiap kali bergambaq. Dia suke buat aksi nih.
Budak-budak.....

Ntah la....bile lagi boleh jumpa Rin n "Anunie"....anyway, thanks sebab bawa "Auntie Numie" ni....jalan2 ye. Thanks to the driver....Mr. Azrul. Kalau mai KL....tepon tau.....nanti kite plak bawak korang jalan2.

Wednesday, April 6, 2011

Malas punya cerita...

Lately ni.....aku dilanda rase malas nak update blog n lebih suke menidorkan diri. Ntah la ngape. Kepada kengkawan sume.....(yg asyik komen nape tak update blog...) sesungguh aku ini insan biase yang pantang tengok pot baik untuk menidorkan diri. Macam ahad lepas....aku boleh tido jer sepanjang hari. Aku jaga mase nak makan n mase nak solat jer...takpun mase Incik Toilet dok panggil suruh mai tempat beliau. Hmmmm......dah terkena sindrom beruang kutub kot.

Apapun...arini aku gagahkan diri pi update gak sebab nak wish hepi birthday kat sorang kawan aku nih.....

Tetibe jumpa gambo lama kami berdua. Nasib la...ada gambo ni.
Sebab gambo sekarang....sangat berbeza rupa parasnya dengan
yang dulu. Almaklumlah.....manusia ni mudah berubah FIZIKAL n mental. He3.


Eadiana.....hepi  birthday ye. Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Hadiah...claim dengan K.Ani yek. I pass kat dia.

Tetibe teringat kat gambo kat bawah ni.....


Ha3....hanya kami jer yang tau citer di sebalik gambo nih.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK