My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, March 27, 2011

Aku pun ada anak jugak....

Bile aku dapat hadiah teddy bear tahun ni...maybe ada yang pikir.......ish.....tak sesuai aku n teddy bear n apa2 yang seangkatan dengannya sebab diri aku yang agak terrorist ini. Hmmm....walaupun aku ni berwajah cenggitu.....tapi dalam hati aku ni ada teddy bear tau....! So, aku buat special entry tentang sume teddy bear n seangkatan dengannya yang ada kat umah aku sekarang nih. Ce...tengok ye... 


Ni la anak2 aku buat masa ni...ada gak anak2 MsTips
yang turut sama enterframe. Actually ada banyak lagi tapi kami dah
hantar balik kampung n ada yang diberi kat anak2 sedara.
Takde ruang nak simpan.
 
Cute kan....Mr Blue Shirt ni MsTips yang punya.

Haa....ni aku punya. Lion tu gara2 world cup.
Pinky tu....ada orang tu beli kat Watson sebab aku suke.
Yang baring lentok habis tu....tak bleh recall.

Miaw2 tu....MsTips punya...rasenya. Dwarf tu....ada orang bagi aku.
White bear yang dah nak londeh skirtnya tu.....tak bleh ingat (buat2 lupe...hahaha...)

Mr Green n Ms Blue Creature.
 
Ni...kawan kat MOH yang bagi aku sempena konvo degree.

Konvo Teddy n Cristmas Teddy tu MsTips punya.
Soldier Teddy tu plak sorang boss lama yang bagi aku.

Haa....aku suke sangat yang ni. Froggy ni aku dapat masa konvo.
MsTips n P (anak sedara aku) yang bagi.

Ni......VVIP yang bagi aku mase Diploma dulu.
Aku sayang sangat kat 2 ekor monkey ni.

Brown Teddy (yang dok depan sekali) MsTips yang punya.
Soft White Teddy tu....MsTips jugak kot.
Yang belakang tu....aku punya. MsTips bagi sebagai
hadiah birthday.

Haa....ni confirm MsTips punya sebab aku yang bagi kat dia
masa birthday dia yang ke.......(tak bleh reveal....)

Haaa....Mr BT (Big Teddy) ni....Haza n Rostam yang bagi.
TQ.....TQ....!
Yang sebelah tu....adalah Incik Simchan. Kak Haniza MOH yang bagi.
Mata Incik Simchan  takde sebelah sebab sorang anak sedara
MsTips pi cabut. Tak bleh nak kata apa.....budak2.


Aku kan....masa kecik2 dulu........selalu berangan....nak beli umah beso.....pastu ada bilik yang aku akan panggil.....dearie's. Kat situ......aku akan letakkan sume teddy bear n apa2 yang seangkatan dengannya dalam bilik tu............n ada corner untuk budak2 bermain. Kat situ jugak.....aku nak letak sume lukisan2 aku. Lukisan? Hehehh....maybe tak ramai yang tau...aku suka melukis. Tapi itu dulu.....realitinya.....rumah yang aku mampu beli sekarang ni idak la beso mana. La ni tak duduk lagi umah tu sebab jauh kat Kuantan nun n aku sekarang menyewa umah MsTips. Teddy bear tu memang la ada......lukisan2 tu memang la bole lukis.....budak2 plak....Insya-Allah cuma........apa yang kita dok berangan masa kecik dulu...belum tentu kita akan buat.

Friday, March 25, 2011

My Birthday


Kek birthday aku.....boss n staff aku bagi....
Kat sini aku nak ucap time kasih bebanyak kat kengkawan yang bagi kad, kek, hadiah, sms n emel wishes korang sempena birthday aku tahun nih. Special thanks to MsTips, Zura, Jang, Kak Don, Rin Yang Cute (Kata empunya diri la...kan. Aku tak kata apapun...), Edieana (Kanak2 riang), Rozita (Konon...nak bagi aku cheese cake! Cis!), Zila (Bakal warga Langat! He3...), Man (Yang selalu ingat....), Kak Yatie (kwn lama MOH), Pn Bani (Boss lama yang dulu cik...sekarang dah puan dah), Ms Ng (Boss yang best!), Pn. Khai (Dia buat spaghetti kat family dia jer...hmmm...), Bavani (Hmmm....mak orang yang kesakitan arini), Rewa (Bakal artis...he3), Haza (Hmm....budak ni buat aku teringat kat Rin Yang Cute n Eadiana), Rostam (Bakal Biras....he3...), Izan (Madu....nombor 1), Aliaa (Madu....nombor 2, Mahirah (Madu....nombor 3), CC Khozanah (Bakal........he3...), Hj Jamal (yang hantar kuih Seri Muka...TQ), Moli (yang call wish me hepi birthday walaupun tgh cuti), bebudak opis BPPT n family aku (yang nampaknya terlupa birthday aku arini! Hmmm.....).

TQ kerana ingat birthday aku yang ke 17 tahun nih (setelah menolak sume cuti2 am, cuti2 sekolah n cuti2 kecemasan yang ada). TQ jugak kepada sebab bagi hadiah. Actually, kalu tak bagi hadiah pun takpe....aku tetap akan hargai setiap orang yang ingat.



Ni.....Haza n Rostam yang bagi....
Kat tangan aku tu...external hardisk....hadiah daripada boss n staff Cawangan Kewangan.

Dari kiri....Hana, Mahirah, Rewa, Aku, Mr Teddy, Ms Ng n Haza.
Gambo orang lain tak sempat ambik sebab sume concerntrate makan
termasuk fotographer dan aku.

Kami memang ganas.....! Alaa...sekali-sekala.

Kuih Seri Muka.....CC Khozanah bagi. He3....jangan jeles
Izan, Aliaa n Mahirah...

Hepi...hepi...hari yg hepi. Tapi kan.....tiap kali birthday aku mai....sejak 25.3.2000.....aku akan sedey sebab esoknya (26 Mac) adalah birthday arwah ayah aku. Arwah meninggal pada 18.07.1999. Moga rohnya dicucuri rahmat dan arwah diletakkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin........

Sunday, March 20, 2011

Aku n sorang doktor dalam sebuah umah.....

Heheh....bila aku buat topic ni...aku nak tergelak  pun ada sebab esok mesti kengkawan aku terbeliak bijik mata mandang tajuk nih. Mesti depa ingat aku ada scandal ke ape...dengan mana2 doktor. Takdak la....aku tak buat apa2 yang tak senonoh dengan mana2 orang hatta mana2 doktor kat mana2 umah. Percayalah...!

Hmmm...doctor ye....

Aku cuma tengah mencari sedikit kekuatan untuk manghabiskan bacaan aku dalam buku "A Doctor In The House". He3......sejak aku beli buku nih Sabtu minggu lepas....aku dah bace sampai muka surat 102....(Chapter 8). Buku nih....bagi aku memang menarik. Aku tau ada yang suke...n ada yang tak suke dengan buku ni. Tapi itu hak masing2 la kan. Bile aku bace buku nih.....aku akan teringat cerita2 yang arwah mak n ayah aku citerkan dulu2. Aku memang membesar dengan Hikayat Hang Tuah.....Sejarah Melayu...hatta Federal Constitution pun ada dah bace mase aku kecik2. Dulu2....mase dah pandai membaca....habis sume buku aku bace....janji boleh bace. Aku ingat lagi....aku selalu pi library lepas sekolah sebab nak bace buku. Maybe cikgu tengok aku suke sangat pi library....mase darjah 6....aku dilantik jadi Ketua Pustakawan. Bile dah beso nih.....aku still rajin beli buku...tapi ambik mase yang lama untuk habiskan sesuatu buku.

Buku yg menjadi tumpuan aku n MsTips sejak 2,3 menjak nih.
MsTips menggunakan kaedah lompat si katak lompat....
aku plak membaca guna kaedah garis lurus.
Tak kisah la...janji kami bahagia dengan kaedah masing2.

Tentang buku "A Doctor In The House".......takat chapter 8 nih....ia mengajar aku supaya sedar diri dan sentiasa beringat. Insya-Allah......aku akan sentiasa beringat.

Thursday, March 17, 2011

Holiday di Sabah....


Februari aritu.....aku, MsTips n 2 orang kawan MsTips telah
ke Sabah....Cuti2 M'sia. Kami mulakan malam pertama
dengan aktiviti makan seafood bakar n minum air kelapa muda.
Ni wajah2 yg dah tak larat nak bangun dah nih.

Kak K n Kak Pah.....ceria jumpa seafood bakar.
Esoknya, kami naik van yang disediakan travel agency untuk pakej
ke Kundasang/Poring Hot spring.
Kami bayo RM190 sorang untuk pakej ni.
Aku n MsTips....cool je dalam van. Heheh...tapi telah
berlaku insiden termuntah semasa perjalanan nih. Sape ntah
yg muntah tu....aku tak kenal sape dia tuh. He3...
Cantik betul pemandangan ke arah Kundasang nih.
Sedap betul mata memandang.
Kami stop di Pekan Nabalu untuk sesi bergambo di kaki
Gunung Kinabalu. Kami bernasib baik sebab cuaca ok n dapat menikmati
pemandangan yg cantik kat situ.
Cantek kan....(background ke model?). Korang pilih sendiri...
Lepas bergambo dengan gunung....kami shoping kat gerai cenderamata
kat sini. Kat sini aku n MsTips ada beli beras Bario. Saje nak try.

Dari Pekan Nabalu.....kami bergerak ke Taman Gunung Kinabalu.
Sape2 nak mai Dewan Pameran Taman Gunung Kinabalu......jangan la berjalan kaki
dari pintu gerbang macam gambo kat atas.
 Jauh....aku naik van pun rase agak jauh...walaupun hanya 5 minit naik van.
Hendry (tourist guide kami) kata....ni antara chalet penginapan
pendaki before depa panjat gunung tu.
Nak ke bilik pameran...kena naik tangga.
Ini antara reptilia yang dipamerkan di sini.
Pehh...bergaya hensem. Eceh!
Ni plak....serangga yang diawet. Korang bole tau tentang species serangga yang ada.
Good info anyway. Before this....tak penah nak ambik tau.
Haa.....info tentang batu pun ada...
Ramai pelancong dalam n luar negara yg mai sini.
Ni la Hendry.....incik ini memang baik orangnya. Kami sume memang
berpuas hati dengan service yang diberikan.
Ini adalah pemenang pendaki gunung terpantas masa Mt. Kinabalu
International Climbing 2010. Hmmmm....nape agaknya
foreigner yang lebih terer dari orang M'sia?
Kalu nak panjat Mt. Kinabalu....kena gunakan guide dari sini gak.
Orang luar tak bole. Itu kata Hendry.....la kan.
Lepas tu, kami bergerak ke Kundasang. Inilah pemandangan
di Pekan Kundasang.
Kat Pekan Kundasang ni....jalan raya sedang dibaikpulih.
Kesian mamat tu...kete dia stuck kat bonggol tu.
Dari Pekan Kundasang....kami ke Poring. Di sini
kami makan di restoran ni. Lunch telah termasuk di dalam pakej RM190 nih.
Sambil tunggu makanan siap....kami round2 gerai2 yang ada.
Tu dia....lapaq punya pasai...kami belasah sume makanan.
Lepas makan.....kami bergerak ke hot spring yang terletak berhampiran
dengan restoran tadi. Masuk sini...n sume tempat2 sebelum ni....Hendry
yang bayo.....sebab dah masuk dalam pakej.
Ha....kat sini ada macam2 tau. Korang bace jelah info kat gambo tu ye.
Kami menyeberangi jambatan gantung untuk ke seberang
(tempat hot spring n kanopi walkaway). Bawah tu ada
air sungai yang mengalir daripada sebuah air terjun.
MsTips tgh tengok air sungai yang mengalir.
Wahhhh....mandi nih best nih.
Untuk naik Kanopi Walkaway kena naik bukit dalam 400 meter.
Lenguh kepalo lotut den dibuatnya.
Cam Charlie's Angel tak?
Tuhan jer yg tau hati aku mase naik kanopi walkaway ni...
Hehhehhh.....selamba...

Our Hendry.....orangnya cool jer.

Kat sini dilarang mandi.....sebab airnya panas sangat
sampai telur pun boleh masak jadinya.
Ni.....la tempat mandian kat hot spring ni yang tertutup.
Macam chalet gitu. Bayo....RM15 sejam. Kalu tak silap la...kan.

Dalam ni ada 2 bathtub yang muat untuk 4 orang dewasa.
Sakan kami berendam dalam ni. Gambo berendam tak bleh tunjuk!

Belakang tu adalah antara kolam terbuka yang ada. Yang ni......takyah bayo.
Hot spring ni memang ada bayaran masuk tapi tak ingat berapa.
Belakang ni....tempat public bole rendam2 kaki.
Siap jer kat hot spring....Hendry bawak kami tengok bunga rafflesia
di tempat yang berhampiran. Kalu ada bunga, depa akan letakkan banner
di tepi2 jalan di luar kebun depa. Masuk...kena bayo RM20 sorang.

Kami mai sini.....
Ada gak serba sedikit info tentang bunga rafflesia nih.
Tu dia......! Bukan sume orang berpeluang tengok tau.
Bunga ni bukannya boleh ditanam. Dia pakai tumbuh jer kat mana2.
Dah tu.....lama plak mase nak kembang......makan bulan tau.
Yang ni adalah yang sedang berkembang.


Rezeki kami baik....sebab dapat tengok dengan mata kami sendiri.
 
Then kami kembali ke Pekan Kundasang....kire dah on the way balik dah nih.
Singgah jap kat gerai2 sayuran n buah-buahan kat sini.

Sayur nampak segar....yang tak berapa nak segar....adalah model
gambo ni jer.

Oleh kerana aku nak bawak balik frozen seafood....Hendry
bawak kami ke Inanam. Kat sini aku borong isi lopster,
ketam beso dan  udang sederhana beso.
Memang puas hati la beb.

Haa....pagi esoknya....aku n MsTips ambik pakej jalan2 kat
pulau n snorkeling. Pakej ni RM55 sorang.

Kami ber2 decide nak ke Pulau Mamutik.
Untuk ke Pulau Mamutik......kami naik bot melalui jeti kat Tanjung Tuan.
Before bergerak...kami diberikan safety jacket n alatan snorkeling.
Ni...mase dalam bot ke Pulau Mamutik.
Ni plak gambo jeti di Pulau Mamutik. Kami pilih Pulau Mamutik sebab
tempat snorkeling di situ dekat jer dengan pantai. Kalau Manukan.....kena
pi jauh ke arah laut, baru boleh jumpa tempat yang best. Pulau Sapi dengarnya best gak macam Mamutik.
Airnya yang jernih.
Yeah... tu dia....MsTips.
Ada macam pro snorkeler tak? Heheh...
Aku ni budak kampung.....takat apung badan dalam air tu....takdak masalah.
Yg ni...memang aku. Pengalaman mandi-manda kat Sungai Pahang
zaman kecik2 dulu....aku gunakan time ni.
MsTips....posing ala2 termenung gitu.
Dalam ni ada macam2 ikan. Ada nemo, ikan bilis, ikan todak, ikan kaler biru, kaler hijau
macam2 ada.
Jeti Pulau Mamutik ni....kalu malam mesti lebih cantik kot...
Mase kami baru sampai....takdak la ramai sangat orang.
Tapi lepas tu.....berduyun2 tourist sampai.
Aku n MsTips.....berdua jer naik bot n di bawa oleh abang ni.
Kami balik awal, orang lain taknak balik2 lagi.

Boring duduk....aku berdiri la plak.

Ni dah kat Jeti Tanjung Tuan. Dah balik dah....dari Pulau.

Sesi petang...kami ronda2 kat Karambunai. Ronda jer...
Sementara tunggu flight kami @ 7.30 pm yang delay, kami lepak
kat Grace Point n kat sini ada Tugu Double Six.
Cantik suasana sini...
Tugu Peringatan Double Six  ini adalah bagi memperingati
trajedi nahas kapal terbang yang mengorbankan
separuh daripada pemimpin tertinggi Sabah pada
6 Jun 1976.
Korban trajedi Double Six termasuklah Ketua Menteri Sabah iaitu
Tun Haji Mohd Fuad Stephens.

OK....takat tu jer citer trip aku ke Sabah aritu. Seronok bercuti2 M'sia ni. Lepas nih....aku dah rancang nak ke satu tempat lain. Tunggu.....
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK