My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, March 25, 2010

Aku mai ke utara....

Sabtu hingga Ahad minggu lepas...aku, Ani dan Diana pi ke negeri-negeri belah utara bagi menyelesaikan 2 misi yang bagi aku....penting. Pertama adalah pi kenduri kawen kawan aku.....Ina kat Kg. Charoh, Baling, Kedah. Dan Kedua....pi jumpa Rin dan Rin Junior yang dah lama aku tak jumpa kat Penang.
Kami bergerak kul 7 pagi dari KL Sentral dan sampai kat umah pengantin dalam kul 12.15 tgh tanpa sesat! Macam tak percaya je...tak sesat sebab kalu ikut sejarah pi berjalan dengan Diana....sah aku akan sesat.
Sampai kat umah pengantin...awal2 dah bergamba. Jumpe pulak si Ita, Zila dan Ina Melaka...mmph...apa lagi....bergamba sakan la kami. Kadang2 aku terasa macam terlebih sakan dari pengantin la pulak. Lepas tu....sessi makan. Haa....yang ni yang aku tak tau macam mana nak cerita betapa sedapnya lauk-pauk kenduri tu. Kat sini....aku boleh rumuskan bahawa lauk kenduri Ina adalah antara yang tersedap aku penah makan. Tapi yang kurang sedapnya....bila dah balik KL, aku dengar cerita Ita dan Zila dibekalkan lauk yang sedap tu untuk di bawa balik...tapi aku tak dapat pun. Tak aci....! Ita cakap kat aku " Awat ko balik awal, kitaorang balik lambat."
Memang hari tu...aku terpaksa balik awal dan tak dapat tunggu pengantin lelaki sampai sebab aku taknak la....Rin kat Penang tunggu aku lama sangat. Kepada Ina......aku tak kecik ati pun pasal lauk tu.....aku cuma dengki jer....kat Ita dan Zila.
Dari Baling.....aku pi ke arah Bukit Mertajam. Rin dok kat situ. Haa....arah pi Penang ni....kami tersalah masuk jalan sikit. Korang teka je la...sape punya angkara. Tak lain tak bukan si Diana la yang punya angkara. Dia bagi ajaran sesat kat aku. Tapi nasib baik Rin mai ambik kami.
Bila jumpa Rin....aku rasa seronok sangat. Yelah....dah lama aku tak jumpa budak yang selalu aku buli dulu (Heh! Heh! Heh!). Tapi kan....paling seronok sekali.....bila jumpe Ayuni (Rin Junior). Aku tengok Ani pun seronok sepanjang kami bersama Ayuni. Macam ada chemistry di antara Ani dan Ayuni. Awal2 lagi...Ayuni taknak dengan aku dan Diana tapi dia nampak suka dan selesa bila Ani yang dukung dia. Maybe banyak aura baik pada diri Ani yang buat budak kecik suka kat dia. Emmm...banyak sangat ke....aura jahat kat aku dengan Diana ni?
Kat sana kami menginap di hotel.....emm...hotel apa ye...tak ingat la plak. Apapun terima kasih la...kepada penaja penginapan kami pada hari tu. Lain kali....taja la lagi...ye.
Belah petang selepas tido dengan jayanya di bilik hotel.....aku and the gang dijemput makan mee jawa kat gerai sebelah umah mak mentua Rin. Bak kata orang....rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....jadi kami pun pi la sana. Belah malam.....kami dijemput pulak ke rumah mak Rin....untuk sessi BBQ. Ish! makan lagi....banyak betul makan hari tu! Tapi kan....aku heran betul tengok si Ani dengan Diana tu...depa berdua bila time makan....memang bersemangat. Aku tengok...macam berlawan makan pun ada. Aku plak....relaks je. Yelah...kita ni....makan kena berhenti sebelum kenyang. Eceh! Macam tak percaya je aku yang mengeluarkan ayat2 tu. Emmm.....yang pasti hanya Ani dan Diana je yang tahu.....kenapa...he...he...he...!
Lepas tu....aku and the gang balik ke hotel. Rin dan Ayuni tido di hotel malam tu. Besoknya...kami breakfast di satu kedai mamak kegemaran Rin. Sedang asyik makan....kami agak terkejut dengan gelagat si Ayuni. Ada ke patut dia pi mengorat semua mamat hensem yang makan berhampiran kami. Ish! Ish! Ish!....Ayuni...Ayuni. Mak hang dulu takdak perangai macam tu. Hang pi ambik perangai sapa tu?
Boleh aku katakan di sini.....sepanjang misi ke utara tu....ada 2 benda yang aku tak boleh lupa. Pertama...lauk kenduri kawen Ina yang sedap dan kedua....Ayuni. Bila dah balik KL....asyik teringat kat Ayuni. Aku rasa Ani pun rasa seperti aku rasa. Kesian....Rin. Takdak sapa yang ingat kat dia....!

Sunday, February 28, 2010

Al-Fatihah.....adik Syafiah Humairah Sahari

Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang mendengar dan membaca berita tentang adik Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun yang mati didera oleh teman lelaki ibunya.....merasa marah dan sedih. Semalam mase melihat Buletin Utama....aku rase macam nak belasah je mamat yang kejam tu. Sampai hati seorang manusia...Muslim pulak tu....memperlakukan kanak-kanak sekecil itu macam tu. Aku harap mamat tu digantung je, tapi sebelum tu...elok je dikenakan hukuman rotan untuk beri dia rase macam mana sakitnya dipukul.
Ramai orang nak anak.....tapi sayang takde rezeki lagi. Ada orang yang ada anak pi....buang...pi dera. Emm....ntah la. Tapi aku heran....kenapa si ibunya tidak bertindak melaporkan perkara ini kepada Polis..awal2 lagi? Takkan tak nampak kesan lebam atau apa2 tanda yang pelik kat badan si anak tu? Bila aku tengok muka si ibunya macam...ntah laa....macam muka tak boleh percaya je.

Bila tengok Atuk arwah Syafiah menangis di Buletin Utama semalam....aku pun menitiskan airmata. Yelah...kadang2....dalam hidup kita ni.....biasa berlaku seperti pepatah lama ni..."bile dah terhantuk, baru nak mengadah". Bila dah berlaku sesuatu...baru kita nak tersedar dan masa tu...dah terlambat. Atuk arwah pernah melihat kesan parut dan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok di kaki dan bawah dagu arwah. Sepatutnya setiap ahli keluarga lebih peka dan mengambil tindakan awal bagi mengelakkan perkara lebih buruk daripada berlaku. Tetapi sayang semuanya sudah terlambat.

Kepada arwah Syafiah Humairah Sahari......sama-samalah kita sedekahkan.....Al-Fatihah.

Saturday, February 6, 2010

Motor cum Basikal

Mase aku jalan2 kat Pasar Jerantut tempoh hari...tetibe aku ternampak sesuatu yang dah lama sangat aku tak tengok. Kalau tak silap....kali terakhir aku tengok mende alah ni....masa aku kecik2..umur dalam 6 tahun gitu. Namanya pun aku dah lupa. Tapi yang pastinya....mende alah ni...adalah motorsikal yang juga berfungsi sebagai basikal.

Ni gambar sorang auntie yang susah payah cerita kat aku yang motor ni boleh juga digunakan sebagai basikal. Motor ni, bukan dia punya.....tapi sorang uncle yang keje kat dalam pasar tu yang punya.
Aku ingat lagi masa umur dalam 6 tahun....ada sorang jururawat desa (bidan) yang menggunakan motor/basikal ni untuk pi keje...lawat pesakit. Aku cuba mencari sebarang info di internet...tentang motor/basikal ni, tapi sayang...takde. Tertekan gak rasa...bila tak dapat ingat nama motor/basikal ni. Nantilah...bila sembang dengan kakak2 dan abang2 aku next week...aku akan tanya. Kot2 la depa ingat lagi.

Housemate aku kata....mende alah ni masih ada digunakan di negara China. Emm.....walaupun dia tak pernah pi China....tapi aku menerima pakai kenyataannya itu. Maybe.....maybe orang sana masih gunakan. Nantilah aku minta Ms Ng....(boss aku) dapatkan info tentang ni kat internet. Kalau aku reti bahasa Mandarin kan senang.

Gambar yang ni...aku ambik mase kat Pasar Tani...belakang bangunan pasar Jerantut. Yang ni...nampak macam baru.

Emm....mana nak dapat info ni? Susah nak cerita.....tapi yang pasti...aku agak tertekan nak tahu ape ke namanya....mende alah ni.

Monday, February 1, 2010

RM 2.00 Car wash

Sabtu lepas, on the way pi Jengka, aku singgah jap kat bandar Temerloh. Saje....jalan2. Tak jauh selepas Cowboy Temerloh, selepas satu traffic light........aku tetibe tertarik dengan satu tempat car wash ni.


Macam tak percaya pulak bile tengok bayaran yang dikenakan hanya RM 2. So, aku pun try la.

Step pertama : beratur.

Walaupun, barisannya agak panjang, tapi aku tetap sabo menanti. Lagipun tak lama la menunggu turn aku tu sampe. Sekejap je...dalam 10 minit gitu.

Ni gambaran kereta yang beratur kat belakang aku. Ada lagi kereta kat belakang tu....panjang Q dari pintu masuk lagi.

Step kedua : Kereta akan dibasuh menggunakan automatic high pressure water sprinkler. Kat situ jugak ada 2 orang yang akan stanby untuk manual sprinkler dan basuh tayar.

Step Ketiga : Ada 2 orang mamat yang akan spray buih pencuci (snow) kat kereta customer.



Step Keempat : Masuk dalam mesin basuh kereta (namanya aku tak pasti). Masa ni, sume kereta kena buat free gear dan tak boleh tekan brek. Kereta akan bergerak sendiri di atas rolling floor. Masa ni....aku nervous gak.....sebab tak penah buat. Kat sini ada 2 orang mamat lain yang akan standby kalu jadi apa2.


Mase aku tengok kete depan tu masuk mesin tu.....tetibe je aku teringatkan cerita Batu Belah, Batu Bertangkup. Dan tetibe je....aku nervous.

Step Kelima : 2 orang mamat akan lap kereta dan menerima bayaran RM 2. Oleh kerana agak teruja dengan proses basuhan tu, housemate aku bayar RM 3 ( plus RM 1 sebagai tips tanda puas hati). Basuhannya boleh tahan....bersih.


Sesape nak vacum kete, bole buat gak, sebab aku tengok ada yang pi vacum. Kena tambah bayarannya kot, kalu nak vacum. Aku tak buat la....sebab masih dalam keadaan terkejut dengan situasi di dalam mesin tu tadi. Aku cuma pikir nak blah dari situ je.

Bagi aku, memang menarik RM 2 car wash ni. Ada gak kat Jalan Genting Klang yang buat concept cenggini, cuma bayarannya RM 4. Dan dengar2nya ada gak kat tempat lain yang kenakan bayaran cuma RM 1. Ntah la....betul ke tidak. Tapi alangkah bestnya kalu ada car wash cenggini kat area umah aku kat Segambut dan bayarannya hanya RM 2.

Wednesday, January 20, 2010

A birthday wish to a VIP.....

Today is a birthday of somebody that really important to me. So, to that VIP, I would like to wish you......happy birthday. A birthday is just the first day of another 365 days journey around the sun. Just enjoy your trip. Belive me....my dear, the more you praise and celebrate your life, the more there is in life to celebrate.
Don't be afraid of ages. You will realise that you are as young as your faith, as old as your doubt, as young as your self-confidence, as old as your fear, as young as your hope, as old as your despair.
Along that journey you will find that you are not a year older, but a year better.
Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true! And may today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
loves,
-Jumir-
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK