My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, January 6, 2012

Please help them...!

Aku amat sibuk dengan tugas2 kewangan akhir dan awal tahun. Aku pasti kawan2 "W" yang lain pun sama. Arini settle keje ikut dateline yang ditetapkan....Alhamdulillah. Maka arini....aku berpeluang bersantai dan baca paper time rehat (yang biasanya aku gunakan untuk bekerja). Tapi tetibe....terbaca artikel page 1-4 column Mega, Utusan Malaysia yang buat hati aku rase sedih. 

Kisah kesusahan Puan Farah Mohd Nor
dan 8 orang anak beliau.
Ini adalah salah sebuah keluarga
yang menjadi mangsa kemiskinan bandar.


Sedang kanak-kanak lain yang sebaya sibuk menelaah pelajaran dan berpeluang mencuba pakaian sekolah setiap kali memasuki tahun baru, dua beradik ini, Mohd. Firdaus, 15, dan Mohd. Fadhil, 14, hanya akan ‘meronda’ di kawasan sekitar untuk mencari apa sahaja yang dirasakan dapat ‘dijadikan’ duit.

Mereka bukannya tidak mempunyai ibu dan bapa, malah di bawah mereka terdapat enam lagi adik-adik lain, Mohd. Faroq, 13, Nor Atiqah, 11, Mohd. Fikri, 10, Nur Faizah, 7, Nur Shafiqah, 4, dan Mohd. Faris, 8 bulan.

Bagaimanapun empat lagi adik mereka berpeluang ke sekolah biarpun kehadiran mereka ke sekolah amat minimum. Apa yang menyedihkan, biarpun ke sekolah, keempat-empat mereka masih tidak boleh membaca dan menulis, manakala dua lagi adik mereka yang masih kecil disahkan doktor mengalami kekurangan zat nutrisi.

Menurut ibu mereka, Farah Mohd. Nor, 31, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, bukanlah niatnya untuk membesarkan anak-anak dalam kehidupan daif seperti itu. Kenyataan hidup yang perlu dihadapi mereka menyebabkan jalan susah itu terpaksa dipikul oleh dua anak remajanya dan adik-adik mereka yang lain. ‘‘Bukanlah niat kami (suami dan isteri) untuk tidak menyekolahkan anak-anak, saya tahu ini salah kami.

‘‘Pada waktu itu kami baru sedar, kedua-duanya lahir tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kami juga tidak berpelajaran dan tiada pengetahuan. Kedua-dua anak kami itu hanya baru-baru ini mempunyai sijil lahir setelah dibantu oleh salah seorang ahli keluarga,” katanya sebak.

‘‘Saya nak sekolahkan anak-anak saya yang dua orang itu (merujuk kepada Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil). Saya nak masukkan mereka ke kelas tambahan tapi saya tak mampu, nak ajar sendiri pun saya tak mampu. ‘‘Pernah kami anak-beranak tak makan atau hanya makan sekali sehari kerana tiada duit untuk beli makanan."

‘‘Kami pun tak hendak perkara seperti ini terjadi. Kami tak mampu. Suami saya pun tak kuat sangat nak bekerja sekarang selepas berlaku kemalangan menyebabkan tulang bahunya patah. Saya pula tidak bekerja. ‘‘Suami saya sekarang hanya bekerja kontrak mengikut rakan-rakannya, selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sejak bulan Julai lalu. Ada kerja adalah gaji... dapatlah RM100 atau RM200...,” katanya lemah.

Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012



APAPUN, pujian sepatutnya diberikan kepada wanita ini, Adura Kamaruzaman, 30, yang begitu prihatin dengan nasib keluarga lapan beradik ini. ''Kisah saya (Adura Kamaruzaman) bertemu Mohd. Firdaus dan adik-adiknya adalah secara tidak sengaja. "Selepas saya menghantar anak saya ke sekolah pada bulan Julai lalu, dalam laluan pulang saya ternampak empat beradik ini (Mohd. Firdaus, Mohd. Fadhil, Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri) sedang mencari besi buruk di sebuah kawasan perumahan di sekitar Kampung Pandan.

''Atas rasa ingin tahu saya mengekori dan mengambil gambar mereka dari jauh. Selepas itu saya turun dari kereta dan bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak pergi ke sekolah," katanya.

Kata Adura, adik-beradik itu memberitahu, keluarga mereka sedang susah ketika itu, ibu mereka sedang sarat hendak bersalin, ayah mereka pula diberhentikan kerja dan mereka perlu mencari duit untuk menampung perbelanjaan.
Kebetulan pula Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri belajar di sekolah sama dan sebagai YDP PIBG sekolah, Adura terpanggil untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Apa yang dilakukannya kini ialah meminta sesiapa sahaja yang boleh membantu memberikan kelas tambahan membaca dan menulis kepada anak-anak ini agar mereka boleh mendapat kemahiran asas.

''Saya rasa biarlah masyarakat sekeliling yang prihatin turut membantu kehidupan malang anak-anak ini agar masa depan mereka tidak terus diperjudikan."

''Anak remaja seperti Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil ini perlukan panduan daripada orang dewasa yang berakal agar masa depan mereka terurus.

''Kita tidak mahu kehidupan mereka yang sebegini akan menjadikan mereka 'sampah' kepada masyarakat satu hari nanti," katanya.

Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mahu menempatkan anak-anak ini di sebuah asrama yang lengkap dengan kemudahan asas kemahiran menulis dan membaca atau membantu keluarga Farah bolehlah menghubungi Adura di talian 013-3569567.

Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012.

Maka di sini.....saya ingin menyeru sesape yang membaca  tentang perkara ini.....marilah kita sama-sama membantu Adura membantu keluarga ini. Tolong bantu mereka. Fikir2kanlah.....pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan bagi membantu mereka.

Saturday, December 31, 2011

Hepi New Year!!!!

Belum pun sampai masa 12.01 pagi 01.01.2012.....dah berdentum berdentam bunyi mercun kat area umah aku nih. MsTips....dah awal2 gugur (tido...!). Aku plak....baru habis tengok The Prince of Persia buat kali yang ke 4 tahun ni ajer. Tahun lepas....tak ingat brape kali. Biasalah astro.....kalu tak ulang tayang movie dalam berbelas kali...memang tak sah!

Arini ni....31.12.2011...aku habiskan masa pagi dengan pi tengok Kak H swimming n tengok MsTips rendam2 kaki kat dalam pool kat sebuah private club. Berkali2 depa ajak aku mandi....tapi aku segan sebab takde baju mandi yang "sesuai".

Kak H n MsTips bergumbira main air....aku plak...
bergumbira makan 1 1/2 keping roti canai. Hehehe...

MsTips....yang nampak comel. Tapi yang tukang ambik
gambo dia....laaaagggiiii comel.

Lepas habis aktiviti di club....kami bertiga pi
Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, S. Alam.
Saje....nak main salji!
Tiket masuk RM3 sorang pastu kena bayo another
RM3 sorang kalu nak masuk
Taman Iklim Sederhana 4 Musim.
La ni...tengah musim salji....ye tuan2 n puan2.

Pi tempat salji tu kena naik shuttle bus.
Bas ni free je. Naik sepuluh kali pun, takpe.
Waktu operasi shuttle bus = 8.00 am - 4.30 pm
(Selasa - Ahad)

Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Ada cycling, paint ball,
trekking, jogging, dating.....
Macam2 fauna n flora yang ada kat sini.

Laman Budaya pun ada.

Awas!! Landak melintas!
Tak sangka...ada signage cenggini kat sini.

Awas!.....Ada monyet sedang berjalan2. Hehehe....
Tapi kami ber3 adalah manusia yang sedang
melihat monyet berjalan.

Aku yang rase best naik shuttle bus...

Sesekali.....kami akan berselisih dengan bas yang
lain. Banyak bas yang lalu-lalang dan akan berhenti
pick up penumpang di beberapa station kat dalam
Taman ni.

Cantik n nyamannya suasana kat dalam ni.

Map Taman Pertanian ni.
Beso jugak tempat ni. Naik loteh jugak
kami berjalan.

Tu dia.....lepas naik shuttle bus n berjalan kaki sikit.
Pastu cari bumbung kaler merah...
maka kami pun sampe.

Huish...sejuk!....pekerja situ kate...
suhu -7 C. Kak H kate..suhu = -4.5 C.
Sampe berasap-asap mulut.

Cam real jer kan...cam kat oversea gitu.
Errr.....sape yang ambik gambo yang lawo ni?
Sampai orang yang tak berapa lawo
pun bole jadi lawo.
Hush! Siapa la gamaknya photographer itu?
Brilliant sungguh beliau!

Amboi......Kak H n MsTips seronoknya
main salji ye...

Satu lagi hasil kekreatifan photographer
sampai berjaya melawokan
model tersebut.

Kak H n MsTips.....bergaya sakan.

Kak H sedang mencuba keteguhan
palang kayu yang ada di situ.
Ternyata palang tersebut sangat bermutu tinggi.

MsTips yang kesejukan.

Steady....steady.....!

Diaorang berdua ni tak habis2
tot....tet...tot...tet...berborak.

Hehehe....sejuk....!!!

Aku n MsTips  akan mai lagi sini...untuk tengok musim bunga
pada bulan Mac nanti.

Balik jer dari Taman ni....kami pi Subang Parade.....makan2.....shopping2....pastu balik umah. Begitulah aktiviti kami pada hari terakhir sebelum new year 2012. Kepada semua kengkawan. Time kasih atas sms n message di FB yang wish hepi new year tahun 2012 ni. Happy new year to all my friends n may all the success n happiness will be ours.


Monday, December 19, 2011

From Broga With Love....

Disebabkan oleh cabaran yang bertalu2 daripada Rostam, maka aku setuju ikut dia n d' geng (Khai, Haza n Izan) panjat Bukit Broga Sabtu lepas. Eleh....konon....plan naik sesudah Subuh.....last2 aku n MsTips yang naik dulu....Rostam n d' geng time aku nak turun......baru depa naik. Tapi kan...masa panjat bukit tu.....dalam hati aku memang nak marah dekat si Rostam tu.......ngape la dia ajak aku pi naik bukit ni....hampir separuh mati aku menahan diri untuk sampe kat atas tu. Kesian kat MsTips.....dia laju tapi aku agak 'kureng laju' n hampir2 nak muntah.

Kami mula mendaki kul 6.20 am gitu...

Oleh kerana tak tau jalan....kami ikut jer depa ni.

Ni....bile dah cerah......bile nampak macam nak sampe..
rupa2nya tak sampe2 lagi. Lama gak kami naik.
Dalam 50 minit gak.


Bile sampe area sini....rase lega sebab macam dah nak sampe.
Tetapi rupa2nya....belum. Lepas 1st peak yang kat atas tu
ada 2 peaks lagi yang perlu diredah. Hmmmm...

Untuk naik ke 1st peak....kena berpaut pada tali yang disediakan.
Aku wakilkan MsTips saje. Bukan apa...aku kesian tengok
tali tu...lagipun ramai sangat yang sedang memanjat.
Dah la tanah tu agak licin. Kalu aku jatuh...sape yang susah?
Orang2 yang berada di bawah aku jugak yang susah.


Sementara tunggu MsTips....aku menikmati pemandangan.
Masa tu...cuaca masih berkabus.

Dah cerah2 cenggini.....masih ramai yang berduyun2
sampe.

Hmmmm.....kalu takat bergambo berlatarbelakangkan
lalang, baik bergambo dalam semak dekat
umah aku kat kampung nun.

Yeahhhh.....tu dia....MsTips sudah turun.
Bangga aku dengan semangatnya.

Dia kabo kaki dia menggeletar.....sebab susah
naik ke 1st peak. Aku cuma mampu
bagi semangat.
Masa separuh jalan turun....tetibe
jumpa budak cute ni. Umurnya baru 2 tahun.
Aku yang dah umur 18 tahun cenggini...baru blaja naik Broga.
18 tahun?????!!! Itu selepas ditolak sume cuti2 sekolah...
cuti2 semester, cuti umum dan cuti rehat.

La....ada beberapa lorong la plak. Naik ikut mana ni?
MsTips sedang cuba menggunakan firasatnya.
Hmmmm.....

Jalan punya jalan...tetibe jumpa dengan Mek2 berdua ni.
Kate depa...takat tu je depa berdua nak naik.


Sebagai duta ubat nyamuk....beliau sentiasa
menjalankan tugas2 keDUTAannya.
Pantang tengok nyamuk....beliau akan sedaya
upaya membunuh mereka.

Yeahhhhh!!! Juara yang tewas.
Selepas muntah...dia bangun dan berjalan dengan
cerianya.

Haza, Khai n Rostam. Haza bertindak sebagai KURUSETIA.
Khai sebagai AJK pengangkutan dan Rostam sebagai
AJK keSESATan.
Syabas di atas penganjuran mendaki Bukit Broga
pada kali ini.

Tetibe...nampak orang jual2. Macam2 gerai ada.

Yaaa...ini adalah toilet ye tuan2 dan puan2.

Dan akhirnya....sume orang menerpa ke kereta masing2.
Kayo tuan punya ladang ni. Sekali parking...depa
charge RM2. Aritu....punyalah banyak pengunjung
sampe nak parking pun susah.

Nota kaki/tgn: Citer BBQ lepas pi Broga...akan aku ceritakan di lain masa ye...

Sunday, December 4, 2011

Wahai Cik Mata.....tolong la tido malam ni...

Orang dewasa perlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak perlukan masa tidur yang lebih panjang, golongan warga usia emas pula perlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. SUMBER : Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia.

 
Malam tadi...aku minum 3 air ni dan aku tak dapat tido sampai pg.
Lepas solat Subuh dalam 6.30 pg......baru aku dapat tido.
Dan....aku bangun @ 9.00 pg dan sampai sekarang
sikit pun aku tak rasa mengantuk.

Harap2 malam ni aku dapat tido dengan jayanya. Aku ni keje jaga kewangan...so selalu busy keje spashly akhir tahun cenggini n bila bermulanya awal tahun Januari nanti busy aku akan sambung-menyambung macam kilat. Sebagai tanda komitmen pada keje....aku takkan bercuti sepanjang Disember ni dan maybe Januari tahun depan pun.....aku bekukan cuti untuk diri sendiri. Februari 2012 nanti.....aku nak pi bercuti seminggu n maybe habiskan masa dengan tido lama2 sikit tanpa rasa stress n rasa bersalah.

Friday, December 2, 2011

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor

Bila aku dengar Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 2011 malam ni......terus aku terSUKA kat lagu nih. Bukan aku tak suka Anuar Zain tapi aku rasa.....Jac nyanyi lagi best.




Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK