My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Tuesday, August 17, 2010

Kawe ado ket Kelate ni....!

Semalam aku melalui 7 jam perjalanan dengan kereta ke Kota Bharu, Kelantan. Peh...penat dan sakit2 badan dibuatnya. Anyway thanks 2 Faizul....driver yang cekap dalam mencilok dan mencari short cut.

Tu la....patutnya aku naik flight je. Tapi takpe.....good experience dan membuatkan aku dapat berfikir dengan waras sepanjang perjalanan tu.
Bertolak kul 11 am dari umah aku....berhenti kat Gua Musang untuk solat dan kemudiannya tibe kat hotel Grand Riverview, Kota Bharu dalam kul 6 pm gitu.

Pastu kami pi berbuka puasa kat hotel ni. Citer pasal makan ni...buat aku rasa excited. Tapi....korang nengok je la....gambo2 ni.

Sebenarnya banyak menu yang ada sampai aku, Izan dan Ms Ng tak larat nak makan. Sori...la beb...gamba 4 keping jer. Tak sempat ambik sume gamba makanan yang ada sebab menyibukkan diri dengan upacara makan. Sebagai memuaskan hati sume pihak aku tunjuk gamba tempat taruk makanan ni je...boleh?

Menginap kat hotel ni....RM 168 seorang (plus sahur/breakfast n berbuka). Oleh kerana aku dok sebilik dengan Izan....bayaran kami RM 235 bagi 2 orang (plus sahur/breakfast n berbuka). Kalu ikutkan....Buffet Ramadhan kat sini RM 52.00 seorang, sahur pula RM 18.00 seorang. Kira OK la bagi aku.

Saturday, August 14, 2010

Senarai Hotel Halal

Penat aku dok terang kat sorang kwn yang asyik dok petikai Sijil Halal Hotel. Aku dah kabo...kalu nak check, pi je ke http://www.halal.gov.my . Kat situ ada Senarai Hotel siap dengan tarikh expired sijil. Ni adalah laman web Jakim.

Aku bercakap ikut fakta dari Jakim. Kalau tak percaya, pi la ke laman web tu. Toksah dok bising la.....kalau surat kabo tu tak senaraikan.....surat kabo ni...tak senaraikan. Zaman ni kan canggih, maklumat dihujung jari anda. Toksah beli paper kalau takat nak tau info tu.



Majlis Berbuka di PJ Hilton

Beberapa hari ni aku busy JV dengan Aliaa, Junaid & Jazmin memastikan Majlis Berbuka Puasa opis & Birthday Celebration Big Boss Mr J berjalan lancar.
Ramai cakap PJ Hilton provide the best buffet Ramadhan. So...kami try buat kat situ. Lagipun ada promotion for the first week puasa @ RM75 je, berbanding RM 120 rate biasa per pax.

Alhamdulillah majlis lancar, ok, sume puas hati dengan food and everything. Last night Mr J send me a sms saying that "It was a great gathering. We appreciate it."

Ini antara gamba2 majlis malam tadi diambil oleh seorang photographer yang semi pro. Tapi korang layan je la. Nak tengok gambar2 lain...bole la pi FB.





Friday, August 13, 2010

Pose Ari Ke3...

Syukur dah masuk hari ketiga pose. Aktiviti setakat ni :
  1. Pose = Berjaya dengan jayanya.

  2. Berbuka = Ala kadar. Tapi dah 2 kali berbuka lauk sup ayam....(emm...nasib sedap housemate aku buat)

  3. Tarawih = Malam tadi tak berdaya maju sebab tak sihat. Rasa tak syok pulak tak buat.

  4. Ngaji = Tak habis lagi Al Baqarah yang 286 ayat tu. Akan aku speed up lepas ni. Lagipun baru mula jugak.

  5. Sahur = 2 sahur ayanq kosong dan 1 sahur roti cicah sup ayam yang dah 2 kali aku buat makan berbuka. Emm...harap2 aku tak jumpa dah sup ayam utk jangka masa at least seminggu ni.

  6. Balik kg berbuka puasa dgn family = Tak lagi. Next week kot.
  7. Berbuka kat luar = coming soon PJ Hilton on 13.08.2010.


Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan



Hari ni first puasa. Sahur minum air je. Aku jarang makan beriya time sahur ni. Kadang2 nak bangun pun payah. Nasiblah ada housemate yang prihatin.....yang akan hulurkan air untuk diminum kat katil aku. Cuma pagi ni....aku bangun sendiri.

Alhamdulillah semalam berjaya bertarawikh untuk malam pertama. Walaupun hajat aku nak bertarawikh kat Masjid Wilayah (hajat yang aku buat pada setiap tahun) masih tak kesampaian, aku masih berjaya buat kat umah.

Insya-Allah, aku akan gandakan usaha menguatkan diri dan mengatasi halangan untuk mencapai hasrat aku tu.

Kepada semua....Selamat Menyambut Ramadhan.






Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK