My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, June 11, 2010

S.Afrika vs Mexico

La ni aku tgh tunggu perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Dah nak start pun. Senyap sunyi kat bawah flat umah aku ni. Kalu tak....mesti bising dengan suara budak2. Maklum la....musim cuti sekolah. Tapi sebab World Cup punya pasal....sume dok umah tengok tv.
Aku pun merasai kemeriahannya walaupun sengsorang je nengok tv ni. Housemate aku telah gugur di medan perjuangan kira2 pukul 9 pm tadi. Letih kot....
Teringat zaman tengok bola World Cup kat kampung dengan adik-beradik aku masa kami kecik2 dulu. Syok tengok ramai2....!
OK la....taknak citer banyak. Aku nak nengok game ni. Aku teka....Mexico menang 2-1. Enjoy the show....!

Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie


Selepas insiden Mavi Marmara...aku makin tekad memboikot produk yang ada kena-mengena dengan Israel. Kini sama-samalah kita berdoa semoga kapal Rachel Corrie selamat sampai ke bumi Palestin dan semoga semua sukarelawan misi ini berada di dalam keadaan yang selamat.

Aku tak heran kalau ada masyarakat dunia bukan Islam yang masih menutup mata dengan kejadian ini sebab ada saudara seIslam kita yang turut bersikap begitu. Setakat kutuk...kecam...bagi aku tak jadi ape kat Zionis tu.
Aku.....sebenarnya heran...kenapa negara Islam berhampiran bumi Palestin tidak bertindak. Demi saudara seagama yang teraniaya....jika aku laa...kan, aku akan halakan semua senjata canggih aku ke Israel....walaupun kepala aku diacukan sepucuk pistol sekalipun. Mesir, Jordan, Syria dan Libya adalah antara negara yang paling hampir dengan Israel, depa sepatutnya buat sesuatu.


Wednesday, April 14, 2010

Aku dan nasi

Dalam masa sebulan ni....aku tak lalu sangat makan nasi. Aku makan atas dasar aku perlu makan dan cuba untuk melupakan peristiwa bersejarah yang berlaku 24 Mac yang lalu.
Kisahnya begini....
Pada 22 Mac...aku beli 5 kilo beras Faiza Herba Ponni di Giant, Brem Mall, Kepong. Kononnya nak jaga kesihatan dengan memakan beras yang sebagus itu. Nak jadi kisah....aku pun memasak la....24hb tu. Maklumlah...malam menjelang birthday aku la katakan. Since aku dan housemate tak merancang ke mana-mana, aku ingat nak masak la lauk favourite aku......asam pedas ikan. Yang bestnya, aku masak asam pedas tu dulu. Sambil2 tu aku basuh la beras tu. Masa basuh beras....aku dapat merasa kelembutan beras tu. Si housemate aku pulak.....pi la transfer baki beras yang dalam kampit (plastik) tu ke dalam sebuah tupperware.


Semasa proses transfer, housemate aku pi la belek2 beras tu. Mungkin dia pun dapat rasakan kelembutan beras tu. Setelah beras yang aku masak dah nak bertukar jadi nasi, tiba2 je housemate aku menjerit. "Ada ulat dalam beras!". Aku kata...."Ala...biasa la, kalu ada bubuk dalam beras, boleh buang". Selepas dia tunjukkan aku rupa paras ulat tu...aku terus tutup api dapur. Mak ai....ulat dia macam ulat sampah.....warna putih, sebesar dan sepanjang saiz beras, berkepala hitam dan masih hidup. Masa tu housemate aku dah asingkan 5 ekor daripadanya ke dalam satu tupperware kecik.

Oleh kerana tak tahan geli tengok ulat tu....aku tutup tupperware dan ikat kampit beras. Pastu aku call Giant dan report apa yang berlaku. Depa kata aku boleh tukar beras tu balik dengan duit atau dengan beras lain. So, aku pilih duit.

Sejak itu...aku fobia dengan beras dan nasi. Dalam 4,5 hari gak aku ambil masa untuk makan balik nasi. Tapi bila makan, aku akan teringat kisah 24 Mac tu. Aku tak tau la...salah sape dalam hal ni....Giant ke atau Beras Faiza. Yang pasti.....la ni..umah aku beli beras yang jual sekilo-sekilo tanpa cap apa-apa yang dijual kedai kat depan umah. Itupun bila masak....aku akan belek beras tu betul2...kot2 la kan.

Tuesday, April 13, 2010

Exam PTD

Last Saturday aku pi exam untuk masuk ke Gred 41 - PTD di Cherating, Kuantan, Pahang. Buat pertama kalinya dalam sejarah, aku exam sekali dengan housemate aku....Ani dan seorang lagi kawan....Liza. Cuma depa berdua tu ambil exam untuk post lain. Kami siap bergamba lagi kat dalam examination hall tu.
Tapi tension gak dengan exam tu. Sampe rasa nak muntah la....dengan soalan-soalannya. Ada yang bagi komen susah. Ada gak beberapa orang yang aku borak kat toilet cakap lebih senang dari sebelum2 ni. Ntah...aku no komen. Aku jawab sedaya yang mampu dan selebihnya aku berserah kepadaNya. Kalu ada rezeki aku, ada la. Kalu takde....takpe, aku redha.
Cuma hari ni....aku terasa bengang dengan sorang PTD yang aku lebih suka panggil nama dia sebagai.....G. Berlagak semacam! Apa bagus sangat ke jadi gred 41....baru keje plak tu. Belum sah jawatan, dah berlagak.....dengan seseorang macam aku yang dah keje lama. (He3....lama ke aku ni keje?Emm...ada la...dalam 7 1/2 tahun...jer). Cuma statement tu je yang aku nak cakap dalam ni. Selebihnya....aku nak simpan dalam hati saje tanpa berkongsi dengan korang yang membaca di alam maya ni. Biarlah rahsia.
Berbalik pada kisah exam tadi.....aku harap aku, Ani dan Liza berjaya untuk lepas ke level yang seterusnya. Bos aku ada bertanya, kalu aku berjaya dan ditawarkan jadi PTD, aku nak terima atau tidak? Jawapan aku ntah. Kalu ikut nature keje aku kat department sekarang, dah macam PTD dah. Cuma cita-cita lebih kepada nak jadi Akauntan. Tapi kalu itulah rezeki yang dikurniakan olehNya, aku terima saje. Korang yang membaca ni....doa2kanlah aku dimurahkan rezeki. Doa2 sekali aku takkan jadi 41 yang macam G tu. Amin.

Thursday, March 25, 2010

Aku mai ke utara....

Sabtu hingga Ahad minggu lepas...aku, Ani dan Diana pi ke negeri-negeri belah utara bagi menyelesaikan 2 misi yang bagi aku....penting. Pertama adalah pi kenduri kawen kawan aku.....Ina kat Kg. Charoh, Baling, Kedah. Dan Kedua....pi jumpa Rin dan Rin Junior yang dah lama aku tak jumpa kat Penang.
Kami bergerak kul 7 pagi dari KL Sentral dan sampai kat umah pengantin dalam kul 12.15 tgh tanpa sesat! Macam tak percaya je...tak sesat sebab kalu ikut sejarah pi berjalan dengan Diana....sah aku akan sesat.
Sampai kat umah pengantin...awal2 dah bergamba. Jumpe pulak si Ita, Zila dan Ina Melaka...mmph...apa lagi....bergamba sakan la kami. Kadang2 aku terasa macam terlebih sakan dari pengantin la pulak. Lepas tu....sessi makan. Haa....yang ni yang aku tak tau macam mana nak cerita betapa sedapnya lauk-pauk kenduri tu. Kat sini....aku boleh rumuskan bahawa lauk kenduri Ina adalah antara yang tersedap aku penah makan. Tapi yang kurang sedapnya....bila dah balik KL, aku dengar cerita Ita dan Zila dibekalkan lauk yang sedap tu untuk di bawa balik...tapi aku tak dapat pun. Tak aci....! Ita cakap kat aku " Awat ko balik awal, kitaorang balik lambat."
Memang hari tu...aku terpaksa balik awal dan tak dapat tunggu pengantin lelaki sampai sebab aku taknak la....Rin kat Penang tunggu aku lama sangat. Kepada Ina......aku tak kecik ati pun pasal lauk tu.....aku cuma dengki jer....kat Ita dan Zila.
Dari Baling.....aku pi ke arah Bukit Mertajam. Rin dok kat situ. Haa....arah pi Penang ni....kami tersalah masuk jalan sikit. Korang teka je la...sape punya angkara. Tak lain tak bukan si Diana la yang punya angkara. Dia bagi ajaran sesat kat aku. Tapi nasib baik Rin mai ambik kami.
Bila jumpa Rin....aku rasa seronok sangat. Yelah....dah lama aku tak jumpa budak yang selalu aku buli dulu (Heh! Heh! Heh!). Tapi kan....paling seronok sekali.....bila jumpe Ayuni (Rin Junior). Aku tengok Ani pun seronok sepanjang kami bersama Ayuni. Macam ada chemistry di antara Ani dan Ayuni. Awal2 lagi...Ayuni taknak dengan aku dan Diana tapi dia nampak suka dan selesa bila Ani yang dukung dia. Maybe banyak aura baik pada diri Ani yang buat budak kecik suka kat dia. Emmm...banyak sangat ke....aura jahat kat aku dengan Diana ni?
Kat sana kami menginap di hotel.....emm...hotel apa ye...tak ingat la plak. Apapun terima kasih la...kepada penaja penginapan kami pada hari tu. Lain kali....taja la lagi...ye.
Belah petang selepas tido dengan jayanya di bilik hotel.....aku and the gang dijemput makan mee jawa kat gerai sebelah umah mak mentua Rin. Bak kata orang....rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....jadi kami pun pi la sana. Belah malam.....kami dijemput pulak ke rumah mak Rin....untuk sessi BBQ. Ish! makan lagi....banyak betul makan hari tu! Tapi kan....aku heran betul tengok si Ani dengan Diana tu...depa berdua bila time makan....memang bersemangat. Aku tengok...macam berlawan makan pun ada. Aku plak....relaks je. Yelah...kita ni....makan kena berhenti sebelum kenyang. Eceh! Macam tak percaya je aku yang mengeluarkan ayat2 tu. Emmm.....yang pasti hanya Ani dan Diana je yang tahu.....kenapa...he...he...he...!
Lepas tu....aku and the gang balik ke hotel. Rin dan Ayuni tido di hotel malam tu. Besoknya...kami breakfast di satu kedai mamak kegemaran Rin. Sedang asyik makan....kami agak terkejut dengan gelagat si Ayuni. Ada ke patut dia pi mengorat semua mamat hensem yang makan berhampiran kami. Ish! Ish! Ish!....Ayuni...Ayuni. Mak hang dulu takdak perangai macam tu. Hang pi ambik perangai sapa tu?
Boleh aku katakan di sini.....sepanjang misi ke utara tu....ada 2 benda yang aku tak boleh lupa. Pertama...lauk kenduri kawen Ina yang sedap dan kedua....Ayuni. Bila dah balik KL....asyik teringat kat Ayuni. Aku rasa Ani pun rasa seperti aku rasa. Kesian....Rin. Takdak sapa yang ingat kat dia....!
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK