My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Monday, January 30, 2012

Party..!!!!Party!!! Party...!!

Hmmm....aku n MsTips....tak habis2 dengan party dan makan2. Semalam...Kak S host a birthday party untuk MsTips n Kak Z. Tetamu jemputan hanya kami2 ajer....semua ada 5 orang. Bile dah borak2....tetibe rase macam reunion ITM/UiTM la plak....takpun...macam perjumpaan senior n junior. Hahaha...it was fun! And the food are super delicious! TQ to the Master Chef Kak S n Master Chef Kak Su.

Jamuan tu start lepas Maghrib....bile start.....tetibe ada bunyi berdentam-dentum bunyi mercun....yang macam meraikan party tu aje. Lepas 1st round sesi makan.........kami tengok Juara Lagu. Macam sesuai jer....aturcara majlis malam tadi.

Makanan yang ada atas meja....

Siap ada steamboat.....ala2 Tupai2 gitu...

Ini meja untuk dessert.....

Lepas penat bagi komen2 ala2.....juri awam tak berapa nak bertauliah di atas setiap persembahan....n penat memikirkan apakah relevannya Faizal Tahir bubuh api kat piano dengan lagu Karmanya itu......kami memulakan sesi makan round ke2 sambil2 dengar lagu2 tribute utk Arwah Sudirman. Kenyang giler.....! Tu la sebabnya aku tak letak gambo masa kami makan........sebab kurang enak bile dilihat orang. Hahaha....

Makan2...lepak2 cenggitu memang seronok....lebih2 lagi...bile bersama orang2 yang satu kepala. Malam tadi memang best....cuma yang kurang best bile tengok lagu Karma dapat nombor 3 AJL. Yelah...aku ni kan.....juri yang tak berapa nak bertauliah....tapi rasanya ada lagi lagu lain yang lebih layak rasanya.

Dah la....malas nak mengata lelebih. Congrat la pada Hafiz...3 trio beribu sesalan n Alyah. Bagi aku....patutnya lagu Alyah dapat nombor 3. Sekian.

Sunday, January 29, 2012

Siapa Juara?????

Sumber : Pancaindera arini, 29.01.2012 (Ahad)
page
26. Bacalah Pancaindera...

Walaupun fokus kekalahan 1-2 MU kepada Liverpool malam tadi....mengganggu fikiran. Tetapi fokus ke atas  Juara Lagu malam ni....masih maintain. Bile nak plan jalan2 n makan2 pun....kena ambil kira masa Juara Lagu start. Arini banyak aturcara majlis yang terpaksa aku "kasi potong!" supaya aku tak penat....supaya aku tak tido awal...untuk memberi laluan kepada masa untuk Juara Lagu.

Pi pasar Shah Alam...pi opis....hatta pi beli paper kat kedai depan umah pun aku "kasi potong!". Cuma aku akan layan jemputan pi party umah Kak S petang nanti sebab dia nak raikan birthday MsTips n sorang kawannya. Yang lain....kasi potong!


Friday, January 27, 2012

Wish You Were Here...


Lyrics | Avril Lavigne lyrics - Wish You Were Here lyrics


I  love this song n I wanted to share it with friends who always stand by me all this while. Just ignore any unpleasant words in the lyric....the most important is...I wish you were here...

Thursday, January 26, 2012

Seal dan Heidi Klum Akhirnya.....Berpisah

Sebelum ni...aku kagum dengan Heidi sebab boleh
bersama dengan Seal. Tapi....itulah....
kalau takde jodoh....berpisah jugak.


AMERIKA SYARIKAT, 25 JAN, 2012: Setelah lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti antarabangsa Heidi Klum, 38 dan Seal,48 mengambil keputusan untuk berpisah. Dalam laporan US Weekly, penyanyi soul dan R&B, Seal atau nama sebenarnya, Seal Henry Olusegun Olumide Adeola Samuel, menyatakan mereka berpisah secara baik kerana masih menyayangi antara satu sama lain.

"Saya akui kami melalui rumah tangga yang sangat bahagia dan saling sayang-menyayangi. Tetapi selepas menyelami jiwa masing-masing, kami membuat keputusan untuk berpisah.

"Namun cinta kami sangat mendalam dan kami saling hormat menghormati. Saya tidak rasa kami boleh menghapuskan rasa sayang dengan begitu sahaja," katanya.

Pasangan popular ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga orang anak. Sebelum ini pelbagai laporan media telah menyiarkan berita pada hujung minggu lalu mengenai keputusan Klum untuk memfailkan perceraian dengan Seal di Mahkamah Daerah Los Angeles .

Sumber : murai.com

Wednesday, January 25, 2012

CEDERA....

Kadang2...tanpa disangka2....benda yang tak merbahaya seperti clear folder file pun boleh mencederakan kite. Buktinya masa aku sedang update Borang SPA8i....tetibe jer file tu jatuh dan menimpa kaki aku yang cantik ini....lalu telah melukakannya. Darah yang keluar...idak la banyak mana tapi rasenya pedih...


Saje letak muka Agnes...Despicable Me..
yang comel ini...sebab dia comel
macam aku...(perasan!)

Bile pikir2....dah agak banyak kecederaan yang aku alami sejak kecik sampe la....tahap dewasa....umur sekarang. Dulu2...masa kecik2....jatuh bawah pokok...tersangkut celah batang pokok....itu perkara biasa. Terantuk kepala...kena hantuk kepala sampai patah gigi pun pernah. Belum kira masa jatuh basikal...kena kejar dengan anjing....kena gigit dek lintah n pacat. Pernah gak aku terbakar sikit kat kulit gara2 main api. 

Bila dah agak beso sikit....aku selalu cedera kerana bersukan......yelah masa main bola jaring, hoki....footsal dan macam2 lagi. Itu semua mendatangkan kecederaan yang kadang2 agak teruk n pernah gak masuk hospital kerana kecederaan tersebut n pernah la....jugak merasa kena jahit. Tapi yang bestnya tak banyak parut yang tinggal kecuali yang kena jahit n parut lutut yang terkoyak.

Ooo...yeahhh.....Minion yang comel.

Tapi itu semua kecederaan fizikal. Kecederaan mental....takat ni takde kot. Tapi kecederaan emosi tu pernah n normal macam orang2 lain jugak.  Sape yang tak pernah sedih....kecewa...putus asa...kan? Cedera emosi ni....parutnya tak nampak....tapi sentiasa berbekas di hati kita. Cederanya sangat pedih.....lebih pedih dari jatuh basikal dan koyak lutut. Bile aku sedih cenggitu.......aku akan memotivatekan diri sendiri dengan berfikir begini....."kalau kite rase kite rase sedih...susah...ada orang yang rase lebih sedih n susah dari kite....so, apalah sangat sedih n susah tu kan....??"

Muka sedih...yang comel.

Hmmm... aku tgh mencari kekuatan untuk mengisi ubat kat kaki aku yang cedera tadi.....takut pedih! Cakap pandai....bile buat sendiri....susah.

So...idup mesti sentiasa hepi...!!!!
Macam Margo, Edith n Agnes ni....


Saturday, January 21, 2012

Happy Birthday....MsTips.

Semalam....kami kawan2 meraikan birthday....MsTips....yang ke....hmmmm.....susah nak kire! Kalu pi tolak...campur... bahagi...darab pun...tak dapat jawapannya. Hanya orang yang genius jer....yang mampu bagi jawapan yang betul.

Sambil diringi lagu birthday oleh musician....
waiter membawa kek kepada
birthday girl....yang nampak tergezut...gitu.

MsTips.....tgh malu2....n Incik2 musician
masih belum habis nyanyi lagi.

Amani yang comel....sedang
memakan kek birthday MsTips
dengan jayanya.
Aku tak bole lupa bapaknya bercerita
yang dia dan Amani makan nasi n sup kambing
semangkuk beso kat China.
Ala....bapak Amani....berapa suap la si Amani
tu mampu makan. Kabo je la...kamu yang makan.


Semua yang hadir......adalah termasuk photographer...
Ada yang tak dapat hadir...last minutes..
macam Mr. T n family sebab Mr. T lambat
sampe dari meeting kat Ipoh.
Pastu Kak S yang berada di Batu Pahat
n Mr. Tam yang.....ada hal.
Sorang lagi adalah Mr. H yang.....setakat ni attendance
sangat tidak memuaskan.
Tapi....Kak S kata.....dia akan belanja aku n
MsTips kemudian.....
Kepada MsTips....hepi birthday 2 u. Moga kamu dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dunia dan akhirat dan semoga segala doa dan harapan dimakbulkan olehNya. Amin....

Sunday, January 15, 2012

Mangga (Padlock) Bukti Cinta

Rancangan baru TV3, Dunia Tersembunyi....last week ada paparkan tentang couples yang bercinta suka datang ke Yellow Mountain (Gunung Huangshan), China dan meletakkan mangga sebagai lambang ikatan cinta mereka.

Ada foreign blogger yang menulis....kononnya
sape yang nak tie-the-knot...akan
letak padlock kat sini. Pastu bile depa divorce
depa kena mai sini n cabut balik  padlock tu.
Tapi katanya.....impossible boleh buat
sebab pekerja2 kat situ akan cabutkan
ribuan padlocks yang ada untuk bagi ruang
pada orang lain plak letak kat situ.

Di Wroclaw Poland, Paris n beberapa negara eropah....couples suka kuncikan padlock kat jambatan sebagai tanda cinta n ada juga sebagai tanda yang depa dah kawen. Sekarang ni...negara2 lain selain Eropah pun ngikut sama aktiviti ini.

Ni dekat Paris.
Ni dekat Luzhkov Bridge, Moscow, Rusia......padlock dikunci
di pokok besi.

Ini plak love padlocks yang dipasang di N Seoul Tower.

Ni plak padlock kat umah aku. Padlock ni bukanlah
tanda cinta aku kat sape2...
tapi sebagai tanda yang aku berjaga2
dengan pencuri2 kat area umah aku.
Dengarnya....umah depan aku kena pecah n rompak
pertengahan last year. Pastu...umah satu level dengan aku
plak kena rompak bulan lepas.
Baru2 ni....dengarnya ada cubaan pecah umah
di blok lain dalam area Taman aku ni.

***Aku tengah cari alarm padlock sebab padlock biasa sekarang dah tak berapa selamat dah.

Saturday, January 14, 2012

Tips Penjagaan Baju Renang

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini ada tips untuk diamalkan :

1) Lepas guna, bilas dan terus sidai. Cara sidai plak......

Tak bole sidai begini....

Begini pun.....tidak bole jugak.

Dekat cahaya matahari pun....tak boleh.

Begini.....boleh...(terlipat dua dan tidak terdedah
kepada cahaya matahari). Mengapa begini?
Rationalnya terlipat dua adalah supaya
baju tersebut tidak jadi memanjang.
Ngapa aku tau? Sebab ada budak Parkson yang jual
baju renang tu yang pesan.
Nape tak bole sidai bawah terik matahari?
Supaya tak cepat rosak.

2) Jangan cuci baju renang dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain.

3) Jangan cuci dengan mesin basuh.

4) Jangan rendam.

5) Jangan perah atau spin.

6) Jangan iron.

Sumber : berenang-renang.blogspot.com

TQ kepada pemilik sume gambo2 di atas iaitu : www.visualphotos.com, tszuji.co.uk, the national.ae dan pagihari.solarstreak.com



TQ kepada Kak H yang bawak aku n MsTips blaja renang arini. Seronok!! Minggu depan....before balik kampung....nak pi lagi.

Friday, January 6, 2012

Please help them...!

Aku amat sibuk dengan tugas2 kewangan akhir dan awal tahun. Aku pasti kawan2 "W" yang lain pun sama. Arini settle keje ikut dateline yang ditetapkan....Alhamdulillah. Maka arini....aku berpeluang bersantai dan baca paper time rehat (yang biasanya aku gunakan untuk bekerja). Tapi tetibe....terbaca artikel page 1-4 column Mega, Utusan Malaysia yang buat hati aku rase sedih. 

Kisah kesusahan Puan Farah Mohd Nor
dan 8 orang anak beliau.
Ini adalah salah sebuah keluarga
yang menjadi mangsa kemiskinan bandar.


Sedang kanak-kanak lain yang sebaya sibuk menelaah pelajaran dan berpeluang mencuba pakaian sekolah setiap kali memasuki tahun baru, dua beradik ini, Mohd. Firdaus, 15, dan Mohd. Fadhil, 14, hanya akan ‘meronda’ di kawasan sekitar untuk mencari apa sahaja yang dirasakan dapat ‘dijadikan’ duit.

Mereka bukannya tidak mempunyai ibu dan bapa, malah di bawah mereka terdapat enam lagi adik-adik lain, Mohd. Faroq, 13, Nor Atiqah, 11, Mohd. Fikri, 10, Nur Faizah, 7, Nur Shafiqah, 4, dan Mohd. Faris, 8 bulan.

Bagaimanapun empat lagi adik mereka berpeluang ke sekolah biarpun kehadiran mereka ke sekolah amat minimum. Apa yang menyedihkan, biarpun ke sekolah, keempat-empat mereka masih tidak boleh membaca dan menulis, manakala dua lagi adik mereka yang masih kecil disahkan doktor mengalami kekurangan zat nutrisi.

Menurut ibu mereka, Farah Mohd. Nor, 31, yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur, bukanlah niatnya untuk membesarkan anak-anak dalam kehidupan daif seperti itu. Kenyataan hidup yang perlu dihadapi mereka menyebabkan jalan susah itu terpaksa dipikul oleh dua anak remajanya dan adik-adik mereka yang lain. ‘‘Bukanlah niat kami (suami dan isteri) untuk tidak menyekolahkan anak-anak, saya tahu ini salah kami.

‘‘Pada waktu itu kami baru sedar, kedua-duanya lahir tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Kami juga tidak berpelajaran dan tiada pengetahuan. Kedua-dua anak kami itu hanya baru-baru ini mempunyai sijil lahir setelah dibantu oleh salah seorang ahli keluarga,” katanya sebak.

‘‘Saya nak sekolahkan anak-anak saya yang dua orang itu (merujuk kepada Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil). Saya nak masukkan mereka ke kelas tambahan tapi saya tak mampu, nak ajar sendiri pun saya tak mampu. ‘‘Pernah kami anak-beranak tak makan atau hanya makan sekali sehari kerana tiada duit untuk beli makanan."

‘‘Kami pun tak hendak perkara seperti ini terjadi. Kami tak mampu. Suami saya pun tak kuat sangat nak bekerja sekarang selepas berlaku kemalangan menyebabkan tulang bahunya patah. Saya pula tidak bekerja. ‘‘Suami saya sekarang hanya bekerja kontrak mengikut rakan-rakannya, selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan sejak bulan Julai lalu. Ada kerja adalah gaji... dapatlah RM100 atau RM200...,” katanya lemah.

Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012



APAPUN, pujian sepatutnya diberikan kepada wanita ini, Adura Kamaruzaman, 30, yang begitu prihatin dengan nasib keluarga lapan beradik ini. ''Kisah saya (Adura Kamaruzaman) bertemu Mohd. Firdaus dan adik-adiknya adalah secara tidak sengaja. "Selepas saya menghantar anak saya ke sekolah pada bulan Julai lalu, dalam laluan pulang saya ternampak empat beradik ini (Mohd. Firdaus, Mohd. Fadhil, Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri) sedang mencari besi buruk di sebuah kawasan perumahan di sekitar Kampung Pandan.

''Atas rasa ingin tahu saya mengekori dan mengambil gambar mereka dari jauh. Selepas itu saya turun dari kereta dan bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak pergi ke sekolah," katanya.

Kata Adura, adik-beradik itu memberitahu, keluarga mereka sedang susah ketika itu, ibu mereka sedang sarat hendak bersalin, ayah mereka pula diberhentikan kerja dan mereka perlu mencari duit untuk menampung perbelanjaan.
Kebetulan pula Mohd. Faroq dan Mohd. Fikri belajar di sekolah sama dan sebagai YDP PIBG sekolah, Adura terpanggil untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Apa yang dilakukannya kini ialah meminta sesiapa sahaja yang boleh membantu memberikan kelas tambahan membaca dan menulis kepada anak-anak ini agar mereka boleh mendapat kemahiran asas.

''Saya rasa biarlah masyarakat sekeliling yang prihatin turut membantu kehidupan malang anak-anak ini agar masa depan mereka tidak terus diperjudikan."

''Anak remaja seperti Mohd. Firdaus dan Mohd. Fadhil ini perlukan panduan daripada orang dewasa yang berakal agar masa depan mereka terurus.

''Kita tidak mahu kehidupan mereka yang sebegini akan menjadikan mereka 'sampah' kepada masyarakat satu hari nanti," katanya.

Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mahu menempatkan anak-anak ini di sebuah asrama yang lengkap dengan kemudahan asas kemahiran menulis dan membaca atau membantu keluarga Farah bolehlah menghubungi Adura di talian 013-3569567.

Sumber : Utusan Malaysia - 05.01.2012.

Maka di sini.....saya ingin menyeru sesape yang membaca  tentang perkara ini.....marilah kita sama-sama membantu Adura membantu keluarga ini. Tolong bantu mereka. Fikir2kanlah.....pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan bagi membantu mereka.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK