My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, December 31, 2011

Hepi New Year!!!!

Belum pun sampai masa 12.01 pagi 01.01.2012.....dah berdentum berdentam bunyi mercun kat area umah aku nih. MsTips....dah awal2 gugur (tido...!). Aku plak....baru habis tengok The Prince of Persia buat kali yang ke 4 tahun ni ajer. Tahun lepas....tak ingat brape kali. Biasalah astro.....kalu tak ulang tayang movie dalam berbelas kali...memang tak sah!

Arini ni....31.12.2011...aku habiskan masa pagi dengan pi tengok Kak H swimming n tengok MsTips rendam2 kaki kat dalam pool kat sebuah private club. Berkali2 depa ajak aku mandi....tapi aku segan sebab takde baju mandi yang "sesuai".

Kak H n MsTips bergumbira main air....aku plak...
bergumbira makan 1 1/2 keping roti canai. Hehehe...

MsTips....yang nampak comel. Tapi yang tukang ambik
gambo dia....laaaagggiiii comel.

Lepas habis aktiviti di club....kami bertiga pi
Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, S. Alam.
Saje....nak main salji!
Tiket masuk RM3 sorang pastu kena bayo another
RM3 sorang kalu nak masuk
Taman Iklim Sederhana 4 Musim.
La ni...tengah musim salji....ye tuan2 n puan2.

Pi tempat salji tu kena naik shuttle bus.
Bas ni free je. Naik sepuluh kali pun, takpe.
Waktu operasi shuttle bus = 8.00 am - 4.30 pm
(Selasa - Ahad)

Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Ada cycling, paint ball,
trekking, jogging, dating.....
Macam2 fauna n flora yang ada kat sini.

Laman Budaya pun ada.

Awas!! Landak melintas!
Tak sangka...ada signage cenggini kat sini.

Awas!.....Ada monyet sedang berjalan2. Hehehe....
Tapi kami ber3 adalah manusia yang sedang
melihat monyet berjalan.

Aku yang rase best naik shuttle bus...

Sesekali.....kami akan berselisih dengan bas yang
lain. Banyak bas yang lalu-lalang dan akan berhenti
pick up penumpang di beberapa station kat dalam
Taman ni.

Cantik n nyamannya suasana kat dalam ni.

Map Taman Pertanian ni.
Beso jugak tempat ni. Naik loteh jugak
kami berjalan.

Tu dia.....lepas naik shuttle bus n berjalan kaki sikit.
Pastu cari bumbung kaler merah...
maka kami pun sampe.

Huish...sejuk!....pekerja situ kate...
suhu -7 C. Kak H kate..suhu = -4.5 C.
Sampe berasap-asap mulut.

Cam real jer kan...cam kat oversea gitu.
Errr.....sape yang ambik gambo yang lawo ni?
Sampai orang yang tak berapa lawo
pun bole jadi lawo.
Hush! Siapa la gamaknya photographer itu?
Brilliant sungguh beliau!

Amboi......Kak H n MsTips seronoknya
main salji ye...

Satu lagi hasil kekreatifan photographer
sampai berjaya melawokan
model tersebut.

Kak H n MsTips.....bergaya sakan.

Kak H sedang mencuba keteguhan
palang kayu yang ada di situ.
Ternyata palang tersebut sangat bermutu tinggi.

MsTips yang kesejukan.

Steady....steady.....!

Diaorang berdua ni tak habis2
tot....tet...tot...tet...berborak.

Hehehe....sejuk....!!!

Aku n MsTips  akan mai lagi sini...untuk tengok musim bunga
pada bulan Mac nanti.

Balik jer dari Taman ni....kami pi Subang Parade.....makan2.....shopping2....pastu balik umah. Begitulah aktiviti kami pada hari terakhir sebelum new year 2012. Kepada semua kengkawan. Time kasih atas sms n message di FB yang wish hepi new year tahun 2012 ni. Happy new year to all my friends n may all the success n happiness will be ours.


Monday, December 19, 2011

From Broga With Love....

Disebabkan oleh cabaran yang bertalu2 daripada Rostam, maka aku setuju ikut dia n d' geng (Khai, Haza n Izan) panjat Bukit Broga Sabtu lepas. Eleh....konon....plan naik sesudah Subuh.....last2 aku n MsTips yang naik dulu....Rostam n d' geng time aku nak turun......baru depa naik. Tapi kan...masa panjat bukit tu.....dalam hati aku memang nak marah dekat si Rostam tu.......ngape la dia ajak aku pi naik bukit ni....hampir separuh mati aku menahan diri untuk sampe kat atas tu. Kesian kat MsTips.....dia laju tapi aku agak 'kureng laju' n hampir2 nak muntah.

Kami mula mendaki kul 6.20 am gitu...

Oleh kerana tak tau jalan....kami ikut jer depa ni.

Ni....bile dah cerah......bile nampak macam nak sampe..
rupa2nya tak sampe2 lagi. Lama gak kami naik.
Dalam 50 minit gak.


Bile sampe area sini....rase lega sebab macam dah nak sampe.
Tetapi rupa2nya....belum. Lepas 1st peak yang kat atas tu
ada 2 peaks lagi yang perlu diredah. Hmmmm...

Untuk naik ke 1st peak....kena berpaut pada tali yang disediakan.
Aku wakilkan MsTips saje. Bukan apa...aku kesian tengok
tali tu...lagipun ramai sangat yang sedang memanjat.
Dah la tanah tu agak licin. Kalu aku jatuh...sape yang susah?
Orang2 yang berada di bawah aku jugak yang susah.


Sementara tunggu MsTips....aku menikmati pemandangan.
Masa tu...cuaca masih berkabus.

Dah cerah2 cenggini.....masih ramai yang berduyun2
sampe.

Hmmmm.....kalu takat bergambo berlatarbelakangkan
lalang, baik bergambo dalam semak dekat
umah aku kat kampung nun.

Yeahhhh.....tu dia....MsTips sudah turun.
Bangga aku dengan semangatnya.

Dia kabo kaki dia menggeletar.....sebab susah
naik ke 1st peak. Aku cuma mampu
bagi semangat.
Masa separuh jalan turun....tetibe
jumpa budak cute ni. Umurnya baru 2 tahun.
Aku yang dah umur 18 tahun cenggini...baru blaja naik Broga.
18 tahun?????!!! Itu selepas ditolak sume cuti2 sekolah...
cuti2 semester, cuti umum dan cuti rehat.

La....ada beberapa lorong la plak. Naik ikut mana ni?
MsTips sedang cuba menggunakan firasatnya.
Hmmmm.....

Jalan punya jalan...tetibe jumpa dengan Mek2 berdua ni.
Kate depa...takat tu je depa berdua nak naik.


Sebagai duta ubat nyamuk....beliau sentiasa
menjalankan tugas2 keDUTAannya.
Pantang tengok nyamuk....beliau akan sedaya
upaya membunuh mereka.

Yeahhhhh!!! Juara yang tewas.
Selepas muntah...dia bangun dan berjalan dengan
cerianya.

Haza, Khai n Rostam. Haza bertindak sebagai KURUSETIA.
Khai sebagai AJK pengangkutan dan Rostam sebagai
AJK keSESATan.
Syabas di atas penganjuran mendaki Bukit Broga
pada kali ini.

Tetibe...nampak orang jual2. Macam2 gerai ada.

Yaaa...ini adalah toilet ye tuan2 dan puan2.

Dan akhirnya....sume orang menerpa ke kereta masing2.
Kayo tuan punya ladang ni. Sekali parking...depa
charge RM2. Aritu....punyalah banyak pengunjung
sampe nak parking pun susah.

Nota kaki/tgn: Citer BBQ lepas pi Broga...akan aku ceritakan di lain masa ye...

Sunday, December 4, 2011

Wahai Cik Mata.....tolong la tido malam ni...

Orang dewasa perlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak perlukan masa tidur yang lebih panjang, golongan warga usia emas pula perlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. SUMBER : Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia.

 
Malam tadi...aku minum 3 air ni dan aku tak dapat tido sampai pg.
Lepas solat Subuh dalam 6.30 pg......baru aku dapat tido.
Dan....aku bangun @ 9.00 pg dan sampai sekarang
sikit pun aku tak rasa mengantuk.

Harap2 malam ni aku dapat tido dengan jayanya. Aku ni keje jaga kewangan...so selalu busy keje spashly akhir tahun cenggini n bila bermulanya awal tahun Januari nanti busy aku akan sambung-menyambung macam kilat. Sebagai tanda komitmen pada keje....aku takkan bercuti sepanjang Disember ni dan maybe Januari tahun depan pun.....aku bekukan cuti untuk diri sendiri. Februari 2012 nanti.....aku nak pi bercuti seminggu n maybe habiskan masa dengan tido lama2 sikit tanpa rasa stress n rasa bersalah.

Friday, December 2, 2011

Sedetik Lebih - Jaclyn Victor

Bila aku dengar Jac nyanyi lagu Sedetik Lebih dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 2011 malam ni......terus aku terSUKA kat lagu nih. Bukan aku tak suka Anuar Zain tapi aku rasa.....Jac nyanyi lagi best.




Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK