My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf Hafiz (Aleesha Farhana) meninggal dunia


KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Mampu Baham Singa


Pemain Singapura berlatih di Bangi Kelmarin.
APA kelebihan Singapura?

Ingat boleh menang ke pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Jangan haraplah! Tidak semudah itu nak menjinakkan Harimau Malaya.

Malam ini, Singapura perlu bersedia untuk berdepan kemusnahan. Harimau Malaya tidak rela dipijak di bumi sendiri.1Malaysia akan berdiri teguh di belakang wira-wira negara ini.1Malaysia pasti akan membanjiri stadium untuk menambahkan lagi 'ngauman' Harimau Malaya yang bakal meratah sang Singa. Singa akan dibelasah habis-habisan kerana Harimau Malaya sedang kelaparan mencari mangsa.

Sumber : Kosmo.
Nota kaki/tangan: Aku teka Malaysia menang 4-0. Go Malaysia...Go!P/s : Kepada kawan2 yang menanti gambo 2D1N - Part II...sabo ye...esok saya upload.

Tuesday, July 26, 2011

2D1N at Pulau Pangkor - Day 1

Jumaat lepas aku pi Perak....ada kije. Tengahari Sabtu tu (23.7.2011) lepas urusan kije...aku, MsTips (beliau saje teman aku ke Perak) n Rostam pi Pulau Pangkor. Saje...cuti2 Malaysia. Rostam adalah org opis aku yang bertindak sebagai bouncer aku n MsTips.....hmmm....ke kami berdua jadi bouncer dia....hmmm....macam iye jer.

Banyak aktiviti yang kami buat n seronok wa cakap lu....jom tengok gambo kami pada hari pertama.

Ni....bukan waktu senja....sajer guna teknik gelap...
Ni waktu Rostam n MsTips dok ngelamun mase nunggu feri.
Nota kaki/tangan : Harga tiket feri = RM10 sorang pergi-balik.

Ni mase dah lepas check in kat Purnama Resort. Ke tempat ni dari
resort kami hanya 2 minit jer. Ada macam2 aktiviti termasuk
karaoke, beach volleyball n macam2 jenis sukan air.
Nota kaki/tangan : Harga Chalet Std Purnama Resort = RM105.

Ni antara deretan kedai makan n cenderamata yang ada.

Tu dia......MsTips berposing dengan jetski yang dipinjam
kejap dari tokeynya. Dapat posing pun jadi la. Janji bila orang tanya...
pernah naik jetski? Boleh laa...dia jawap pernah.

Terpesona dengan marketing tokey jetski....kami pun ambik pakej
pusing pulau + snorkeling @ RM50.00. Maka dibawanya kami ke pulau
yang ada batu bentuk paus. Mase ambik gambo ni....aku tak nampak pun rupa
paras pausnya. Demi menjaga hati...aku buat2 nampak.
Sekali...salah batu daaa....

Ni...haaa...batu paus yang sebenarnya. Memang ada rupa
paus pun...pehhhh...ingatkan kena tipu tadi.

Ni plak.....pulau yang ada batu bentuk buaya. Korang nampak
tak bentuk kepala buaya? Kalu tak nampak tu....alamatnya...
2 Jumaat lagi....je la yang tinggal untuk korang.

Ni.....adalah batu bentuk penyu. Siap nampak sebelah
tangan lagi. Kemudian kami di bawa ke pulau tempat
hot spot untuk snorkeling.

Aku n Rostam berkobar2 nak pi snorkeling. Ramai gak orang
yang tengah buat aktiviti tu.

Sementara mencari kekuatan untuk bersnorkeling
aku posing dulu dengan MsTips.

Tu dia....aku n Rostam yang saling berpaut pada tali kat
tepi tu. Kami sikit pun tak berganjak dari tali tersebut sampai
Rostam cakap...mungkin tali tu dah ditakdirkan untuk
kami berdua. Kawasan tu berbatu, licin n agak dalam.
Kami tak mau laa....menarik perhatian ramai dengan
terlemas kat Pulau tu plak.

Rostam yang keletihan berpaut pada tali...berehat sebentar
kat tepi batu.

Lepas puas tengok ikan n species lautan yang berwarna-warni
termasuk kaki seluar Rostam.....aku pun main la...gayut2..

Laa....ada pengikut rupanya.

Posing lagi.

Hmmmm....buat muka comel la plak.

Aku mulanya nak terbang jer....tapi malas tunjuk
ketereran yang ada.

Risau plak aku bile tengok Rostam panjat bukit tu.
Apakah motif beliau?

Laaa...bergambo rupanya.

Salah satu aksi bersahaja MsTips.

Balik2 nak terbang....balik2 nak terbang.

Ni bukan gaduh ye tuan2 n puan2....posing jer.

Konon....depa berdua ni...nak buat ala2 candid konon.
Aku layan je...

Rostam melepaskan gian bergayut.

Ada juga yang bermain kayak kat sini. Syok....

Tak puas hati nengok Rostam....MsTips...bergayut lagi.

Posing tak berapa nak maut dari kami bertiga.

Dah...dah...la tu Rostam...macam sedih plak dia nak
tinggalkan tali tu.

Sampai balik ke P. Pangkor.....kami makan semangkuk kerang, 3 ekor sotong
n seekor pari bakor @ harga RM35 sambil2 menikmati suasana senja yang indah.
Aktiviti malam kat sini ada macam2.....kedai n gerai tutup kul 12.00 mlm. Tapi malam tu....aku n MsTips dok bilik jer sebab kepenatan ditambah plak dengan keadaan selsema MsTips yang makin menjadi2. Rostam jer yang merayap cari udang bakor dalam kul 10.00 mlm.

Nantikan gambo2 n cerita menarik kami di hari ke2....malam esok.

Tuesday, July 19, 2011

Crocodile Safari...


Buaya air masin memang terkenal dengan keganasannya. Sape2 pi dekat2 dengan buaya ni...memang cari penyakit tapi area Darwin, Wilayah Selatan Australia menjadikan buaya ini sebagai tarikan utama pelancongan. Depa memanggil aktiviti tersebut......Crocodile Safari. Gambo kat atas yang diambil baru2 ni...membuktikan yang buaya ni mesra alam rupanya....depa mesra dengan pelancong. Sampai bole sentuh gigi Incik Buaya tu. 

Kabonya.....bukan takat bergambo....pelancong juga berpeluang memberi Incik Buaya ni makan dan berenang bersamanya. Hehehe....ada berani?

Monday, July 18, 2011

Ini....boleh menimbulkan kemarahan!


Last Friday....aku pi klinik....sebab.....sakit pinggang yang melampau. Hmmm...susah nak gambokan melampau tu. Tapi sakitnya buatkan aku tak bole duduk lama2.

Kat klinik tu memang ramai orang....dalam ramai2 tu ada laa....3 family yang datang bawak 2,3 orang kanak2. Hiruk-pikuk klinik tu gara2 jeritan budak2 tu. Dan....takdak sorang pun mak ayah budak2 tu bersuara suruh depa diam. Aku yang asalnya sakit pinggang....tetibe rase sakit kepala. Dah macam funfair dah dalam klinik tu. Betul2 menimbulkan kemarahan.

Tetibe ada sorang nenek....dia ni omputeh....tetibe dia jerit...."Diam....duduk diam...nanti jatuh..." Sume orang terdiam kejap....pertama sebab kagum dia cakap melayu dan kedua kerana tegurannya tadi. Lepas seketika...budak2 tu sambung balik buat bising dan mak ayah depa sambung buat bodoh....

Tak paham betul aku dengan mak ayah budak2 ni....tak pikir lansung perasaan pesakit2 yang lain dan tak malu lansung dengan nenek omputeh tu tadi. Kebisingan depa tu betul2 buat aku rase macam nak jerit jer...tapi baru nak buka mulut....nama aku dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor.

Wahai mak ayah budak2....tolong laa....bile pi klinik tu beringat2 la dengan kesakitan yang dialami oleh orang lain. Toksah bawak masuk kalu anak tu memekak je sepanjang masa....dok luar jer....melainkan budak tu sakit. Tapi kalu sakit takkan melompat....berlari dan memekak tak tentu hala kan? Kalu mak ayah aku laa....dulu...kalu aku buat cenggitu dah kena tampor. Patut laa...bebudak sekarang ni nakal sangat....mak ayahnya tak berani nak marah anak...manjakan sangat.


Thursday, July 7, 2011

Citer Durian Lagi....

Arini....aku n beberapa org opis pi outstation ke Perak. Ada 1 job tu....kena pi area Terong, Perak. Nak pi sini...kena exit Taiping/Changkat Jering (Plus Highway). Lepas tol, jumpa T Junction.....kiri pi Taiping n kanan pi arah Terong. Alkisah.....sepanjang jalan ke Terong....kami jumpa banyak gerai jual durian. Habis jer job kat Sg. Tinggi, Terong @ 6.15 ptg.......kami pun singgah la kat satu gerai jual durian.

Mula2 adik (tokey durian) bagi kami rase jer. Sekali......mak aaiii....sedappppp tu!!! Apa lagi...kami pun suruh la dia bukak sebijik dulu....bile makan.....aduishhh....rase dia lebih sedapppp dari yang kami rase tadi tu. Maka...tanpa stop...kami berempat makan 3,4 bijik lagi....

Ni la tokey...dia tgh pilih durian yang ke 3 bijik
untuk kami belasah. Dia jual RM5 jer sekilo.
Kalu tawar lagi....bole dapat RM4 sekilo.
Tapi kami tak sampai hati nak tawar lagi
sebab sedap sangat. Dia kate ni durian dari
Bukit Gantang.....kebun dekat tepi highway.

Aku n Ms Ng. Taknak citer banyak.
Yang pasti rasenya membuatkan kami
gumbira...tak terkata.

Mr.T sedang memakan durian tu tanpa rase
belas kasihan....kalu boleh dia nak makan kulit tu
sekali. Tapi kang.....org cakap ganas sgt
la pulak....

Tam.....berposing khas buat Rewa n Haza
serta kengkawan kat opis yang hanya mampu
menatap gambo jer. Heheheh....

Lepas makan.....aku n Mr T ada la beli untuk bawak balik. Aku beli 6 bijik (10 kilo).....bayo RM48 (setelah didiskaunkan sebanyak RM2 n diberi sebijik durian free). Durian2 tu...durian baru gugur. Aku percaya sebab aku nengok pada tangkainya. Errr...kepada kengkawan yang membaca entry ni....bawak bertenang ye....hehehe.

Saturday, July 2, 2011

Musang King!

Tak terkata arini bile dapat pekena durian musang king. On the way pi Jengka tadi.....aku, MsTips, Ibu Amani n cinonit Amani singgah Bentong. Alang2 pi situ....aku pun pi pekena durian kat satu tempat peberet aku kat Bentong. Pehhhh!!.....best tak terkata.

Sebijik ni dekat 2 kilo lebih....sekilo RM32.
Demi musang king....aku rela...

Ni buah baru...cammane aku tau? Aku tengok tangkal dia.
Sebagai anak Pahang..a.k.a orang kampung
mane2 tokey durian jarang2 dapat tipu aku.

Nampak.....isinya tebal....bijiknya nipis jer.

Saje tunjuk gambo berganda. Kasi viewer mengidam sikit.
Heheheheheh......

Belah kiri tu...durian kampung. Kanan tu musang king.
Aku kalu makan durian....aku pilih musang king atau durian
kampung jer....yang kacuk2 macam D24 tu...aku tak layan...
Durian kampung kat sini RM7 sekilo.

Mase aku outstation Kuantan last 2 week....kat Pekan, duriannya dah ada cuma tunggu gugur jer. Kat Kuantan plak.....kakak aku yang kije Jab. Pertanian cakap baru berputik. Last 3 week, masa outstation kat Johor...area Segamat dah ada buah kat pokok tapi....rasenya mase tu tengah tunggu gugur gak tu. Last week, mase outstation kat Penang, aku merasa makan durian Balik Pulau....best. Sekian, info berkaitan durian.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK