My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, July 30, 2010

MLM PUNYA CITER

Tergezut aku dengor citer tentang penumpasan satu sindiket skim cepat kaya (One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan 8282 Club) melalui Operasi Serama oleh polis dan KPDNKK malam Selasa lalu. Actually, aku tau tengahari ni bila 2 orang member dok citer kat aku. Lagi aku tergezut bila dengor yang ex-colleague aku pun terlibat dengan MLM ni. Emm....dia dah berenti keje dah sebab involve dengan MLM ni.
Tapi aku tak tau la dia kena tangkap jugak ke tidak. Tapi dengor2nya, modus operandi dia memang kat restoran di Mentari Court tu.
Aku bukan apa, aku harap takde la kawan2 aku yang melibatkan diri dengan mende2 macam ni. Lepas ni, pikir dulu sebelum joint sebarang MLM. Bila orang nasihat tu...dengor, pastu kaji dan siasat. Kemudian barulah buat keputusan yang wajar. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Dulu aku penah komen pasal orang yang dok kenen aku dan Ani untuk joint MLM. Walaupun, maybe mende tu sah tapi ada kalanya kena pikir 2, 3 kali gak.
Yang ex-colleague aku tu....ntah apa nasibnya. Harap2 dia OK.

Sunday, July 25, 2010

Restoran Sara Thai, Kuantan

Bila citer bab makan....susah aku nak stop. Tetibe teringat satu tempat makan kat Kuantan, Pahang. Pada 6-7 Jun lalu......aku ke Kuantan untuk menghadiri satu meeting.

Alkisah...malam 7hb tu, sorang member...Liza bawa aku dan Ani ke sebuah restoran berhadapan Hotel Grand Continental, Kuantan. Restoran ni agak baru dan agak terkenal di Kuantan.

Namanya...Sara Thai kalau tak silap.

Suasana restoran memang selesa. Menu makanan semua dalam bahasa Thai tapi bagi yang tak faham.....boleh agak la...apa yang dimaksudkan. Malam tu...aku order ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan sotong tepung. Air pulak...tak berapa ingat. Tapi yang pasti, masakan di restoran tu memang sedap. Bayarannya pun tak mahal sangat sebab aku bayar kurang dari RM50.00 sahaja. Aku ingat....lain kali, aku akan ke situ lagi.


Selalunya....jika tempat makan tu sedap, aku akan simpan nombor telefon untuk tempahan di masa-masa hadapan, tapi kali ni...aku lupa nak mintak. Takpelah, lain kali aku akan datang lagi.

Sarapan RM1.00 di Restoran Ukhwah

Pernah bersarapan di Restoran Ukhwah, Jalan TAR, KL? Bagi sesape yang familiar dengan area Hotel Prescott, Jalan TAR....korang akan perasan yang restoran ni terletak di sebelah Hotel Prescott sahaja. Kalau tak tahu di mana Hotel Prescott, senang saje.....ia berada di belakang Pejabat Pos, Jalan TAR. Manakala Pejabat Pos, Jalan TAR berada di seberang jalan Maju Junction Mall.

Kadang-kadang....aku dan Ani bersarapan bersama di sini. Apa yang menarik adalah....sekeping roti canai + segelas teh tarik = RM1.00 sahaja.
Macam pagi tadi...aku makan roti sardin dan air teh tarik.....Ani pulak ambik mee+kue tiaw goreng dan teh o ais limau......bayarannya cuma RM5.20. Ani bayar RM6 dan tak ambik baki duit. Selalunya kami memang tak ambil baki sebab Koperasi Ukhwah yang memiliki restoran ni banyak involve dengan kerja-kerja amal. Kami anggap itu sebagai sedekah sahaja bagi membantu kerja-kerja amal mereka. Lagipun berapa la sangat sedekah kami tu.

Makanannya pun sedap dan pelbagai. Paling best adalah teh tariknya. Kat sini...layan diri. Korang boleh isi teh tarik sepenuh mana yang korang nak. Begitu juga dengan kari roti canai. Bagi aku yang gemar makan kari kaki ayam....aku akan ambik 2 ketul kaki.

Jika tengahari Jumaat....sesape yang makan tengahari di situ....boleh bayar ikut suka sahaja. Agak2 nak bersedekah.....bayar lebih.

Kalau kita lihat di bangunan hadapan dan di tepi bangunan restoran...kita boleh lihat pelbagai rantaian kedai dan service yang disediakan oleh Koperasi Ukhwah. Ada klinik dan pemeriksaan kesihatan percuma, ada surau dan macam-macam lagi.

Kepada korang yang nak try makan kat restoran ni...pi la ke situ. Kalau nak parking.....parking banyak kat belakang...area yang berhadapan dengan Maybank. Agak2 berani dan kalis saman....korang parking je kat tepi2 jalan tu.

Monday, July 12, 2010

Waka Waka (This time for Africa)

Aku tgh nunggu final wold cup ni. Macam first game hari tu...aku nengok sengsorang je. Housemate aku telah gugur kira2 pukul 10 tadi. Emm....macam biasa dengar je kan. Ala...dia mmg tido awal. Lagipun, esok dia out station selama seminggu dan akan tinggal la aku kat umah ni sengsorang. Boring gak sengsorang ni. Mati kutu...la aku dibuatnya.
Final ni....aku sokong Spain. Bukan sebab Paul ramal Spain menang, tapi sebab cara permainan Spain yang menarik. Belanda...aku tak berapa berkenan terutama bila tengok depa lawan Brazil tempoh hari. Nampaknya...untuk menang, depa sanggup buat apa saje termasuk provokasi ke atas pemain Brazil. Memang la...itu juga salah satu strategi nak menang tapi fair play la...woi!!! Lagi satu, aku rasa sesetengah playernya pandai dive. Baik masuk acara renang je terus.
Aku harap Spain menang besar dengan Belanda. Ramai kate 2-1. Tapi aku kate....3-1. Kalau tak menang....nak buat camne kan. Kalau Allah kate Spain menang, maka menang la Spain. Kalau Allah kate, Belanda....Belanda la... menang. Takde kena-mengena dengan Paul dan Si burung Nuri Singapore tu.
So, enjoy the game. Lagi satu...esok jangan buat2 MC plak. Keje tetap keje.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK