Tuesday, April 28, 2009
Call/SMS Palsu dan Call/SMS Gangguan
Hari ini saya mendapat satu panggilan daripada nombor 01300808888. Suara wanita berbangsa Cina berkata di dalam Bahasa Inggeris bahawa saya mempunyai hutang credit card Ambank sebanyak RM 4,800++. Suara itu adalah suara rakaman, jadi saya dibenarkan untuk mengulang pesanan itu sebanyak 3 kali. Saya tidak dapat menangkap keseluruhan kata-katanya kerana saya sangat terkejut kerana saya tiada memiliki credit card Ambank. Saya cuba menghubungi nombor itu kembali tetapi tidak dapat dihubungi. Oleh itu, saya menghubungi Ambank yang kebetulan nombornya adalah 1300808888 (Takde 0 dihadapan). Saya bercakap dengan Customer Service Officer dan menerangkan apa yang berlaku. Dia check nombor I/C saya dan katanya saya memang tiada kad credit Ambank. Dia menasihatkan saya agar tidak mendedahkan apa-apa maklumat perbankan saya jika panggilan itu meminta saya berbuat demikian. Dia juga menasihatkan saya untuk membuat police report. Emmm...polis....? Emm...report.....? Emmm..lemahnya nak pi! Saya akan fikirkan.
Apa tujuan panggilan itu sebenarnya? Saya hairan betul la. kenapa la nombor saya ini selalu menjadi mangsa panggilan/sms palsu dan juga lucah. Walaupun saya mempunyai 1 lagi alternative number tetapi saya tidak mahu menukar nombor telefon yang ini kerana susah kalau kawan-kawan lama nak berhubung dengan saya.
Saya rasa kebocoran maklumat peribadi ini kepada pihak-pihak tertentu daripada pihak tertentu ini....sudah melampau!
Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak tetapi saya ingin memberikan beberapa contoh kejadian yang dialami sendiri oleh saya. Pada tahun 1998 dulu...saya ada membuat permohonan memasuki sebuah universiti melalui borang. Beberapa bulan kemudian saya menerima satu tawaran daripada sebuah kolej swasta di Langkawi. Siapa bagi maklumat saya kepada kolej tersebut?
Pada tahun 2000, saya ada membuka akaun di sebuah bank di Jengka, Pahang. Bank telah tersilap eja nama saya....instead of...XXMAIXXX....menjadi XXMIXXX. Saya tidak perasan kerana di buku bank...nama saya tertera dengan betul, hanya di sistem bank...nama saya disalah eja. Masalah ini berlanjutan sehingga sekarang walaupun telah 4 kali saya mengisi borang untuk membetulkan kembali ejaan nama saya di beberapa cawangan bank tersebut termasuklah cawangan Jengka, Pahang. Namun.....gara-gara kesilapan itulah maka saya tahu maklumat peribadi saya telah dibocorkan oleh bank tersebut.
Ceritanya begini....saya sering dihubungi oleh beberapa hotel.....agensi pelancongan....syarikat-syarikat yang menawarkan produk-produk keluaran mereka termasuklah insurance company. Mereka berhubung dengan saya dengan panggilan PN XXMIXXX. Nampak tak.....? Sah-sah bank tu yang punya angkara!
Kadang-kadang saya naik meradang dan bertanya "Mana awak dapat maklumat saya ni?" Pernah satu syarikat tu kata....dari tempat kolam memancing di Seksyen 14 di Shah Alam! Apa ke jadahnya saya pergi ke kolam memancing tu? Lagipun ada ke kolam tu? Lepas saya marah-marah....dia letak telefon.
Saya masih belum kemukakan sebarang aduan kepada bank tersebut. Tetapi satu hari nanti, saya akan laporkan juga kepada pihak yang berwajib. Mana boleh maklumat kita didedahkan begitu. Kita ada hak kita sendiri.
Dalam tahun 2006, saya juga pernah menerima sms daripada nombor dari Indonesia....yang mengatakan saya menang RM 20,000 daripada Petronas. Saya cuba menghubungi nombor tersebut kembali. Saje nak tahu apa kata mereka. Bila ditanya di mana office, katanya di KLCC. Saya minta alamat penuh....sebab saya kata saya nak datang. Yang jawab tu mula menggelabah. Yang kelakarnya...dia cuba nak cover slanga dia bercakap. Susah beb...nak hilang. Ko punya slang Indo tu pekat....! Yang sakit hati tu dia cakap kat saya....."Datang la...tapi pake skirt atas lutut tanpa sepatu." Aku jerit "Bodoh!" dan dia letak telefon.
Kemudian, aku meghubungi Petronas. Mereka kata sudah ramai yang membuat aduan. Petronas kata lain kali jangan call balik....sebab mereka seakan dapat untung (duit) jika kita call number tersebut. Emm...ada jugak orang yang macam tu.
Call/SMS Lucah pun satu hal. Saya menyimpan semua nombor telefon orang giler ni di phone book. Kita perlu simpan so that jika kita dihubungi, kita tahu mereka yang telefon/sms...dan kita tak perlulah jawab. Jika ikut rekod saya, terdapat 7 nombor orang gila yang saya simpan. Saya tidak pernah melayan sms mereka. Jika saya terjawab telefon waktu tengah mamai tidur...segera saya akan matikan telefon. Pernah sekali tu salah seorang daripada mereka ni kata....dia tunggu saya kat tempat parking kereta kat office. Dahlah...saya selalu balik lewat malam....memang suasana tu menakutkan saya.
Tapi persoalannya. Sape yang pi bagi nombor telefon kita tu? Jika dia main tembak secara rambang je....ada logiknya tetapi pernah sekali tu....housemate saya pun diganggu oleh nombor yang sama! Waktu gangguannya pun lebih kurang sama dan mesej pun hampir sama! Emmm....sape la kawan aku yang giler seks ni?!
Saya tau sekarang ni kerajaan sedang merancang satu akta melindungi maklumat peribadi ini. Saya ada terdengar berita itu pada akhir tahun lepas atau awal tahun ini. Saya harap tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Saya tak faham....apa masalah orang-orang ni semua....baik yang cuba mengaut keuntungan secara mencuri maklumat peribadi mahupun mengganggu hidup orang lain dengan panggilan/ sms yang ntah apa-apa ntah.
Sebagai pengguna dan orang awam...kita berhak mempertahankan hak kita. Jangan biarkan mereka-mereka ni memperkotak-katikkan diri kita. Kepada kawan-kawan....sebelum memberikan nombor telefon kawan-kawan kita kepada sesiapa....mintalah kebenaran mereka terlebih dahulu melainkan atas urusan kecemasan.
Final Exam...
Saya menyepikan diri dalam tempoh hampir sebulan ini kerana terlalu sibuk dengan test bagi subject yang saya ambil pada semester ini. Dan sejak seminggu lalu...saya sibuk study untuk final exam! Petang kelmarin saya ada paper Managerial Economics....dan pagi semalam saya bergelut dengan paper Accounting Information System. Memang meletihkan sebab takde gap di antara kedua paper tersebut. Hari ini sepatutnya saya mula bekerja tetapi apa boleh buat...tiba-tiba kaki saya terseliuh di pergelangan kaki kiri. Susah sikit nak berjalan. So....saya cuti.
Next week, saya akan bercuti kembali untuk study paper terakhir iaitu Audit. Paper tersebut dijadualkan pada pagi 8 Mei 2009.
Saya mengambil cuti yang agak panjang sebab ini adalah final exam. Saya berdoa semoga saya dan kawan-kawan akan grad pada semester ini. Amin.
Jenis Peluru:
Kengkawan
Sunday, April 5, 2009
Hadiah Birthday.....
Di sini saya ingin merakam ucapan terima kasih kepada Kak Yati, Kak Aya dan Encik Zul sebab bagi saya hadiah birthday. Saya terima hadiah tu....selepas jamuan meraikan Kak Don.
Saturday, April 4, 2009
Kak Don....
Malam ini saya dan kawan-kawan di pejabat lama meraikan seorang kawan kami yang akan bersara pada 6 April 2009.
Jamuan diadakan di Chop N Steak di Kampung Baru. Walaupun ramai yang tak dapat datang, tapi suasana meriah tu tetap ada. Sedih jugak bila ada yang tak dapat datang. Yelah...bukan senang nak jumpa. Ada yang kematian keluarga. Ada yang berpindah jauh. Ada yang pindah rumah baru.....dan ada yang balik kampung ibu mertua. Yelah....hati ibu mertua perlu dijaga....kan? Dapat pulak ibu mertua yang baik hati...beli kek harijadi sampai 2....buat BBQ lagi, untuk sambut birthday menantu....emm....anak menantu mana yang sanggup hampakan ibu mertua yang sebaik itu.
Baiklah......kita kembali kepada kawan kami yang diraikan tu. Namanya Don Binti Ladzim. Kak Don yang saya kenali seorang yang teliti dengan kerjanya. Sape kata orang kerja gomen lembap? Sape kata orang kerja gomen yang dah nak pencen sangat lembap? Kak Don adalah contoh pekerja yang teliti dan bagus dalam melaksanakan tugasnya. Orang-orang muda pun ada yang tidak sebagus dia.
Saya mengenali beliau sejak 23 September 2002. Dia dalah salah seorang daripada staff saya di sebuah kementerian. Saya menghormati sikapnya dan cara kerjanya. Orangnya bersikap sederhana, baik hati, payah memburukkan orang lain dan pandai buat kuih tepung gomak (he...he...he...!). Dan saya selalu memuji sikapnya yang sanggup menegur saya (walaupun saya ni boss dia) demi tugas yang kami laksanakan (di setiap sessi beritahu markah penilaian prestasi). Saya sukakan orang yang berani memberikan pandangan dan teguran tanpa mengikut arahan dengan membuta tuli semata-mata. Seorang ketua juga perlu ditegur.....kerana dia juga manusia biasa.
Malam ni saya tengok Kak Don makin kurus.....berbanding dulu. Emm...bila la....gamaknya saya ni.....nak kurus balik? Takpe....saya akan jadikan Kak Don contoh. (Harap-harap.....jangan la pulak...bila dah nak pencen, baru nak kurus! Masalah tu! Lagi 24 tahun....tu).
Kepada Kak Don yang disayangi....ini doa saya.
Ya Allah Ya Tuhanku....aku mohon kepadaMu........
Kau lindungilah sahabatku Don Binti Ladzim dan keluarganya.
Kau limpahkanlah rezekiMu kepada mereka.
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik, kebahagiaan yang kekal abadi,
kemuliaan di dunia dan di akhirat; serta
Kau permudahkanlah segala urusan mereka,
teguhkan iman mereka, jauhilah mereka dari segala kejahatan dan hasad dengki.
Ya Allah Ya Tuhanku......aku mohon kepadaMu,
Kau rahmatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.
Amin....
Amin....
Walaupun visual agak kureng memberansangkan.....ini adalah gambar-gambar sewaktu jamuan berlansung. Kamera kami ada masalah sikit malam ni. So....ini sahaja yang dapat dirakamkan dengan baik.
Gambar Syami yang makin handsome dan gambar sebelah kanan adalah Kak Yati, Kak Ya dan Mama Ros.
Gambar Syami yang makin handsome dan gambar sebelah kanan adalah Kak Yati, Kak Ya dan Mama Ros.
-Gambar Kak Ha, suami dan.....la....Syami lagi....patut la dia suka kat Ani-
(Ani adalah fotographer yang bertugas pada malam ini)
La....3 gambo je? Buat gelak dek Diana je nanti. Diana mesti ada banyak gambar yang Mak Mertua dia ambik masa meraikan harijadinya. Apa boleh buat....gambo lain semua blur. Asal ambik gambo je blur....ambik je blur. Heran gak. Ish! Misteri nusantara betul! Tak penah lagi jadi gitu. Yang pastinya camera tu ada anti shacking function. Misteri...misteri. Gambar Kak Don yang diraikan pun............takde kat sini. Guna video je...sebab camera kami bermasalah. Harap2...Kak Yati dapat menyumbangkan sedikit gambo dari cameranya nanti untuk dimuatnaik di blog saya ini nanti.
Video tu pun...gagal dimuatnaik ke blog ini walaupun dah cuba beberapa kali. Emm....jangan biarkan diri anda.....diselubungi....misteri...
Apapun....saya uploadkan gambar-gambar Kak Don untuk tatapan semua kawan-kawan....(ish! kawan ke?)
K. Zaidah & K. Don, dulu depa selalu berdua. Sebelah tu adalah Rin, saya, K. Zaidah & K. Don di Majlis Jamuan Pertukaran saya, Hajar, Zam, Diana & Pak Ya.
Masa birthday depa yang lahir bulan April. Start dari kiri anda adalah Rin poyo, K. Ha, Za ceria, K. Yati, K. Don & Ijan (maintain lawa). Gambar kanan pula adalah saya dan K. Don.
Bithrhday Girls......dan gambar sebelah kanan tu adalah Mama Ros, Rin, Za, K. Ha (pandang ape tu?), K. Yati (berjaya menyelit), K. Don, Edieana dan Ijan (hang maintain lawa la Jan...)
Masa makan ntah bila. Kami ni banyak makan, sampai tak ingat bila. Ada Za, K. Yati, saya, Mama Ros, Nana, Azif (Aik....Azif dok sebelah Nana?....scandal lama), Sape sebelah kiri Azif?, K. Zaidah, K. Don, K. Ha dan si comel...Akilah. Gambar kanan tu...Kak Don...hai....K. Don....dah makan ubat?
Gambar K. Zaidah, K. Don dan Edie masa kami berjamu kat pizza hut (masa tu tak boikot lagi).
Masa birthday depa yang lahir bulan April. Start dari kiri anda adalah Rin poyo, K. Ha, Za ceria, K. Yati, K. Don & Ijan (maintain lawa). Gambar kanan pula adalah saya dan K. Don.
Bithrhday Girls......dan gambar sebelah kanan tu adalah Mama Ros, Rin, Za, K. Ha (pandang ape tu?), K. Yati (berjaya menyelit), K. Don, Edieana dan Ijan (hang maintain lawa la Jan...)
Masa makan ntah bila. Kami ni banyak makan, sampai tak ingat bila. Ada Za, K. Yati, saya, Mama Ros, Nana, Azif (Aik....Azif dok sebelah Nana?....scandal lama), Sape sebelah kiri Azif?, K. Zaidah, K. Don, K. Ha dan si comel...Akilah. Gambar kanan tu...Kak Don...hai....K. Don....dah makan ubat?
Gambar K. Zaidah, K. Don dan Edie masa kami berjamu kat pizza hut (masa tu tak boikot lagi).
K. Don & Nana sedang memunggah makanan ke pinggan orang lain agar tak nampak mcm depa yang makan banyak. Taktik Lama. Yang sebelah tu birthday girls.
Wajah-wajah mereka sebelum makan. Saya tak sanggup nak paparkan wajah mereka selepas makan. Yang sebelah tu...Kak Don dan mee kari udangnya.
K. Yati, Nana, Mama Ros, K. Don & Azif. Gambar sebelah tu pulak, masa ni kat rumah Edie. Sori Rin...tunjukkan gambaq togel hang...!
Ni masa jamuan umah Ijan dan gambar sebelah tu....Rin yang ceria tumpang bergambar kek harijadi orang lain. K. Don maintain, Edie, K. Yati dan K. Zaidah.
Semoga gambar-gambar ini.....akan mengingatkan kita bahawa kita semua adalah....kawan.
K. Yati, Nana, Mama Ros, K. Don & Azif. Gambar sebelah tu pulak, masa ni kat rumah Edie. Sori Rin...tunjukkan gambaq togel hang...!
Ni masa jamuan umah Ijan dan gambar sebelah tu....Rin yang ceria tumpang bergambar kek harijadi orang lain. K. Don maintain, Edie, K. Yati dan K. Zaidah.
Jenis Peluru:
Kengkawan
Subscribe to:
Posts (Atom)