My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, November 4, 2016

Lama giler.....tak update blog ni.

Lama giler....aku tak update blog ni. Bukan takde aktiviti nak di share tapi....busy. Akan aku update (janji palsu ke...janji betul ni??) Hahahaha....let's see...

Monday, January 20, 2014

Happy Birthday MsTips.....

Tengahari tadi....aku bawa MsTips lunch di Restoran Saba, Setiawangsa. Zah, Khuzailah, Raha, Ayie, Amani dan Irfan pun joint sekali. Ini semua adalah bagi meraikan birthday MsTips......

The cake....vanila strawberry....

The one who can't wait to eat the cake...

The birthday girl.....MsTips and....
the one who can't wait to eat the cake....Amani.

Mandi Kambing regular.....kegemaran aku. Pegghhhh!!!!

Kebab....sape order ni ye? Irfan punya rasanya.

Chicken Chop....untuk The one who can't wait to eat the cake
Amani laaa....sape lagi.

Kabsah Kambing.....Large.
Ni Zah dan MsTips yang order.

Akhirnya...cake dipotong.

Apa laaa....Siwo Ani tu...lambat betul potong cake.

Amani dah tertekan tu....dia nak cake tu.

Lambatnya Siwo ni....

MsTips dan Zah.....terima kasih laa pada Zah sebab datang.
Dekat jer dengan umah....katanya.

Amani yang comel.

Khuzailah, MsTips dan Zah.
Khuzailah dari Ipoh...terus mai sini untuk
raikan birthday MsTips.

Dari kiri belakang...Aku, Zah, Khuzailah dan MsTips.
Dari kiri depan....Amani, Raha dan Irfan.

Kami yang kekenyangan.........


Tu dia....dari kanan....kecik....beso.....kecik...beso...
hehehehe....

Kepada MsTips....kami ucapkan happy birthday....
semoga kehidupan diberkati di dunia dan akhirat...
dimakburkan segala doa....
dimurahkan rezeki...
dipermudahkan segala urusan...

Sunday, January 19, 2014

Destinasi 2 - Restoran Mee Udang, Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Perak

Selepas Sungkai, kami bergerak ke arah Taiping.....gambo aku takde...aku ambik gambo MsTips dan Sha sahaja.

Kami bergerak dengan gembiranya dan sekali-sekala berkaraoke
dan cuba buat video klip lagu. Hehehe...

Kami singgah di RNR.....dan makan di Tu Dia...Pak Tam.
Menu....bihun sup tu...RM5 dan air mahal sikit.
Aku ambik Mocha...harga RM7.
Tapi masih rendah dari bajet asal iaitu RM15.
Itupun....kami makan kongsi2.
Sha ambik rojak dan air. MsTips beli air barli.

Di sini...kami decided untuk ke Kuala Sepetang.
Dengarnya Mee Udang Mak Jah adalah yang tersedap di sini.

Selepas....mencari2...kami sampe di Restoran ni. Masa tu...
dah pukul 4.30 petang rasanya.

Kami order air teh o, barli panas, limau  ais
dan 1 mee udang. Kongsi makan...
sebab masih kenyang.

Nampak.....best kan...

Kami tambah.....sotong goreng dan cucur udang....
campur.....sebekas ni = RM5.

Jemput makan.....

Kat sini...kami bagi 4 bintang. Mee Udang best dan yang goreng2 tu....best jugak. Jika ada peluang...kami nak mai lagi sini.

Destinasi 1 - Felda Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak

14.01.14 - Macam cantik jer tarikh tu. Aku, MsTips dan Sha memulakan cuti-cuti bajet jelajah Utara Malaysia kami dengan lokasi pertama kami.............iaitu.............Felda Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kami bergerak dari KL pukul 9.00 pagi. Dan...aku drive. Harapkan mereka drive? Hmmm....


Mula-mula kami singgah RNR Rawang. Oleh kerana ini adalah percutian bajet,
maka kami pun ambik Menu Rakyat - Breakfast RM2.

Aku makan roti bakar + teh tarik.


Sha dan MsTips makan nasi lemak bungkus + teh tarik.
Lebih kurang pukul 10.30 pg, kami sampai di Felda Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Bayo tiket RM12.00 seorang dan naik tram ke Kolam.


MsTips yang sabo menunggu tram sampe.

Kami dapat naik tram kaler pink.

Aku...happy naik tram.

Sha.....rileks jer.

MsTips....macam aku....excited n tak sabo untuk ke kolam.

Sampe sini...kami survey tempat dulu. Tengok2 apa yang ada.
Kat sini ada private jackuzi.

Yang kaler pink tu...toilet pompuan. Yang biru tu...toilet lelaki.
Kat dalam ni juga ada cafe dan surau ada berhadapan dengan cafe.
Cafe tu...dekat pintu masuk.

Air pancut air panas...

Berasap2.....

Sha test air....suam...katanya.

Aku plak...test batu tu. Tengok kukuh ke tidak.
Hehehe....actually...tak berani sentuh air tu.

Sambil nunggu MsTips...kami bergambo dulu.

Hahahaha.....bagi bahang panas terasa dulu.

Kami mulakan dengan sesi pijak2 batu refleksology dulu...

Lepas seminit....dua...aku dan Sha kesian kat batu tu,
so kami biarkan Mstips je layan batu2 refleksology tu.

Rendam2 kaki dalam salah satu kolam kecil kat situ.

Aku....kepanasan.....

Mula2 memang rasa hangat...tapi lama2....
rasa ok la plak.

Ramai gak orang aritu.

Signboard ni kata.....dinasihatkan tidak berendam melebihi
30 minit.

Aku dan Sha dah semakin syok layan kolam air panas tu.
Ada kolam yang lebih beso, tapi tak sempat nak pi sana.
Lagipun.....dah tak sabo nak ke cold pool pulak.

Lepas berendam dalam hot pool...tetibe
rasa cam kurus la plak. Konon....!

Kami yang dah kurus sikit. Sape yang tak perasan....
memang buta hati. Hahaha...

On d way ke cold pool, ada tempat rebus telur.

Ramai yang dok rebus. Ada yang makan terus dan
ada yang makan dengan maggi. Kami.....
kami.....tak mau joint. Nak mandi kat cold pool!

Tu dia...tu dia...! Kat tepi pool ni ada perkhidmatan locker
untuk simpan beg.
Bayo RM3 untuk 1 token. 1 locker = 1 token.
kami gunakan 4 locker untuk simpan beg2 kami
(3 beg sandang dan 1 beg camera).
Di sini juga ada gerai makanan ye tuan2 dan puan2...
cuma gambonya jer yang tak sempat ambik.

Eceh! Sha bergaya di bawah pancutan air.

Comel.....

Tak buat gaya ni...tak sah.

Syok...oooo....

Gaya ntah apa2 dari aku dan Mstips.

Hahaha....best!

MsTips dan Sha dengan gaya...
lompat si katak lompat....

Tadi tu.....takat panas2 badan jer. Inilah acara kemuncak.
Kami nak main gelungsur.

Orang makin ramai datang.

Sha dan MsTips.......bersedia untuk meluncurkan
badan depa. Mula2 risau gak...kot2 tak bergerak2...
hahahaha.....

Depa dah mula bergerak....

Ntah ngape...Sha sampe dulu. Maybe......hmmm....

Tu dia.....kecebushhh! Sha tiba di bawah.
Agak2...berapa markah Sha bole dapat
dengan percikan air cenggitu?
Pandalela Rinong pun pening nak bagi markah kot.
MsTips plak tak sampe2 lagi.

MsTips baru sampe bawah dan Sha masih belum timbul2
lagi.............hmmm.....

Aku plak...aku plak. MsTips jadi tukang teman...

Aku bab2 cenggini memang panik sikit.

Dah main gelungsur yang rendah...kami nak try yang tinggi plak.

MsTips try dulu....

Dia meluncur dengan baik. Risau plak aku nengok
budak yang kat depan tu.

Sha plak.....happy jer dia meluncur. Tapi jeritan dia....
mak aiiii....tak ingat!

Dah nak sampe bawah dah....

Awat MsTips enterframe tuh?

And...kecebushhhh!!! Sha landing kat bawah.

Tu dia...percikan sejurus miracle landing yang Sha buat.

Ntah ngape...adik ni sentiasa enterframe kat kami.
Hmmmmm.....

MsTips try lagi....

And...kecebushhh!!! Lebih kurang Sha jer...
Aku? Aku buat laaa...luncur yang tinggi tu.
Tapi takdak gambo yang diambil.
Camera girl silap teknik.
Hmmmmm...kesian aku kan....

Tagging yang kami pakai. Kaler Oyen!

Lepas tu...kami pi ke arah area pool yang lebih dalam iaitu 4.5 ft.
Yang dekat dengan air terjun kat belakang tu.

Sakan...bergambo. Nak bergambo dekat
area dalam tu...takut camera basah. So,
ambik dari jauh jer...

Ni aksi terakhir depa berdua ni before kami
bersiap untuk salin pakaian.
Masa tu...lebih kurang pukul 12 tghari.

Itulah lokasi pertama kami. Lepas ke Hot Spring ni...ingat nak makan Nasi Bamboo dekat simpang Sungai Klah di sini. Tapi malangnya.....kedai tu tutup. Maybe next time kami dapat rasa Nasi Bamboo yang ramai blogger cakap special tu.

Untuk aktiviti di Felda Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai ni...aku bagi 4 bintang. Cuma maybe surau di situ....perlu ditambah telekung sembahyang yang ada. Sebab ada satu je telekung dan dikongsi dengan ramai pengunjung yang datang. Kain...ada banyak, telekung yang takde. Basuh kot....! Tapi sangat tidak sesuai. Harap pihak management di sini mengambil perhatian tentang perkara ini.


Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK