My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, March 24, 2013

Free Wheelie Sundays At Publika Episode 1

Ms Tips di area C1 Publika

Pagi ini....aku n MsTips....beriadah di kawasan Publika, Solaris Dutamas. Acara riadah kami adalah berjalan beribu2 langkah di shopping area tu sambil mengunyah beratus2 kunyahan makanan di Restoran Chawan kat situ. Hahaha...

Actually, kami merancang nak main basikal free kat C1 Publika tapi dah hampir pukul 10 pagi. Depa nak tutup meja dah. Setiap Ahad, pukul 7.00 pg hingga 10 pg....depa ada anjur event Free Wheelie di area C1, Publika. Sape2 bole cycling di situ. Basikal dipinjamkan secara percuma, just tulis nama dalam satu Buku Daftar yg disediakan sahaja. Ada macam2 jenis basikal.....untuk kanak2 pun ada, 2 seaters pun ada.

Haa....macam seronok kan.

Next 2 week....kami akan dtg lagi. Next week....kami berdua akan berada di Pahang. So...Publika...see u in 2 weeks time.

Saturday, March 23, 2013

My birthday wish....

Last week...sorang kwn bertanya....."what's your birthday wishes?". Aku tak tau nak cakap apa. Biasanya tiap2 tahun....sama saje. But today....I realised....my only wish is that....on that day....for once....I want to be at a place that I wanna be, eat at a restaurant that I wanna eat and of course.....seat at the table that I chose. Yup! That's all I need for my birthday.

Sunday, March 17, 2013

Purple Walk 2012 With MsTips n Me

Penat sikit arini. Pagi2 pi 1Million Women Purple Walk di Putrajaya dengan MsTips. Zila tak jadi joint....dia nak "walking in her sleep" je. Rozita...sleep walking di Losong, KT kot. Kak Haniza...tak jumpa dalam ramai2 orang kat Putrajaya nun. 

Aku n MsTips park kereta di Putrajaya Sentral n naik bas. Bayo RM0.50 sorang n hoping to stop at Zone C, Presint 4.....drop zone yang sepatutnya aku berada...ikut kata orang opis aku la kan. But since banyak jalan tutup...kami drop dekat depan Treasury. Turun je bas.....wahhhh....happening you....area ni. Tapi kami bergerak ke simpang 4 depan KPDNKK. Dengarnya akan ada Senam Tari dekat depan tu.


MsTips.....ceria n mencari port sesuai sebagai bukti hadir.

Aku relaks jer....cuba berseronok walaupun berada jauh dari zone yang aku  patut berada. 

MsTips dengan aksi....."No picture...pls...". Well...my friend, this is a moment of a life time. A photo should be taken , history needs evidences.

MsTips curik2 bergambo dengan koboi purple dari RELA.

Yup.....that was so refreshing...sitting under the sun n hoping for the snow to fall down.  Anyway, tempat kami lepak tu...agak redup berbanding tempat lain. Syukurlah nak...

Eh..eh...macam menari cha...cha...cha la plak. Actually, MsTips tengah ikut Senam Tari . Seronok...rugi sape tak joint. Bila buat ramai2 cenggini...memang seronok. We were just having fun n follow the music

Yeah.....aku pun dancing under the sun. Luckily, it's not under the rain.

MsTips pandang sape tu?

Akhirnya....tak tahan paneh, kami buka payung. Since temanya purple, maka payung pun pakai payung purple.

Cik Siti Payung kita...syok ye...bergambo dengan payung aku tu.

Bila la agaknya....dia nak pulang payung tu kat aku balik. Panas ni.

Ragam para peserta.

Baju kuning...topi koboi....ni team dari RELA. Jeles plak aku nengok topi tu. Nakkkk jugakkkk!!

Yeahhh....abang koboi.

Lautan manusia penuh warna-warni n of course...purple.

Masa ni....sume nyanyi dengan semangat. Kami mohon doa...Malaysia berjaya.

Our PM n TPM.

We want peace....

Persembahan stacy dengan lagu Si Baju Hijau. A tribute for our troop  in Lahad Datu.

Masa persembahan M Nasir....kami berdua bergerak pi cari bas nak balik ke Putrajaya Sentral. Bukan tak minat M Nasir tapi sebab kami dah lapo, panas n nak balik jer. Sampai Putrajaya Sentral, terus cari tempat nak makan nasi bungkus free yang penganjur bagi. Pastu terus bergerak balik KL dengan jayanya. 

Sunday, January 20, 2013

Hepi Birthday To You.....MsTips

Pehhh!!! Lama giler aku tak sentuh blog aku nih. Special event yang berlaku arini membuatkan aku kembali meluangkan masa...yang tak berapa nak ada ni...untuk dedicate my special wishes to my best friend...MsTips.

Arini birthday MsTips. Sebagai event planner n manager, maka aku telah berpakat dengan beberapa kengkawan untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena birthday beliau.

Pagi 19.01.2013.....kami adakan acara berenang-renang di tepian kolam di sebuah kelab di Subang.

Oleh kerana aksi berenang tu terlalu ganas dan tidak sesuai dengan
pandangan mata kanak-kanak seperti Amani yang akan
membaca blog ini....maka gambo tersebut ditukar
dengan gamo aksi MsTips bermain skipping yang kelihatan
lebih mesra alam. Aksi ni dirakam aku masa nunggu
Ms H sampai.   

Tengahari, kami semua bergerak ke Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur untuk sesi makan2 Hi Tea di situ.

Pehhh...suasananya cantik dan makanan yang ada sungguh
sedappp.....memang pilihan yang tepat buat kat sini!
Sape la gamaknya Event Manager tu kan... bijak
sungguh beliau....n mesti dia seorang yang cantik, sihat dan
bergaya kan...! Ehem!

Aku memulakan sesi ini dengan nasi goreng tomyam
dengan rendang ayam, daging n kambing.
Nasi goreng tu....memang best n terasa macam nasi goreng yang
arwah mak aku masak...dimasak dengan penuh kasih sayang.
Tetibe teringat kampung...arwah...etc. Sob...sob...!

MsCahaya (yang sebelah kiri) n adiknya memulakan sesi
ini dengan spaghetti carbonara. Best....aku curik rasa
depa punya.

Ms H....sedang menerangkan rasa mee kari yang beliau makan.
Aku rasa...memang best....TERBAIK!

Actually banyak lagi menu yang ada n best2 belaka. Ada asam laksa, nasi lemak, rojak, bubur nasi, kebab, spaghetti bolognese,  yong tau fu, nasi impit, apam balik, etc n dessert plak...ada macam2. Banyak giler. Kami plak makan dengan jayanya....sampai tak larat nak bangun. Tapi idak la aku ambil sume gambo makanan tu. Tak sempat.....


Ini adalah gabungan cheese tart, puding roti, cheese cake n
agar2 keladi.

Haaaa.....sate ni...aku bagi markah 9/10. Almost perfect...
cuma manis sikit.

Segala tok nenek dessert yang ada di sini n menyelerakan.

Ya.....antara wajah2 ceria yang hadir. Ada gak kawan2 yang tak
dapat hadir...macam Che Ta (Bukan....Rozita Che Wan). Kereta
Che Ta..tak berapa sihat.....maybe lain kali kita jumpa2
n makan2 ye....Che Ta.

Yea...hepi2.....

Kepada MsTips.....hepi birthday. Semoga dilimpahi rahmatNya
di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dimakburkan segala doa,
dipermudahkan urusan dan dilindungiNya dari segala bencana.

Huishhh....sudah pukul 2.18 (20.01.2013) pagi dah ni. Aku nak tido....pagi nanti kami nak pi taman.....bagi meneruskan aktiviti selanjutnya. Kepada MsTips, just enjoy the day...ok.

Wednesday, September 5, 2012

Princess Diana...

Ahad lepas....lepas pi umah terbuka Encik Boss n melawat Incik Croc n Mr Hyppo di Paya Indah Wet Land.....aku, MsTips, Ms Xera n Kak H....pergi ke umah Lady Diana di Putrajaya untuk melihat her new born.....princess. Namanya...Nur Hasya Shakira....hmmm pjg bangat....tapi panggil mamanya panggil Shakira. Aku plak....nak panggil dia Princess Diana (suke2 hati jer ubah nama anak org!)....tk kira. Hehehe...


Memperkenalkan......Princess Diana bersama Auntie Numie n Achik MsTips..


Muka dia...chubby....rasa nak cubit2!
Geram....! Berat Princess kita ni...4.1 kg.
Maybe part yang paling berat adalah pipinya.
Hehehe...

Aku tumpang gumbira......untuk Lady Diana n her husband. Semoga dengan adanya Shakira a.k.a Princess Diana....hidup mereka lebih bahagia...ceria. Kepada Shakira a.k.a Princess Diana....jadi anak yg baik ye.....

Auntie Numie....harap Princess Diana cepat2 besar.....n jgn lupa pi gigit ibu jari kaki! Sebagai tanda....kamu nak adik lagi. Hehehe....Amin...
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK