My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, February 26, 2012

I walk for Children....and I walk for my health

Aku baru jer sampe umah & mandi-manda....lepas joint aktiviti Walk For Children anjuran ISKL di Padang Merbok, KL. Memang best....n thanks to Mr R for inviting me, MsTips n Kak H joint program tu. Macam biasa...aku lebih suka bercerita dengan gambo. Tengok ye..

Sampe je kat Padang Merbok...kami terus pi daftar,
ambik t-shirt n nombor.

Wajah-wajah ceria.....yang confident
akan jadi juara.

Aku, Kak H n MsTips.....

Kak H yang sampe di Padang Merbok sebelum 6.45 pagi
dari Putrajaya. Aku...6.45...baru pakai baju kat umah. Hehehe...

Aku dah tak sabo nak start nih...tapi aku tau aku takkan
menang. I walk for charity n for my health.

Before walkhaton bermula....sume orang warm up dulu.
Instructor adalah dari Celebrity Fitness.


Warm up....jangan tak warm up.

Tetibe tengah warm up tu.......kasut aku pecah.
Aiyak....! Macammana ni?
Takkan nak tarik diri kot...

Bile start jer....lebih kurang kul 8.30 am...aku pun berjalan
dengan sopan-santunnya....
sebab kasut aku dah pecah.
Tambah teruk bile laluan rumput kat padang tu....
dah macam kat tepi sawah.
Makin pecah...kasut aku.

Kasut pecah ke....tak pecah ke..
aku tetap jalan jugak. MsTips n Kak H dah jauh di depan.
Depa champion....

Laluan kami...mudah....n tak menyusahkan trafik.
Ini yang buat aku suka joint program ISKL ni.
Ini jalan tepi Bank Negara...menuju
Stesen Komuter Bank Negara dan belok ke
Memorial Tun Hussien Onn.

Incik Polis komited menjaga trafik n keselamatan kami.

Incik St John Ambulance pun sama...
sentiasa round berhampiran kami terutama aku.
Nape yek....? Muka aku ada cam muka
orang nak pengsan ke?

Pit Stop! Minum Susu time...!

Dari KKR...kami membelok ke arah Jalan Parlimen
dan kembali ke Padang Merbok.
Bangga giler...bile dah berjaya sampe.
Mr R sampe kul 40 minit selepas start.
Kak H sampe 5 minit awal dari MsTips. MsTips sampe
pukul 9.25. Aku plak....10 minit after MsTips.
Macam soalan mathematik la plak.
Haa....kul brape aku sampe?

Sampe jer....terus ambik goody bag n sijil penyertaan.
Pastu kami round tengok aktiviti kat sini.
Kat sini ada macam2 aktiviti.
Ada yang main tebar2 khemah....
Aku kurang paham konsep permainan ini...
tapi ramai yang joint.

Ada jugak pemeriksaan kesihatan percuma.
Cuba tengok....Mr R tu....diperiksa
oleh Cik Dr tu ke atau....dia
yang tengah interview Cik Dr tu?

Ada aktiviti conteng2 muka....lukis2 mask.
Mr R nak buat jugak...dia kata nak guna kaler hitam.
Mesti gempak...katanya.
Aku bukan nak mengata...tapi tak sesuai
Mr R oiii....awak tu...putih sangat!

Tetibe ada special guest sampe.
Apa lagi.....teruja la si MsTips...Kak H n Mr R.
Aku biasa2 jer....sebab aku idak la minat tahap gaban cam depa.

Mr R...MsTips n...their idiol....Datuk Astronaut..
Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

MsTips...Datuk Sheikh Muszaphar n Kak H.

Mr R n Datuk Sheikh Muszaphar.
Lepas bergambo tu...Mr R komen...
Datuk SM tu....tak hemsem sangat.
Dalam tv hensem...katanya.
Ala....Mr R...awak tu...luar tv ke...dalam tv ke...
lagi la tak berapa nak...dot...dot...dot.
Mengata orang...pandai!

Ada plak sesi sign autograf.
Hmmm....berasak2 la Kak H n MsTips
mendapatkannya.

Bangga giler...depa dapat autograf Datuk SM.
Kesian kat penyanyi band kat belakang tu...
depa ni sikit pun tak ambik perhatian masa
dia tengah menyanyi.

Jangan salah paham...MsTips....bukan juara/No. 1
Walkathon kali ni. Dia pinjam hamper budak yang
menang kategori 3km.

Aku....hepi arini. Lepas ni..aku akan joint
next event...yang akan diaturkan
oleh Mr R.

5 comments:

MsZura said...

Ohhh....ini yg u ajak i tu. Sorry ye....I busy. Anyway, last Friday was fun. TQ.

Jumir said...

Maybe next time Zura..

Jang said...

Hey...Jumir. Lama aku tdk tengok blog kau. Busy. Seronok ya...banyak aktiviti sihat.

Jumir said...

Hahaha....nak sihat beb...kena la buat aktiviti sihat.

MsZura said...

I cuma nk u sihat. So keep exercising..

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK