My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Friday, October 21, 2011

Bile kite ragu2......

Pagi semalam tengah syok keje...tetibe ada sorang mamat ni tepon. Dia kate dia dapat TUKAR ke tempat aku! Ayak!!!! Tergezut aku dibuatnya. Lagi tergezut bile dia kate aku plak ditukarkan ke KL!!! Pastu nak bagi tambah lagi tergezut aku tu......tarikh kuatkuasa pertukaran tu adalah HARI INI!!!! Hahahahahaha....! Tapi aku tak pasti yang itu adalah satu kabo (berita) gumbira ke nestapa. Memang aku penah mintak tukor ke KL tapi aku ingatkan permohonan aku tu dah expired.....pastu kini aku tak kesah la plak kalu kije kat Putrajaya nih. Dulu pun beberapa tahun gak....aku kat Putrajaya. Hmmmm....

VBB (Very Big Boss) kate...BATALKAN! SBB (Second Big Boss) kate...kalu tak bleh batal.....TANGGUH SETAHUN! Sebagai penjawat awam.....aku tak penah dengor lagi....sape2 ditangguhkan setahun. Aku paham hasrat hati VBB n SBB.....tapi aku pun tak pasti nak stay ke nak pegi. Huhu....bingung kejap memikirkannya.

Bile aku tanya kawan2...sume bagi pandangan yg berbeza2. Tadi ada la gak aku pi baling2 duit syiling....5, 6 kali baling sume pilih pegi. Tapi hati aku....terasa berat.....lebih2 lagi bile tengok.....beban yang akan dihadapi oleh SBB n anak buah aku nanti. MsTips n Rozita suruh aku pikir tentang diri aku sendiri n suruh aku stop pikir pasal orang lain. Zura plak kate....tanya hati aku....apa yang aku mahu. Kalu hati kuat kate pegi....maka pegilah. Kalu hati kuat kate stay....lebih baik stay. Masalahnya....aku sendiri tak tau apa yang aku mahu. Hmmm.....nampak bebenor jap lagi kena buat solat Istikharah. Bile kite ragu2....seharusnya kita memohon petunjuk dariNya.



Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas Maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam, baca  doa berikut (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan........) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Saturday, October 15, 2011

The Secret Life of Nora...

Petang tadi....aku, MsTips, Zaidah n Rewa pi tengok teater The Secret Life of Nora. Entertaining, kelaka n syokkkk....!!! Rasenya itu ayat terbaik yang bole aku gambokan.....tentang pementasan petang tadi.  Actually, kami beli 5 tiket yang rege (harga) RM53 (Upper Circle) n Rostam sepatutnya joint d club tapi tetibe 20 minit before pementasan......dia call n bagitau yang motornya hilang. Kesian dia. Oleh kerana tak mau membazir tiket, maka terpaksa la aku letak kat kaunter n minta receptionist situ bagi jer kat sape2. Kalu aku pi jual kat orang2 kat situ....risau plak dianggap sebagai ulat tiket. Lagipun aku ada offer nak bagi kat 2 orang kat situ....tapi depa tak mau.....n depa pandang aku semacam jer. Hmmm....

Tetibe mase kami dok beratur nak masuk........orang2 Istana Budaya koyak tiket yang RM53 tu n gantikan tiket tu dengan tiket Balai Sari Penghadapan (Stalls) yang berharga RM350 satu seat. Pehhhh.....tanpa banyak soal....kami bergerak terus ke pintu masuk Stalls. Kami sikit pun tak tanya kenapa.....tetibe je dah sampe kat area Stalls. Agaknya....nasib malang yang dihadapi oleh Rostam tu.....menyebabkan kami bernasib baik kot.

Maka dengan gumbiranya kami menonton di seat berharga RM350 dengan jayanya. Hehe.....tapi sayang gambo yang diambil.....kureng memuaskan. Hmmmm.....


Kalu pelakon tak bergamba dengan aku....memang
tak sah keglamoran depa.

Rewa ceria....ni first time dia tengok teater.

Balik2....aku n Rewa....dah si MsTips n Zaidah
tak mau bergambo nak buat cammane kan.

Tu dia.....Zaidah, Rewa, Tiara n aku.


Mase kami sampe tu......tak berapa rame yg sampe lagi.

Habis segala sudut tangga.....kami gunakan untuk bergambo.

Ni la....tempat kejadian (upper circle).....tetibe
kami dapat dok kat seat Stalls.

Yeaay.................!!!

Hanya gambo ni jer yg OK sikit. Syukur la...

Ni nampak lengang sebab ada intermission @ break sekejap.

sedey....gambo tak OK. Ni mase sesi last....perkenal pelakon.

Gambo pelakon yg tak berapa nak nampak. Hmmm....

Overall, aku puji lakonan watak sume pelakon. Paling aku suke ialah watak Betty. Dan...Incik Mamat Khalid memang kelako! Bravo!



Nota kakitangan : Rostam.....aritu accident, arini hilang motor. Sabo....sume tu dugaan n ujian dari Allah. - Pesanan drpd MsTips n boss awak yang cantek sihat n bergaya.
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK