Malam ni, secara rasminya aku perkenalkan
my new baby. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezeki untuk aku merasa pakai kete baru. Kete ni tidak la...seberapa, mungkin tidak sehebat orang lain. Tapi aku tetap bersyukur.
Masa
salesman ambik aku dengan kete ni dan bawa aku ke PESB, Mutiara Damansara untuk
sign certain documents dan sessi tunjuk ajar menggunakan kete ni......hati aku rase berdebar-debar. Masa tu....dia yang
drive.
Masa nak bawa balik.....rase macam baru pertama kali bawa kete. Nak kuar parking pun glabah. Untuk pertama kalinya aku berpeluh di dalam
air-cond yang sejuk. Dan aku bawak 60km/jam je.
Memang aku fobia. Dulu...mase kete pertama aku penah langgar sikit belakang sebuah kete selepas 3 hari pakai kete tu. So...memang takut, beb.
Lepas tu terus aku balik umah. Awalnya nak ambik
housemate aku (Ani) tapi takut punya pasal....aku terus balik umah. Kesian Ani...kena balik dengan bas. Dah la...dia puasa semalam.
Malam, lepas solat Isyak....aku dan Ani pi
test drive kat Jalan Raja Laut sampai Pusat Bandar Damansara. Dan hari ni....
I've gained back my confident.
But still...kelajuan aku tu tak lebih dari 60km/jam. Emmm....sampai boss aku, Ms Ng cakap..."rase macam bukan Jumir yang
drive". Sebab dia dah biasa tumpang aku dan dia tahu.....aku memang bawa laju.
Walaupun aku gembira dengan kete baru aku ni....tapi hati aku sayu je rase bile tengok kete lama. Kete tu masih ada......dalam proses nak jual kat sorang Chinese. Dah dekat 5 tahun setengah aku pakai kete tu. Banyak jasanya pada aku dan banyak kenangan aku dengan kete tu. Rase sayang plak nak let go tapi takkan aku nak pi bayar installment untuk 2 buah kete....kan?
Apapun, moga-moga urusniaga kete lama tu berjalan dengan lancar dan semoga aku dan orang-orang yang bersama aku selamat dengan kete baru ni. Amin.