My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Sunday, January 20, 2013

Hepi Birthday To You.....MsTips

Pehhh!!! Lama giler aku tak sentuh blog aku nih. Special event yang berlaku arini membuatkan aku kembali meluangkan masa...yang tak berapa nak ada ni...untuk dedicate my special wishes to my best friend...MsTips.

Arini birthday MsTips. Sebagai event planner n manager, maka aku telah berpakat dengan beberapa kengkawan untuk mengadakan beberapa aktiviti sempena birthday beliau.

Pagi 19.01.2013.....kami adakan acara berenang-renang di tepian kolam di sebuah kelab di Subang.

Oleh kerana aksi berenang tu terlalu ganas dan tidak sesuai dengan
pandangan mata kanak-kanak seperti Amani yang akan
membaca blog ini....maka gambo tersebut ditukar
dengan gamo aksi MsTips bermain skipping yang kelihatan
lebih mesra alam. Aksi ni dirakam aku masa nunggu
Ms H sampai.   

Tengahari, kami semua bergerak ke Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur untuk sesi makan2 Hi Tea di situ.

Pehhh...suasananya cantik dan makanan yang ada sungguh
sedappp.....memang pilihan yang tepat buat kat sini!
Sape la gamaknya Event Manager tu kan... bijak
sungguh beliau....n mesti dia seorang yang cantik, sihat dan
bergaya kan...! Ehem!

Aku memulakan sesi ini dengan nasi goreng tomyam
dengan rendang ayam, daging n kambing.
Nasi goreng tu....memang best n terasa macam nasi goreng yang
arwah mak aku masak...dimasak dengan penuh kasih sayang.
Tetibe teringat kampung...arwah...etc. Sob...sob...!

MsCahaya (yang sebelah kiri) n adiknya memulakan sesi
ini dengan spaghetti carbonara. Best....aku curik rasa
depa punya.

Ms H....sedang menerangkan rasa mee kari yang beliau makan.
Aku rasa...memang best....TERBAIK!

Actually banyak lagi menu yang ada n best2 belaka. Ada asam laksa, nasi lemak, rojak, bubur nasi, kebab, spaghetti bolognese,  yong tau fu, nasi impit, apam balik, etc n dessert plak...ada macam2. Banyak giler. Kami plak makan dengan jayanya....sampai tak larat nak bangun. Tapi idak la aku ambil sume gambo makanan tu. Tak sempat.....


Ini adalah gabungan cheese tart, puding roti, cheese cake n
agar2 keladi.

Haaaa.....sate ni...aku bagi markah 9/10. Almost perfect...
cuma manis sikit.

Segala tok nenek dessert yang ada di sini n menyelerakan.

Ya.....antara wajah2 ceria yang hadir. Ada gak kawan2 yang tak
dapat hadir...macam Che Ta (Bukan....Rozita Che Wan). Kereta
Che Ta..tak berapa sihat.....maybe lain kali kita jumpa2
n makan2 ye....Che Ta.

Yea...hepi2.....

Kepada MsTips.....hepi birthday. Semoga dilimpahi rahmatNya
di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dimakburkan segala doa,
dipermudahkan urusan dan dilindungiNya dari segala bencana.

Huishhh....sudah pukul 2.18 (20.01.2013) pagi dah ni. Aku nak tido....pagi nanti kami nak pi taman.....bagi meneruskan aktiviti selanjutnya. Kepada MsTips, just enjoy the day...ok.

Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK