Pagi tadi....aku dapat call dari Ms N...katanya Mr T kritikal di HKL. Aku bergegas balik dari opis...ambik MsTips n terus ke Bilik Bedah Saraf, HKL. Sebak rasa....bile pikirkan Mr T sebab dia seorang kawan yang baik dan aku anggap dia macam seorang abang. So, susah aku nak terima berita macam ni.
Aku memang bercadang nak pi umah dia arini.........lepas pi opis. Dan semalam.....MsTips n aku bercadang nak ajak dia pi makan durian Musang King kat Chow Kit. Tak sangka....begini jadinya. Tapi semua ini adalah ketentuanNya.
Kata kakak (wife Mr T)...dia baru balik dari Mid Valley (bertugas rasmi). Dia habis bertugas dalam pukul 9-10 mlm. Ntah apa yang berlaku.....dalam pukul 11-12 mlm....tak tau apa yang berlaku terlebih dahulu....sama ada dia kena attact (high blood pressure) atau terbabas dekat Plaza Damas, Hartamas. Jalan tu...memang tak banyak kereta lalu. Kalau adapun....tiada sesiapa yang perasan apa yang berlaku padanya. Kata kakak....biasanya anak dia akan lalu kat situ tapi semalam....anaknya tak lalu kat area tu. Tapi pukul 4 pagi tadi pihak polis menjumpainya berada di dalam kereta di kawasan itu dalam keadaan kereta......terbabas sedikit (seolah2 membuat u-turn).
Bayangkan.....dia bertahan dari jam 11-12 malam hingga dijumpai pada pukul 4 pagi. He such a strong man. Doktor kata....dia mengalami pendarahan di dalam kepala...ada darah beku, so kena operate pada pukul 9 pagi tadi.
Masa aku, bos2 n kawan2 lain sampai...dia masih di dewan bedah. Selepas beberapa jam...Pakar Bedah yang berjumpa dengan familynya kata....salur darahnya ada yang rosak dan mereka masih belum menutup luka pembedahan sebaliknya menutup kepalanya dengan gel. Esok...mereka perlu scan dan result...akan diketahui pada petang esok.
MsTips....Mr R...Miss Moli n Ms Ng. Kami...sabar menanti. Masing2.....berborak macam biasa tapi aku percaya...mereka pun macam aku. Berdebar2 menanti result. |
Aku n MsTips menunggu dia keluar dari bilik bedah sampai hampir pukul 3 petang. Bila kami pulang...anaknya sms yang Mr T telah dipindahkan ke ICU.
Doa aku....hanya satu....moga tuhan selamatkan Mr T dan keluarkan dia dari status kritikal. Gangster kampung dusun (aku...) tak boleh mengganas tanpa gangster Hong Kong (Mr T...). Sape nak bawak aku n MsTips pi makan Musang King nanti....kami taknak pi dengan orang lain....kami nak pi dengan Mr T.