My Heartbeat

HIT THE JACKPOT!

Thursday, March 25, 2010

Aku mai ke utara....

Sabtu hingga Ahad minggu lepas...aku, Ani dan Diana pi ke negeri-negeri belah utara bagi menyelesaikan 2 misi yang bagi aku....penting. Pertama adalah pi kenduri kawen kawan aku.....Ina kat Kg. Charoh, Baling, Kedah. Dan Kedua....pi jumpa Rin dan Rin Junior yang dah lama aku tak jumpa kat Penang.
Kami bergerak kul 7 pagi dari KL Sentral dan sampai kat umah pengantin dalam kul 12.15 tgh tanpa sesat! Macam tak percaya je...tak sesat sebab kalu ikut sejarah pi berjalan dengan Diana....sah aku akan sesat.
Sampai kat umah pengantin...awal2 dah bergamba. Jumpe pulak si Ita, Zila dan Ina Melaka...mmph...apa lagi....bergamba sakan la kami. Kadang2 aku terasa macam terlebih sakan dari pengantin la pulak. Lepas tu....sessi makan. Haa....yang ni yang aku tak tau macam mana nak cerita betapa sedapnya lauk-pauk kenduri tu. Kat sini....aku boleh rumuskan bahawa lauk kenduri Ina adalah antara yang tersedap aku penah makan. Tapi yang kurang sedapnya....bila dah balik KL, aku dengar cerita Ita dan Zila dibekalkan lauk yang sedap tu untuk di bawa balik...tapi aku tak dapat pun. Tak aci....! Ita cakap kat aku " Awat ko balik awal, kitaorang balik lambat."
Memang hari tu...aku terpaksa balik awal dan tak dapat tunggu pengantin lelaki sampai sebab aku taknak la....Rin kat Penang tunggu aku lama sangat. Kepada Ina......aku tak kecik ati pun pasal lauk tu.....aku cuma dengki jer....kat Ita dan Zila.
Dari Baling.....aku pi ke arah Bukit Mertajam. Rin dok kat situ. Haa....arah pi Penang ni....kami tersalah masuk jalan sikit. Korang teka je la...sape punya angkara. Tak lain tak bukan si Diana la yang punya angkara. Dia bagi ajaran sesat kat aku. Tapi nasib baik Rin mai ambik kami.
Bila jumpa Rin....aku rasa seronok sangat. Yelah....dah lama aku tak jumpa budak yang selalu aku buli dulu (Heh! Heh! Heh!). Tapi kan....paling seronok sekali.....bila jumpe Ayuni (Rin Junior). Aku tengok Ani pun seronok sepanjang kami bersama Ayuni. Macam ada chemistry di antara Ani dan Ayuni. Awal2 lagi...Ayuni taknak dengan aku dan Diana tapi dia nampak suka dan selesa bila Ani yang dukung dia. Maybe banyak aura baik pada diri Ani yang buat budak kecik suka kat dia. Emmm...banyak sangat ke....aura jahat kat aku dengan Diana ni?
Kat sana kami menginap di hotel.....emm...hotel apa ye...tak ingat la plak. Apapun terima kasih la...kepada penaja penginapan kami pada hari tu. Lain kali....taja la lagi...ye.
Belah petang selepas tido dengan jayanya di bilik hotel.....aku and the gang dijemput makan mee jawa kat gerai sebelah umah mak mentua Rin. Bak kata orang....rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari....jadi kami pun pi la sana. Belah malam.....kami dijemput pulak ke rumah mak Rin....untuk sessi BBQ. Ish! makan lagi....banyak betul makan hari tu! Tapi kan....aku heran betul tengok si Ani dengan Diana tu...depa berdua bila time makan....memang bersemangat. Aku tengok...macam berlawan makan pun ada. Aku plak....relaks je. Yelah...kita ni....makan kena berhenti sebelum kenyang. Eceh! Macam tak percaya je aku yang mengeluarkan ayat2 tu. Emmm.....yang pasti hanya Ani dan Diana je yang tahu.....kenapa...he...he...he...!
Lepas tu....aku and the gang balik ke hotel. Rin dan Ayuni tido di hotel malam tu. Besoknya...kami breakfast di satu kedai mamak kegemaran Rin. Sedang asyik makan....kami agak terkejut dengan gelagat si Ayuni. Ada ke patut dia pi mengorat semua mamat hensem yang makan berhampiran kami. Ish! Ish! Ish!....Ayuni...Ayuni. Mak hang dulu takdak perangai macam tu. Hang pi ambik perangai sapa tu?
Boleh aku katakan di sini.....sepanjang misi ke utara tu....ada 2 benda yang aku tak boleh lupa. Pertama...lauk kenduri kawen Ina yang sedap dan kedua....Ayuni. Bila dah balik KL....asyik teringat kat Ayuni. Aku rasa Ani pun rasa seperti aku rasa. Kesian....Rin. Takdak sapa yang ingat kat dia....!
Related Posts with Thumbnails

Sape encem/cantek...pasti berani klik bawah ni...

Fast Buck!

X-CHANGE LINK